Wednesday, April 25, 2012

TIPS - Tips Untuk Wedding Photographer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni aku bikin artikel yg sgt simple sbb aku kopipes drpd status member je. Tp aku tak curik taw, aku mintak kebenaran. Hee. Tak caye ce usha screenshot kat bwh ni:


Ok, berikut adalah tips drpd Mike Dukemane:


Tips 1
Pergi buat kerja halal...Pergi la dgn niat untuk mengambil gambor2 pengantin yg cantik2 mekap penat2 tue...Jgn la nampak dahi licin skit...Mula la gedik...Buat kerja main2...Konon macho pgg kamera beso2 nk pancing fotoshoot la tew!!~~

Tips 2
Sampai lokasi awal...Cuba tanya pengantin atau WEDDING planner apa perjalanan cerita majlis itu..Supaya anda tahu ape yg anda inginkan dalam layout ALBUM pengantin nanti...JGN la syok sendiri...

Tips 3
Pakaian anda adalah imej anda...Jgn la datang majlis perkahwinan orang ngan suar pendek...Pakai la kasut or sarong jgn la pakai selipar...tak nampak kekemasan pada diri anda..pakaian hendaklah sedap mata memandang...Jgn la pakai baju PUNK NOT DEAD pg shoot wedding plak..OR BAJU BERSIH 3.0 ke??kekekeke!!!

Tips 4
Mase korang outdoor..bawak la reference2 yg korang leh sediakan sebelum buat sessi photoshoot...Seperti contoh..PRINT OUT gambar2 posing yg korang rasa nk ikut..Masing2 pakai henpon canggih2...kasik google la..Jgn buat kerja pemalas...Bukan murah pengantin2 kat luar sana bayar korg!!

Tips 5
Jangan la buat kerja mcm murah sgt walaupun pakej korang murah skalipun...korang kena la entertain biar nampak mahal...Sape suruh korang bagi rege murah2 tp buat keje tak ikhlas..Sorry to say...Aku tak suka tgk pengantin yg dilayan macam tue...

Tips 6
Jgn la sesekali buat muka macam spender basah depan pengantin walaupun pengantin buat perangai pelik2 kononnya tak ikut perjanjian tetiba jadik lain ke ape??Customers always rite..cuba buat muka Tenang dan Power dan saiko dgn cara lembut...hehehe!!

Tips 7
Makan awal supaya anda tidak kebulur time tangkap gambor kawen kerana anda mgkn kelaparan dan menghilangkan tumpuan anda dgn bunyi2 perut anda yg kelaparan..ATAU..Curi peluang ketika pengantin anda sedang makan beradab...dan JGN LUPA...MINTAK kebenaran dulu...Itu adab kepada RAJA sehari...Supaya dia tahu mencari kita kalau2 time2 memerlukan...Mesti dia paham..Semua orang kena makan..ehehehe!!!

Tips 8
Jika anda rasa takut gambor anda over or under....Silalah guna MODE AV atau A iaitu APERTURE PRIORITY...Ini kerana anda hanya mengawal Aperture dan Iso sahaja..ShutterSpeed akan dikawal oleh kamera anda..Kerana dalam fotografi perkahwinan anda ingin mendapatkan moment yg tak mungkin berulang..gambar lebih berharga jika anda mempunyai LENS aperture yg mempunyai nilai Aperture yg kecil seperti 1.8 or 2.8 or 1.4 or 1.2 ....hehehe!!!

Tips 9
Mulut anda kena jaga..Nk melawak agak2 sket...Sbb Pengantin pun ada hati dan perasaan jugak...Jgn pikir nk gambar cantik je..tp mulut macam longkang lain plak kang jadiknya...Kang longkang pg dia....muahahaha!!~

Tips 10
Sampai awal di lokasi..Jangan igt awak tue terlalu diangkat2 oleh bakal2 pengantin pasai tu anda leh suka2 dtg lewat...ELAKKAN KURANG TIDO supaya mood anda lebih cantik dan idea anda lebih berpedoman...


