Sunday, August 4, 2013

Pentax SLR/DSLR & M42 Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera serta Selamat Berpuasa kpd semua pembaca blog yg poyo nih.

Harini aku nak share sumthing psl teknik pemasangan lens M42 pada SLR/DSLR jenama Pentax.

Seperti yg aku dah bebel dlm artikel M42 Screw Mount sebelum ni, lens M42 yg dah tua bangka ni masih boleh dipakai pada DSLR moden dgn penggunaan adapter.

Ada adapter utk setiap jenama: Nikon, Canon, Sony, Pentax. Even adapter utk Micro 4/3 pun ada jugak. Of coz harga berbeza la, depends jugak pd keupayaan adapter tu sama ada supports infinity focusing atau tak.

Cuma, dlm banyak-banyak jenama ni, jenama Pentax je yg ada adapter M42 yg original, sbb zaman M42 dulu pun mmg Pentax salah satu jenama yg terlibat, dgn nama Pentax Screw Mount.

Sumber: pentax2u

Adapter yg original ni mmg best, mudah dipasang pada body, supports infinity focusing dan mmg takkan ada compatibility issue. Sesiapa yg pernah merasa pakai adapter original dan china brand mesti tau psl ni.

Tgk video kat bwh ni betapa mudahnya nak mount dan unmount original adapter pada body:


Ni plak video bila pakai adapter yg tak ori:


So kalau korang rajin la nak menonton kedua video di atas, korang bole tgk beza pemasangan dan pembukaan adapter M42 yg ori dan tak ori.

Yg original ternyata sgt mudah, tp yg tak ori cap ayam tu kemain payah nak pasang/cabut.

Masalahnya adapter ori tu rege dia RM380. Mahal nak hidup.

Yg tak ori? Ce tgk ni ha - M42 to Pentax K mount Adaptor, almost 10 kali ganda kot beza.
Kalau korang usha ebay, lg murah, ada yg tak sampai RM15 pun, termasuk shipping ke Malaysia.

Lps aku google around, baca psl china brand punya adapter ni, tgk-tgk kat oversea dah ada someone yg solve problem ni. Maksud aku dia pakai china brand punya adapter, tapi bole mount dan unmount dgn mudah mcm yg original punya.

So aku akan share tutorial ringkas kat sini.

First, ni lah dia rupa adapter tersebut. To be honest, kalau tgk luaran, ori dan china brand takde beza. Lps kita tgk watermark atau mount/unmount pada body baru tau dia ori atau tak. Usually yg tak ori mmg licin camtu je adapter dia, takde watermark apa-apa.


Disebabkan payah nak mount/unmount, Removal Tool disertakan dlm pakej utk memudahkan proses mount/unmount dibuat.

Kalau korang usha balik video kat atas tu, nak pakai adapter tak ori ni, kena mount, pastu pakai removal tool tu utk ketatkan. Kalau nak bukak pun kena guna tool ni jugak, kena korek benda yg lock adapter ni dan unmount dgn memusingkannya ke arah lawan jam:


Ni posisi adapter tu bila dah betul-betul firm pada body:


Bila di-compare dgn original adapter yg bole pakai kuku je utk unmount, maka kita akan sakit hati dgn kesusahpayahan yg berlaku pada adapter tak ori ni.

So selepas aku berikhtiar meng-gugel sana sini, maka ijma' jurufoto setuju mengatakan bahawa punca utama kepayahan ini ialah disebabkan locking mechanism yg ada pada adapter tersebut:


Utk membuang locking mechanism ni, anda perlukan screwdriver utk screw yg kecik:


Pastu gunalah screwdriver tu utk unscrew sampailah locking mechanism tu bercerai talak 2 dgn adapter tersebut:



Lps dah tercabut locking mechanism tu, korang mount je pada body mcm biasa. Ni beza adapter yg ada dan tiada locking mechanism jika dilihat dari luaran:


Lps dah mount, in order utk ketatkan adapter tu pada body, korang pasang lens M42 terus dan pusing arah jam sampai lens tu ketat kat adapter, dan kemudian teruskan pusingan utk ketatkan adapter pada body plak. Buat mcm korang tgh mount lens Pentax kat body Pentax.

Skrg ni, adapter tu seolah-olah dah mcm melekat kat lens M42 korang, menjadikan lens M42 tu mcm lens Pentax K mount, maka bila nak pasang pada body, korang terus mount mcm biasa, takyah cabut dulu adapter pastu mount adapter dulu pastu baru mount lens. Tu keje leceh masa ada locking mechanism je.

But don't worry, adapter tu takla permanently melekat kat lens, korang still boleh cabut dgn meng-unscrew dia ikut arah lawan jam.




Bila nak unmount, korang pegang lens tu dan pusing arah lawan jam, lens akan tercabut dgn adapter sekali (adapter akan melekat kat lens), jugak mcm kalau korang nak unmount lens Pentax drpd body Pentax.

Aku plan nak buat video ekceli psl tutorial ni tapi kemain malaih la weh nak buat bidio nih. Nak edit, cut, apa semua. So gambar sudah. Hopefully korang bole paham.

Cara nak pakai lens manual pada Pentax plak, boleh rujuk video di bawah, atau nnt aku buat la artikel kalau kerajinan:


Lens M42 yg aku ada sekarang ni ialah Helios 44-2 58mm F2, antara lens yg terkenal dgn swirly bokeh. Disebabkan takde masa nak menembak, aku cuma shoot 1 gambar je pakai lens ni dgn Pentax K-r aku:


Maka dgn itu berakhirlah tutorial ini. So pasni sape-sape yg pakai Pentax dan nak merasa pakai lens M42, kalau ada duit dan malas nak deal dgn locking mechanism ni, belilah yg original. Mmg mahal tp berbaloi. Aku dah pernah pakai dan mmg sgt best sbb senang.

Tapi kalau bajet tak banyak, beli je adapter tak ori tu dan buang locking mechanism utk memudahkan proses pemakaian lens korang.

Utk Canikon, insya Allah akan ada artikel lain yg masa akan datang.

Semoga tutorial ni dpt memberikan manfaat kpd pengguna Pentax, baik filem mahupun digital.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment