Thursday, September 29, 2011

MEMBEBEL - Camne Nak Jawab Nih?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Heyya guys!!! Miss me?:D
Sorry la lama tak update blog. Dah masuk belajar balik ni, been busy. Lecturer pulak suka kasi assignment tahap membunuh sampai dah berkhemah seminggu kat library pun still takleh nak siapkan.

Anyway, malam ni aku free, so aku ingat nak membebel sikit.

Korang, yg rasa diri tu photographer la kan, yg biasa buat job amik gambar org kahwin, shoot event, tak kisah la pape pun, yg guna SLR/DSLR khasnya, pasti pernah kena soal dgn org-org yg korang jumpa, yg soalan pulak jenis mmg susah giler nak jawab.

Susah nk jwb bukan bermaksud soalan tu susah, tp mmg serious tak tau nak jwb mcm mana.

Ngeh, pening dgn ayat aku eh? Takpe, teruskan membaca sampai ke akhir artikel ;)

  1. "Mana flash? Kamera aku yg murah ni pun ada flash wey!"
    Soalan yg selalu kena pada pengguna DSLR professional, mcm 5DMII, D3 etc etc. Kamera tu kan takde built-in flash.


  2. "Beli lens mahal-mahal, takkan takleh zoom kot?"
    Kena bila kita tgh pakai prime lens. Lagi teruk kena kalau pakai Telephoto Prime lens yg besar bagak tapi kena kutuk sebab takleh zoom.


  3. "Mana Live View?"
    Most DSLR yg model lama ni takde Live View, tapi normal digital camera P&S pulak sememangnya ada Live View


  4. "Pentax? Hape tuh? Macam panties jek aku dengar"
    Kesian jenama Pentax...


  5. "Takleh video? HP aku boleh record video"
    ............


  6. "Ni apehal background blur ni? Tak reti amik gambar ke?"
    Kalau anda sudi nak explain psl bokeh kat org yg tanya tu, silakan. My advice is: don't bother.


  7. "Beli mahal-mahal, tapi takde Face/Smile Detector, buat apa?"
    ..............


  8. "Apesal beli kamera mahal-mahal, padahal guna compact pun boleh amik gambar apa?"
    "Kau boleh je beli kancil buat ulang-alik pergi kerja, tapi kenapa beli Civic?"


  9. "Harga RM2000 tapi 10 megapixel jek? Powershot aku RM399 jek tapi 14 megapixel"
    Kalau korang sanggup nak melayan soalan ni, jawab "Sensor size my friend.. sensor size..."


  10. "Bang, flash tu salah tu. Sepatutnya ke depan"
    Kena mcm ni bila kita guna external flash, bounce ke siling. Kalau rajin, sila la explain pada yg menegur tu pasal bounce technique dlm lighting. Kalau RAJIN la.

Ok, so far tu jek yg dapat aku korek drpd pengalaman aku dan kwn-kwn. Serious billa fikir balik situasi ni mmg gelak sendiri.

Mungkin anda berpendapat org-org yg mengajukan soalan mcm di atas ni ignorant atau bodoh. Well they are not. Bukan semua org DSLR-savvy mcm anda. Mungkin soalan tu ikhlas, dan itu je penyusunan ayat terbaik yg diorang dpt utarakan sbb diorg tak tau istilah ISO aperture bla bla bla semua tu.

So kalau anda berniat baik utk memperkenalkan dunia SLR/DSLR pd mereka yg bertanya, by all means, silakan meracun.

Tapi kalau taknak, wat dek je. Sebelum korang pegang DSLR pun, sure korang pernah tanya soalan mcm ni pada photographer kan?

Apa pun, majulah photography utk negara ^^

Ejad Fotopoyo

Wednesday, September 14, 2011

MEMBEBEL - Berhijrah ke Dunia Analog


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah dekat sebulan lebih aku stop main DSLR, kalau tak silap sebelum puasa.
Reason? Personal :D

Compared dgn kwn-kwn lain yg profession mereka mmg photographer - buat job wedding engagement bagai, aku on the hand, cuma hobbyist.

Aku bebas bertukar lens dan kamera sebab aku takde job requirement apa-apa. Kalau ada pun, kwn-kwn yg mintak tolong shoot engagement ke, event ke, mcm tu adalah.

So kebebasan ini memberikan aku peluang utk bertukar-tukar gadget. In fact, aku nak stop main kamera terus pun boleh, nobody cares.

And now, aku dah beralih kepada oldskool gadget - film SLR.

Dari kiri: Fujica ST605 & Praktica TL1000




To be exact, aku dah beralih kpd kamera SLR yg menggunakan mount M42.
Kedua-dua kamera dlm gambar di atas ialah SLR M42.
Utk yg tak tau M42 tu apa, klik SINI.

Reason aku bertukar drpd digital kpd filem?
Utk 'mengawal' nafsu aku yg suka sgt nak menge-shoot gambar :D
Ye lah, kalau takde filem, tak boleh la nak ambil gambar, kan?

Reason aku memilih mount M42?
Dah diterangkan dlm artikel M42 kat SINI.

Reason aku memilih filem?
Ooo, panjang ceritanya. Kalau korang sudi layan aku membebel, then by all means boleh baca sebab-sebabnya di bawah ni. Tp apa yg aku story ni based on penggunaan kamera SLR la. Aku takde kamera filem lain mcm Lomo ke, Polaroid ke.


1. Sharp!

Aku takla pro mana main filem, tapi based on mata aku yg rabun ni la kan, gambar filem always sharp. Kalau compare dgn digital, aku kena edit sharpness baru dpt sharp yg sama yg drpd filem.


2. Dynamic Range

Detail pada shadow dan highlight yg superb.
Gambar di bawah diambil tanpa sebarang filter. Yes, part bangunan tu agak gelap, tapi tengok kat langit tu, kacak tak?

Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Agfa Vista 100 Fresh


3. Battery-less

Even tanpa bateri, kamera SLR yg aku guna ni masih boleh berfungsi, sebab ianya fully mechanical.
Bateri hanya diperlukan utk exposure metering, yg mana takla perlu sgt bila nak shoot landscape, sbb boleh guna Sunny-16 Rule.


4. Low Cost

Seperti yg dah di-story dlm artikel M42, kamera filem SLR ni murah. Dalam RM300-RM400 dah boleh dapat body dan lens 50mm.
Even mcm kamera Lomo pun murah-murah. Lomo Fisheye 2 baru dlm RM200 lebih. Compare dgn lens fisheye utk DSLR, paling murah pun dah cecah seribu.


5. Back to Basic

Rasa mcm dah hebat guna DSLR? Guna SLR filem, tanpa asas yg kukuh, serius aku cakap, mmg kita akan hadapi kesukaran dlm mengambil gambar.

Mana taknya, semua manual. Focusing manual, tukar shutter speed/aperture manual, pastu ISO pulak dah mmg setting tu jek, ikut filem yg dipakai.

So secara tak langsung melatih kita utk mengukuhkan lagi asas dlm photography.


6. Each Frame is Golden

Guna kamera digital, tak jadi sikit, DELETE. Tak jadi sikit, EDIT.
Shoot sampai beribu gambar, yg jadinya 1-2 je, yg lain sampah.

Tapi dgn filem, setiap frame tu tinggi nilainya pada photographer.

That's why mereka yg shoot guna kamera filem ni, SLR khasnya, mmg basics dah kukuh habis, lepas tu ambil masa kadang-kadang sampai 5 minit just nak snap 1 gambar.
Because mereka mahukan yg terbaik dan gambar yg jadi terus. Filem kan takleh nak delete-delete.

Photographed by Alif Adam
Lokasi: I-City
Time ni aku spend almost 3-5 minit sebelum dpt capture gambar


7. Unexpected Result

Drpd moment kita snap 1 gambar sampailah gambar tu diproses dalam Darkroom, tiada siapa tahu gambar tu jadi ke tak jadi ke rosak ke terang gelap ke.
So for me, that's the fun part! Sebab kita akan sentiasa tertanya-tanya, jadi ke tak gambar tu. Especially bila kita guna expired film yg mmg akan memberikan hasil yg unexpected.


8. Full Frame

Nak beli D700 pun tak mampu, apetah lagi D3. 5DMII lagilah....
Tapi nak sgt main full frame. So?
Aku pun belilah kamera filem. Dah dpt full frame sebijik :D


9. Grain

Ok, dlm dunia digital ia lebih feymes dgn gelaran noise.
Gambar digital ni, sometimes terlalu 'bersih'.
Gambar filem on the other hand, walaupun guna ISO100, ia tetap grainy.

Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Close-up MFD 0.18m
Lucky SHD B&W 100

Dan grain tu kacak, berlainan dgn noise pada gambar digital.
Plus org yg shoot guna filem ni mmg jenis tak kisah dgn grain. In fact ada yg merungut grain tak cukup. Berbeza dgn org digital yg "Noise buat gambar aku tak lawa la".


10. Masalah WB

Filem tiada isu pada White Balance. Ia takkan tertipu dgn warna subjek sepertimana digital, kerana setiap filem sudahpun ada WB yg tersendiri (usually Daylight).


11. Enhance Creativity

Guna kamera SLR lama yg totally manual, jika dipasangkan zoom lens, ianya sgt melecehkan.
So org lebih prefer guna prime lens, paling feymes mmg lens 50mm.

So dgn penggunaan prime lens, selain hasil gambar yg lebih kacak, ia 'memaksa' kita utk jadi lebih kreatif kerana kita yg perlu byk bergerak dlm mencari framing & composition yg terbaik.


12. Sensor Kotor?

Dalam filem, since frame itu bergerak, tiada isu sensor kotor mcm digital.



13. Komuniti Analog yg Sangat Unite

Setakat ni aku dah perhatikan, so far org yg main filem ni mmg bkn calang-calang org. Mereka punya knowledge yg superb, yet mereka sgt humble, rendah diri, low profile, even ada yg berjawatan doktor tapi tak suka dipanggil doktor. Kecuali aku la, aku tak power.

Compared dgn budak digital, sikit-sikit gaduh. Kalau tak pasal Canon vs Nikon, psl model la, psl megapixel la, psl noise la. Tu, artikel mitos/auta tu, hampir semua auta dtg drpd budak digital yg bajet hebat tapi tin kosong.


GALERI

Kat sini aku sumbat sikit gambar-gambar filem yg aku shoot baru-baru ni, 
sebagai santapan mata anda semua.

Fujica ST605 & Hanimar Auto S 135mm F2.8
Lucky SHD B&W 100
Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Agfa Vista 100
Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Agfa Vista 100
Fujica ST605 & Super Takumar 50mm F1.4
Kodak Ultramax 400 Fresh
Fujica ST605 & Super Takumar 50mm F1.4 + Ext Tube
Kodak Ultramax 400 Fresh

Fujica ST605 & Super Takumar 50mm F1.4
Kodak Ultramax 400 Fresh
Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Lucky SHD B&W 100
Fujica ST605 & Super Takumar 50mm F1.4
Kodak Ultramax 400 Fresh
Praktica MTL5B & Fujinon 55mm F1.8
Fuji Superia 200
Praktica MTL5B & Fujinon 55mm F1.8
Fuji Superia 200
Praktica MTL5B & Fujinon 55mm F1.8
Fuji Superia 200

Ok dah, tu antara reason yg dapat aku utarakan. Just personal opinion, sekadar luahan peribadi dari hati yg ikhlas.

Dan aku bukan mengutuk budak digital ye. Aku pun masih guna kamera digital, cuma bkn DSLR. Ni just penceritaan secara general je.
Hope takde la yg terasa ke apa ke. Aku masih sokong mereka-mereka yg punya sama hobi dgn aku, tanpa mengira jenis kamera :)

Yang Kacak,
Ejad Fotopoyo

Sunday, September 11, 2011

Tips Menjaga Kamera | DIGITAL SENSOR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ni dah story mcm mana nak protect body, lens, memory card, battery dan cara penyimpanan serta kat SINI.

Kali ni, simple je, khas utk pengguna DSLR - cara menjaga sensor digital kamera anda.

Sumber: http://akushatra.blogspot.com/2011/04/tips-menjaga-image-sensor-dslr.html


1. Kurangkan penggunaan Live View

Zaman digital ni, majority kamera DSLR ada Live View - function yg memudahkan lagi kita utk mengambil gambar tanpa perlu mengenyitkan mata dan menyempitkan pandangan dlm viewfinder.

So tips nya 1 je - "try to keep the duration that Live View is on to be as short as possible"

Atau dlm bahasa meleis - "kurangkan masa penggunaan Live View itu seminima yg boleh"
*sape ada terjemahan yg sounds better drpd versi aku ni, sila share.

Kenapa?
Bila kita on LV, sensor bekerja, elektrik jalan, dan bila elektrik jalan, haba pun wujud.
So bila wujudnya haba pd sensor dan ia jadi terlalu panas, hasil gambar akan merana sekali.

Contoh - hot pixel, dead pixel, noise, kaler gambar jadi pelik.

