Monday, February 11, 2013

Ajaran Sesat Dalam Dunia Photography

Sumber: Ajaran Sesat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita disini ingin aku berkongsi beberapa mitos  yg pernah aku dengar/hadapi dari beberapa so-called sifu sepanjang penglibatan aku dalam bidang photography sejak tahun 2009.

Mohon pembaca sekalian supaya tidak membaca dgn penuh serius kerana ada penulisan yg agak sarkastik di dlm artikel ini.

________________________________________________________________________

Mitos #1 - "Kitlens utk shoot gambar-gambar biasa je. Takleh guna utk shoot macro. Nanti rosak."

Hebat giler kitlens siap boleh tau apa jenis gambar yg kita shoot. Btw, gambar biasa-biasa tu camne? Ada gambar yg luar biasa ke?

Kitlens yg ringan dan nampak sgt murah tu sgt lah kacak sampai boleh digunakan utk shoot apa sahaja yg memenuhi kehendak framing anda. Tak caya sila baca artikel berikut:
________________________________________________________________________

Mitos #2 - "Jenama original lebih tahan lama dan semestinya menghasilkan gambar yg lebih lawa drpd jenama 3rd party seperti Sigma, Tamron dan Tokina."

Really? Ok kalau mcm tu, sila bagitau aku, ada tak wide lens drpd Nikon, Canon, Pentax atau Sony yg boleh fight dengan Tokina 11-16mm F2.8?

Dan kalau 3rd party tak tahan lama, for sure diorang dah bungkus dah sekarang ni.

________________________________________________________________________

Mitos #3 - "Megapixel tinggi = kamera power = gambar lagi lawa/sharp"

Well yg ni mmg takleh salahkan orang-orang awam. Knowledge ni dah ditanam sejak awal kewujudan kamera digital lagi.

Megapixel yg tinggi membantu jika kita nak cetak gambar tu dgn saiz yg besar. Tapi itu hanya melibatkan saiz dan resolution. Lawa atau tak lawa, sharp tak sharp plak bergantung kpd jenis lens yg digunakan, serta saiz sensor kamera tersebut.

Aku pernah shoot sebuah gambar yg sama, guna Nikon D50, 1 pakai 6MP, 1 lg pakai 2MP, sama jek lawanya. Yg tak sama ialah resolution. Baca artikel Megapixel Myth.

________________________________________________________________________

Mitos #4 - "Lens mesti mempunyai VR atau IS utk menghasilkan gambar yg sharp"

Kalau begitu, tolong bagitau aku, camne photographer zaman dulu boleh dpt gambar sharp? Time tu takde VR/IS der.

Nak hasilkan gambar sharp giler gaban? Baca artikel How Sharp is Sharp?

________________________________________________________________________

Mitos #5 - "Orang yg gantung DSLR di leher itu kelihatan sangat coolblog"

Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.

Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.

Aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun. Nampak beno bohongnya :(

________________________________________________________________________

Mitos #6 - "Kena edit gambar baru jadi lawa"

Boleh je nak dapat gambar lawa straight out of card (SOCC) tanpa perlu post processing. Yg penting kena pandai main dgn parameter JPEG Profile dlm kamera tu la (brightness, contrast, sharpness etc etc)

________________________________________________________________________

Mitos #7 - "Guna DSLR confirm gambar cun"

Banyak je gambar yg tak cun drpd DSLR yg aku tengok.
Mmg jenis kamera tu salah satu faktor, tapi ia bukan faktor utama ke-cun-an sesebuah gambar. Skill, teknik serta lens yg digunakan juga main peranan. Dan yg paling penting, Your Camera Doesn't Matter.

________________________________________________________________________

Mitos #8 - "Filter boleh menghalang kewujudan fungus"

Um, ok jom kita fikir sama-sama:
  • Kita pakai filter utk efek tertentu (CPL, GND, ND) atau nak melindungi elemen hadapan lens
  • Fungus tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi

See any relationship between them? Takde kan? 
So apahal tetibe fungus bole dihalang dgn pemakaian filter plak?

Mcm tu takyah la pakai drybox. Sumbat je filter byk-byk kat lens tu.

Anda boleh pakai sampai 10 keping filter kat lens anda, dan fungus tetap akan tumbuh jika anda simpan lens tersebut di tempat yg lembap. Silap-silap bukan kat lens je, tapi kat filter pun ada fungus.

________________________________________________________________________

Mitos #9 - "Selalu shoot dgn format RAW boleh merosakkan sensor"

Kalau begitu, semua kamera filem akan rosak sensor filemnya, sebab semua yg di-shoot itu ialah dalam format RAW.

