Tuesday, July 17, 2012

Minimum Focus Distance (MFD)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ok aku kebosanan ni, maka aku merajinkan diri menaip sebuah artikel dgn niat berkongsi maklumat dgn anda semua.

Info ni wajib diketahui jika anda peminat dunia halus (macro).


Minimum Focus Distance

Apakah itu Minimum Focus Distance?
  • jarak terdekat atau terminima utk lens fokus kpd subjek
  • jarak subjek ditentukan (dikira) daripada tanda satah fokus (focal plane mark) yg berada pada kamera, bukan dari hadapan lens (ada aku explain kat bwh)
  • singkatan - MFD

Imagine this, korang nak shoot macro, korang pun duk dekat dgn subjek, pastu focus.
Tengok-tengok lens tak dpt focus dgn betul. Dia kedepan, kebelakang, mencari subjek (juga dinamakan sbg focus hunting).

Ada kemungkinan, lens tak dpt focus kerana jarak subjek kurang drpd MFD lens tersebut.

Contoh mcm mata kita la. Try letak 1 objek dekat dgn mata, kemudian semakin dekat, akan sampai 1 tahap nnt mata korang tak dpt fokus objek tersebut properly, maka dlm kes ni kita katakan kedudukan objek tadi tu kurang drpd MFD mata kita.


Focal Plane Mark

Focal plane mark adalah sebuah simbol yg menunjukkan kedudukan sensor digital atau filem yg berada di dalam body kamera.

Simbolnya adalah seperti dlm gambar. Simbol ni biasanya ada kat bahagian atas body kamera, sama ada sebelah Exposure Dial atau Top LCD.

Focal plane mark pada body Canon EOS 300


MFD Pada Lensa

Setiap lens mempunyai MFD yg tersendiri. Ia tercatat pada lens masing-masing.

Lens macro biasanya mempunyai MFD yg lebih rendah drpd lens biasa.
Contohnya lens AF Nikkor 50mm F1.8D mempunyai MFD 0.45m, manakala lens AF Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s mempunyai MFD 0.25m, walaupun focal length-nya seakan-akan sama.

Bila MFD rendah, korang dapat focus dgn lebih dekat pada subjek.
Bila focus lebih dekat, korang akan dpt shoot subjek dgn saiz yg lebih besar.
Info lanjut boleh baca di SINI.

Tak kisah la Nikon ke Canon ke Pentax ke Sony ke, ce belek skit lens korang dan korang akan nampak info mcm ni:

Kitlens AF-S DX Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G VR

AF Nikkor 35-80mm F4-5.6D

AF Nikkor 75-240mm F4.5-5.6D



AF Nikkor 50mm F1.8D

MFD & FOCAL PLANE MARK

Lens tidak akan dpt fokus apabila jarak subjek dgn focal plane mark lebih pendek drpd MFD.
Sebab tu sometimes lens korang "focus hunting", iaitu motor focusing tu kejap kedepan kejap kebelakang, sbb kamera tak dpt nak fokus kerana subjek korang terlalu dekat, lebih dekat drpd MFD.

Apabila kita focus pada sesebuah subjek, jarak subjek dikira daripada kedudukan sensor, iaitu focal plane mark, bukan dikira dari hadapan lens.

Rujuk gambar di bwh:


Maka dlm ertikata lain, katakan la MFD bg lens anda ialah 0.5m. Jarak 0.5m ini adalah utk semua focal length jika anda menggunakan zoom lens.

Contoh MFD bg kitlens 18-55mm ialah 0.25m.
So bila korang pakai kitlens tu pd FL 18mm, MFD ialah 0.25m.
Dan bila korang pakai FL 55mm, MFD masih lg 0.25m dan korang TAK PERLU menjauhi subjek apabila lens tu memanjang bila di-zoom, kerana MFD bkn dikira dari depan lens, tp dari focal plane mark.

So dlm bahasa mudah, bila korang pakai zoom lens, bila korang zoom sampai lens tu jadi panjang, korang tak perlu undur kerana MFD dikira dari focal plane mark.
____________________________________________________________________________

"Ok dah habis baca. Penting ke info ni utk saya?"

Info ni sbg maklumat tambahan kpd mereka-mereka yg setakat shoot suka-suka.
Tapi utk macro dan close up photographer, info ni adalah sbg ilmu asas utk korang faham mcm mana MFD yg berlainan akan mempengaruhi hasil gambar macro korang.

Sekian ilmu yg ringkas ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. Thanks a lot, info yang sangat berguna untuk newbie/casual guy mcm aku

    ReplyDelete