Friday, December 16, 2016
Monday, December 12, 2016
Big Bad Wolf 2016 | Olympus MJU II | Fujifilm Neopan 1600
Lama tak haplod gambar2 kat sini. Sebab mmg dah lama tak menembak kan, takde gambar yg nak dihaplod huhu.
Anyway, Jumaat lepas (09/12/2016) aku dan wife terchenta pegi Big Bad Wolf kat MIECC, Serdang. Kekonon nak carik stok buku baru la, padahal buku yg beli BBW lepas tak bukak plastik pun lagi haha.
Before gerak tu, terlintas di fikiran aku utk mengeshoot suasana disitu. Dan teringin pulak nak guna high ISO film, sbb event tu malam, dlm dewan pulak tu. Even kalau guna kamera digital pun mau kena bubuh ISO800 ke atas utk dpt gambar yg cukup terang.
Bukak peti ais, tgk2 eh ada filem ISO1600, iaitu Fujifilm Neopan 1600:
This film would be perfect for low light scene mcm BBW tu. Cuma ada 1 masalah, film ni expired tahun 2012 dan sebelum aku simpan dlm fridge, aku tak sure owner sebelum tu simpan mcm mana.
Logically, utk expired film ni kita akan compensate beberapa stops sbb sensor dia dah tak sensitif seperti dulu. So ada kemungkinan filem yg berISO1600 ni behave mcm ISO400 je.
Takde hal kalau aku guna kat SLR Film, sbb aku boleh simply pilih ISO400 dan metering kamera akan bagi bacaan berdasarkan ISO tersebut.
Cuma, nak pegi event mcm BBW, nak menembak sambil memilih buku, kamera yg manual focus bukanlah 1 pilihan terbaik, sbb takkan cukup tangan nak handle.
And then aku decide nak guna Olympus MJU II, iaitu kamera compact P&S film yg mempunyai keupayaan autofocus dgn lens 35mm F2.8 yg supersharp. Kira perfect dah ni utk lowlight sbb lens dia pun f/2.8.
And here comes another problem: ISO takleh nak sukati set pada kamera MJU ni. MJU ni guna electronic sensor utk baca DX Code pada film. So kalau aku sumbat filem ni, MJU akan baca filem ni sbg filem berISO1600. Tapi kan aku nak guna ISO400. So cane?
So apa yg aku buat ialah, aku anggap filem ni filem ISO400, tapi aku push 2 stops kpd ISO1600. Maknanya skrg bila aku develop, aku takleh develop ikut timing biasa. Sebaliknya aku kena panjangkan masa, sebab kalau aku develop biasa, gambar2 akan underexposed. FYI, underexpose pada filem adalah sangat bahaya, susah nak recover. Dia bkn mcm digital, digital under takpe, over jangan. Tapi filem over takpe, under jangan.
Anyway, filem ISO1600 yg aku anggap sbg ISO400 tapi aku push 2 stops kpd ISO1600 ni disumbat ke dlm Olympus MJU II, dan aku bawak pegi BBW.
It was so easy sbb kamera ni sgt kecik, sebelah tgn boleh handle. So tgn sebelah pegang buku/bakul, sebelah lagi standby kat shutter button utk shoot apa2 yg nampak menarik.
Lepas habis seroll (36 frames), simpan kamera. Sampai rumah, kasi develop laa apa lagi. Aku guna developer Ilfotec LC-29 dgn bancuhan 1 bahagian LC-29 dan 29 bahagian air (1+29) utk larutan sebanyak 300ml.
Lepas google2, standard dev time utk filem Fujifilm Neopan 1600 ialah 10 minit. Tapi tadi kan aku push 2 stops, so kalau aku develop 10 minit, gambar akan jadi underexpose. So selepas menggoogle lg, aku jumpa website yg mencadangkan utk darab 2.25 pada masa dev yg asal. So 10 minit tadi menjadi 10x2.25 = 22.5 minit pada suhu 20 darjah celcius.
And then mcm biasa la, Fixer dalam 7-8 minit. Kalau ikutkan 5.30 minit je, tp sbb aku recycle, so aku kena lamakan sikit masa fixer.
Lepas tu keluarkan filem dari tangki, tgk2 wahhh jadi. Seronok weh. Aku pun gantung kasi kering. Lepas tu tidooo esok pagi la baru scan. Ngantuk doh.
Pagi tu aku scan dgn penuh berhati2 menggunakan Canoscan 8800F yg aku baru lepas cuci glass belah dalam dia sbb ada fungus, dan inilah hasilnya selepas aku save as TIF dan post-process menggunakan Adobe LR:
Ada byk lagi gambar sebenarnya, tapi normal la, korang shoot 100, takkan nak tunjuk semua kan. Sah2 la ada yg tak menjadi hehe. So far inilah antara gambar yg menjadi. Nothing too fancy pun actually. Aku main tembak tanpa sebarang rule pun. Kalau manjang nak RO3 bokeh art of seeing pun kadang2 boring gak. Sekali sekala bebaskan minda drpd rule dan just shoot ikut suka.
