Monday, December 12, 2016

Big Bad Wolf 2016 | Olympus MJU II | Fujifilm Neopan 1600


Lama tak haplod gambar2 kat sini. Sebab mmg dah lama tak menembak kan, takde gambar yg nak dihaplod huhu. 

Anyway, Jumaat lepas (09/12/2016) aku dan wife terchenta pegi Big Bad Wolf kat MIECC, Serdang. Kekonon nak carik stok buku baru la, padahal buku yg beli BBW lepas tak bukak plastik pun lagi haha. 

Before gerak tu, terlintas di fikiran aku utk mengeshoot suasana disitu. Dan teringin pulak nak guna high ISO film, sbb event tu malam, dlm dewan pulak tu. Even kalau guna kamera digital pun mau kena bubuh ISO800 ke atas utk dpt gambar yg cukup terang.

Bukak peti ais, tgk2 eh ada filem ISO1600, iaitu Fujifilm Neopan 1600:


This film would be perfect for low light scene mcm BBW tu. Cuma ada 1 masalah, film ni expired tahun 2012 dan sebelum aku simpan dlm fridge, aku tak sure owner sebelum tu simpan mcm mana. 

Logically, utk expired film ni kita akan compensate beberapa stops sbb sensor dia dah tak sensitif seperti dulu. So ada kemungkinan filem yg berISO1600 ni behave mcm ISO400 je. 

Takde hal kalau aku guna kat SLR Film, sbb aku boleh simply pilih ISO400 dan metering kamera akan bagi bacaan berdasarkan ISO tersebut.

Cuma, nak pegi event mcm BBW, nak menembak sambil memilih buku, kamera yg manual focus bukanlah 1 pilihan terbaik, sbb takkan cukup tangan nak handle.

And then aku decide nak guna Olympus MJU II, iaitu kamera compact P&S film yg mempunyai keupayaan autofocus dgn lens 35mm F2.8 yg supersharp. Kira perfect dah ni utk lowlight sbb lens dia pun f/2.8.


And here comes another problem: ISO takleh nak sukati set pada kamera MJU ni. MJU ni guna electronic sensor utk baca DX Code pada film. So kalau aku sumbat filem ni, MJU akan baca filem ni sbg filem berISO1600. Tapi kan aku nak guna ISO400. So cane?

So apa yg aku buat ialah, aku anggap filem ni filem ISO400, tapi aku push 2 stops kpd ISO1600. Maknanya skrg bila aku develop, aku takleh develop ikut timing biasa. Sebaliknya aku kena panjangkan masa, sebab kalau aku develop biasa, gambar2 akan underexposed. FYI, underexpose pada filem adalah sangat bahaya, susah nak recover. Dia bkn mcm digital, digital under takpe, over jangan. Tapi filem over takpe, under jangan.

Anyway, filem ISO1600 yg aku anggap sbg ISO400 tapi aku push 2 stops kpd ISO1600 ni disumbat ke dlm Olympus MJU II, dan aku bawak pegi BBW.

It was so easy sbb kamera ni sgt kecik, sebelah tgn boleh handle. So tgn sebelah pegang buku/bakul, sebelah lagi standby kat shutter button utk shoot apa2 yg nampak menarik.

Lepas habis seroll (36 frames), simpan kamera. Sampai rumah, kasi develop laa apa lagi. Aku guna developer Ilfotec LC-29 dgn bancuhan 1 bahagian LC-29 dan 29 bahagian air (1+29) utk larutan sebanyak 300ml. 

Lepas google2, standard dev time utk filem Fujifilm Neopan 1600 ialah 10 minit. Tapi tadi kan aku push 2 stops, so kalau aku develop 10 minit, gambar akan jadi underexpose. So selepas menggoogle lg, aku jumpa website yg mencadangkan utk darab 2.25 pada masa dev yg asal. So 10 minit tadi menjadi 10x2.25 = 22.5 minit pada suhu 20 darjah celcius.

And then mcm biasa la, Fixer dalam 7-8 minit. Kalau ikutkan 5.30 minit je, tp sbb aku recycle, so aku kena lamakan sikit masa fixer. 

Lepas tu keluarkan filem dari tangki, tgk2 wahhh jadi. Seronok weh. Aku pun gantung kasi kering. Lepas tu tidooo esok pagi la baru scan. Ngantuk doh.

Pagi tu aku scan dgn penuh berhati2 menggunakan Canoscan 8800F yg aku baru lepas cuci glass belah dalam dia sbb ada fungus, dan inilah hasilnya selepas aku save as TIF dan post-process menggunakan Adobe LR:



















Ada byk lagi gambar sebenarnya, tapi normal la, korang shoot 100, takkan nak tunjuk semua kan. Sah2 la ada yg tak menjadi hehe. So far inilah antara gambar yg menjadi. Nothing too fancy pun actually. Aku main tembak tanpa sebarang rule pun. Kalau manjang nak RO3 bokeh art of seeing pun kadang2 boring gak. Sekali sekala bebaskan minda drpd rule dan just shoot ikut suka.

Semoga terhibur dgn bebelan tgh malam aku di atas.

Ejad Fotopoyo
2315 12122016

Crop Factor | Tak Paham Wehhh

Only to die again | Big Bad Wolf 2016
Olympus MJU II | Fujifilm Neopan 1600

Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys!

Siang tadi masa duk mentelaah page Bincang Thread, aku ternampak ada post berkenaan orang yg keliru dgn Crop Factor.

Ini salah faham yg dimaksudkan tu:
"Kalau kita guna lens yg APS-C kat APS-C, dia takde crop factor. Dia akan jadi mcm focal length lens tu jugak. Contohnya kalau kita guna lens 35mm F1.8G DX kat Nikon D3100, dia jadi 35mm jugak, takde crop factor, sbb lens tu mmg dicipta khas utk APS-C.
Tapi kalau kita guna lens 35mm F2 kat Nikon D3100, dia jadi 35x1.5=52mm, sbb lens tu utk fullframe, tak compatible dgn D3100 yg APS-C, sbb tu kita kena darab crop factor"

Secara ringkas, kekeliruan yg berlaku di sini adalah apabila menganggap hukum pendaraban crop factor hanya berlaku apabila body APS-C menggunakan lens Fullframe. Tapi bila body APS-C guna lens yg mmg dicipta khas utk APS-C (contohnya DX utk Nikon, EF-S utk Canon), dia takde crop factor.

Pemahaman ini SALAH.

Sbg pengenalan ringkas, crop factor merupakan nisbah bagi kamera2 format lain (APS-C, APS-H, M43 dan lain2) terhadap format fullframe (36x24mm).

Contohnya bila kita kata crop factor x1.5, kita darab 1.5 tu sbb nak tengok dia punya view jika dipakaikan pada body fullframe.


Contoh mudah, kalau kita guna lens 50mm kat D3100, dia jadi 50x1.5=75mm. Bukan bermaksud focal length itu berubah kpd 75mm, tapi angka 75mm tu bermaksud view pada D3100+50mm tu akan bersamaan dgn body fullframe+75mm.

Boleh faham so far?

Ok now kita pergi pembetulan bagi kekeliruan di atas ni.

Sebenarnya, bila kita guna body yg bukan fullframe, contohnya APS-C la kan, mcm Nikon D3100 tu. Kita pasang lens APS-C (DX) ke, kita pasang lens fullframe ke, dia tetap kena darab crop factor x1.5.

Sebab utamanya ialah saiz sensor bagi APS-C (24x16mm) lebih kecil drpd fullframe (36x24mm), menyebabkan saiz imej yg terhasil adalah lebih kecil dan ter'zoom' kedepan. Ringkasnya, yg menyebabkan cropping tu berlaku adalah sensor.

So kalau kita gunakan kedua2 lens ni: 35mm F1.8G DX (lens APS-C) dan jugak 35mm F2 (lens FX) kat Nikon D3100, dua2 kena darab crop factor, dua2 akan menghasilkan equivalent focal length yg sama, iaitu 35x1.5=52mm.

Sebagai contoh:
  • APS-C + 50mm = 75mm
  • M43 + 50mm = 100mm

Contoh paling mudah, bila kita guna kitlens 18-55mm. Crop factor akan menjadikan lens tersebut kpd 28-80mm, dan sebenarnya 28-80mm ni basic kitlens pada body fullframe. Maknanya bila APS-C guna kitlens 18-55mm, dia akan dpt view yg sama dgn body FX + 28-80mm.

Fikir logik pun, takkan la dia jadi 18mm yg sama wide dgn fullframe. Tak aci bai. Ingat lens yg boleh bagi FL 18mm kat fullframe murah ke?



Contoh lain, jom kita usha gambar di atas ni. EXIF ini diambil drpd gambar yg di-shoot menggunakan kamera Pentax K-50 (APS-C) dan lens Pentax-DA 15mm F4 LTD (juga APS-C).

Tgk pada 35mm Focal Length yg di-highlight-kan dlm gambar tu, ia menunjukkan angka 22.

Mana dtg 22? 15 darab 1.5 = 22.5. Again, kedua2 kamera dan lens tersebut adalah berformat APS-C.

So kalau teori di atas tu betul, kenapa 15mm tu jadi 22? Kenapa tak kekal sbg 15?

Simply kerana, hanya kombinasi kamera fullframe dan lens fullframe sahaja yg dpt menjadikan nombor itu kekal sama.

Oh lupa lak korang tak familiar dgn Pentax. Fineeee ni details bagi kamera Nikon. Aku bubuh 3 kamera terus. Sila klik utk besarkan gambar:


Dlm EXIF ni ada kamera2 berikut:
  1. Nikon D50 + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
  2. Nikon D2X + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
  3. Nikon D90 + AF-S Nikkor 18-105mm F3.5-5.6G DX

Perasan tak kesemua lens tu DX? DX ialah lens utk APS-C kan?
Skrg tgk pulak bahagian 35mm Focal Length. Adakah nombornya kekal sama jika dibandingkan dgn Focal Length? Tak kan? 18mm jadi 27mm, manakala 105mm jadi 157mm. Mana datang? Darablah dgn 1.5.

Contoh lain: Nikon D700 (fullframe) dgn lens 50mm F1.8 (fullframe):


Nampak tak Focal Length 50 tu kekal sbg 50 pada ruang 35mm Focal Length? Sbb utk fullframe, crop factor tiada (atau darab 1), menjadikan nombor itu kekal.

Yg sebenarnya, apa yg ada ialah lens yg dicipta utk APS-C yg boleh dpt view sama dgn fullframe.

Contoh: utk mendapatkan view yg sama bagi fullframe+50mm:
  • lens 35mm digunakan pada APS-C, sbb 35x1.5=52mm.
  • lens 25mm digunakan pada M43, sbb 25x2=50mm

Contoh lain: utk mendapatkan view yg lebih kurang sama bagi fullframe + 24-70mm:
  • APS-C + 17-50mm 
  • M43 + 12-35mm

Boleh faham eh?

So sebenarnya, there's no such thing as "kena guna lens yg khas utk APS-C baru takde crop factor", sbb kalau body tu bkn fullframe, akan wujud crop factor.

Yg tiada crop factor cuma bila body fullframe + lens fullframe. Body fullframe still akan ada crop factor (heavy vignetting) bila guna lens APS-C (contoh gambar di bawah):

Pentax K1000 (film, fullframe) + kitlens 18-55mm F3.5-5.6

Ok now kita pergi kpd persoalan utama: apesal Nikon ni pepening sgt?? Byk nau lens, pening taktau nak beli mana.


Bagi lens Nikon, kronologinya begini:

Dulu lens 35 dan 50 yg ada ialah (sumber: Nikon Lenses):

Yg boleh autofocus dgn body takde motor waktu tu cuma AF-S Nikkor 50mm F1.4G, which is quite expensive (lebih 1k).

Kemudian pada tahun 2009, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.8G DX, simply to provide autofocus lens yg boleh bg view 50mm pada body APS-C yg tiada motor seperti D40, D60 dan D3000/D5000 series.

Bagi yg menggunakan body fullframe pula, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.4G N (2010) dgn harga yg jauh lebih mahal. Nano beb, op kos la mahal.

Kemudian pada tahun 2011, Nikon mencipta pula lens AF-S NIKKOR 50mm F1.8G sbg alternative bg mereka yg guna body takde motor tp lebih prefer 50 over 35. Plus this newer 50 is equipped with better coating yg memberikan hasil yg lebih sharp wide open.

Dan last sekali Nikon produce AF-S NIKKOR 35mm f/1.8G ED (perhatikan lens ni tiada kod DX, maknanya lens ini khas utk fullframe) dgn price tag yg jauh lebih mahal drpd semua lens di atas but still cheaper than AF-S Nikkor 35mm F1.4G N.

Sebab itulah lens 35mm dan 50mm utk Nikon ni ada macam2 jenis.

Itulah ceritanya...

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo
Isnin 12122016 8:34pm