Di malam yg sejuk giler bak musim sejuk di Ohio ini, aku nak share dgn korang, mcm mana cara nak guna mode M pada kamera DSLR atau high end compact camera korang tu.
Ce check DSLR masing-masing, kat exposure dial tu, 4 benda wajib yg mesti ada ialah:
- M - Manual, bukan malas, mangkuk, monyet, membebel dan sebagainya
- A atau Av - Aperture Priority
- S atau Tv - Shutter Priority
- P - Program, atau kadang-kadang org ckp P ni professional :D
Dlm artikel ni, aku nak discuss psl cara nak guna mode M je. Av Tv tu later kalau aku rajin.
Ok jom kita mula.
Apabila kita menggunakan mode M iaitu Manual, bendanya sama mcm bila kita bwk kereta transmisi manual - kita control gear, bila nak masuk, bila nak drop, bila nak pakai gear 1 2 3 4 5 dan sbg nya.
So bila pakai mode M, kita yg akan control ketiga-tiga faktor utama dalam penghasilan sesebuah foto, iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO.
Even tho aku dah buat artikel psl ketiga-tiga benda ni, aku akan share skit apa yg benda-benda ni buat pada hasil gambar kita secara ringkas.
ISO
- link artikel - ISO
- berada pada sensor kamera
- diwakili oleh perkataan ISO diikuti dgn nombor, contoh ISO200
- dipilih berdasarkan keadaan cahaya persekitaran
- semakin tinggi angka ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya, semakin jelas noise/grain
- jika cahaya persekitaran terang - guna ISO rendah
- jika cahaya persekitaran gelap - guna ISO tinggi
Aperture
- link artikel - APERTURE
- diafragma di dalam lens
- diwakili oleh f/number atau F number, contoh f/5.6 atau F5.6
- mengawal kemasukan cahaya dan kedalaman Depth of Field/Bokeh
- disebut terbalik dgn nombor, contoh f/2.8 tu aperture besar, f/16 tu aperture kecil
- semakin kecil aperture, semakin kecil bukaan, semakin kurang cahaya masuk, semakin luas Depth of Field , semakin gelap gambar
- semakin besar aperture, semakin besar bukaan, semakin byk cahaya masuk, semakin sempit Depth of Field , semakin terang gambar
Shutter Speed
- link artikel - SHUTTER SPEED
- merujuk kpd kelajuan pengatup di dlm kamera
- diwakili dgn "1/nombor" atau "nombor", contoh 1/4000 atau 4000, yg bermaksud 1/4000 saat
- diwakili dgn simbol " apabila tidak lagi 1 per, contoh 30" bermaksud 30 saat, bukan 1/30 saat
- nombor yg tinggi, kurang cahaya masuk, pergerakan dipegunkan, risiko blur kurang
- nombor yg rendah, banyak cahaya masuk, pergerakan kekal pergerakan, risiko blur tinggi
Apabila kita menggunakan mode M, kita perlu mengawal ketiga-tiga benda ni dgn betul, barulah gambar yg kita ingini akan berjaya dihasilkan.
So aku akan elaborate camne nak guna mode M ni kat dlm artikel ni sebaik mungkin, dengan syarat, perkongsian dlm artikel ini adalah TIDAK MELIBATKAN flash dan tripod/monopod. Ini perkongsian yg mana korang mmg pakai kamera tu handheld.
Kebiasaannnya apabila guna mode M, ada dua situasi berbeza iaitu:
- Mengawal kedalaman Depth of Field
- Mengawal freeze/blur pergerakan subjek
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENGAWAL KEDALAMAN DEPTH OF FIELD
Ini adalah situasi apabila anda inginkan gambar yg Bokeh, atau ada elemen yg sharp dan tak sharp, atau senang cerita tiada subjek/objek bergerak yg mahu ditonjolkan dalam gambar.
Senang cerita - still life photographer.
Biasanya utk landscape, portrait, macro, street, product, food photography.
Dalam mengawal kedalaman depth of field, Aperture memainkan peranan penting.
ISO dan shutter speed juga sama-sama penting, cuma tak cukup penting kerana pemilihan angka ISO dan shutter speed tidak memberi kesan apa-apa kpd depth of field.
Dgn memakai mode M, ikut langkah-langkah berikut:
- Pilih ISO berdasarkan keadaan cahaya persekitaran subjek, iaitu rendah bila terang dan tinggi bila gelap.
- Pilih aperture berdasarkan kedalaman Depth of Field yg diingini, iaitu angka yg kecil utk Depth of Field yg sempit (bokeh) dan sebaliknya. Contoh: nak shoot portrait, f/2.8, nak shoot landscape, f/11.
- Focus pada subjek
- Semasa sedang focus pada subjek, pilih nilai shutter speed sambil melihat kpd Exposure Meter yg beradan di dalam viewfinder, seperti pada gambar di bawah:
Viewfinder Nikon Sumber: Mansurovs |
Viewfinder Canon Sumber: Imaging Resources |
Nampak benda yg dibulatkan dalam gambar tu? Ia dinamakan sbg Exposure Meter, iaitu meter yg membaca exposure pada subjek yg sedang kita fokus.
Camne nak paham maksud nombor-nombor dan simbol positif negatif pada Exposure Meter tu?
Simple je.
Bila indicator tu berada di tengah-tengah, atau 0, maka kita kitakan exposure tu dah ngam, tidak terlalu terang, atau tidak terlalu gelap.
D700 User Manual |
Bila ia berada di kawasan positif, it means dia terlebih exposure, atau overexposed, lebih terang.
Dan bila ia berada di kawasan negatif, it means kurang exposure, atau underexpose, lebih gelap.
Makin jauh indicator tu drpd 0 ke arah positif atau negatif, makin terang atau gelaplah gambar.
So dlm kes pengawalan Depth of Field ni, bila korang pilih nilai terakhir iaitu shutter speed, just adjust nilai shutter speed tu sampai indicator yg blinking tu berada di tengah, atau 0, utk mendapatkan exposure yg ideal.
Atau kalau korang nak terang, adjust sampai indicator tu ke arah "+". Makin "+" makin terang.
Atau sebaliknya, kalau nak gelap, adjust sampai indicator tu ke arah "-". Makin "-" makin gelap
Pastu snap lah gambar, siap!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENGAWAL FREEZE/BLUR PERGERAKAN
Let say korang ni sports photographer, jenis yg tak kisah sgt pun gambar tu bokeh ke sharp semua ke, yg penting benda yg tgh bergerak nmpk kaku, atau stay bergerak, atau nmpk mcm bergerak dgn lebih perlahan/laju, pendek kata anda nak gambar yg menunjukkan kesan pergerakan.
Basically caranya sama jek mcm step pengawalan Depth of Field kat atas tu, cuma kali ni korang terbalikkan urutan Aperture dan Shutter Speed, seperti berikut:
- Pilih ISO berdasarkan keadaan cahaya persekitaran subjek
- Pilih nilai shutter speed berdasarkan efek freeze/blur yg diingini, iaitu angka yg tinggi utk lebih freeze dan sebaliknya
- Focus pada subjek
- Yang terakhir, pilih nilai aperture sbg baki utk melengkapkan proses Exposure Metering seperti yg dah diterangkan kat atas.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So sbg kesimpulan, jika anda nak main dgn depth of field yg gambar bokeh misalnya dgn menggunakan mode M, ikut urutan berikut:
- Pilih ISO
- Pilih aperture
- Pilih shutter speed dan dapatkan nilai indicator "0" pada exposure meter utk gambar yg ideal, "+" utk terang, "-" utk gelap
Dan kalau korang nak bermain dgn efek pergerakan, sharp/blur:
- Pilih ISO
- Pilih shutter speed
- Pilih aperture dan dapatkan nilai indicator "0" pada exposure meter utk gambar yg ideal, "+" utk terang, "-" utk gelap
Hopefully boleh faham. Agak susah sebenarnya nak explain dlm blog camni. Practical is much more easier. Tapi aku harap korang dapat tangkap la apa yg aku cuba sampaikan ni.
Lagi satu, instruction ni ada dalam user manual kamera korang, juz cari part Exposure dan baca utk pemahaman lanjut. Ni contoh cane nak guna mode M dalam Nikon D2X:
Ringkasnya, apa yg dikatakan sbg underexposed, ideal exposure dan overexposed itu ialah seperti berikut:
Exposure yg ideal ni gambar dia nmpk seragam - tak terlalu cerah, tak terlalu gelap.
Underexpose bila gambar nmpk agak gelap sampai detail hilang ditenggelami kehitaman.