Semoga terhibur dgn bebelan tgh malam aku di atas.
Ejad Fotopoyo
2315 12122016
Crop Factor | Tak Paham Wehhh
Only to die again | Big Bad Wolf 2016 Olympus MJU II | Fujifilm Neopan 1600 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys!
Siang tadi masa duk mentelaah page Bincang Thread, aku ternampak ada post berkenaan orang yg keliru dgn Crop Factor.
Ini salah faham yg dimaksudkan tu:
"Kalau kita guna lens yg APS-C kat APS-C, dia takde crop factor. Dia akan jadi mcm focal length lens tu jugak. Contohnya kalau kita guna lens 35mm F1.8G DX kat Nikon D3100, dia jadi 35mm jugak, takde crop factor, sbb lens tu mmg dicipta khas utk APS-C.Tapi kalau kita guna lens 35mm F2 kat Nikon D3100, dia jadi 35x1.5=52mm, sbb lens tu utk fullframe, tak compatible dgn D3100 yg APS-C, sbb tu kita kena darab crop factor"
Secara ringkas, kekeliruan yg berlaku di sini adalah apabila menganggap hukum pendaraban crop factor hanya berlaku apabila body APS-C menggunakan lens Fullframe. Tapi bila body APS-C guna lens yg mmg dicipta khas utk APS-C (contohnya DX utk Nikon, EF-S utk Canon), dia takde crop factor.
Pemahaman ini SALAH.
Sbg pengenalan ringkas, crop factor merupakan nisbah bagi kamera2 format lain (APS-C, APS-H, M43 dan lain2) terhadap format fullframe (36x24mm).
Contohnya bila kita kata crop factor x1.5, kita darab 1.5 tu sbb nak tengok dia punya view jika dipakaikan pada body fullframe.
Info lanjut boleh baca artikel berikut:
Contoh mudah, kalau kita guna lens 50mm kat D3100, dia jadi 50x1.5=75mm. Bukan bermaksud focal length itu berubah kpd 75mm, tapi angka 75mm tu bermaksud view pada D3100+50mm tu akan bersamaan dgn body fullframe+75mm.
Boleh faham so far?
Ok now kita pergi pembetulan bagi kekeliruan di atas ni.
Sebenarnya, bila kita guna body yg bukan fullframe, contohnya APS-C la kan, mcm Nikon D3100 tu. Kita pasang lens APS-C (DX) ke, kita pasang lens fullframe ke, dia tetap kena darab crop factor x1.5.
Sebab utamanya ialah saiz sensor bagi APS-C (24x16mm) lebih kecil drpd fullframe (36x24mm), menyebabkan saiz imej yg terhasil adalah lebih kecil dan ter'zoom' kedepan. Ringkasnya, yg menyebabkan cropping tu berlaku adalah sensor.
So kalau kita gunakan kedua2 lens ni: 35mm F1.8G DX (lens APS-C) dan jugak 35mm F2 (lens FX) kat Nikon D3100, dua2 kena darab crop factor, dua2 akan menghasilkan equivalent focal length yg sama, iaitu 35x1.5=52mm.
Sebagai contoh:
- APS-C + 50mm = 75mm
- M43 + 50mm = 100mm
Contoh paling mudah, bila kita guna kitlens 18-55mm. Crop factor akan menjadikan lens tersebut kpd 28-80mm, dan sebenarnya 28-80mm ni basic kitlens pada body fullframe. Maknanya bila APS-C guna kitlens 18-55mm, dia akan dpt view yg sama dgn body FX + 28-80mm.
Fikir logik pun, takkan la dia jadi 18mm yg sama wide dgn fullframe. Tak aci bai. Ingat lens yg boleh bagi FL 18mm kat fullframe murah ke?
Contoh lain, jom kita usha gambar di atas ni. EXIF ini diambil drpd gambar yg di-shoot menggunakan kamera Pentax K-50 (APS-C) dan lens Pentax-DA 15mm F4 LTD (juga APS-C).
Tgk pada 35mm Focal Length yg di-highlight-kan dlm gambar tu, ia menunjukkan angka 22.
Mana dtg 22? 15 darab 1.5 = 22.5. Again, kedua2 kamera dan lens tersebut adalah berformat APS-C.
So kalau teori di atas tu betul, kenapa 15mm tu jadi 22? Kenapa tak kekal sbg 15?
Simply kerana, hanya kombinasi kamera fullframe dan lens fullframe sahaja yg dpt menjadikan nombor itu kekal sama.
Oh lupa lak korang tak familiar dgn Pentax. Fineeee ni details bagi kamera Nikon. Aku bubuh 3 kamera terus. Sila klik utk besarkan gambar:
Oh lupa lak korang tak familiar dgn Pentax. Fineeee ni details bagi kamera Nikon. Aku bubuh 3 kamera terus. Sila klik utk besarkan gambar:
Dlm EXIF ni ada kamera2 berikut:
- Nikon D50 + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
- Nikon D2X + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
- Nikon D90 + AF-S Nikkor 18-105mm F3.5-5.6G DX
Perasan tak kesemua lens tu DX? DX ialah lens utk APS-C kan?
Skrg tgk pulak bahagian 35mm Focal Length. Adakah nombornya kekal sama jika dibandingkan dgn Focal Length? Tak kan? 18mm jadi 27mm, manakala 105mm jadi 157mm. Mana datang? Darablah dgn 1.5.
Contoh lain: Nikon D700 (fullframe) dgn lens 50mm F1.8 (fullframe):
Nampak tak Focal Length 50 tu kekal sbg 50 pada ruang 35mm Focal Length? Sbb utk fullframe, crop factor tiada (atau darab 1), menjadikan nombor itu kekal.
Yg sebenarnya, apa yg ada ialah lens yg dicipta utk APS-C yg boleh dpt view sama dgn fullframe.
Contoh: utk mendapatkan view yg sama bagi fullframe+50mm:
- lens 35mm digunakan pada APS-C, sbb 35x1.5=52mm.
- lens 25mm digunakan pada M43, sbb 25x2=50mm
Contoh lain: utk mendapatkan view yg lebih kurang sama bagi fullframe + 24-70mm:
- APS-C + 17-50mm
- M43 + 12-35mm
Boleh faham eh?
So sebenarnya, there's no such thing as "kena guna lens yg khas utk APS-C baru takde crop factor", sbb kalau body tu bkn fullframe, akan wujud crop factor.
Yg tiada crop factor cuma bila body fullframe + lens fullframe. Body fullframe still akan ada crop factor (heavy vignetting) bila guna lens APS-C (contoh gambar di bawah):
Pentax K1000 (film, fullframe) + kitlens 18-55mm F3.5-5.6 |
Ok now kita pergi kpd persoalan utama: apesal Nikon ni pepening sgt?? Byk nau lens, pening taktau nak beli mana.
Bagi lens Nikon, kronologinya begini:
Dulu lens 35 dan 50 yg ada ialah (sumber: Nikon Lenses):
- 1986: AF Nikkor 50mm f/1.8
- 1995: AF Nikkor 35mm f/2D
- 1995: AF Nikkor 50mm f/1.4D
- 2003: AF Nikkor 50mm F1.8D
- 2008: AF-S Nikkor 50mm F1.4G
Yg boleh autofocus dgn body takde motor waktu tu cuma AF-S Nikkor 50mm F1.4G, which is quite expensive (lebih 1k).
Kemudian pada tahun 2009, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.8G DX, simply to provide autofocus lens yg boleh bg view 50mm pada body APS-C yg tiada motor seperti D40, D60 dan D3000/D5000 series.
Bagi yg menggunakan body fullframe pula, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.4G N (2010) dgn harga yg jauh lebih mahal. Nano beb, op kos la mahal.
Kemudian pada tahun 2011, Nikon mencipta pula lens AF-S NIKKOR 50mm F1.8G sbg alternative bg mereka yg guna body takde motor tp lebih prefer 50 over 35. Plus this newer 50 is equipped with better coating yg memberikan hasil yg lebih sharp wide open.
Dan last sekali Nikon produce AF-S NIKKOR 35mm f/1.8G ED (perhatikan lens ni tiada kod DX, maknanya lens ini khas utk fullframe) dgn price tag yg jauh lebih mahal drpd semua lens di atas but still cheaper than AF-S Nikkor 35mm F1.4G N.
Sebab itulah lens 35mm dan 50mm utk Nikon ni ada macam2 jenis.
Itulah ceritanya...
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
Isnin 12122016 8:34pm
Wednesday, October 12, 2016
ISO Tinggi Untuk Freeze Motion
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.
Tadi aku ada terbaca discussion kat page BINCANG THREAD berkenaan penggunaan ISO yg tinggi apabila cuaca cerah. Boleh rujuk gambar di bawah.
Original post: FB |
Aku ada bagi jawapan kat ruangan komen disitu, dan dlm masa yg sama aku ingat nak share jugak kat korang2 semua kenapa berlakunya setting sebegitu.
First of all, nak bagitau dulu, I have no idea who the photog is, and I certainly don't know why he used ISO800 untuk gambar mcm ni. Tapi based on pengalaman serta knowledge yg aku ada, aku cuba jawabkan soalan dlm gambar tu bagi pihak si jurufoto.
Kita ulangkaji sikit. Secara asasnya, hubungan antara angka ISO dgn cahaya/cuaca persekitaran adalah; angka rendah bila cuaca terang/terik, dan angka itu dinaikkan apabila cahaya semakin berkurang, contohnya bila mendung, atau gelap/redup, atau matahari terbenam, dan sebagainya.
Teori ini, of coz, berdasarkan kepada penggunaan hand-held dan tanpa flash. Sbb bila kita guna tripod atau flash, kita boleh guna ISO yg lebih rendah. Contohnya masa kita shoot sunset, kita guna ISO800 sbb handheld, tapi kalau kita guna tripod, kita boleh guna ISO paling rendah.
Sekarang kita fikir balik, kenapa bila guna tripod, ISO boleh guna yg paling rendah?
Bila gambar gelap, shutter speed yg lebih rendah diperlukan utk capture lebih banyak cahaya. Dan keadaan ini semakin ketara kalau lens yg kita guna tu bukan fast lens.
Sbg contoh, kalau kita nak shoot gambar dlm rumah, dgn ISO100, kita akan dpt bacaan shutter speed sekitar 1/4. Dan ini merupakan masalah jika kita shoot handheld, sbb 1/4 tu boleh menyebabkan gambar kita blur.
So kita pun naikkan la ISO200 tadi kepada ISO3200. Ha skrg bacaan shutter speed baru ialah 1/125, dan speed ni agak laju, takde hal utk kita shoot handheld.
Nampak tak kat sini kenapa sebenarnya kita main angka ISO tu? Simply sbb kita nak dapatkan bacaan shutter speed yg lebih laju, supaya kita boleh avoid gambar jadi blur. Jarang la org naikkan angka ISO tu saje2 sebab nak kasi gambar noise.
Sumber: picturecorrect |
Ok, lepas dah ulangkaji sikit ni, aku nak huraikan sebab kenapa ISO800 digunakan dlm gambar tu.
Lepas baca beberapa komen, didapati photog tersebut menggunakan lens Tamron 18-200mm F3.5-6.3.
Andaikan photog tu guna FL 200mm utk amik gambar, maka aperture paling besar yg dia boleh guna ialah f/6.3, which is quite small actually, tapi takde masalah utk gambar outdoor camni.
Andaikan dia guna ISO100. Dgn aperture f/6.3, kamera dia bagi bacaan shutter speed yg ideal sbg 1/250.
Logically 1/250 tu laju je, takde masalah pun utk handheld.
Tapi kita usha balik gambar. Subjek dlm gambar tersebut ialah Formula 1, high speed car. Utk kita membekukan pergerakan subjek yg laju, ada kemungkinan shutter speed 1/250 tu tak cukup. Ni kemungkinan je, for the sake of this article.
Maka disebabkan shutter speed 1/250 tu agak selow utk membekukan pergerakan, langkah seterusnya adalah membesarkan lagi aperture, which is not possible since dia tgh guna max aperture iaitu f/6.3 utk FL 200mm, so membesarkan lagi bukaan aperture dah tak valid kat sini.
So langkah terakhir adalah dgn meninggikan angka ISO. ISO100 td dinaikkan kpd ISO800, berlaku peningkatan sebanyak 3 stop, dan ini membolehkan shutter speed 1/250 tadi dilajukan sebanyak 3 stop, menjadi 1/2000, which is enough to freeze the motion.
Nampak tak kat sini rasionalnya penggunaan ISO800 tu? Again, aku tiada di tmpt kejadian, so aku tak tau situasi sebenar proses pengambilan gambar ni. Mungkin jugak ISO400 pun dah cukup, who knows. Tapi basically inilah sebab kenapa angka ISO yg tinggi digunakan walaupun cuaca cerah, iaitu kerana shutter speed tak cukup laju utk meng-freeze-kan motion, menyebabkan ISO terpaksa dinaikkan bagi membolehkan shutter speed yg lebih laju digunakan.
Cara lain yg lebih praktikal (dan mahal) adalah dgn menggunakan fast lens, seperti 70-200mm F2.8. Bila kita boleh guna aperture seluas f/2.8, kita dpt bacaan shutter speed yg laju tanpa perlu menggunakan ISO yg tinggi. Tapi mahal la lens tu.
Sekian bebelan di petang rabu. Petang ni ada pasar malam kat Pandan Indah, nak beli Moist Choc Cake, sepotong RM1.50. Sedap oh.
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
Thursday, September 15, 2016
F-Stop VS T-Stop
Sumber: basilyeo |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera korang2 yg cantik jelita sekalian.
Ok takde idea nak intro panjang2. I'll just go straight to the point.
Baru2 ni aku diminta oleh rakan seperjuangan (nama dirahsiakan sbb budak ni poyo teruk) utk membebel pasal F-stop dan T-stop.
Ha? T-stop? Apakah?
Aku tau mesti ramai yg blur. Sbb dalam kehidupan seorang photographer, istilah yg kerapkali kita dgr dan guna berulangkali adalah F-stop, bukan T-stop.
