Saturday, October 15, 2011

TIPS - DIY Bokeh


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pernah tgk orang lain punya gambar, bokehnya lain mcm dgn kita?
Biasanya kita akan dpt bokeh bulat, atau berbentuk pentagon (heksagon, heptagon etc etc), tapi org lain dpt bokeh bentuk love, bintang, kilat dan mcm-mcm lagi.

Utk artikel kali ni, aku akan share bagaimana menghasilkan bokeh yg sebegitu rupa.

Artikel ni based on bahan yg available dlm bilik aku pada masa aku taip artikel ni.
So kalau katakan korang ada cara lain serta bahan lain yg membolehkan kerja DIY ni dibuat dgn lebih mudah, by all means guna je cara korang. Ini sekadar general guide.

Pendahuluan & Ulangkaji

Sepertimana yg kita ketahui, saiz dan bentuk bokeh adalah bergantung kpd bilangan aperture blade di dlm lens tersebut serta bagaimana rupanya bila ia ditutup. Contoh jika anda menggunakan lens yg mempunyai 6 aperture blades, bokeh yg terbentuk pada setting aperture kecil ialah bokeh bersegi 6, iaitu heksagon.

Jika masih kurang jelas, sila baca artikel BOKEH.

Bahan-bahan:


  1. Pensel & pemadam
  2. Pembaris
  3. Gunting atau pisau/cutter
  4. Jangka lukis
  5. Sugar paper atau kertas/kadbod hitam, lebih keras lebih bagus
  6. Lens 50mm, doesn't matter F2 ke, F1.8 ke, F1.4 ke
  7. Kesabaran dan kekreatifan dlm matapelajaran Pendidikan Seni

Cara-cara:


1. Lukis & potong segiempat yg sekurang-kurangnya sama atau lebih besar drpd lens.



2. Lukiskan garisan X pada kertas hitam yg telah dipotong tadi, dengan melukis garisan dan menghubungkannya dari bucu ke bucu. Ini untuk kita mendapatkan titik tengah (origin) segiempat tersebut.



3. Ukur diameter kanta hadapan lens dan bahagikannya kpd 2 utk mendapatkan panjang jejari (radius) lens tersebut pada bukaan aperture maksimum. So katakan la anda ukur dan dapati diameter ialah 2cm, maka jejari (radius) ialah 2cm / 2 = 1cm.

Satu lg cara yg lebih senang tanpa perlu ukur dgn pembaris ialah: bahagikan focal length dgn maximum aperture. Contoh mudah, katakan korang pakai lens 50mm F1.8, maka 50/1.8 = 27.79mm = 2.78cm in diameter, so 2.78/2 = 1.39cm in radius (jejari).
Contoh lain: katakan korang pakai lens 85mm F1.8, maka panjang jejari ialah 85/1.8/2 = 2.35cm.



4. Gunakan jangka lukis dan buka ia pada saiz jejari yg telah dikira tadi, so katakan kita ambil contoh dari (3), buka jangka lukis pada jarak 1cm dan lukiskan bulatan pada kertas hitam, berpandukan titik tengah sbg origin bulatan.

5. Now, berpandukan bulatan tu, lukislah segala bentuk bokeh yg korang nak, love ke bintang bucu 18 ke hape ke, janji bentuk itu TAK MELEBIHI bulatan.

Contoh bokeh yg aku dah buat. Tengok bokeh yg dilukis tak melepasi bulatan:



Cara Penggunaan

Untuk menggunakan bokeh yg dah dibuat ni, ada 2 cara:
  1. Pegang sendiri - letak je kertas hitam tu dpn lens
  2. Guna filter holder drpd Cokin/Octopus/Tian Ya - selit kertas hitam tu pada holder yg ada
Handheld
Filter holder


Hasil + Racun:






 




Utk racun seterusnya boleh dilihat disini:
I-City - Bokeh-Ikut-Suka-Aku



Frequently Asked Questions:

  1. Mesti guna lens 50mm sahaja ke?
    • Nope. Sukati koranglah nak guna kitlens ke, 85mm ke, 70-200mm ke.
    • 50mm ni sekadar general guide sbb ianya murah dan dimiliki almost semua photographer.
    • Katakan korang nak apply pada kitlens, boleh tu mmg boleh, tapi susah sebab bukaan aperture pada kitlens sangat kecil. So senang cerita, guna je 50mm, jangan banyak bunyik.


  2. Saya takde sugar paper dan kertas hitam. Boleh tak saya guna kertas putih atau warna lain?
    • Warna putih atau cerah sangat tak digalakkan, sebab cahaya dari luar boleh menembusi warna cerah dgn mudah, mengacau perjalanan cahaya masuk ke dlm lens.


  3. Sebesar/sekecil mana bokeh itu boleh dilukis?
    • Sekecil mana? Itu sukati anda.
    • Sebesar mana? As long as tak melebihi bulatan yg dah dilukis dlm step (4)


  4. Setting pada kamera?
    • Shutter speed & ISO - sukati, janji mengikut syarat segitiga cahaya
    • Aperture biarkan sahaja pada paling besar, contoh jika anda gunakan lens 50mm F1.8, biarkan je pada f/1.8, sbb aperture telahpun anda 'cipta' pada kertas hitam tersebut.


Jika masih unclear atau kurang faham, boleh ajukan soalan. But make sure korang dah habis baca artikel ni dan artikel bokeh yg aku dah taip sebelum ni. Rujuk tab Mari Belajar 1 dan cari artikel Bokeh.

Btw, ada cara lain jugak utk buat bokeh ni. Just google "DIY bokeh" dan korang akan jumpa mcm-mcm result. Contohnya ni: http://www.diyphotography.net/diy_create_your_own_bokeh

Wallahua'lam,
Ejad Fotopoyo

Friday, October 14, 2011

GALERI - Carl Zeiss Jena 135mm F3.5


Semua gambar dibawah diambil dgn menggunakan Pentax K-x dan lens
Carl Zeiss Jena 135mm F3.5 (gambar di atas) melalui
adapter M42-PK mount yg original






Personal review:
  • Sharp wide open
  • Color & contrast yg best
  • Ringan dan mudah dikendalikan
  • Built-in hood yg membantu mencegah flare
  • MFD 1m - jarak yg agak dekat utk lens 135mm, memudahkan close-up shot diambil
  • Murah!

PS - semua gambar ni diambil sebelum aku eksiden ye. Aku tak larat nak agkt kamera skrg nih. Nak tidur pun susah. Kesian tak? Ehe. Moga cepat disembuhkan luka ni ya Rabbi...

Wednesday, October 5, 2011

GALERI - I-city versi Kitlens

Semua gambar dlm artikel ni diambil dengan menggunakan gadget dan tools berikut:
  • Camera: Pentax K-x
  • Lens: SMC Pentax-DAL 18-55mm F3.5-5.6 (yes, ini ialah kitlens)
  • Venue: I-City Klang/Shah Alam
  • Most focal length used: 35mm to 55mm
  • Most aperture used: f/5.6
  • Camera Setting: JPEG 6MP, Vibrant Color, Shake Reduction OFF, Noise Reduction OFF
  • Filter: None
  • Tripod: None, semua handheld
  • Flash: Tak usik langsung
  • Post-processing: Minor editing dari segi color & contrast, kemudian resize kepada 800x600 menggunakan Adobe Lightroom 3.5

So toksah dok tanya "Kitlens boleh shoot ni tak?" "Kitlens boleh shoot tu tak?".
Instead, tanya diri korang tu, apa yg korang boleh buat dgn kitlens.
Gambar dlm galeri ni spesifik pada tema bokeh. Next time insya Allah aku buat macro pulak ;)

Enjoy the pictars~



Zoom Effect