Sunday, June 22, 2014

Low Light & Fast Lenses

Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakan taulan sekalian.

Selepas aku membebel mengenai pelbagai jenis lens dalam artikel Jenis-jenis Lensa, harini aku nak cerita kat korang, secara ringkas, mengenai Low Light Lens, atau dinamakan juga sbg Fast Lens.


APA ITU LOW LIGHT/FAST LENS?

Samyang 85mm F1.4

Ringkasnya, low light lens atau fast lens merujuk kepada semua jenis lens, sama ada zoom atau prime lens, yg mempunyai aperture yg besar.

Kalau utk zoom lens, ia biasanya merujuk kpd Fixed Aperture Zoom Lens.



KENAPA DINAMAKAN SEBAGAI
LOW LIGHT & FAST LENS?

Low light merujuk kepada keadaan kurang cahaya, contohnya seperti dalam bilik, atau dewan, atau pada waktu redup/mendung, tapi biasanya lebih merujuk kpd indoor la.

Dinamakan sbg low light atau fast lens kerana aperture yg besar pada lens tersebut memberikan kita peluang utk menggunakan shutter speed yg lebih tinggi bagi mengelakkan risiko blur.

Nikon FM & Nikkor 50mm F1.8 AI-s

Aku bagi contoh mudah, katakan la korang ada dua lens - kitlens 18-55mm F3.5-5.6 dan prime lens 50mm F1.8. Korang berada di dalam bilik pengantin, nak shoot pengantin tgh mekap, tanpa flash.

First korang try nak shoot guna kitlens 18-55mm. 
Bacaan shutter speed yg kamera bagi ialah 1/15 dgn aperture f/5.6 dan ISO3200. Perhatikan bacaan shutter speed ni, agak rendah utk handheld, dimana meninggikan risiko gambar korang blur sbb goyang. 

Yes, korang boleh naikkan ISO kpd 6400, shutter speed tu akan jadi 1/30, dimana bacaan ini masih rendah, dan gambar anda akan penuh dgn noise sbb ISO terlalu tinggi.

Kemudian korang amek gambar yg sama menggunakan lens 50mm F1.8. 
Pada aperture f/1.8 dan ISO3200, kamera memberi bacaan shutter speed 1/125. Shutter speed ini agak tinggi dan selamat digunakan utk handheld. 
Pastu korang masih lagi ada peluang utk turunkan ISO kpd 1600, menjadikan shutter speed kpd 1/60, dan masih lg di zon selamat, plus gambar korang akan kurang noise sbb ISO tak terlalu tinggi.

Dalam ertikata lain, low light lens adalah sejenis lens yg sesuai digunakan pada waktu lowlight kerana aperture yg besar memberikan bacaan shutter speed yg tinggi dan ISO yg tak terlalu tinggi, sekaligus mengurangkan risiko blur dan noise.

Dinamakan juga sbg fast lens kerana "fast" merujuk kpd shutter speed yg laju.

Contoh real world application:
  • Imagine anda sports photographer. Anda sedang shoot perlawanan badminton dlm dewan. In order utk anda mendapatkan bacaan shutter speed yg tinggi, anda memerlukan fast lens, kerana penggunaan flash adalah dilarang sama sekali.
  • Mula-mula anda pakai lens 70-300mm F4-5.6. Lens ni utk outdoor ok la, tp utk indoor tanpa flash mmg out, kerana aperture f/5.6 tu tak cukup luas bukaannya utk bagi anda bacaan shutter speed yg bagus utk freeze-kan perlawanan badminton tu. So apa yg anda buat ialah anda increase ISO kaw-kaw, menyebabkan gambar noise teruk.
  • Then anda upgrade kpd prime lens 300mm F4. Dgn bukaan aperture extra 1-stop, anda tak perlu lagi naikkan ISO giler-giler kali ni utk dptkan bacaan shutter speed yg ngam.
  • Selepas beberapa ketika, anda ada bajet lebih, anda pun sebat 300mm F2.8 atau 200mm F2, lepas tu tak pening kepala dah dgn noise pada gambar, sbb anda sedang menggunakan lowlight lens yg paling hebat dlm range 200-300mm


CONTOH LOW LIGHT & FAST LENS?

Samyang 35mm F1.4

Lowlight lens paling murah, mudah dan banyak digunakan sejak dulu lagi ialah 50mm F1.8 dan 50mm F1.4.
Utk zoom lens plak, lowlight lens seperti Tamron 17-50mm F2.8 dan 70-200mm F2.8 adalah antara lens yg popular.

Kebiasaanya aperture terbesar bagi lowlight lens ialah 1.4 bagi prime lens dan 2.8 bagi zoom lens.

Contoh lowlight lens:

Aku bagi contoh lowbudget punya lowlight kit utk APS-C user, seperti berikut:

Utk lowbudget kit bagi fullframe user plak, untunglaaa korang ada peluang utk banyak main prime lens:
  • Wide: 20mm F2.8 | 24mm F2.8 | 28mm F2.8
  • Midrange: 35mm F2 | 50mm F1.8
  • Telephoto: 70-200mm F4
  • Prime/Portrait: 85mm F1.8

Lowbudget lowlight kit utk mereka yg lebih cenderung kepada video dan tak kisah manual focus:


KELEBIHAN & KEKURANGAN LOWLIGHT LENS

Dari kiri: Samyang 35mm F1.4 | CPC 28mm F2.8 | Nikkor 50mm F1.8 AI-s | Samyang 85mm F1.4
Belakang: Film SLR Nikon FM 

Kelebihan:
  1. Sesuai digunakan utk lowlight situation - mengurangkan risiko blur handheld dan noise 
  2. Kecil dan ringan (mostly, tak semua)
  3. Bokeh yg kacak kerana aperture besar
  4. Focusing lebih pantas dan viewfinder nampak lebih terang kerana banyak cahaya yg masuk menerusi bukaan aperture yg besar

Kekurangan:
  • Semakin mahal, besar dan berat apabila aperture semakin besar
  • Tak semua lowlight lens itu menghasilkan gambar yg cantik pada bukaan aperture terbesar (wide open), contoh: kebanyakan 50mm F1.4 menghasilkan gambar yg terlalu soft pada aperture f/1.4
  • Apabila saiz terlalu besar, semakin banyak space diperlukan utk penyimpanan. Contoh dulu boleh pakai beg kamera yg dpt free masa beli kamera, tapi sekarang kena beli beg lain yg lebih besar

Sbg penutup, disajikan koleksi foto drpd lowlight lens buat tontonan anda. Kesemua gambar di bawah diambil indoor, tanpa flash.

Nikon D700 | Nikkor AF 50mm F1.8D

Nikon D700 | Samyang 35mm F1.4

Nikon D700 | Samyang 35mm F1.4

Nikon D700 | Nikkor AF 50mm F1.8D

Nikon D700 | Nikkor 50mm F1.2 AI

Nikon D200 | Nikkor 35mm F2.8 AI-s

Nikon D700 | Nikkor 24mm F2.8 AI-s
Samsung EX2F | 5.2mm F1.4

Samsung EX2F | 5.2mm F1.4

Samsung EX2F | 5.2mm F1.4

Samsung EX2F | 5.2mm F1.4

Sekian bebelan hari ini.

Selamat berhujung minggu & Wassalam.

Ejad Fotopoyo


No comments:

Post a Comment