Maka bg mereka yg mempunyai Liew View pada kamera DSLR khasnya, guna ketika perlu sahaja. Contoh masa nak shoot macro, kerana live view memberikan kebolehan utk focus dgn lebih jitu, atau ketika low/high angle yg mana mata tak boleh nak tgk menerusi optical viewfinder, atau masa shoot video, sbb mmg shoot video kena pakai live view. Itupun shoot video kejap-kejap je, takleh straight sejam.

User Manual Nikon D700

Bila rasa mcm dah lama sgt pakai live view, kasi rilek sama itu kamera dulu. Dia tgh panas. Certain DSLR ada cut-off function yg menyebabkan kamera off sendiri bila sensor tu panas atau sebelum sensor tu terlalu panas (refer gambar atas ni).

So kalau betul-betul nak main video panjang giler, better shoot pakai videocam.
Kalau serious nak main pinhole atau long exposure yg makan berjam-jam, better pakai kamera filem.


2. Jangan Shoot Matahari Directly

Ini mungkin auta, atau mungkin betul, tapi common sense nya logik, so read on your own risk.

Ramai suka shoot gambar matahari secara direct sampai buta 5 minit mata tu.
Dikatakan dgn berbuat demikian, cahaya matahari yg sgt kuat tu boleh menyebabkan sensor jadi kurang sensitif - color kurang pekat, contrast kurang dan sebagainya.

Sejauh mana kebenaran ini, tak dpt nak di-confirmkan.
Cuma kalau fikir logik, mcm logik, plus shoot direct mcm ni boleh buat mata kita rosak, apetah lagi sensor kan?

That's why org yg shoot matahari ni, dia pakai berlapis-lapis ND Filter, nak tapis cahaya tu.
Ada jugak yg guna filter khas - Solar Filter. Google it for more info.

So ingat, jgn shoot matahari secara direct. Kalau sensor selamat pun, mata anda yg suffer nanti


Sekian,
Ejad Fotopoyo

Saturday, September 10, 2011

Straight Ahead!

Fujica ST605 & Mir 20mm F3.5
Agfa Vista 100 Fresh
Ditumis sedikit dgn Adobe LR


Straight ahead
straight ahead
hey

Let's go straight ahead to straight ahead
straight ahead

Come on - straight ahead
moving straight ahead

Keep moving straight ahead
straight ahead
yeah.
So you started from the bottom but you always saw the light
And now you're ready for your journey - one direction reaching high.
Keep the feeling of the spirit always present as you climb.
One direction
one vibration
that's the message
let us try.

Straight ahead
keep moving
yeah
moving straight ahead

Keep moving straightahead
straight ahead-yeah.

Keep the feeling of the spirit always present as you climb.
One direction
one vibration that's the message -
You can make it if you try. - Keep moving straight ahead

Straight ahead
moving straight ahead.
Keep moving straight ahead in love
oh yeah.
Let's go
let's go.
Keep the spirit high and your heart in love
keep on movin'.
Keep the spirit high and your heart in love.
Keep your head above and your heart in love
keep on movin'

Keep your head above and your heart in love
keep your feelings now
Keep moving straight ahead
straight ahead

Straight ahead
keep moving straight ahead.

- Straight Ahead by Kool and The Gang

Wednesday, September 7, 2011

MEMBEBEL - Your Camera DOES NOT Matter!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kelmarin aku terbaca artikel drpd website Ken Rockwell: Your Camera Doesn't Matter, dan aku terpanggil nak buat artikel yg sama versi Fotopoyo utk lebih senang difahami.

Sebelum ni aku ada bebel pasal pertelingkahan budak digital dan analog, kononnya digital lebih hebat, analog ketinggalan zaman bla bla bla. Boleh baca artikel Budak LOMO diperlekehkan? kalau rajin.

Dan semalam dekat page The Lomorangers, timbul 1 isu yg lebih kurang sama:


Isu ni mmg dah muak nak dibicarakn, dah lapuk sgt, sebab selain brand war, camera war pun merupakan 1 isu yg tak akan tamat.

Dlm artikel Ken Rockwell, he made a lot of valid points, cuma dlm bahasa dia lah. Aku pun bukan faham 100%, tapi aku akan ketengahkan point yg penting tu dlm artikel ni.

Why your camera DOES NOT matter?

Simple.

Kalau kau punya mata tu hebat, berseni, skillful & knowledgeable in photography, aku bagi kau disposable camera pun, kau boleh produce gambar yg superb.

On the other hand, kalau kau takde talent, takde knowledge, aku kasi Hasselblad H4D, agak-agak boleh dpt gambar gempak?

Newbies nowadays, lebih risau psl tools dan equipments. Biasa tak dgr dialog mcm ni?
"Macro? Tak boleh la, saya ada kitlens je"
"Saya takde 11-16, tak boleh shoot wedding"
"Nak shoot F1 & MotoGP? Kena beli 70-200 la nmpknya"

Apakah dgn kitlens tak boleh shoot macro?
Adakah pengantin akan reject album kalau tak guna 11-16?
Guard kat pintu masuk akan halau photographer ke kalau takde lens 70-200?


Tak kan?

Kitlens masih boleh guna shoot macro.
Wide converter boleh dipakai pada kitlens utk jadi wide.
Lens murah mcm 55-250, 70-300 boleh diguna utk shoot F1 & MotoGP.


So kenapa mesti me-limit-kan minat kita dgn ketiadaan tools mcm ni?

Your camera DOES NOT matter.

Still, ada yg berpendapat, gadget yg betul memudahkan kita utk buat kerja dgn lebih cepat dan mantap.

Ok, this is indeed true. Tapi dgn gadget yg normal, adakah kerja takkan jalan lgsg?

Aku bg 1 example:
2 org photographer nak shoot macro. A guna kitlens, B guna lens macro.
B shoot selamber, takde hal, sbb lens tu dah mmg macro lens.
A pulak utk dpt hasil yg sama fight dgn B, terpaksa guna extra tool, mcm ext tube, macro filter etc etc.

But in the end, A dpt tak shoot macro? Yes, dapat!
Apa bezanya dgn B? B guna macro lens yg tujuannya MEMUDAHKAN lagi kerja beliau.
Akhirnya kedua-dua A dan B dapat gambar macro. Mission accomplished.

So kenapa pulak dgn dialog "Macro? Tak boleh la, saya ada kitlens je". Pfft!

Macro lens hanya memudahkan kerja menge-shoot macro tu dibuat. That doesn't mean kau boleh shoot macro hanya semata-mata dgn memilikinya. Skill kena ada.

Your camera DOES NOT matter.

Guna kasut Drogba utk main bola - belum tentu kau dapat main bola mcm Drogba.
Drogba guna kasut kau utk main bola - he is still Drogba, yg mmg power.

Kau guna kamera Saiful Nang dan try dapatkan gambar mcm beliau. Agak-agak dapat?
Saiful Nang guna kamera kau -  dia masih Saiful Nang, dan tak mustahil dia boleh dpt gambar yg power.

Buying a DSLR doesn't make you a photographer, it makes you a DSLR owner.
Buying a guitar doesn't make you a guitarist, it makes you a guitar owner.

Photographer - pakailah kamera apa pun, and let the photos do the talking.
Guitarist - pakailah gitar apa pun, still can create compelling sounds.

Your camera DOES NOT matter.

Ok, what makes a good photograph? Apa faktor yg bikin gambar kita mantap?

Antaranya:
  • Composition - composition yg menarik menjadikan gambar itu penuh dgn penceritaan
  • Lighting
  • Exposure
  • Bla bla bla

Ada tulis pasal DSLR kat dlm list tu?
Ada tulis pasal Canon Nikon Sony Pentax Samsung Olympus?
Ada tulis psl filem ke digital ke?
Ada ckp kena guna kamera at least 8 juta pixel ke? Ada?

Takde kan? Kenapa?

Because your camera DOES NOT matter.
"The single most important component of a camera is the 12 inches behind it"
- Ansel Adam, 1940

Kita selalu fikir dgn adanya lens atau body ni, kita akan dpt gambar yg lebih baik.

Contoh mcm kita guna D3000, gambar tak cantik, dgn selambernya kita assume kalau kita guna D90, mesti lg cantik.
Then lps dah guna D90, kita akan rasa D700 akan buat gambar kita lebih mantap.
Dan seterusnya...

Cantik itu mungkin. Dari segi composition? Lighting? Adakah dgn meng-upgrade kpd gadget yg lebih hebat akan memantapkan semua tu?

Buying new gear WILL NOT necessarily improve your photography.

Kau belilah large format camera sekalipun, kalau D3000 yg simple habis tu pun tak reti guna, malas nak baca manual, kirim salam je lah.

Ramai je yg menang competition dgn guna kamera handset, iPhone, Lomo PnS.

Ada berjuta jenis kamera dlm dunia ni, drpd DIY drpd kotak gigi, 35mm disposable film camera sampailah ke large format yg entah ada lg ke tak filem utk dipakai.

