Sunday, April 29, 2012

TAZKIRAH - Mati Itu Pasti...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kehadapan semua pembaca dan follower blog ini, sama ada yg obvious mahupun yg silent, semoga sihat sejahtera hendaknya.

Di pagi hari Ahad ini, aku terpanggil utk menulis satu artikel ringkas, tapi bukan psl photography.
Instead, aku nak share peristiwa yg berlaku semalam.

Pasal BERSIH? No no, cukup la aku rant psl BERSIH kat facebook.

Semalam, hari Sabtu bersamaan dengan 28 April 2012, pada jam lebih kurang 2 pagi, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita yg menyedihkan: sepupu aku yg dah lama menderita sakit buah pinggang dan paru-paru telah kembali ke Rahmatullah.

Kami sekeluarga dlm keadaan yg bersedih terus bersiap-siap utk ke rumah beliau di KL.
Dalam jam 3 lebih, kami mula bergerak dari Shah Alam, sampai ke sana dlm pukul 5 selepas bersarapan di sebuah mapley berdekatan.


Jenazah terbujur kaku.
Kaum keluarga sedang membacakan Yassin dgn keadaan yg sedih dan teresak-esak.

Selepas bersalaman, kami terus mengambil wudhu dan duduk membacakan surah Yassin di sebelah jenazah.
Aku hanya membacakan surah Yassin sekali sahaja, kemudian diringi dengan bacaan surah Al-Fatihah berulang-ulang kali sehingga masuk waktu Subuh.

Semasa aku membaca Al-Fatihah sehinggalah masuk waktu Subuh, aku ternampak beberapa situasi yg agak memilukan:
  1. Ada di kalangan adik-beradik dan saudara-mara yg sudah aqil baligh duduk saja-saja tanpa membacakan surah apa-apa sbg sedekah kpd si mati
  2. Apabila masuk waktu Subuh, aku terdengar dialog "Nek, mcm mana niat solat Subuh ye?" drpd seorang lelaki aqil baligh berumur 18 tahun
  3. Sebelum mula solat (kami solat berjemaah di rumah tersebut), apabila diminta utk lelaki di atas ni melaungkan azan, dia kata dia tak pandai nak azan Subuh
  4. Begitu juga dgn Iqamat. Beliau menyangkakan Iqamat utk Subuh berlainan dgn waktu solat yg lain
  5. Ramai lelaki lain yg 'ghaib' semasa kami solat. Positively thinking, mungkin mereka solat di surau berdekatan, Allah lebih tahu.

Sedih aku melihat keadaan sebegini.

Apabila perginya seseorang itu menghadap yg Maha Esa, kaum keluargalah antara org pertama yg bertanggungjawab menguruskan pemergiannya.

Tapi kalau dah niat solat pun tak tau, baca Quran pun tak pandai, walhal dah aqil baligh, siapa lg yg boleh diharapkan?

Jiran tetangga? Saudara/sepupu? Rakan taulan?

Mungkin pada masa itu mereka boleh tolong.
Tapi selepas tu? 
Siapakah yg akan senantiasa memberi sedekah Al-Fatihah dan Yassin buat Allahyarham/Allahyarhamah? Siapakah yg akan senantiasa mendoakan kesejahteraan si mati di alam baqa', kalau bukan keluarga sendiri?

Bg aku it is still ok kalau tak pandai baca Al-Quran, maybe Yassin.
Tapi kalau dah niat solat pun tak tau, walhal umur dah 18 tahun, timbul persoalan lain - bagaimana dia solat sebelum ni?

Peristiwa semalam menunjukkan secara LIVE kpd aku - betapa pentingnya Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka kpd pembaca sekalian, ingin aku tegaskan, artikel kali ini bukanlah nak mengaibkan sesiapa. Apatah lagi nak mengaibkan keluarga sendiri, tidak sama sekali.

Cuma, sbg pesanan kpd anda semua serta diri sendiri yg bukanlah maksum dan tidak sempurna ini, jika anda punya adik atau anak, ajarlah mereka membaca Al-Quran. 
Ajarkan mereka berwudhu dgn betul. 
Ajarkan mereka psl Nabi & Rasul, psl Malaikat. 
Ajarkan mereka mengenai segala ilmu Fardhu Ain serta Fardhu Kifayah, yg wajib, sunat, makruh, haram dan harus.

Bukan ajar psl Stacy, bukan psl Hafiz Awan Nano. 
Bukan psl cara mengundi artis kegemaran. 

Kerana apabila kita pergi menemui Allah kelak, merekalah harapan utk kita hidup aman sejahtera disana. Doa drpd merekalah yg kita harapkan.

Jadi marilah kita sama-sama mula membaca dan mendalami Al-Quran. 
Kalau malas sgt nak baca 1 kitab yg tebal tu, bacalah surah-surah pilihan seperti Yassin, Al-Kahfi, Al-Mulk dan sebagainya.
Kalau itu pun malas jugak, baca, kaji dan dalamilah surah Al-Fatihah dan 3 Qul.
Kalau itu pun malas jugak, bertasbih dan bertahmid lah sebanyak yg mungkin.

Malas jugak? Semoga terbuka hati utk menjadi rajin.

Mati itu pasti. Hidup Insya Allah.


Ejad Fotopoyo

5 comments:

  1. post mengingatkan pada aku sendiri....Alhamdullillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dpt saling ingat-mengingatkan :)

      Delete
  2. I'm not a Muslim, but I support you. Once we belong to a religion we should be committed to it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the support Sinmun. yeah, thats the message: "Once we belong to a religion we should be committed to it." :)

      Delete