Hahahaha!!!tips2 tu semua ape yg penah berlaku dlm penglibatan aku dalam dunia wedding photographer....Itu la aku...So...jgn la jadi macam aku dulu...hehehehe!!!~Supaya anda boleh menjadi lebih baik dr ape yg aku cuba share itu....SHARING IS CARING!!!

Sumber: status-status Mike Dukemane, di-compile kan oleh aku dan diolah skit kasi nmpk mcm teratur la skit. Hehe.


Tambahan tips drpd aku:

Tip 11
Shoot gambar penting dlm format RAW, seperti potrait dan family, serta outdoor, atau apa saja gambar yg anda rasa nak edit giler-giler later on.

Tip 12
Bila amik group photo/pengantin bersama family khasnya, pastikan tiada mata yg terpejam, especially mata pengantin. Always double check selepas snap gambar, minta jasa baik family yg sedang bergambar itu stay sekejap semasa anda check mata mereka dlm LCD kamera anda.

Tips 13
Utk gambar portrait, pengantin tgh make up contohnya, focus pd mata. Kalau nak sharp kat tmpt lain pun, be sure gambar focus tang mata tu dah ada.

Tips 14
Last but not least - sentiasa berdoa kpd Allah semoga majlis berjalan dgn lancar tanpa sebarang gangguan atau kesulitan, supaya kerja kita dpt dilakukan dgn sempurna demi merakam detik indah pengantin baru.

Ok dah tu je tambahan drpd aku yg jarang shoot wedding.

Sekian,

Ejad Fotopoyo

Saturday, April 21, 2012

Forever Alone...



GALERI - Masjid Terapung Puchong Perdana








Gambar diambil dgn Nikon F90, lens Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 (hence the flare).
Filem: Kodak Pro Image 100 dan Kodak Supra 400 expired.
Self-scanned using Canoscan 5600F, 1200DPI, high quality JPEG setting.

Thursday, April 12, 2012

Aperture & Sharpness

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a simple article for today, psl penggunaan aperture dan kaitannya terhadap ketajaman (sharpness) sesebuah gambar.

First of all, back to basic - boleh baca apa itu aperture secara ringkas disini: Aperture

Petikan drpd artikel How Sharp is Sharp:
Gunakan aperture optimum. Optimum means bukanlah wide open aperture, tetapi di-stop down kan sedikit dlm 2 stops drpd maksimum aperture. Kalau korang kurang paham psl maksud stops, boleh baca psl teori "darab 2".
Contoh - lens 50mm F1.8 sharp pd f/4, kitlens sharp pada f/8~f/11.
Majoriti prime lens sharp pada f/4-f/5.6, manakala zoom lens sharp pada f/8-f/11.
Avoid stopping down to f/16, f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction.

Jadi apa yg ingin ditegaskan disini ialah sharpness sesebuah gambar bergantung kpd aperture, selain faktor-faktor lain seperti jenis lens yg digunakan, dgn tripod/monopod dan sebagainya.

So mcm mana nak dptkan gambar yg sharp giler drpd penggunaan aperture?

Dalam penggunaan aperture, 2 rules berikut perlu dipatuhi dlm proses mendapatkan gambar yg sharp giler kentang:
  1. Elakkan penggunaan wide open aperture, iaitu aperture terbesar sesebuah lens. Contoh 50mm F1.8, wide open aperture ialah f/1.8. Kalau tak paham, baca artikel Zoom Lens: Fixed & Variable Aperture
  2. Elakkan penggunaan aperture yg terlalu kecil, which in most cases, f/16-f/22 kerana ini akan menyebabkan diffraction yg akan menyebabkan gambar soft.

Senang cerita aku kasi sampel gambar:


Gambar di atas diambil dgn tools berikut:

Setting:
  • Aperture: 1-stop utk aperture bermula dari f/2 hingga f/5.6
  • JPEG 10MP, tiada modifikasi pada Sharpness, semua default
  • Post process: Straightened pastu 100% crop, tiada modifikasi pada Sharpness
  • Combined & watermarked with Photoscape

Ni hasil gambar yg dah di-zoom 100%. Klik kat gambar utk kasi besar supaya nampak lebih jelas:


Korang compare tulisan Canon Lens FD 50mm pada F2 dgn F4 dan F5.6, korang akan nmpk tulisan kat F2 tu soft sikit, pastu sharp giler kat F4 dan F5.6.