Overexpose bila gambar nmpk agak terang sampai detail hilang ditenggelami keputihan (ops, ni keputihan lain eh)
Namun, adakah kita perlu sentiasa meletakkan indicator tu pada 0 (ideal exposure)?
Jawapannya tidak. Sebab ia bergantung juga pada keadaan cahaya gambar tersebut, serta selera jurufoto tu sendiri.
Ada yg suka gambar lebih terang atau gelap, maka dia akan pastikan indicator tu berat ke arah positif atau negatif.
Atau, belakang subjek ada backlight, kalau biar indicator kat 0, nnt gambar jadi underexpose, so kena tentukan indicator tu berat ke arah positif supaya subjek lebih cerah.
Boleh paham tak ni? Harap-harap boleh la.
Homework utk korang - nnt try la guna mode M ni, shoot la subjek apa-apa, ikut steps yg aku dah kongsi kat atas tu.
Semoga bermanfaat.
Exposure yg ideal ni gambar dia nmpk seragam - tak terlalu cerah, tak terlalu gelap.
Underexpose bila gambar nmpk agak gelap sampai detail hilang ditenggelami kehitaman.
Overexpose bila gambar nmpk agak terang sampai detail hilang ditenggelami keputihan (ops, ni keputihan lain eh)
Namun, adakah kita perlu sentiasa meletakkan indicator tu pada 0 (ideal exposure)?
Jawapannya tidak. Sebab ia bergantung juga pada keadaan cahaya gambar tersebut, serta selera jurufoto tu sendiri.
Ada yg suka gambar lebih terang atau gelap, maka dia akan pastikan indicator tu berat ke arah positif atau negatif.
Atau, belakang subjek ada backlight, kalau biar indicator kat 0, nnt gambar jadi underexpose, so kena tentukan indicator tu berat ke arah positif supaya subjek lebih cerah.
Boleh paham tak ni? Harap-harap boleh la.
Homework utk korang - nnt try la guna mode M ni, shoot la subjek apa-apa, ikut steps yg aku dah kongsi kat atas tu.
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
terima kasih atas nota ni..cuma cadangan saya nak minta ejad buat link yg boleh comment guna facebook tu..
ReplyDeletePenghargaan untuk ejad atas artikel ini. Memang susah nak buat, praktikal lebih mudah. TQ.
ReplyDeleteTerima kasih... info yang baik
ReplyDeletethanz...very usefull info untuk new user mcm saya
ReplyDeleteSalam bang..nak tanya sikt..nape bile kita pacak external flash..kite tak boleh buat expose meter dalam view finder...adekah kerana flash itu dsh overwrite expose meter dalam view finder.....sbb ape saya tanya mcmni...kdg2 bile saya pakai flash...saya x boleh kawal cahaya flash..kdg2 gambar jd terang sangat..kdg2 gelap sangat....mcmmane cara terbaik nak mengawal cahaya flash....buat la satu enty psl flash bang..ape2 terima kasih atas ilmu diberi..moga allah swt memurahkan rezeki abg..teruskan beri ilmu bang....salam
ReplyDeletew'salam.
Deleteyup. becoz penggunaan flash dah overide meter pada body.
ape plak x bole. boleh je control power flash. setiap flash yg ade TTL, mesti ade mode manual utk kita control power secara manual. sila belek user manual atau google atau youtube psl flash anda
Hi.hi.hi sy Baru tgk youtube br perasan ade setting.. untuk kontrol power flash secara manual..tp cuma kite boleh tengok hasilnya lepas gambar diambil je kan...lepas gambar diambil..baru kite blh adjust flash setting nak terang atau nak gelap..so kite amik gambar lg sekali..untuk memperbetulkan power flash tadi..tak macam expose mode dalam view finder kalau kite tak pakai flash...sebelum kite snap gambar kite boleh letak meter tu dalam angka "0"(tengah-tengah meter)..pastu terus shot..kat situ kite dah boleh aim dah berapa cahaya nak masuk...sori bang tanya soalan yg pelik2...baru nak main kamera..hi.hi.hi...byk benda tak tau lg...ape2pun nanti buat la entri psl kawalan cahaya flash...mekasih bang salam
DeleteBab manual ni susah sikit nak tangkap sb benak banyak. :)
ReplyDeleteBab manual ni susah sikit nak tangkap sb benak banyak. :)
ReplyDeletetq...bnyk belajar...
ReplyDelete