So apekemende T-stop ni ekceli? Apa pekdahnya dalam hidup aku? Kalau tau psl T-stop ni dah boleh bukak bengkel mengajar photography ke?
Samyang Optics 12mm T3.1 VDSLR ED AS NCS Fish-eye |
Bagi photographer, istilah T-stop ni benda yg agak baru.
Utk videographer pulak, benda ni diorang hadap hari2, sbb kebanyakan lens yg dicipta khas utk video (CINE lens) menggunakan T-stop berbanding F-stop yg biasa dilihat dlm kebanyakan lens (rujuk gambar lens Samyang di atas).
Tapi videographer yg hadap benda ni hari2 ni pun belum tentu tau amende T-stop dan apa beza dia dgn F-stop, ye dak? So dalam artikel kali ni aku akan bincangkan dgn lebih lanjut.
Anyway, sebelum aku bebel psl T-stop ni, jom kita ulangkaji kejap pasal F-stop.
F-Stop
Sumber: freephotocourse |
Secara umumnya, F-stop merupakan unit ukuran yg standard bagi bukaan aperture sesebuah lens. F-stop lah yg bagi maklumat pasal keluasan bukaan aperture lens kita.
Usually dipersembahkan dalam unit nisbah (ratio), contohnya kitlens 18-55mm 1:3.5-5.6,, atau 50mm 1:1.8. Atau ditunjukkan juga dalam bentuk f/angka, seperti f/4, f/5.6, dgn f disini bermaksud focal length.
Sbg contoh, korang ada lens 50mm F1.8. Kalau korang guna aperture 2, dia jadi f/2, atau 50/2 = 25mm, yg memberi maksud pada lens 50mm dgn aperture f/2, diameter bukaan adalah 25mm.
Perkataan "stop" tu seolah2 memberi maksud "set aperture tu kat angka sekian-sekian", sbg contoh kalau kita ada lens 50mm F1.8, bila kita guna aperture kecik seperti f/5.6, kita panggil stop down to f/5.6.
Lepas tu drpd 5.6 patah balik pegi 1.8, dia jadi stop up to 5.6. Ringkasnya stop down = kecikkan aperture (angka meningkat), stop up = besarkan aperture (angka menurun). Cuma istilah stop up ni jarang digunakan berbanding stop down.
Dari segi manipulasi cahaya pulak, basically stop down (nilai f besar, contoh f/8) membenarkan sedikit cahaya masuk ke dlm lens, meluaskan lagi depth of field dan juga menambahkan ke-sharpness-an gambar. Stop up pulak (nilai f kecil, contoh f/1.8) membenarkan lebih banyak kemasukan cahaya dan menipiskan lagi depth of field. Boleh rujuk gambar kuning kat atas ni.
Utk tambah pening, boleh usha artikel berikut sbg bacaan tambahan:
Sbg kesimpulan utk tajuk F-stop ni, kita tau yg F-stop mewakili bukaan aperture pada sesebuah lens, di mana drpd bukaan ini lah kita tau banyak mana cahaya yg masuk ke dalam lens. Sbg contoh f/1.8 bagi banyak cahaya yg masuk, dan f/11 bagi kurang cahaya yg masuk.
Ok, pening dah? Lek lu, ni baru ulangkaji bab Aperture. Belum masuk T-stop lagi.
T-Stop
Sumber: premiumbeat |
T-stop (T = Transmission) secara ringkasnya bermaksud ukuran bagi cahaya yg betul2 sampai kpd sensor.
Tak faham? Ok camni. F-stop bermaksud bukaan iris (aperture) pada sesebuah lens, manakala T-stop pulak bermaksud ukuran bagi cahaya yg betul2 sampai kpd sensor.
So apa beza kedua ni ekceli?
Lens yg contohnya f/1.8, bila kita guna aperture f/1.8, cahaya yg betul2 sampai kat sensor tak semestinya sama dgn masa dia mula2 masuk ke dlm lens tadi. Sbb dlm lens tu ada banyak kanta, so ada cahaya yg diserap, ada yg terpantul, so contohnya katakan la masa mula2 masuk ke dlm lens, cahaya ada 100, tapi disebabkan melalui dalam lens yg ada serapan, pantulan dan sebagainya, nilai cahaya yg 100 tadi tu berkurang, dan yg sampai kat sensor cuma 50 je.
Contoh dalam real life pulak, katakan korang bukak lampu suluh. Suluh kat 1 objek, dan perhatikan perjalanan cahaya drpd lampu suluh tu sampai la kpd objek tu. Tgk cahaya yg mula2 keluar drpd lampu suluh tu terang, tapi bila tgk kat objek tu, cahaya tu tak seterang tadi. Ha lebih kurang camtu la nak bg senang faham.
So bila kita guna aperture 1.8 misalnya, cahaya yg sampai kat sensor tak sama dgn yg masuk dlm lens. Dia dah berkurang. So disinilah ukuran T-stop memainkan peranan.
Katakan kat lens 50mm F1.4, F-stop adalah F1.4, tapi T-stop adalah T1.6. Ni bermaksud cahaya yg betul2 sampai kat sensor dah berkurang sebanyak 1/3 stop, disebabkan berlakunya proses serapan dan pantulan dalam lens tersebut.
Dan berdasarkan bacaan yg aku dah buat, T-stop adalah berlainan bagi setiap lens walaupun mempunyai focal length dan aperture yg sama. Contohnya (ni contoh je) Canon 50mm F1.8 punya T-stop adalah T2, manakala Nikon 50mm F1.8 punya T-stop adalah T2.1. Which means, kalau korang amik gambar yg sama, framing yg sama dgn setting yg sama menggunakan kedua2 lens, gambar dari lens Nikon akan sedikit underexposed disebabkan cahaya yg sampai kpd sensor tu lebih rendah berbanding lens Canon. Again, ni contoh je.
Sebab tu kadang2 kat exposure meter tu tunjuk 0, tapi gambar still under. Nak tak nak kena la main dgn exposure compensation, atau kalau guna mode M, kasi indicator tu naik pegi positive, supaya dpt gambar yg properly exposed.
PENTING KE INFO NI?
Lepas dah pening baca bebelan aku kat atas ni, korang mesti tertanya2, penting ke benda alah n? Perlu ke aku tau psl ni?
Honestly bagi aku, benda ni hanyalah pengetahuan tambahan semata2. Sbb apa yg penting utk kita tau sebenarnya ialah F-stop, bkn T-stop. Sebab tu kat lens semua bubuh F-stop instead of T-stop. Dan katakan kita amik gambar dan gambar tu gelap sikit, usually kita edit la kasi terang, atau prevent siap2 dgn menggunakan exposure compensation. Jarang la org bila dpt gambar gelap dia komplen psl T-stop.
Dan bila kita cerita psl Depth of Field ke, Bokeh ke Sharpness ke, kita akan relatekan dgn F-stop. Kita akan cakap bokeh kat f/1.8 kacak. Depth of field luas pada f/11. Gambar sharp kalau guna f/8. Penggunaan F-stop lebih meluas dan senang difahami sbb org tak kisah sgt pun cahaya sampai byk mana kat sensor, yg penting cahaya yg masuk dari depan tu banyak.
Meanwhile, T-stop penting bagi golongan videographer/filmmaker, astrographer dan lain2, sebab tu lens2 yg dicipta utk video ni menggunakan T-stop instead of F-stop. Boleh rujuk lens2 ciptaan Samyang utk info lanjut.
FYI, lens yg menggunakan T-stop ni biasanya tak berbunyi bila tukar aperture. Bila tak berbunyik ni kita panggil dia sbg de-clicked lens, atau clickless lens. Mana 1 yg betul pun aku tak tau. Tak kisah la, janji masa tukar aperture tu menggunakan aperture ring, dia takde bunyik klik klik tu. Sbb kalau ada bunyik nnt bunyik tu masuk video, kan ke pelik jadinya. Mcm bunyik autofocus masuk video la, tiba2 kang dgr bunyik lens tgh focus.
Utk bebelan bahasa omputih yg lebih senang difahami, boleh rujuk video Matt Granger berikut:
Sekian bebelan harini. Nak pegi bendahari UKM jap hantar surat tawaran MyBrain. Kbai.
Ejad Fotopoyo
Tuesday, September 6, 2016
Upgrade | 50mm VS Flash
Canon 5D + Canon EF 50mm F1.2L + YN560 M2 |
SOALAN
"Kehadapan abam Ejad yg kacak lagi tampan, saya ada soalan nih. Saya nak menyemakkan diri dalam wedding photography. Sekarang saya ada Canon 700D dgn kitlens 18-55mm F3.5-5.6. Saya rasa equipment yg ada ni mcm tak lengkap. So kalau katakan saya ada bajet sekitar RM500 utk upgrade, saya patut beli apa; flash, atau lens 50mm F1.8?"
JAWAPAN
Flash of cozzzzz.
50mm mmg kacak utk portrait, main bokeh2 kat hantaran... tapi flash lebih penting bai. Bokeh tidak bermakna kalau gambar anda tu tak cukup light.
Dan sebenarnya kalau korang perasan, kelebihan 50mm berbanding kitlens dlm kes ni hanyalah kerana mempunyai aperture sebesar f/1.8. Dari segi focal length, kitlens 18-55mm better lagi. Dia boleh cover wide shot seluas 18mm yg cukup sangat dah utk group photo.
Ye ye habang tahu 50mm tu sedap main lowlight. Dah tu takkan manjang nak guna aperture f/1.8 je utk semua shots? Group shot dgn 50mm kat body APS-C? Nangis bai nak kebelakang. Nak tak nak kena guna kitlens. Kitlens pulak tak berapa kacak utk lowlight, sebab tu kena beli flash.