Ok, now for the easy calculation: lens 50mm F2 ni sharp pada aperture f/4. Kalau korang buat eksperimen ni pada lens Nikon dan Canon pun lebih kurang sama gak.

Drpd f/2 nak pegi kpd f/4 ialah 2 stops (2 --> 2.8 --> 4) tapi nak kasi mudah kira, 2 darab 2 jadi 4.
Maka itulah yg dimaksudkan dgn teori darab 2.


Usually utk lens 50mm, pada wide open aperture mmg hasilnya akan sedikit soft. Ini terbukti pada hampir kesemua 50mm pada setiap aperture, baik 1.2, 1.4 mahupun 1.8 dan juga setiap brand, baik Nikon, Canon, Pentax mahupun Sony.

Cuma, ada sesetengah lens baru, dia sharp kat wide open aperture, mcm AF-S Nikkor 50mm F1.8G, sbb dia dah guna coating baru, but still pada f/4 mmg hasil dia akan jadi lebih sharp giler gaban la.

Sbg kesimpulan, mudah je, kalau korang nak gambar yg sharp giler gaban, consider utk gunakan nombor aperture yg merupakan hasil darab 2 bagi maximum aperture lens anda. Baca balik pasal teori darab 2 atau rujuk je gambar kat atas ni kalau masih kurang paham.

Semoga memberi manfaat.
        
Ejad Fotopoyo

Wednesday, April 11, 2012

OUTING - Putajaya: Sunset, Landscape & CLS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah mini outing akan diadakan seperti berikut:

Hari: Jumaat
Tarikh: 13 April 2012
Tempat: Jambatan Tak Siap (sebelah Masjid Sultan Mizan / Masjid Besi Putrajaya)
     

6.00pm - 7.30pm - Sunset & Landscape
  • teknik ringkas bagaimana cara mengambil gambar sunset & landscape

Lps Solat Maghrib Onward - CLS
  • bermain dgn flash/lighting

Sila bawa:
  • kamera & lens (kitlens sudah mencukupi)
  • kalau takde DSLR, kamera kompak atau henset pun bole
  • tripod dan remote shutter jika ada
  • ND/GND/CPL filter jika ada
  • filem yg mencukupi (jika anda pengguna kamera analog)
  • bekal makan/minum sendiri

Event di facebook: Putrajaya: Sunset, Landscape & CLS

Semua dijemput hadir, so jgn sibuk nak tanya "Boleh join ke tak?", mmg aku takkan layan.
Tiada bayaran dikenakan.

Teknik akan diajar secara ringkas oleh Ejad Fotopoyo, Adi Mang dan Azahar Saary serta lain-lain fasi yg hadir.

Antara hasil gambar daripada kami pada outing yg lepas:


Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Adi Mang

Kalau nak lepak hang out saje pun bole, apedehal :)

Mari meramaikan majlis!

Ejad Fotopoyo

Monday, April 9, 2012

GALERI - F90 & Bokeh





Gambar diambil dgn Nikon D2x & Nikkor AF 50mm F1.8, aperture f/1.8 - f/2.
Available light dari spotlight bawah empangan Putrajaya.
Minor exposure, clarity dan contrast editing dgn Adobe Lightroom.
Tone sepia adalah original drpd lighting itu sendiri dgn Auto WB.

Ejad Fotopoyo

Sunday, April 1, 2012

MLM - Bingai Tahap Super Saiya

Sumber: FB



Lps tu bila dimintak suruh explain tang mana yg Islam tu juga adalah MLM, si Zen tu kasi gambar ni:

Sumber: FB

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Simply to say, when it comes to MLM, stupidity knows no bound. Seriously...


Ejad Fotopoyo