Tuesday, January 4, 2011

Bokeh



Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung blog fotopoyo.

Utk pengetahuan anda-anda semua, ini merupakan artikel photography pertama aku dlm blog ni.

Utk permulaan, hari ini aku nak kongsi psl bokeh.

Bokeh: disebut sbg "BO-KEH" ("BO" sebutan "bola", "KEH" sebutan "e" utk "elak"), adalah sebenarnya drpd istilah jepun yg membawa maksud "kabur", atau "blur".

Makna lain boleh dibaca di SINI.

Sebelum aku beli DSLR, aku rajin-rajin la jugak tgk flickr, baca forum, nak tengok gambar yg dihasilkan oleh DSLR. Lepas aku tgk, aku tertanya-tanya,
"Eh, mcm mana dia boleh buat benda tu sharp, yg lain semua tu blur?"

Blur itulah yg dipanggil "bokeh".

Kenapa kita tak panggil sahaja "blur"?

Pada pendapat aku la kan, kita panggil bokeh, bukan blur (walaupun pd hakikatnya memberi maksud yg sama) kerana kita ingin membezakan blur yg original drpd lens, dan blur yg kita edit melalui software, serta blur drpd gambar yg .. blur lah (gambar tak jadi, blur sbb gegar)


Istilah bokeh sgt popular diperkatakan dikalangan jurufoto, kerana bokeh memainkan peranan dlm menimbulkan lagi subjek yg ingin ditonjolkan dlm gambar.

Ada juga yg menggunakan bokeh sbg daya tarikan lebih drpd subjek itu sendiri.


APA ITU BOKEH?


Pada asasnya, bokeh adalah bahagian yg blur, yg out of focus dlm sesebuah gambar.

Bokeh nampak lebih kacak jika bahagian itu mempunyai pantulan cahaya kecil (seperti lampu), kerana pantulan itulah yg akan menaikkan lagi 'seri' gambar.

Bokeh terhasil drpd shallow depth of field, yg biasanya dihasilkan oleh penggunaan aperture besar.


SAIZ DAN BENTUK BOKEH

Lens yg berbeza akan menghasilkan bokeh yg berbeza atas faktor rekaan optik.

Contoh mudah, sape yg pernah pakai lens 50mm F1.8 mesti perasan, yg bokeh guna 50mm jauh lebih kacak drpd guna kitlens 18-55mm.

Kenapa ini berlaku?
Ringkasnya, kerana lens 50mm mempunyai aperture yg lebih besar drpd kitlens (F1.8 vs F5.6).
Dlm ertikata lain, prime lens sentiasa akan menghasilkan bokeh yg lebih hensem drpd zoom lens.

Utk tahu lebih lanjut mengenai lens, boleh baca artikel Jenis-Jenis Lens

Saiz & bentuk bokeh dipengaruhi oleh:
  1. Saiz bokeh lebih besar apabila aperture besar (no f kecil) digunakan
  2. Bentuk bokeh biasanya bulat apabila aperture besar digunakan, kemudian beransur-ansur menjauhi bulat dan bertukar kpd bentuk poligon apabila aperture semakin kecil, bergantung kpd bentuk & bilangan aperture blade di dlm lens tersebut

Aperture blade boleh diperhatikan di dlm lens seperti berikut. Jgn korang pegi bukak lens tu sampai barai plak:

6 aperture blades - hexagon
8 aperture blades - octagon

Gambar di bawah menunjukkan rupa bokeh yg berubah apabila aperture kecil digunakan:


Yg ni plak bokeh drpd lens Nikkor AF 50mm F1.8D yg mempunyai 7 aperture blades:

 

Ada lens yg mempunyai lebih drpd 10 aperture blades, contoh lens Jupiter9 85mm F2. Lain-lain boleh usha forum ni: 15+ aperature blade lens listing.

Lens yg banyak aperture blades ni kelebihan dia bila pakai aperture kecik, tak nampak bentuk segi-segi tu, sebaliknya masih kekal bulat.

Kemudian, bagi yg memakai lens telephoto dgn aperture besar, contoh lens 85mm F1.8 atau F1.4, 135mm atau 105mm F2, dan sebagainya, akan perasan, bokeh dia lebih soft dan creamy, contoh mcm gambar di bawah:

Nikon D700 | Samyang 85mm F1.4

BOKEH VS BLUR

Bokeh - blur original yg terhasil drpd lens, blur pada kawasan yg tidak difokus, disebabkan oleh kesan depth of field yg sempit.

Ianya berbeza dgn blur yg disebabkan oleh editing, atau blur yg berpunca drpd shutter speed yg rendah, atau subjek yg bergerak.

Rujuk artikel Jenis-jenis Blur.

