Thursday, May 23, 2013

Focal Length


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak membebel. Petang ni aku ada masa terluang sikit so aku ingat nak berkongsi benda basic, iaitu berkenaan focal length, atau dlm BM-nya: panjang fokal. Nak senang taip, aku pendekkan focal length jadi FL.

Utk tau katne menatang FL ni, rujuk lens korang, carik angka yg seperti yg ditunjukkan dlm gambar ni:


Focal length biasanya ditunjukkan dalam unit mm (milimeter), tapi ada la lens zaman dulu ditunjukkan dalam unit cm, seperti Nikon 5cm (50mm) f/2

Usually kita pun bila nak beli lens, kita akan bagitau lens apa yg nak dibeli tu berdasarkan kpd FL dan aperture, contoh "Aku nak beli lens 17-50mm F2.8 la", dimana 17-50mm tu merujuk kpd FL dan F2.8 tu merujuk kpd aperture.

Beza antara zoom dan prime lens plak, dari segi FL ialah:
  • zoom lens akan ada FL awal dan akhir: contoh kitlens 18-55mm, 18mm tu FL awal dan 55mm tu FL akhir
  • prime lens hanya ada 1 FL sahaja, contoh 50mm, 85mm, 200mm.

Ramai yg anggap FL ni sebenarnya adalah ukuran panjang lens. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali.

Sumber: Canon EF 50mm F1.8 II

Angka 50mm itu tiada kena mengena dgn ukuran fizikal lens. 

Sama jugak dgn lens-lens lain. 18-55mm misalnya, bukan bermakna panjang lens itu 18mm semasa menggunakan FL 18mm atau 55mm apabila menggunakan FL 55mm.

Buktinya? Ce korang try pakai FL tertentu dan ukur sendiri panjang lens tu dgn pembaris.

Angka pada FL itu sebenarnya merujuk kpd jarak kanta dgn sensor. Atau dalam bahasa yg lebih saintifik, FL itu diukur drpd sensor kpd titik persilangan pada kanta. Contohnya utk lens 50mm, bermakna jarak antara kanta dalam lens 50mm kita itu dgn sensor yg berada dlm kamera kita ialah 50mm, atau 5cm.

Macam mana nak tau kedudukan sensor pada kamera? Rujuk focal plane mark dlm artikel MFD ni.
Macam mana nak tau kedudukan lens? Takyah tau buat pening kepala je. Jangan korang pegi bukak lens korang tu pulak. Kalau jahanam aku tak tanggung.


Gambarajah mungkin berbeza, depends kpd rujukan yg diambil. Contoh mcm gambar ni:

Sumber: trustedreviews
Tak kisahlah gambar dia yg sebenar mcm mana. Kita raikan perbezaan pendapat. Janji maksud dia sama - focal length bermaksud jarak daripada sensor kpd lens.

Angle of View (AOV) merujuk kpd sudut pandangan, manakala Field of View (FOV) pula membawa maksud keluasan pandangan. Kedua-dua ni lebih kurang sama je maksud dia, cuma AOV tu dlm unit darjah sbb dia sudut.

Kesan Focal Length - Keluasan Framing Gambar

Apabila FL rendah (wide), contoh mcm 18mm: AOV dan FOV adalah luas. Sebab itu framing pada 18mm akan dpt gambar yg wide.

Apabila FL tinggi (telephoto), contoh mcm 55mm: AOV dan FOV yg luas pada 18mm akan jadi makin sempit menyebabkan framing makin sempit dan subjek akan nampak lebih besar.



So secara ringkasnya, semakin jauh korang zoom, atau semakin tinggi angka FL, maka sudut pandangan akan jadi semakin sempit dan subjek akan nampak lebih besar di dalam frame.

Jenis-jenis lens plak biasanya mmg akan merujuk kpd FL lens tersebut, contoh bila kita katakan Wide Angle Lens/Ultra Wide Angle Lens, kita maksudkan lens yg mempunyai FL yg rendah utk mengambil gambar yg wide.

Atau, lens telephoto yg merujuk kpd FL yg tinggi kerana FL tinggi membolehkan kita amik gambar subjek yg jauh.