Built-in flash? Bukan tak boleh guna, tapi habang tak berapa prefer la. Sbb biasa kalau guna built in ni mesti gambar jadi harsh, nampak shadow tudung yg ketara, dahi berkilat.. Ye la flash tu kan direct.
Shoot je gelap2 nnt masa edit cerahkan? Ngko nak semua gambar ada banding noise ke hape. Lepas tu rajin la pulak nak cerahkan semua gambar.
Korang try usha gambar ni. Nampak tak betapa hensemnya sesebuah gambar itu bila cukup pencahayaan. Of coz la gambar ni tak sekacak studio tapi at least jauh lebih baik la drpd gambar yg tak guna flash. Kalau korang ada 50mm pun belum tentu boleh dapat amik gambar camni kalau takdak flash.
Melainkan kalau wedding atau event yg korang shoot tu 100% outdoor. Nikah sanding photoshoot semua kat luar. Dan cuaca time tu pulak mmg cantik terang tanpa memerlukan flash.
Ni habang kasitau 1 pengalaman. Habang penah folo member shoot wedding pakcik dia, org kampung. Nikah malam. Ngko tahu, berarak tgh malam kat jalan kampung berbekalkan lampu jalan kuning tu. Kalau takde flash, mmg jaundice habis muka pengantin.
Lepas tu masa akad nikah, punyalah azab nak focus, rumah gelap romantik kemain. Kalau nak guna available light semata2, mmg kena guna f/1.4 dgn ISO6400 je la, tu pun shutter speed 1/30. Kalau takde flash, mmg azab la gambar semua noisy dan blur sbb shutter speed rendah sgt.
So dlm kes ni, keutamaan lebih diberikan pada external flash. Nak beli Yongnuo yg fully manual ke, Nissin yg 3rd party ke, Canikon yg original ke, tu ikut suka wallet anda. Yg penting utamakan flash dulu. 50mm tu try pinjam je dulu. Kang ada bajet ha beli la 50mm 1.2 teruih.
Tapi ni pendapat habang je la. Kalau tak setuju takpe. Habang tak tacing.
Oh ha nak tambah 1 lagi. Katakan la dgn RM500 tu, korang mampu beli lens 50mm F1.8 dan flash (second hand of coz), itu lebih digalakkan. 50mm F1.8 second hand boleh dpt dlm RM200-RM250 (bergantung kpd version), manakala flash pulak boleh dpt dlm RM250-RM300, tgk jenama. Kalau yg manual mcm Yongnuo mmg takde hal la sbb murah.
Tapi kalau RM500 tu mmg ngam utk salah 1 di antara lens 50mm dan flash, beli flash. Itu lebih utama utk wedding photography.
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
Thursday, August 25, 2016
BRONCOLOR Lighting Workshop | Sharing is Caring
First of all, ini bukan iklan kelas yg bakal diadakan. Sebab kelas lighting anjuran Engtong ni telah pun diadakan pada Khamis 25 Ogos 2016 di Showroom Engtong pada jam 1.30 - 5 petang. Masa aku taip ni aku baru sampai rumah drpd kelas tadi tu.
So anyway, aku akan bebel pasal kelas ni secara ringkas. Kelas ini telah dianjurkan oleh Engtong, sole distributor bagi beberapa jenama besar aksesori photography seperti Manfrotto, Nat Geo dan lain2.
Basically kelas lighting yg diadakan tadi adalah bagi memperkenalkan sebuah aksesori lighting yg sangat ohsem iaitu Broncolor Siros L, sebuah lighting tool yg cordless, mudah dikawal dgn hanya menggunakan apps dan sgt powerful.
Penceramah bagi kelas tadi adalah Mr Jen Siow, seorang oldtimer professional photography yg telah berkecimpung dalam genre fashion and beauty selama lebih 40 tahun di dalam dan luar negara. Sepanjang kerjaya beliau, beliau banyak menggunakan kamera medium format camera iaitu Hasselblad (model tak ingat). Sadly, kini beliau agak slow dlm bidang photography kerana penglihatan beliau yg semakin terhad sehingga terpaksa memakai tongkat. Namun beliau masih aktif secara tidak langsung dlm menganjurkan kelas di studio beliau bagi mendidik anak2 muda yg ingin pergi jauh dlm bidang fashion and beauty. Korang boleh usha portfolionya di website Jen Studio dan Jen Siow. Beliau byk berkongsi pengalaman menggunakan lighting jenama Broncolor sepanjang kerjayanya.
Penceramah kedua adalah Muhammad Zamir, seorang professional photography yg juga terlibat dalam genre fashion and beauty, cuma lebih specific kpd Islamic Fashion. Dia banyak shoot produk utk Neelofa dan Jakel. Punya la lama kenal kat fesbuk, bila jumpa la jiran 1 seksyen je. Aku duk seksyen 26, dia 27, sebaya pulak tu.
Berbeza dgn Mr Jen yg banyak berkongsikan pengalaman, Zamir lebih focus kepada sesi praktikal dgn menunjukkan bagaimana cara mengendalikan photoshoot menggunakan Broncolor Siros L. Kemudian bagaimana utk memastikan warna dlm gambar yg dihasilkan itu accurate. Korang pun tau kan bila shoot, real life baju tu kaler ijau, tgk2 dlm gambar dah jadi ijau pekat. Ini penting kerana bila shoot product, warna produk dlm gambar mestilah sama dgn produk sebenar.
Ok tanak bebel panjang2, berikut aku kongsikan serba sedikit ilmu yg diperoleh drpd kelas tadi (credit to Firdaus Ghazali for the notes). Nota ni aku faham dan olah ikut pemahaman aku sendiri, so diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda2 semua.
Kurangkan Post Processing
Bukan tanak kasi korang edit. Cuma, eventho sekarang ni zaman digital, jgn bergantung sepenuhnya kpd konsep "ala takpe tak jadi nanti edit la kasi lawa".
Seeloknya shoot se-perfect mungkin semasa sesi photoshoot instead of bergantung kpd post-processing. Dgn kaedah ini anda lebih menjimatkan masa sebenarnya, sbb who knows masa tgh edit tu tgk2 tak dpt nak hasilkan gambar sepertimana yg client mintak, tak ke haru tu. Takkan nak repeat session kot.
Choose The Right Equipment
This is very important. Mmg ada pepatah kata "Camera doesn't matter", but actually, it does! Korang nak buat high profile punya job, takkan nak guna equipment cikai.
Seeloknya gunakan kamera terbaik (high end APS-C atau fullframe) with good lenses (Sigma ART contohnya, atau Canon L dan Nikon N, atau prime lens) dan jika berkemampuan, laburkan duit anda pada lighting equipment. Beli terus yg mahal supaya ia tahan lama. Mr Jen kata dia beli Broncolor lighting 20-30 tahun lepas dan masih berfungsi sampai sekarang. Nampak tak betapa berbaloinya invest kat equipment yg mahal.
Mengenai lens pulak, utk hasil yg lebih realistik, avoid using wide lens kerana subjek (portrait) anda akan nampak pelik disebabkan oleh kesan distortion. Maka gunalah lens 50mm dan ke atas (recommended: 85mm, 70-200mm). Nanti aku akan buat artikel lanjut pasal ni.
Taat Pada Customer
Kalau kita bekerja dgn client (bukan shoot suka2), follow exactly apa yg client nak. Jgn client mintak A kita bagi G, tak pasal2 takde orang nak hire dah.
Usually client tak faham photography, so dia cuma akan bagitau kita konsep mcm mana yg dia nak. So kita sbg photographer yg bekerja utk dia kena pandai2 la figure out mcm mana nak hasilkan gambar seperti yg client nak.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Most of time, bila shoot fashion and beauty, itu adalah sesi pertama kita dgn model/talent tersebut. So sebelum mula menge-shoot, take some time to know each other, berkenalan borak2 sembang2 supaya dia selesa dgn kita. Bila dia selesa, kita nak guide dia pose pun senang, kerja pun boleh setel cepat. Dan masa guide tu jgn la garang sangat, ckp elok2. Nasihat yg sama utk wedding photog di luar sana.
Wanna Get Better? Shoot Film!
Mr Jen bagitau, kalau nak belajar dalam2 pasal tonality (highlight, midtone, shadow), sila familiarkan diri anda dgn film photography.
Ringkasnya, tonality ni bermaksud peralihan tona drpd gelap (shadow) kepada terang (highlight) atau sebaliknya yg smooth dan berterusan tanpa sempadan yg jelas diantara tona yg wujud. Paham tak ni hahaha ok camni drpd hitam pegi putih, dia tak terus jump kepada putih, tp boleh nampak hitam tu beransur2 cerah kpd kelabu dan semakin cerah sampai la jadi putih. Maknanya tona tu luas dan banyak sbb tu ada banyak warna kelabu yg terlibat di antara hitam dan putih tu.
Benda ni penting sbb kita nak preserve detail sebanyak yg mungkin dlm gambar, so kita cuba elak yg hitam tu terlalu hitam atau putih terlalu putih sampai tiada detail yg ditonjolkan. Fuh pening nak explain hahaha.
Dari kiri: Zamir, Rajah (Sales Exec) di belakang, lepas tu tak kenal, tak kenal, Mr Jen (pegang tongkat), dan last sekali aku yg kacak kbai |
Aku rasa cukup sekadar tu. Penat gak naik motor drpd Damansara pegi Maluri ni, boleh tahan jauh. Hopefully apa yg dikongsi ni bermanfaat utk semua.
Ejad Fotopoyo
Subscribe to:
Posts (Atom)