Rujuk foto di bwh utk perbandingan bokeh dan blur yg di-edit:

1 - tiada bokeh | 2 - bokeh | 3 - Gaussian blur
Sumber: WIKI: Bokeh

CANE NAK DAPAT BOKEH YG SUPERKACAK?

First, baca artikel Depth of Field dan cuba fahamkan, especially bahagian Shallow Depth of Field.

So seperti yg dah dibincangkan, utk dpt shallow depth of field yg menyebabkan wujudnya bokeh, kita kena pertimbangkan:
  1. Aperture besar (no f kecil)
  2. Focal length yg berangka tinggi
  3. Jarak yg dekat di antara kamera dan subjek

Bila kita pakai DSLR, boleh kata semua jenis lens mampu menghasilkan bokeh, drpd lens semurah 18-55mm sehinggalah semahal (dan sebagak) 600mm F4.

Tapi dgn syarat, kita kena pertimbangkan 3 faktor utama di atas, sbb tanpa skill dan teknik yg betul, kemungkinan bokeh korang tak mantap.

Contoh, lens 50mm F1.8 mmg menghasilkan bokeh yg mantap, tapi katakan korang guna lens tu pada aperture f/22, shoot dgn jarak yg sgt jauh drpd subjek, maka bokeh takla semantap mana.

Dari segi aperture, semakin besar aperture (semakin kecil f-angka), semakin mantap bokeh.
Dari segi focal length, makin telephoto, makin mantap bokeh.

Maka sebab tu, lens UWA (Ultra Wide Angle) seperti Tokina 11-16mm dan Sigma 10-20mm agak sukar untuk menghasilkan bokeh kerana focal length yg pendek (wide) akan menghasilkan DOF yg luas, yg mana sukar untuk bokeh itu 'memunculkan' dirinya, walaupun pakai aperture besar mcm f/2.8.


Katakan la korang mmg takde fulus nak pakai lens mahal-mahal mcm lens F1.4. Yg korang ada cuma kitlens 18-55mm.

Jgn riso. Lens semurah kitlens juga dpt menghasilkan bokeh walaupun ianya mungkin tak semantap lens-lens di atas.

Ini contoh bokeh menggunakan kitlens 18-55mm:


   

So jika anda pengguna kitlens dan berminat nak dapatkan bokeh seperti di atas, follow tips ni.
  1. Gunakan mode Manual, atau Aperture Priority (Av atau A) utk tutorial di bawah.
  2. Setkan zoom anda maksimum pd 55mm (katakan anda menggunakan kitlens 18-105, means gunakan focal length 105mm atau any focal length yg melebihi 35mm)
  3. Gunakan aperture paling besar pada focal length tersebut, iaitu f/5.6.
  4. Fokus pd subjek sedekat yg mungkin, sedekat yg dibenarkan oleh lens.
  5. Jika menggunakan autofocus, pastikan subjek anda di-fokus seeloknya apabila anda sudah berada pd jarak yg dekat.
  6. Pastikan latar belakang subjek itu berjarak agak jauh drpd subjek, mungkin 5-6 kaki.
  7. Seeloknya gunakan latar belakang yg menarik, seperti latar belakang yg colorful, lampu-lampu kecil, atau celahan dedaun/ranting, atau latar yg berwarna kontra dgn subjek.
  8. Setkan faktor lain, seperti shutter speed dan ISO utk mendapatkan exposure yg ideal. Rujuk artikel Bagaimana Menggunakan Mode M.
  9. Ambil gambar!
  10. Perhatikan bokeh yg dihasilkan.
  11. Cantik? Senyumlah selebar mungkin!
  12. Kurang puas hati? Takpe, cuba lagi!

Bagi yg pening dgn step di atas, ok aku bg cara yg lagi senang.
  1. Set mode kamera anda pada Portrait (gambar pompuan pakai topi)
  2. Max zoom
  3. Fokus pada subjek
  4. Shoot.
  5. Senyum sampai ke telinga kalau gambar jadi.

Selamat mencuba!

Jika anda kurang berpuas hati dgn bokeh yg dihasilkan oleh kitlens, belanjakan dlm RM400 dan dapatkan prime lens 50mm F1.8. Canon ke Nikon ke price range dlm lingkungan ni jugak.
Boleh baca artikel Kenapa Anda Harus Memiliki Lens 50mm

SUDUT MERACUN

Nikon D700 | 55mm F2.8
Nikon D90 | 50mm F1.8
Nikon D700 | 50mm F2.8
Nikon D700 | 50mm F2.8
Nikon D700 | 50mm F2.8
Nikon D3 | 24mm F2.8
Nikon D3 | 50mm F1.2
Nikon D3 | 50mm F1.8
Nikon D700 | 85mm F1.4
Pentax K20D | 50mm F2
Nikon D200 | 50mm F1.8
Pentax K20D | SMC Pentax FA 100-300mm F4.7-5.8
Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2
Nikon D700 | Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 | Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 | Reversed 50mm F1.8

Sekian penerangan mengenai bokeh yg agak panjang lebar ini.

