Friday, May 25, 2012

INFO - Divisyen Stop Dalam Exposure Reading




Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Topik hari ni simple je - berkenaan stops dalam exposure, iaitu stops dlm shutter speed, aperture dan jugak ISO. 

Kalau korang perasan, dlm menu kamera digital korang ada bahagian yg boleh set exposure jadik 1/3, 1/2 atau 1 stop utk shutter/aperture/ISO, tapi tak semua kamera la.

Utk kasi korang tak tepanjat boboi, boleh baca dulu psl shutter speed, ISO dan aperture pada link berikut:
  1. Aperture
  2. ISO
  3. Shutter Speed


Tapi aku bagitau awal-awal, topik ni agak bosan sbb byk pengiraan matematik.
So kalau korang tanak amik tau psl kira-kira tu, boleh proceed kpd conclusion di bwh. Ada aku sediakan jadual yg lebih mudah utk dirujuk.

Kalau korang berminat nak sama-sama memboringkan diri dgn pengiraan di bawah, sila standby kan diri dgn calculator.


ISO - Full, Half & Third Stops

Biasa korang nampak ISO 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400 and so on kan?
Range yg seperti di atas, iaitu peningkatan dengan gandaan 2, dikenali sbg 1-stop.

Lps tu ada jugak mcm ISO 100, 140, 200, 280, 400 and so on.
Yg ini peningkatan dgn gandaan punca kuasa 2 bagi 2 (square root of 2 = 1.414), dikenali sbg half-stop.

Dan last skali ada ISO100, 125, 160, 200, 240, 320, 400 and so on.
Yg ini peningkatan dgn gandaan punca kuasa 3 bagi 2 (cubic root of 2 = 1.2599), dikenali sbg third-stop.

Contoh, drpd ISO100 nak pergi kpd ISO200:
  • 1-stop = 100 x 2 = 200
  • Half-stop = 100 x 1.414 = 140,
                       140 x 1.414 = 197.99 = 200
  • Third-stop = 100 x 1.2599 = 125.99 = 125,
                         125 x 1.2599 = 157.49 = 160,
                         160 x 1.2599 = 201.59 = 200

PS - kebanyakan DSLR yg entry level/beginner tiada half/third stops, hanya 1 stop sahaja.


Shutter Speed - Full, Half & Third Stops

Pengiraan stops bg shutter speed adalah sama dgn ISO.

Contoh kita ambil drpd 1/60 kpd 1/125. 
* Utk pengiraan mudah, kita abaikan 1 per, so kita amik 60 kpd 125.
  • 1-stop = 60 x 2 = 120 = 125
  • Half-stop = 60 x 1.414 = 84.85 = 90,
                       90 x 1.414 =  127.28 = 125
  • Third-stop = 60 x 1.2599 = 75.595 = 80,
                        80 x 1.2599 = 100.79 = 100,
                        100 x 1.2599 = 125.99 = 125

PS - kebanyakan DSLR yg entry level/beginner tiada half stops, hanya full dan third stop sahaja.


Aperture - Full, Half & Third Stops

Dah boring ke? Ok last, ni aperture plak. Hee.

Berbeza dgn shutter speed dan ISO, aperture punya pengiraan unik sikit.
Dan seriously (bagi aku la) pengiraan dia agak rumit, so better aku skip je cara nak kira dan aku tunjuk terus full, half dan third stop utk aperture.
Tapi kalau korang berminat nak tgk jugak camne cara nak kira stops utk aperture, ada aku sediakan rujukan di bhgn akhir artikel ni, atau google je "F stop calculation".

Kita ambil contoh drpd f/5.6 kpd f/8.
  • 1-stop = f/5.6 --> f/8
  • Half-stop = f/5.6 --> f/6.7 --> f/8
  • Third-stop = f/5.6 --> f/6.3 --> f/7.1 --> f/8

So nak senang tgk full, half dan third stops utk kesemua aperture, ISO dan shutter speed, usha jadual di bwh (klik dan download, lps tu zoom masa view utk kasi nampak jelas):




Same Exposure with Different Setting

Try fahamkan dulu bagaimana menggunakan mode M (manual) dgn membaca artikel Exposure Metering - Bagaimana Menggunakan Mode M.

Let say korang nak amik 1 gambar, dan exposure yg korang pakai atau diberikan oleh kamera time tu ialah [f/16, 1/125, ISO100] (Sunny 16 Rule).

Gambar dgn exposure yg sama jugak boleh diambil jika korang ubah setting, dgn syarat jika ada kenaikan, maka ada jugak penurunan.

Contoh, katakan korang nak maintain guna ISO100 tapi instead of f/16, korang nak pakai f/8.

Kalau ikut 1-stop (rujuk jadual di atas), f/16 nak pergi kpd f/8 ada 2 stops, iaitu:
  • f/16 --> f/11 (1 stop)
  • f/11 --> f/8 (1 stop), so total 2 stops.

Kalau korang maintain guna EXIF baru ni iaitu ISO100, f/8 dan 1/125 utk ambil gambar yg sama dgn setting [f/16, 1/125, ISO100] tadi, kemungkinan gambar korang akan overexpose sbb bukaan aperture 2 stops lebih besar (ingat, nombor kecil bermakna bukaan besar = cahaya lagi byk masuk = lebih terang).

Jadi utk compensate bukaan 2 stops aperture tadi, cover dgn melajukan shutter speed sebanyak 2 stops jugak (shutter speed laju = kurang cahaya masuk).

Meaning:
  • 1/125 --> 1/250 (1 stop), 
  • and then 1/250 --> 1/500 (1 stop).

So setting [f/16, 1/125. ISO100] dan [f/8, 1/500, ISO100] akan menghasilkan gambar yg sama exposure-nya walaupun berbeza aperture dan shutter speed.

Yg penting setiap perubahan mesti di cover dgn perubahan faktor lain.
Tukar ISO, tukar jugak shutter speed atau/dan aperture, mengikut jumlah stops yg sama.
Tukar shutter speed, tukar jugak ISO atau/dan aperture, mengikut jumlah stops yg sama.
Dan begitulah seterusnya...

Boleh rujuk jadual di bwh utk berlainan setting tapi sama exposure:


Kalau korang pening, takpe takyah risau, ini just pengetahuan tambahan.

Dan maklumat sebegini agak penting sebenarnya bg mereka yg nak cepat tukar exposure, iaitu mereka yg malas nak pakai half atau third stop.

Juga penting bg mereka yg nak main HDR atau exposure bracketing, serta landscape photographer yg menggunakan ND filter utk mendapatkan shutter yg lebih slow drpd 30 saat, so mereka perlu tahu bagaimana nak kira shutter speed yg sampai berminit-berjam-jam.

Tapi kalau korang main kamera sekadar hobi, then anggaplah ini sbg extra knowledge :)

Semoga memberi manfaat :)


Ejad Fotopoyo

Sumber rujukan:
  1. http://www.uscoles.com/fstop.htm
  2. http://www.steves-digicams.com/knowledge-center/how-tos/digital-camera-operation/how-is-an-f-stop-calculated.html#b
  3. http://www.scantips.com/lights/fstop.html.

4 comments:

  1. fuhhh.... dah baca...tp kena buat ulangkaji semula...hehehe. mantap

    ReplyDelete
  2. terbaik, lama dah tertanya-tanya, tapi baca tak paham jugak, yg ni clear sikit..hehe

    ReplyDelete