BTW korang pernah dgr ke kes kamera rosak sbb asyik shoot RAW? Ada?

________________________________________________________________________

Mitos #10 - "Gambar dari DSLR Canon lebih sharp drpd Nikon (atau sebaliknya)"

First of all, sila compare apple with apple, orange with orange. Jangan nak compare gambar yg di-snap menggunakan prime lens dgn zoom lens. Dah memang confirm gambar drpd prime lens tu lebih sharp.

Second, consider jugak pada teknik, EXIF, editing serta post processing. Tak aci la kalau masa buat comparison, satu pakai tripod, satu handheld. Satu edit sharpness, satu tak edit.

Like I said, apple with apple.


________________________________________________________________________


Mitos #11 - "Lens 70-200mm F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55"

Suatu perbandingan yg dibuat oleh orang yg kurang bijak kerana membandingkan sebuah lens yg berharga lebih drpd RM4000 dgn kitlens yg tak sampai RM500. Apa yg best sgt dgn lens 70-200mm tu pun aku tak tau.

Kalau lens 70-200 tu best sgt, jom la kita outing landscape, tgk lens tu dgn kitlens 18-55, mana lebih berguna. Ada bran?

________________________________________________________________________

Mitos #12 - "Guna ISO yg tinggi boleh merosakkan kamera"

Maka jgn lah beli kamera yg offer ISO tinggi-tinggi mcm D4 dan 1Dx tu ye. Beli je kamera yg offer ISO rendah supaya tak rosak. Kalau pakai kamera filem plak, jgn pakai filem yg ISO tinggi sbb nanti kamera boleh rosak.

________________________________________________________________________



Mitos #13 - "Guna Raynox-250 boleh merosakkan autofokus kamera"

Masa guna macro filter, standard la camera akan focus hunting sbb depth of field terlalu nipis, susah nak fokus. Focus hunting bermakna sedang mencari subjek utk difokus, bukan autofocus rosak.

Kalau penggunaan Raynox boleh merosakkan autofocus, confirm la takde sape beli dik oi. Sila fikir logik.

________________________________________________________________________


Mitos #14 - "Reverse lens boleh merosakkan sensor"

Aku pun tak paham camne reverse lens boleh rosakkan sensor. Dia reverse lens tu sampai mirror terangkat pastu langgar sensor kasi pecah kot?

________________________________________________________________________

Mitos #15 - "Kalau nak shoot gambar panning, kelajuan subjek mesti sekurang-kurangnya 100 km/h. Kalau tak, nanti gambar blur"

Tiada satu pun undang-undang yg menetapkan bahawa panning itu mesti dgn kelajuan minima 100kmph. Mitos ini dibuat oleh orang yg sgt kurang pengalaman sbb dia hanya shoot panning di litar lumba, dia tak pernah shoot panning tangan sendiri atau org berlari/berjalan.

________________________________________________________________________

Mitos #16 - "Wajib pakai mode Manual jika pakai DSLR. Kalau pakai mode lain, membazir, baik pakai kamera kompak"

Respon aku:
  • tu kamera sape? Kamera diorang ke kamera anda?
  • kalau tak bole pakai mode selain M, kenapa diletakkan mode lain disitu?
  • shoot pakai mode M confirm gambar akan jadi lawa ke?
  • adakah anda akan didakwa di bawah akta tertentu sekiranya menggunakan mode selain M apabila menggunakan DSLR?

Senang cerita, pakai lah mode apa pun yg selesa dan mudah utk korang dptkan gambar. 
Kalau korang mmg jenis pakai mode M manjang, pakailah, tapi takyahlah nak kondem org2 lain yg tak pakai mode M. tak semua orang serajin dan sehebat anda :)

PS - aku sendiri byk pakai mode P dan Av. M kalau nak main long exposure je :D

________________________________________________________________________

Mitos #17 - "Beli lens F1.2/1.4 mahal-mahal tapi shoot pakai f/2.8, f/4, f/8, watpe? Baik takyah beli lens 1.2 kalau camtu. Membazir je"

Dalam bahasa ringkas - Shoot wide open all the time.

Tu lens diorang ke lens anda? Sukati diorang ler nak pakai aperture berapa pun.

Dan siapakah yg berkata kalau beli lens 1.2, wajib pakai 1.2 sahaja?

Kalau wajib, aku cabar orang yg cakap benda ni utk guna aperture f/1.2 atau f/1.4 dan shoot gambar subjek di bawah matahari yg terik.

