Assalamualaikum & selamat sejahtera guys.
Good news - Ejad Fotopoyo melaporkan diri setelah sekian lama menyepi. Bagi yg menunggu update kat blog ni (kalau ada yg tunggu la), sorry lama senyap, sbb skrg aku dah semester akhir pengajian, struggle nak siapkan tesis dan jugak publish journal. Sbb tu takde masa nak membebel sangat. Post pendek kat page tu boleh la.
Anyway, seperti yg dijanjikan dalam status aku yg lepas <link>, harini aku share cara aku edit gambar tebuan di atas.
Berikut adalah gambar ori, direct conversion drpd RAW kpd JPEG:
Seperti yg korang nampak, gambar ni agak hazy dan low contrast. Kalau lens korang tu ada haze, mmg senang akan dpt gambar mcm ni especially kalau korang shoot mengadap cahaya.
Cane nak tau lens tu hazy atau tak?
Cara termudah, korang tgk belah dalam lens korang tu, dan ia nampak berkabus, kabus mcm org hembus nafas kat lens tu. Tapi kabus tu belah dalam, takleh lap. Buat masa skrg ni aku takdak hazy lens, so aku share gambar drpd Ken Rockwell je, takpun korang gugel sendiri:
Lens yg selalu kena haze ni biasanya lens lama2 je. Banyak punca yg menyebabkan terjadinya haze ni, tp dalam bahasa mudah, gam atau lubricant yg ada dlm lens tu mencair lps tu menyejat, menyebabkan dia berkumpul kat bahagian kaca dlm tu.
Berdasarkan pengalaman aku la kan, hazy lens CANNOT be repaired. Usually org yg ada offer servis utk CLA lens ni takkan amek kes hazy lens, sbb sgt leceh, dan kdg2 tak berbaloi. Dlm ertikata lain, hazy lens lebih teruk drpd lens yg berfungus.
Tapi aku takkan bebel lelebih psl hazy lens dalam artikel ni. Instead, kita fokus kpd cara mengedit gambar tebuan di atas.
Dalam proses editing kali ini, kita akan gunakan Adobe Lightroom CC atau Version 6 dan ke atas, kerana version terbaru ni ada fungsi Dehaze yg akan digunakan secara extreme dalam editing kali ini. So kalau korang guna software lain atau Adobe Lightroom version lama, maaf la tak dapek den nak nolong.
So mcm biasa la kan, first kita import gambar ni ke dalam Adobe LR:
By the way, kalau korang rasa gambar2 ni kecik, klik gambar ni nanti dia keluar Enlarged Version.
Lepas tu kita akan guna fungsi Dehaze bagi mengurangkan ke-hazy-an gambar ni. Utk kurangkan haze, naikkan nilai Dehaze tu. Kalau katakan gambar korang biasa tapi nak nampak hazy, kurangkan nilai.
Seperti yg korang boleh nampak, haze tadi tu dah kurang. Aku boleh set nilai Dehaze tu lg tinggi utk buang habis haze tu, tp bila set tinggi sgt, dia akan jadi terlalu high contrast, di mana gambar nampak hitam pekat, camni:
Mungkin bagi korang hasil ni ok, tapi bagi aku, contrast gambar ni tinggi sangat. Bila contrast tinggi, saturation pun ikut naik sekali, lepas tu detail pada kawasan hitam jd makin pekat.
So instead of terus menaikkan nilai Dehaze, aku pilih utk main dgn benda2 lain, seperti berikut:
- Exposure: -0.8
- Constrast: +48
- Blacks: -50
- Vibrance: +24
Gambar nampak mcm dah ok, tapi ada 1 problem lagi - kaler kat kepala dan badan tebuan tu agak kehijauan. Benda ni jadi sebab atas tebuan tu ada daun yg kena cahaya matahari direct.
So cane aku remove colorcast hijau tu? First, aku guna Split Toning:
- Highlights: Hue 246, Saturation 54
- Shadows: Hue 293, Saturation 22
Mana aku dapat nilai2 ni? Try and error sudah. Pick any color, tgk la kesan dia kat gambar. So lepas apply Split Toning, aku dpt gambar camni:
Lepas tu aku crop kasi tight sikit supaya tebuan tu nampak lg besar. Biasa la shoot macro kena crop2 ni kan. Sebab tu kalau boleh shoot macro ni guna format RAW atau JPG Large, supaya ruang utk kita crop tu luas, tanpa menjejaskan kualiti gambar.
So final adjustment yg aku buat ialah, aku guna Adjustment Brush. Aku brush kawasan kepala dan badan tebuan tu, lepas tu adjust bebenda ni:
- Contrast: 54
- Blacks: -3
- Saturation: -38
Hasilnya:
Sebab aku kurangkan saturation ialah nak kurangkan colorcast kat area tu, dan dalam kes gambar ni, dia tak kacau warna asal sbb kepala dan badan dia dah mmg hitam. Hitam kalau kita pekatkan ke cairkan ke tetap hitam. Cuma kena hati2 jgn brush mata dia yg coklat tu la.
So tu je la editing yg aku apply. Ni hasil akhir selepas di-export kpd JPEG:
Mcm biasa la kan, jom compare before/after:
Maka dengan itu berakhir sudah artikel ini. Hopefully bermanfaat utk semua :)
Ejad Fotopoyo