Bokeh Lover,

Ejad Fotopoyo

48 comments:

  1. thank you so much bro for sharing. sgt berguna maklumat ni. :)

    ReplyDelete
  2. laa.baru tau kalau lagi kecik aperture boleh kuar bentuk selain bulat..tq for info

    ReplyDelete
  3. bukan photographer:

    yup, tp jgn salah fhm lak ye..
    aperture bile dikecik kan, bokeh yg terbentuk mungkin masih bulat, mungkin juga berbentuk poligon, semuanya bergantung pd rekaan aperture blade yg terdpt pd lens tersebut..

    nnt sy akan update briefly, ape itu aperture blade ye :)

    ReplyDelete
  4. mklumat mengenai aperture blade sudah ditmbh di atas.. bole baca :)

    ReplyDelete
  5. Salam bro!Terima kasih atas perkongsian di atas. nice in and out input/ details. huhu ble coba lagi nI!

    ReplyDelete
  6. Fauziah:
    sama2. cuba jgn tak cuba! :)

    ReplyDelete
  7. Salam, bro. Akhrnya dapat jugak aku buta bokeh bulat dan 6 sisi. Thanks for your tips. Teruskan dengan ilmu mu. Hanya Allah sahaja dapat memberikan kebaikan-Nya atas ilmu mu yang kecil itu.

    ReplyDelete
  8. ariffin:
    w'salam. well done bro. so skrg dh nmpk kan, perbezaan setting aperture akan m'hasilkan bokeh yg berbeza.
    terima kasih bang. ilmu tu milik Allah, sy cuma share je, semoga kita sama2 dpt manfaat :)

    ReplyDelete
  9. maklumat yang sangat barguna. . . 10Q bro. . .

    ReplyDelete
  10. boleh x nk guna artikel nie tk share ngn kwn2?

    ReplyDelete
  11. ryoma:
    silakan. artikel begini mmg saya buat utk sharing :)

    ReplyDelete
  12. owh..just what i need...a tutorial...hee~~
    thanks ye ejad fotopoyo...
    saye budak baru belajar :D

    ReplyDelete
  13. mantap tips2 nie...adeq suke..

    ReplyDelete
  14. ko mimang hensem la geng...thanks arr for da info

    ReplyDelete
  15. WAhhh...teruja aku weh!thnx for da info! visit belog aku nieh!
    http://balecan.blogspot.com/2011/04/koleksi-bokeh-si-lens-50-1.html

    ReplyDelete
  16. bro.. pe beza 50mm f1/4 ngan f1/8

    ReplyDelete
  17. bacalah:
    http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=50mm+1.8+vs+50mm+1.4

    ReplyDelete
  18. thns.. wlaupun aku xde DSLR,tp pnh guna skit2 je.. tapi aku suka maklumat cm gini..jelas dan faham.. ^_^..

    ReplyDelete
  19. thanks broo for the info..saya nie minat sal photgrphr nie..n saya suka juzuz bokeh nie..baru saya taw nie bokeh...hahaha...nk jugak beli dslr...tp rasa mcm klu takda bakat membazir jee beli...jadi saya ade amek gamba guna camera sony biasa plus camera anset...jadi bro bgtaw laa sme ade saya patut teruskan niat nak beli dslr tue atau tak..??

    http://bapaktiri.blogspot.com/2011/05/pisca-time.html

    ade mase bgtaw eh bro..thanks for good info kt sni...:)

    ReplyDelete
  20. Mohd Khairul anuar:
    thanks sudi singgah :)

    ecome bilal ghuna:
    sy xdpt nak jwb soalan tu. u r the only one who can make that decision.
    cuma, jika anda beli SLR/DSLR, anda boleh belajar photography dgn lebih dalam dan dpt mengaplikasikannya terus sbb kelemahan kamera enset/kompak ialah tiada manual config utk shutter/aperture.
    so jika anda berminat utk go further dlm bidang photog, why not? beli yg murah2 sudah la :)

    ReplyDelete
  21. hahaha thanks for alert..lots of thing nk stdy dlu kt sni..;)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum... ada contra di nota tersebut...

    Tips utk mendapatkan bokeh cantik melalui kitlens:

    PS - gunakan mode Manual, atau Aperture Priority utk eksperimen di bawah.
    Setkan zoom anda maksimum pd 55mm (katakan anda menggunakan kitlens 18-105, means gunakan focal length 105mm)
    (((Buka aperture paling besar, iaitu f/5.6.)))!!

    dengan yang ini...

    So, kita boleh simpulkan begini:
    Focal length - gunakan semaksima zoom yg ada
    (((Bukaan aperture - semakin luas bukaan (kecil angka f), semakin mantap bokeh....????)))

    saya tak paham.. ia berlawanan..

    ReplyDelete
  23. waalaikumussalam.

    mengenai focal length tu, jika gunakan 1855, zoomkan max pd 55mm. jika 18105, zoomkan max pd 105, pendek kata, zoom maks yg ada lah.

    aperture iye lah, no yg kecil menandakan bukaan yg besar, so gunalah aperture semaksima yg dibenarkan pd focal length tersebut. which in this case, aperture maks pd focal length 55mm atau 105mm ialah f/5.6.

    kalau tak fhm mcm mana aperture tu dibaca, baca artikel aperture

    ReplyDelete
  24. good info..tqvm for sharing..some people dont want to share what they know about photography..luckily i found your blog..tqvm again..

    ReplyDelete
  25. sgt berguna utk sy yg bru nak berjinak2 dgn photography..

    ReplyDelete
  26. satu info yg terbaik
    skrg baru aku tau hubungkait antara aperture dgn focal lenght, sblm ni main taram je, guna manual manjang kantoi, bila guna auto baru jadi sikit2, 2 pun konfius lagi, skrg ni baru lah jelas hehehe, thanks bro

    ReplyDelete
  27. bleh x copy masuk blog saya..pasal sy n kawan2 baru ag..so need more info..bleh??

    ReplyDelete
  28. Copy? Usha artikel latest, ade cite psl plagiarism. Baca

    ReplyDelete
  29. plagiarism??okok..blog ni byk mengajar sy..thx..hehe

    ReplyDelete
  30. ejad..ak ad satu Q je..
    camne ak tgok gmbr kt tenet dyeorng bt bokeh jd "love", "clubs" , segi empat" , macam²..
    camne nk dptkn bokeh bentuk??

    ReplyDelete
  31. google DIY Bokeh, ada byk tutorial

    ReplyDelete
  32. abg..minta maaf sy bru nak blajar..em sy nak tnye la ttg penggunaan ext tube tu..sy kurang fhm la...ext tube tu leh x dgunakan dgn kit lens? n ext tube tu hanye utk macro je ke? ade x ext utk zoom,wide,n potraiture? klau ade bpe harga ext tube utk kesemua tu? 1 lg..sy pengguna canon sy ade DSLR 1000D n sy jugak ade SLR canon T50 wit 50mm FD lens..tp sy xleh gune lens tu utk dslr sy..even brand yg same..sy tgk abg gune pentax slr dgn dslr..bleh je gune lens yg same..jd..ade x converter supaya lens slr sy ni leh msuk kat dslr..n converter tu same ke mcm ext tube? ape functionnye...sy nak add abg klau abg ade pesbuk..leh emel x? sy shairadzi salleh..thanks..sy da lame mengikuti blog abg ni n sy sgt berminat..sy byk blajar dr sini..

    ReplyDelete
  33. masuka kelas asas fotografi 25-27 november 2011 di tanjung karang,,,

    ReplyDelete
  34. sy still blajar lg abg...sy student poli jb..em jauh la tnjung karang..sy nak g tp 1st xde transport 2nd not enough money..sy berminat sgt tp..hmm..maaf la abg..sy xdpt nak join..~shairadzi salleh~

    ReplyDelete
  35. siyes cantik gle gambar2..terpikat

    ReplyDelete
  36. salam.. im newbie.. thx to ejad.. mula2 dslr xtau nk belajar dari mana.. byk info berguna.. thx a lot

    ReplyDelete
  37. nak tny skit..ape beza nikon 50mm 1.8 D/G??
    pastu ade yg AF/AF-S??
    tak pham laa..

    ReplyDelete
  38. @Aizat Aslam

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/07/nikkor-af-50mm-f18d-vs-nikkor-af-s-50mm.html

    ReplyDelete
  39. waaa pentax user...high 5 bro!!! :)

    ReplyDelete
  40. tq, beb...aku br paham...now, better la picture aku amik...but need more things to learn...

    ReplyDelete
  41. thank! sgt membantu. atin pakai canon 600D baru 2 bulan lebih. tp tak reti nak shoot gambar cantik. ada ja yg tak kena kalau shoot. pakai auto boleh la haha. lens atin 18-135.

    ReplyDelete
  42. bntuk bokeh tu ikut bilah blades aperture jgak erk . . .tq . .byk info yg dpt . .

    ReplyDelete
  43. seronok membaca teknik mengambil gambar...dulu-dulu kat uitm ada belajar...banyak lupa...dapat belajar balik daripada blog anda...tq so much.

    ReplyDelete