Kesemuanya mempunyai tujuan yg sama - ambil gambar.
Takdenya kau guna Canon keluar Ferrari ke, Nikon keluar Honda EX5 ke, takde takde.

Dan jgn sempitkan pemikiran dgn "Shoot guna DSLR, gambar confirm cantik".
Teori ni dah lama dibuktikan tak semestinya benar.
Buktinya? Korang shoot guna DSLR CONFIRM dpt gambar cantik ke? 80 snap dpt semua 80 gambar tu lawa ke?

Buying new gear WILL NOT necessarily improve your photography.

Your camera DOES NOT matter.

So anda suka ambil gambar?
Anda guna kamera LOMO? Rangefinder? DSLR? Medium Format? PnS camera?
Then apa tunggu lagi, belajar psl photography, then go out and snap thousand of pictars!

Bukan sibuk duduk dlm bilik baca review psl kamera/lens lain yg lebih hebat tapi skill dan knowledge masih di takuk lama.

Kalau anda ada masa nak risaukan psl tools & equipments yg anda ada, apa kata gunakan masa tu utk belajar dan mendalami ilmu photography.

Dan kalau anda ada masa nak mengutuk insan lain yg kononnya guna kamera lebih low end drpd anda, ni nasihat drpd aku - tolonglah tukar hobi. Org mcm kau bikin semak industri, seriously.

Nikon? Canon? Oly? Pentax? Sony?
RF? Lomo? SLR? MF? Handset?

Your camera DOES NOT matter.

Be proud of what you have, because the best gadget is the one that you always have with you.

Salam,
Ejad Fotopoyo

Tuesday, September 6, 2011

GALERI - Expired & Jahanam: Fujicolor Press 800

Camera: Fujica ST605
Lens: Mir 20mm F3.5, Mir 37mm F2.8, Tak 50mm F1.4, Jup9 85mm F2
















Sunday, September 4, 2011

INFO - Apa Itu Diffraction

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum nak start artikel, SELAMAT HARI RAYA diucapkan buat semua pembaca!

Artikel kali ni boleh dikatakan sbg kesinambungan kpd artikel HOW SHARP IS SHARP?, so jika anda belum baca artikel tu, sila baca terlebih dahulu utk menguatkan lagi pemahaman bg tajuk kali ni.

Sumber rujukan utama utk artikel kali ni ialah drpd website Ken Rockwell: Diffraction, cuma tak la se-detail penceritaan beliau. Aku ambil part yg mudah difahami je. Nak lebih teknikal dan mendalam, boleh baca artikel beliau.



APA ITU DIFFRACTION?

Direct Google Translate - "pembelauan"
* siapa dulu belajar fizik dlm BM mesti pernah dgr

Dlm photography, diffraction dikatakan sebagai kehilangan ketajaman (loss of sharpness) yg berlaku disebabkan oleh penggunaan aperture yg sgt kecil (no f besar).

Dlm contoh in real life, diffraction ni mcm bila kita melihat sesuatu menerusi lubang yg sgt kecil, atau kita kenyit je mata sekecil yg boleh tapi imej depan masih boleh dilihat. Sharp ke imej tu?


BILA BERLAKUNYA DIFFRACTION?

Seperti yg dah diterangkan dlm artikel HOW SHARP IS SHARP?:
"Jika boleh, jgn stop down sampai f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction serta vignette."


Ia berlaku apabila aperture terkecil pd sesuatu lens itu digunakan, which in most cases - f/16, f/22, f/32 dan seterusnya.

Semakin besar angka f, semakin teruk diffraction yg berlaku.

Sebab itu pinhole camera (rujuk PINHOLE CAMERA) hasilnya mmg tak pernah nak sharp, sebaliknya soft dan wujud vignette pada hasil gambar, kerana pinhole itu sendiri merujuk kpd saiz bukaan aperture yg sgt kecil.



CONTOH

Sumber: http://awtlblog.vitsco.com/2010/02/figuredoll-photography-121-blurry-photos-how-to-tame-the-focus/


Sumber: http://www.kenrockwell.com/tech/diffraction.htm


ANALISIS

Drpd sampel gambar di atas, boleh dikatakan gambar semakin soft dan hilang sharpness-nya pada aperture yg kecil, dan ianya semakin teruk pada f/22 dan f/32.


KESIMPULAN & NASIHAT

So andai anda jenis yg memang aim pada sharpness, sebolehnya jgn guna aperture yg lebih kecil drpd f/8. Limitkan penggunaan aperture pada f/8, paling kecil pun f/11.


Sekian,
Ejad Fotopoyo