Rujuk gambar di bawah utk pemahaman mudah:

Sumber: digital-photography-student.com

Kesan Focal Length - Keluasan Depth of Field

Selain kesan framing, focal length juga memberi kesan secara tak langsung terhadap depth of field.
Makin tinggi focal length, depth of field makin shallow, maka gambar akan lebih cenderung kpd kewujudan elemen yg sharp serta elemen yg out of focus, atau pendek ceritanya bokeh la.

Sebab tu portrait lens secara umumnya bermula dari 50mm dan ke atas, sbb focal length yg berangka tinggi beritu mudah utk mewujudkan gambar bokeh. Mcm aku, aku shoot portrait guna lens 50mm, 85mm dan 135mm utk dpt gambar sebokeh mungkin.


Nak Pakai Focal Length yg Mana?

"Ejad kalau nak amik gambar portrait, apa FL yg sesuai?"
"Boleh tak amik gambar lanscape pakai 50mm?"

Jwpn dia mudah je - ikut lah besar mana framing yg korang nak. Kalau nak gambar yg wide, pakailah FL paling rendah (wide) yg korang ada, dan kalau nak amik gambar jauh, pakailah FL paling jauh (telephoto) yg korang ada.

So katakan la korang ada 50mm F1.8 dan 85mm F1.8, nak guna mana 1 utk amik gambar portrait?
It depends pada framing yg korang nak utk portrait tu.

Contoh korang nak full body, so better pakai 50mm sbb AOV dia lebih wide drpd 85mm.

Atau korang nak headshot dan background blur kaw-kaw, of coz kena pakai 85mm sbb makin tinggi FL, makin sempit DOF yg menyumbang kpd kewujudan bokeh.

Biasanya la kan, ikut standard dan pemerhatian:
  • Landscape: FL yg wide, 10mm - 30mm
  • Portrait: FL yg midrange dan telephoto, drpd 50mm dan ke atas
  • Macro & Close up: FL yg midrange dan telephoto, drpd 35mm dan ke atas, dgn MFD yg rendah)
  • Fisheye: FL yg wide dan kanta yg kembung, 8mm - 16mm, dgn AOV: 180 darjah
  • Wildlife & Sports: FL yg telephoto, 100mm ke atas
  • Moonshot: FL yg telephoto, 100mm ke atas

Namun ni semua sekadar pemerhatian berdasarkan kesesuaian genre. Kalau korang nak shoot wildlife pakai UWA lens pun boleh, takde masalah. Pandai-pandai la jaga diri kan.

Tidak ada FL tertentu utk genre tertentu. Gambar kat atas tu pun sekadar guide dan tidak wajib pun utk diikuti.

Contoh, korang hanya ada 1 lens, iaitu kitlens 18-55mm dan korang pegi zoo. Kalau ikutkan, nak amek gambar wildlife ni kena pakai telephoto lens. Tapi takkan la korang taknak amek gambar langsung hanya kerana korang takde telephoto lens? Pakai je la apa yg ada, ye dak?

Landscape | Wide
Tokina 12-24mm F4 (FL 12mm)
Macro | Midrange | Telephoto | Low MFD
Carl Zeiss 135mm F3.5 & Extension tube
Portrait | Midrange | Telephoto
Jupiter9 85mm F2
Sports | Telephoto
Pentax-FA 100-300mm F4.5-5.6 (FL 300mm)
Wildlife | Telephoto
Pentax-FA 100-300mm F4.5-5.6 (FL 300mm)

Boleh paham eh? Ala senang je psl FL ni. Pilih je mana-mana yg memenuhi kehendak framing korang.

Insya Allah next artikel pasal FL & Perspective plak. Tunggu aku ada contoh gambar.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Friday, May 10, 2013

Kursus Fotografi Bulan Mei 2013


Dalam bengkel ni, peserta akan didedahkan dgn tips asas utk shoot potret:
  • setting: aperture/ISO/shutter speed yg sesuai
  • sunny-16 + flash
  • penggunaan reflector
  • bounce flash/demb diffuser
  • candid
  • bagaimana nak communicate dgn subjek
  • editing menggunakan Adobe Lightroom

Maklumat event semua dah ada dlm poster. Mohon baca sampai habis sebelum bertanya.

Jika berminat, atau ada pertanyaan/kemusykilan, boleh hubungi Asyraf: