Assalamualaikum & Salam 1 Photography kpd anda-anda semua yg kacak comel jelita.
Setelah sekian lama aku tak membebel, harini aku ada masa free sikit utk menaip.
Semalam (Sabtu 4 April 2015) aku lepak dgn member se-Pentax aku si
Syafiq kat
FRIM. Hajat kitorang nak jejalan carik subject utk macro, nature dan amek gambar waterfall.
Pastu disebabkan kitorang dedua tak tau mana port nak bermacro, maka kitorang usha port air sungai je utk amek gambar waterfall.
Ok, so pendek cerita, korang sure pernah tgk gambar di atas kan? Gambar air mengalir tp nampak mcm kabus, atau nmpk mcm lukisan. Yg penting gambar tu tak nampak mcm air sangat la.
The technique is - to use the slow shutter speed, atau sometimes difahami sbg long exposure.
Sepertimana yg kita sedia maklum, apabila shutter speed yg laju digunakan utk amek gambar bergerak, kita akan dpt bekukan pergerakan tersebut. Tapi jika shutter speed yg perlahan digunakan, sensor kamera akan merakam pergerakan objek tersebut.
Which means, dlm kes ni, gambar air sungai jadi mcm tu sbb shutter speed yg perlahan telah merakam pergerakan air tersebut.
Tripod
First of all, benda paling kritikal yg korang perlu ada ialah -
tripod. Because utk amek gambar mcm ni, shutter speed sekitar 1~30 saat akan digunakan, dan mustahil la korang nak handheld kan.
Dan make sure tripod korang tu kuat, steady dan kukuh, sbb ada kemungkinan yg kita akan pacak dlm air, dan arus air boleh buat tripod korang goyang. So kalau mampu, beli dan gunakan tripod yg mahal dan berkualiti utk kerja mengambil gambar sebegini.
Remote Shutter
Kalau ada, lebih bagus. Kalau takde pun takpe. Sbb dia biasanya hanya akan digunakan kalau kita perlu guna shutter speed yg lebih lama drpd 30 saat. Aku tak guna pun remote. Semalam shoot guna 2 second timer je.
Teknik Mengambil Gambar:
So lepas dah setup tripod dan kamera, frame atau compose lah elok-elok.
Live View serta Tilt Screen menjadi kelebihan bagi mereka yg nak frame dgn angle yg pelik-pelik, mcm low angle misalnya.
Apapun, make sure tripod tu dah terpacak dgn kukuh dulu baru korang start framing.
Next is, berkaitan exposure. Bagi yg dah tau guna mode M, teruskan membaca.
Pertama sekali, kita akan set ISO terlebih dahulu. Pastikan korang telah mematikan fungsi Auto-ISO jika ada. Kita akan gunakan ISO paling rendah yg kamera ada, usually 100 dan 200, atau 50 dan 80 bagi pro camera.
Seterusnya, set
aperture kepada nilai terbesar yg boleh, biasanya around f/16 hingga f/22. Aku cadangkan, jgn guna sampai f/22. Memadai sekitar f/18 dan f/20, kerana aperture yg terlalu kecil akan menjadikan gambar anda soft, kesan drpd
Diffraction. Kita takkan guna f/1.8, f/2.8 dlm kes ni sbb kita nak gambar yg sharp all over, bukan nak main bokeh.
Then, focus pada subjek. Make sure anda focus kpd foreground (hadapan), atau apa-apa subjek di tengah frame, bukan background (belakang), ditakuti bahagian hadapan akan blur jika anda focus pada background.
Kemudian barulah kita set shutter speed mengikut exposure metering kamera anda. Kat sini tricky sikit. Kalau tmpt anda tu redup, dipayungi pepohon nan hijau, anda akan shutter speed sekitar 1 hingga 4 saat. Tapi kalau tempat tu terang, takde pokok misalnya, maka anda perlukan gajet tambahan, iaitu
ND Filter utk mendapatkan bacaan shutter speed yg lebih perlahan.
Lepas dah ready nak snap, on self timer dlm 2 atau 5 saat, pastu baru tekan butang shutter. Ini bagi mengelakkan gegaran pada kamera bila jari tekan shutter button tu.
Jika semuanya cun, maka anda akan dpt gambar yg lebih kurang camni:
|
ISO100 | f/16 | 1.6 saat |
Masalah-masalah Berkaitan
Lepas dah snap, check gambar, adakah ianya blur atau sharp. Kalau blur, kemungkinan tripod anda tak cukup kukuh. Re-check kedudukan tripod anda, make sure arus air tak menggoyangkannya.
Kemudian check waterstream dlm gambar. Adakah ianya nampak mcm gambar di atas, atau dia still nampak normal mcm kalau kita amek guna handset?
Kalau dia still nampak ada bentuk air, it means shutter speed anda tak cukup slow. Try adjust ISO Aperture Shutter Speed lagi sekali sampai dpt speed paling slow.
Jika masih tak boleh, anda mungkin perlukan ND Filter.
Percikan air sungai akan meninggalkan kesan air dihadapan lens anda. Maka gambar yg terhasil akan mempunyai water spots seperti di atas. Ini normal.
Bagi yg pandai edit, gunakan Stamp Clone (Adobe PS) atau Spot Removal (Adobe LR) atau yg sewaktu dengannya.
Tapi jika anda tak pandai edit, cari posisi lain yg boleh mengelakkan lens anda terkena percikan air. Make sure anda guna kain yg lembut utk mengelap air yg kena pada lens anda.
FAQ
"Nak guna format RAW ke JPEG?"
Sukati. Kalau rajin guna RAW, kalau tak berapa rajin guna JPEG.
"Nak guna lens apa/focal length berapa?"
Sukati, janji kena dgn selera framing anda. Aku amek gambar kat atas tu guna kitlens 18-55mm je.
"Berapakah shutter speed yg ideal dlm mengambil gambar macam ni?"
Kurang 5 saat sudah memadai. Tp jika anda mampu pegi sampai 30 saat, try la dgn tgk efek dia camne, pastu pilih la sendiri efek mana yg anda paling berkenan.
"Boleh tak shoot guna kamera selain DSLR?"
Boleh, dgn syarat kamera anda ada mode Manual. Ini kerana gambar ni memerlukan adjustment pada shutter speed. Kalau kamera biasa seperti compact atau handset, dlm tu semua dah AUTO, so tak boleh dpt gambar mcm ni.
"Saya nak hasil akhir gambar saya black & white. Boleh tolong beri pandangan, nak shoot black & white drpd awal, atau shoot color?"
Aku cadangkan shoot RAW, means mmg korang akan dpt color dulu. Tapi let say korang nak jugak shoot JPEG, aku still cadangkan color, sbb tak semua pandai main dgn black & white, so let say kalau gambar black & white korang tak menjadi, at least gambar yg full color masih ada.
"Kena guna jenama/model tertentu ke utk shoot gambar mcm ni?"
Tiada jenama tertentu, tp jika kamera anda takde masalah dgn air (weather-sealed/proof/resistant), maka ia menjadi 1 kelebihan sbb anda takyah risau jika air sungai tu akan merosakkan kamera anda. Personal recommendation, gunalah kamera yg weather-sealed/proof/resistant seperti DSLR Pentax yg memberikan pakej WR body dan kitlens dgn harga yg murah (iklan jap)
"Kena guna flash ke?"
Takyah.
"Rumah saya jauh dgn sungai. Kalau saya nak amek gambar mcm ni tapi guna air longkang je boleh?"
Jgn kata air longkang, air loji, air kolam pun boleh, janji dia mengalir.
Safety First
Utk amek gambar mcm ni, korang akan redah tempat-tempat yg lembab dan basah. Make sure korang pakai pakaian yg sesuai, dan kalau tempat ni mmg susah nak masuk, jgn la bawak pengantin outdoor sini dgn baju pengantin diorang, kesian.
Kamera mungkin WR, tp ia bukan waterproof, so jgn duk mandai-mandai rendam kamera korang dlm air. Kalau terjatuh, cepat-cepat kaut, pastu switch off, pastu jgn pakai for the time being, ditakuti kalau korang on, air yg dah masuk dlm body akan menjahanamkan electrical parts atau circuit board dlm tu. Remove battery dan card pastu try keringkan. Selagi tak betul-betul kering kat bahagian dlm tu, jgn guna.
Korang mungkin kena redah sungai utk amek gambar mcm ni, so berhati-hati kerana korang akan berhadapan dgn batu yg berlumut dan licin.
Pacat banyak. Hati-hati.
Apa lagi eh... tu je kot. Thanks sbb sudi membaca, dan sbg penutup, aku share beberapa gambar yg aku dah amek kat FRIM.
Wassalam.