Assalamualaikum & Salam Sejahtera kengkawan semua.
Sorry lama tak update. Ala its not like korang check blog ni hari2 pun kannn. Anyway, I've been busy. Busy menyiapkan tesis, journal paper, dan buku fotopoyo yg masih dlm situasi draft. Insya Allah lepas viva akan aku kerahkan sepenuh tenaga menyiapkan buku tersebut.
Anyway, last month, aku ada terbaca kat forum ni, ada seketul atau sejenis lens Helios yg memang dicipta utk Nikon F mount. Aku terkejut, sbb setau aku, lens Helios ni ada mount M39 atau M42 je. Tapi rupanya ada dicipta utk mount Nikon, sbg kitlens bagi kamera SLR Kiev-19 yg juga SLR dalam bentuk Nikon F mount.
Info lanjut boleh usha link berikut, atau google sendiri utk info yg lebih mendalam:
This is actually a good news bagi aku, sbb sepertimana yg korang tahu, utk menggunakan lens M42 kat body Nikon, kita memerlukan adapter yg ada corrective glass bagi membolehkan lens tersebut difokus kepada infinity. Dan masalah bagi adapter yg ada glass ni pulak, dia mcm kita tambah filter murah kat lens - mengurangkan kualiti dan kesharpnessan gambar. Info lanjut: Pengenalan Kepada Lens Adapter.
So bila aku dpt tau ada lens Helios yg mmg dicipta utk Nikon mount, it means aku tak perlukan adapter. Simply pasang je lens tu kat body SLR/DSLR Nikon mcm biasa dan boleh guna.
Sedikit info mengenai specification lens ni (sumber: allphotolenses)
- Format: 35mm/fullframe
- Type: Prime lens
- Focusing: Manual Focus (MF)
- Lens mounts: Nikon F (FX, DX)
- Optical design: 6 elements in 4 groups (planar)
- Focal length: 50mm
- Max. aperture: f/2.0
- Min. aperture: f/16
- Blades: 6 (sedikit kecewa, sbb Nikon usually letak 7 atau 9 blades)
- Min. Focus: 0.5m (sedikit kecewa, memandangkan kebanyakan MFD bagi lens 50mm adalah 0.45m)
- Filter Ø: 52mm (this is good, sama dgn majority lens Nikon yg lain)
- Weight (gr/oz): 240/8,5 (ringan bai)
- Length (mm/in): 48/1,9 (kecik je lens ni)
So lepas dpt tau pasal lens ni, aku terus order kat Ebay. Harga around RM300-400 including shipping. Took around 1 month to arrive, tapi lepas dapat, aku check condition dan sgt2 berpuas hati. Tiada langsung kesan fungus, haze serta habuk kat lens ni. Memang terjaga rapi sungguh.
Plan nak test the whole system tapi akan mengambil sedikit masa sebab ni kamera filem. So aku test lens ni kat DSLR Nikon D3100 je. Metering doesn't work sbb ni bukan body semipro/pro yg ada aperture feeler, so pandai2 la agak setting exposure. Ala digital, cerah, lajukan shutter speed. Gelap, rendahkan shutter speed. Focus manually of coz.
So berbekalkan Nikon D3100 dan MC Helios 81N 50mm F2 ni (MC: Multicoated), aku bawak pegi Ecopark Bukit Nanas dan shoot beberapa keping gambar. FYI, lens ini dilaporkan menghasilkan bokeh swirl seperti adik-beradiknya iaitu Helios 44-2 58mm F2, so aku nak test kebolehan dia dalam memusingkan bokeh.
Berikut adalah beberapa hasil gambar yg diambil, with minor editing. Notice the swirl bokeh in several photos shown but not too obvious, maybe sebab ini sensor APS-C je. Next time gonna try it on fullframe body.
Setakat ni, aku puas hati. Hasil dia agak sharp bila shoot wide open f/2, tak seperti classic Nikkor AF 50mm F1.8D yg soft, kena stopdown pegi f/2.8 baru dpt betul2 sharp. Focusing was a breeze sbb focus ring tu smooth gile. Dan lens ni agak ringan sampai rasa mcm aku pegang Nikon D3100 tanpa lens.
Nanti ada masa aku nak try portrait pulak. Haritu kat Ecopark byk je aweks minah saleh cun melecun tapi segan doh nak ajak amik gambar.
Sekian bebelan hari ini.
Ejad Fotopoyo