Selamat 'mencuba'! ^^

________________________________________________________________________

Mitos #18 - "Kamera akan cepat rosak kalau tukar lens"

By that logic, patutnya kamera aku dah lama jahanam dah sbb asyik tukar lens.
Jika anda seorang yg gopoh serta tidak cermat, jgn kata lens, tukar memori kad atau bateri pun boleh merosakkan kamera kerana anda tidak mengikut arahan yg betul.

________________________________________________________________________

Mitos #19 - "Kata-kata dari Sifu Bulb"

Sifu Bulb ialah seorang 'jurufoto' yg aku pura-pura belajar dgn dia sbb dia kutuk Pentax. Aku nak tengok sejauh mana pengetahuan dia dalam bidang photography. Berikut adalah antara auta yg beliau utarakan dgn penuh konfiden:
  1. Simbol bunga pada exposure dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan
  2. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR (dah dijawab dalam Mitos #3)
  3. Bokeh itu BULB
________________________________________________________________________

Mitos #20 - "Prime lens sentiasa lebih baik drpd zoom lens"
Mitos #21 - "Makin mahal lens = makin bagus lens tersebut"
Mitos #22 - "Makin mahal kamera = makin bagus = gambar makin lawa"

Dari segi kualiti, memanglah prime lens serta kamera/lens yg mahal tu terbaik.
Tapi tak bermakna ianya bagus utk kita. Semuanya depends pada budget serta requirement.
Baca artikel The Best Camera Is..?

________________________________________________________________________

Mitos #23 - "Bila travel, mesti bawak semua kamera dan lens yg ada supaya boleh merakam semua jenis moment/peristiwa"

Kalau larat, bawak la. And trust me, makin byk tools kau bawak, makin leceh utk kau capture moment. Tak caye ce baca artikel Bring Less, See More.

________________________________________________________________________

Mitos #24 - "Bila dah ada DSLR, wajib shoot wedding utk dikenali sbg jurufoto/photographer"

Kena paham istilah, photographer/jurufoto ialah orang yg mengambil gambar. Takde pun makna tu menceritakan kena pakai kamera DSLR atau shoot wedding ke hape ke. Baca artikel Saya Ada DSLR. Adakah Saya Seorang Jurufoto?

________________________________________________________________________

Mitos #25 - "Nak belajar photography ni kena outing shoot model kat tmpt cantik"

Tu salah satu ler. Habis tu kalau dah aku ni minat shoot landscape, takkan nak kena shoot model jugak baru bole improve skill? Masing-masing ada cara yg tersendiri. Mohon jgn sempitkan pemikiran anda dgn shoot model manjang. Banyak lagi benda bole di-shoot, dan tak semestinya di luar, dalam rumah pun bole.

________________________________________________________________________

Mitos #26 - "Kita perlukan professional grade camera utk dptkan gambar yg lawa"

Aku tengok banyak je gambar yg menang photo competition tu shoot pakai aipong dan kompak je. Cane tu? Ke aipong tu tergolong dlm kategori pro camera?

________________________________________________________________________

Mitos #27 - "Tiru je EXIF kalau nak gambar yg sama"

Ha'ah mmg tiru je bole dpt sama. Takyah susah-susah masuk kelas. Pegi je lokasi yg sama, pakai setting yg sama, akan dpt gambar yg sama. Tapi dgn syarat: guna kamera/lens/flash yg sama, jarak focusing sama, posisi shoot sama, editing dgn cara yg sama... pendek kata semua kena sama lah.

Usually kalau org mintak aku sertakan EXIF Data, mmg aku takkan bagi. Sebab utama ialah aku taknak org tiru setting tersebut. Bukan kedekut, tapi no point bg exif ni ekceli.

Lain org, lain posisi, lain angle, lain lens, lain timing, maka lainlah setting yg diperlukan walaupun nak amik gambar yg sama. 

Jadi kpd yg ingin belajar drpd gambar, ni suggestion drpd aku:
  • kenalpasti apa efek yg anda mahu kaji tu dulu, and then kemudian tanya soalan yg releven dgn efek tersebut.
  • misalnya, korang tgk gambar aku bokeh semacam, so instead of bertanya keseluruhan EXIF, korang tanya "bro, gambar ni diambil pakai lens apa, aperture berapa?". Soalan mcm ni baru agak betul dan relevan kalau nak belajar.

Ingat, jangan main tiru je setting org lain dan mengharapkan hasil yg sama. Jadikan setting itu hanya sbg guide. Kalau degil nak tiru jugak, jgn bising kalau hasil tak sama, sbb mmg takkan atau sgt susah nak jadi sama.

Aku sendiri dah pegi shoot sunset kat Tasik Shah Alam beberapa kali kat tmpt yg sama, dan aku tak pernah ada 1 setting yg sama. Mesti lain-lain. Sbb lain masa, lain lighting condition nya.

________________________________________________________________________



Mitos #28 - "Kalau tangkap gambar 3 orang, salah seorang akan meninggal"

Camne anda bole tau? Anda Tuhankah? Atau Malaikat Mautkah?
Dalam Islam, ini merupakan salah satu kepercayaan karut dan khurafat. Imam Muda Asyraf ada jelaskan psl isu ni di SINI

________________________________________________________________________

Mitos #29 - "RAW sentiasa lebih baik drpd JPEG"

RAW hanya sesuai bg mereka yg teliti serta rajin nak edit later. Kalau tak reti edit, nak hasil yg cepat utk terus print, RAW merupakan satu format yg sgt menyusahkan. Baca artikel RAW vs JPEG.

Maka sila kenalpasti nilai kerajinan serta kerjaya anda sebelum memutuskan bahawa RAW lebih baik drpd JPEG atau sebaliknya. Kalau anda press photog misalnya, lps shoot terus kena submit gambar, takkan nak shoot RAW?

________________________________________________________________________

Mitos #30 - "Shoot gambar anjing/babi tu nokharommmmm"

First of all, anjing dan babi itu TIDAK haram. Mereka najis. Yang haram ialah memakan dagingnya.
Kalau mereka haram disebabkan najis, maka kita akan berdosa setiap kali kita beristinjak.

2nd, apesal tiba-tiba haram amik gambar diorang plak? Fatwa mana kau sebat? Habis kau shoot gambar model tayang bumper dan spoiler tu halal eh?

________________________________________________________________________

Mitos #31 - "Nikon utk shoot landscape, Canon utk shoot wedding"

So wat happen kalau aku guna Nikon utk shoot wedding atau Canon utk shoot landscape? Nanti tebako ke kamera aku?

Pakailah apa-apa kamera yg korang nak utk shoot apa-apa gambar yg korang suka, takde masalah.

________________________________________________________________________

Mitos #32 - "Nak gambar sharp, kena stop down aperture sampai f/22"

Teori stop down aperture tu betul, tapi bukan sampai f/22. Ini kerana diffraction mula wujud pada aperture yg sgt kecil dan menyebabkan gambar soft. Rujuk artikel How Sharp is Sharp?

________________________________________________________________________

Mitos #33 - "Kalau nak autofocus dgn DSLR entry level Nikon, kena beli yg version G, jgn beli yg D"

Salah, salah dan salah. Kena beli yg AF-S atau AF-I, bkn G. G takde kena mengena langsung dlm hal ni.
Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses

________________________________________________________________________

Mitos #34 - "Bounce flash ke arah langit utk mendapatkan detail awan dan langit"

Buang tebiat ke hape bounce flash ke langit?

________________________________________________________________________

Mitos #35 - "Penggunaan battery grip yg original akan mencantikkan lagi gambar"

Battery grip TIDAK ADA kena mengena langsung mahupun tidak langsung dgn hasil gambar.

________________________________________________________________________

Mitos #36 - "Semua kamera filem itu LOMO"

Salah. Baca artikel Kamera Filem = LOMO?

________________________________________________________________________

Mitos #37 - "Perlu menggunakan aperture/ISO/shutter speed tertentu utk mendapatkan gambar reflection"

Reflection wujud jika ADA reflection. Kalau dah time tu air bergelora, pakai la setting apa pun, tetap takkan ada reflection

________________________________________________________________________

Mitos #38 - "Digital is better than film"

Better in terms of what? Large print dan long exposure masih lagi memerlukan sensor filem. Next time specific kan 'better' itu dari segi apa sebelum membuat sebarang kesimpulan. Sila google "digital vs film" dan baca.

________________________________________________________________________

Mitos #39 - "Kalau pakai fullframe, kena pakai lens memahal"

Selama aku pakai D700, lens yg paling kerap aku pakai ialah AF 50mm F1.8D yg berharga sekitar RM380 (baru), RM280 (used).

Pastu lens AF 28-70mm F3.5-4.5D yg kat mudah org jual dlm RM250-RM300.

Mahal?

Tu belum lagi bab flash dan grip. Flash kena yg paling mahal, grip mesti ori. Kononnya la.

Aku pakai SB600 (RM450 used) dan grip Aputure (RM120 new). Mahal?

