Thursday, August 25, 2016

BRONCOLOR Lighting Workshop | Sharing is Caring


First of all, ini bukan iklan kelas yg bakal diadakan. Sebab kelas lighting anjuran Engtong ni telah pun diadakan pada Khamis 25 Ogos 2016 di Showroom Engtong pada jam 1.30 - 5 petang. Masa aku taip ni aku baru sampai rumah drpd kelas tadi tu.

So anyway, aku akan bebel pasal kelas ni secara ringkas. Kelas ini telah dianjurkan oleh Engtong, sole distributor bagi beberapa jenama besar aksesori photography seperti Manfrotto, Nat Geo dan lain2.

Basically kelas lighting yg diadakan tadi adalah bagi memperkenalkan sebuah aksesori lighting yg sangat ohsem iaitu Broncolor Siros L, sebuah lighting tool yg cordless, mudah dikawal dgn hanya menggunakan apps dan sgt powerful.


Penceramah bagi kelas tadi adalah Mr Jen Siow, seorang oldtimer professional photography yg telah berkecimpung dalam genre fashion and beauty selama lebih 40 tahun di dalam dan luar negara. Sepanjang kerjaya beliau, beliau banyak menggunakan kamera medium format camera iaitu Hasselblad (model tak ingat). Sadly, kini beliau agak slow dlm bidang photography kerana penglihatan beliau yg semakin terhad sehingga terpaksa memakai tongkat. Namun beliau masih aktif secara tidak langsung dlm menganjurkan kelas di studio beliau bagi mendidik anak2 muda yg ingin pergi jauh dlm bidang fashion and beauty. Korang boleh usha portfolionya di website Jen Studio dan Jen Siow. Beliau byk berkongsi pengalaman menggunakan lighting jenama Broncolor sepanjang kerjayanya.

Penceramah kedua adalah Muhammad Zamir, seorang professional photography yg juga terlibat dalam genre fashion and beauty, cuma lebih specific kpd Islamic Fashion. Dia banyak shoot produk utk Neelofa dan Jakel. Punya la lama kenal kat fesbuk, bila jumpa la jiran 1 seksyen je. Aku duk seksyen 26, dia 27, sebaya pulak tu.


Berbeza dgn Mr Jen yg banyak berkongsikan pengalaman, Zamir lebih focus kepada sesi praktikal dgn menunjukkan bagaimana cara mengendalikan photoshoot menggunakan Broncolor Siros L. Kemudian bagaimana utk memastikan warna dlm gambar yg dihasilkan itu accurate. Korang pun tau kan bila shoot, real life baju tu kaler ijau, tgk2 dlm gambar dah jadi ijau pekat. Ini penting kerana bila shoot product, warna produk dlm gambar mestilah sama dgn produk sebenar.


Ok tanak bebel panjang2, berikut aku kongsikan serba sedikit ilmu yg diperoleh drpd kelas tadi (credit to Firdaus Ghazali for the notes). Nota ni aku faham dan olah ikut pemahaman aku sendiri, so diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda2 semua.


Kurangkan Post Processing

Bukan tanak kasi korang edit. Cuma, eventho sekarang ni zaman digital, jgn bergantung sepenuhnya kpd konsep "ala takpe tak jadi nanti edit la kasi lawa". 

Seeloknya shoot se-perfect mungkin semasa sesi photoshoot instead of bergantung kpd post-processing. Dgn kaedah ini anda lebih menjimatkan masa sebenarnya, sbb who knows masa tgh edit tu tgk2 tak dpt nak hasilkan gambar sepertimana yg client mintak, tak ke haru tu. Takkan nak repeat session kot.


Choose The Right Equipment

This is very important. Mmg ada pepatah kata "Camera doesn't matter", but actually, it does! Korang nak buat high profile punya job, takkan nak guna equipment cikai. 

Seeloknya gunakan kamera terbaik (high end APS-C atau fullframe) with good lenses (Sigma ART contohnya, atau Canon L dan Nikon N, atau prime lens) dan jika berkemampuan, laburkan duit anda pada lighting equipment. Beli terus yg mahal supaya ia tahan lama. Mr Jen kata dia beli Broncolor lighting 20-30 tahun lepas dan masih berfungsi sampai sekarang. Nampak tak betapa berbaloinya invest kat equipment yg mahal.

Mengenai lens pulak, utk hasil yg lebih realistik, avoid using wide lens kerana subjek (portrait) anda akan nampak pelik disebabkan oleh kesan distortion. Maka gunalah lens 50mm dan ke atas (recommended: 85mm, 70-200mm). Nanti aku akan buat artikel lanjut pasal ni.

Taat Pada Customer

Kalau kita bekerja dgn client (bukan shoot suka2), follow exactly apa yg client nak. Jgn client mintak A kita bagi G, tak pasal2 takde orang nak hire dah. 

Usually client tak faham photography, so dia cuma akan bagitau kita konsep mcm mana yg dia nak. So kita sbg photographer yg bekerja utk dia kena pandai2 la figure out mcm mana nak hasilkan gambar seperti yg client nak.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Most of time, bila shoot fashion and beauty, itu adalah sesi pertama kita dgn model/talent tersebut. So sebelum mula menge-shoot, take some time to know each other, berkenalan borak2 sembang2 supaya dia selesa dgn kita. Bila dia selesa, kita nak guide dia pose pun senang, kerja pun boleh setel cepat. Dan masa guide tu jgn la garang sangat, ckp elok2. Nasihat yg sama utk wedding photog di luar sana.

Wanna Get Better? Shoot Film!

Mr Jen bagitau, kalau nak belajar dalam2 pasal tonality (highlight, midtone, shadow), sila familiarkan diri anda dgn film photography. 

Ringkasnya, tonality ni bermaksud peralihan tona drpd gelap (shadow) kepada terang (highlight) atau sebaliknya yg smooth dan berterusan tanpa sempadan yg jelas diantara tona yg wujud. Paham tak ni hahaha ok camni drpd hitam pegi putih, dia tak terus jump kepada putih, tp boleh nampak hitam tu beransur2 cerah kpd kelabu dan semakin cerah sampai la jadi putih. Maknanya tona tu luas dan banyak sbb tu ada banyak warna kelabu yg terlibat di antara hitam dan putih tu. 

Benda ni penting sbb kita nak preserve detail sebanyak yg mungkin dlm gambar, so kita cuba elak yg hitam tu terlalu hitam atau putih terlalu putih sampai tiada detail yg ditonjolkan. Fuh pening nak explain hahaha.

Dari kiri: Zamir, Rajah (Sales Exec) di belakang, lepas tu tak kenal, tak kenal, Mr Jen (pegang tongkat), dan last sekali aku yg kacak kbai

Aku rasa cukup sekadar tu. Penat gak naik motor drpd Damansara pegi Maluri ni, boleh tahan jauh. Hopefully apa yg dikongsi ni bermanfaat utk semua.

Ejad Fotopoyo

Monday, August 8, 2016

#JomLepakShoot | Ika & Layla

Baru2 ni member sefesbuk dan se-IG iaitu Arif Haiqal telah menganjurkan sebuah program #JomLepakShoot pada Ahad 7 Ogos 2016 di Putrajaya. Ringkasnya, projek ni mcm outing yg biasa diadakan sesama jurufoto. Kita berkumpul, suai kenal, sharing knowledge, racun sana sini dan main event utk outing kali ini adalah Portraiture. 

Ok la tu. Sejak kawen haritu aku mmg dah lama sgt tak tembak portrait. Yg aku shoot mostly adalah still life mcm buaian, daun, bunga, jongkang-jongkit, sbb aku tak rajin nak carik model, dan kebetulan takde job (jobless la senang cite) skrg ni.

So outing kali ni kira peluang utk aku asah balik skill shoot portrait. Maka aku ucapkan tahniah dan terima kasih kpd abang penganjur yg kacak sbb wujudkan program ni.

Berbekalkan Canon 5D Classic dgn lens manual Olympus 50mm F1.4, ini antara hasil2 yg aku boleh kongsi. Semoga tabah dan terhibur.