Auta ni dikeluarkan oleh jemaah fullframe yg taksub dgn 3-lensa-ajaib (14-24mm F2.8, 24-70mm F2.8, 70-200mm F2.8), kononnya tanpa set lens tu, fullframe kit anda takkan lengkap dan gambar takkan lawa. Pastu mesti ada N L ring merah ring kuning lord of the rings bagai.

Nak bagi paham, camni je:

Beli ikut duit poket dan ikut keperluan. Noktah. Titik. Dot.

Ramai assume yg bila pakai fullframe, prime lens mesti 1.4, zoom lens mesti 2.8. Ni persepsi yg salah.

Pakai je la apa-apa lens yg korang mampu beli, dan ikut genre photography korang. Abis cite.

________________________________________________________________________

Kenapa diwujudkan artikel ni?

Sebab aku tak sanggup melihat budak-budak yg baru join photography ditipu hidup-hidup oleh rakan taulan yg mereka anggap sbg SIFU tapi bg maklumat yg salah.

Ada yg panas & terasa? Siapa yg terasa, inilah masanya utk anda membetulkan semula ajaran yg dah silap tu.

So jika anda ingin berguru, memanglah kita pun tak sure segala maklumat yg diberikan tu betul, tapi jika ada benda yg boleh fikir common sense, please, fikir sikit. Jgn telan je bulat-bulat.

Sifu ke master ke, mereka still manusia, aku pun manusia yg tak akan lepas drpd membuat kesilapan. Tapi jgn lah ikut je cakap tu bulat-bulat. Kita hidup di zaman yg serba canggih, internet boleh di access melalui handphone. So rajinkan diri meng-google, buat homework sikit, ok? Guna common sense tu.

Dan pesanan bg anda yg merupakan trainer atau tenaga pengajar dlm bidang ni, termasuk aku sendiri, tak semua benda kita tahu. Andai ada someone tanya aku psl underwater atau wildlife photography, mmg aku zero dlm genre ni.

But instead of memberikan jwpn yg ntah hape-hape, aku ckp je yg aku tak tau, sila tanya pd mereka yg lebih arif.

So kalau tak tau, ckp je tak tau. Takyah malu. Baik malu tak tau drpd malu sbb kantoi bg ajaran sesat.

Jika anda pun pernah dgr apa-apa mitos/auta yg meragukan atau menyesatkan, sudi-sudilah share kat sini ye.

Yg poyo & tak berapa sesat,
Ejad Fotopoyo

11 comments:

  1. Ohoho..tis is soooo true..especially utk aku yg tade minat sgt pn tp dpt hadiah dslr..pening nak guna..kwn2 sibuk la ckp lens mahal yg aku dpt tu ag power n boleh la aku ni jd pro TAPIIII aku tak reti la hoi. Iso pn terkedek2 ag nak guna..haha

    ReplyDelete
  2. Sejak ada kamera hanfon yang baik, saya dah jarang angkut dslr saya. Sebab tu saya sayang sangat dengan henfon saya tu. Sebab dia adalah kamera juga.

    ReplyDelete
  3. I have zero knowledge in camera-land, takder dslr or whatever lens, but I suka the way u write. Honestly for me, sakit mata la tnegok orang usung camera besar gedabak tu ke hulu ke hilir dalam shopping mall. haha

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen saya setuju, amat setuju dan sangat setuju....tak pernah pula terfikir macam ni....

    Kalau tak ada halangan boleh jumpa.....Sawlihim 013 6043241

    nak copy artikel utk simpanan boleh..?

    ReplyDelete
  5. salam bro..
    sy telah modifikasi lens nikkor 50 mm f1.8d .
    hasilnya sy telah mendapat aperture yg sangat2 blur dan sharp.
    sy telah membuat perbandingn antara gambar f1.4 dan f1.2.
    output aperture yang terhasil adlah kepada f1.1 ~ f 1.2.
    soalannya..
    adkah ianya hanya indah pada awalnya n lama kelamaana akan merosakkan kamera saya.
    untuk makluman sy menggunanakan d90.

    ReplyDelete
  6. Dah penah baca blog ni tahun lepas.tapi bila baca balik mmg mcm refresh la. Artikel mantop :)

    ReplyDelete
  7. Dah penah baca blog ni tahun lepas.tapi bila baca balik mmg mcm refresh la. Artikel mantop :)

    ReplyDelete
  8. Perkongsian maklumat yang amat baik...! Menjawab banyak persoalan, terima kasih Ejad...

    ReplyDelete
  9. seorang yg berilmu tinggi dalam fotografi....terimakasih ejad

    ReplyDelete