Tuesday, July 12, 2011

MEMBEBEL - Ask Yourself, Nak Gambar Apa?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung.

Artikel ni ditulis time aku tgh kebosanan kat wad, hospital SJMC.

Ok, apa cerita artikel ni sebenarnya?

Biasa tak dgr dialog-dialog sebegini, especially drpd newbies?
"Camne nak shoot gambar wedding?"

"Camne nak shoot gambar orang tgh berlari?"

"Camne nak shoot gambar portrait?"

... dan sebagainya.

Utk pengetahuan anda, soalan-soalan sebegini adalah soalan yg tak lengkap.

Kenapa aku ckp tak lengkap? Kita ambil contoh soalan psl gambar wedding tu.


Camne nak shoot gambar wedding?

Ok, wedding (perkahwinan) ni byk protokol, byk adat, bla bla bla. Ada pre, post, hantaran, family dan sebagainya.

So soalan ni sebenarnya terlalu general. Nak ambil gambar apa kat wedding sebenarnya?

Jadi kita perlulah narrow down kan lg soalan kita tu, contohnya begini:
  1. Camne nak shoot gambar wedding?
  2. Kau nak shoot gambar apa?
  3. Gambar hantaran.
  4. Kau nak shoot kesemua ke, close-up satu-satu?
  5. Close-up.
  6. Oh, lain kali ckp la nak close-up gambar hantaran. Caranya begini begini....
So sebenarnya apa yg nak dishoot ialah gambar close-up hantaran. Ini barulah dikatakan soalan yg lengkap, dan baru boleh dijawab.


Contoh lain: Camne nak shoot gambar orang tgh berlari?

Soalan mcm ni pun agak general. Semua org boleh ambil gambar org lari. Tp gambar org berlari yg mcm mana?

Dlm sports photography, biasanya akan ada 3 jenis result:
  • Panning - subjek sharp, foreground/background kelihatan blur jenis motion
  • Sharp semua
  • Blur semua
So bila kita kata yg kita nak shoot gambar org berlari, kita nak hasil gambar yg mcm mana? Panning? Sharp semua? Blur semua?

Contoh soalan yg lengkap utk kes org berlari ni seperti berikut:
  • Aku nak shoot gambar org tgh lari la, tp aku nak gambar org tu sharp, belakang tu nampak blur mcm dia tgh bergerak laju (panning), mcm mana eh?
Barulah boleh dijwb soalan sebegini.

So next time, tanya diri tu betul-betul, nak gambar yg mcm mana. Soalan anda yg terlalu general tu takkan dpt dijawab oleh sesiapa pun, even professional photographer.

Apapun, nasihat paling penting - kasi khatam ini basics - shutter speed, aperture & ISO, so that bila soalan anda tu dijawab, anda tak la blur bokeh bagai, ok?


Ejad Fotopoyo

7 comments:

  1. Saya banyak belajar daripada ejad. Saya puji ejad kerana mendidik kami yang newbies ni supaya bangga dengan apa yang ada (kitlens). Sejak baca blog ejad ni saya belajar banyak perkara asas dan yang paling penting, saya yakin dengan kitlens saya. TQ ejad!

    ReplyDelete
  2. btol la bro lame menyepi, tak sihat ke? bro ader facebook tak?

    ReplyDelete
  3. a'ah la bro! npe lame menghilang.hari2 bukak blog bro nk tgk update.bro bz ke?klau bz sory ler memakse2 plak mintak bro update. huhuh.. bukan pe,makin hari makin ade keyakinan tgk update dari bro.tips n tricks yg bro bg hari2 sy guna.

    ReplyDelete
  4. sebulan demam teruk. nak online pn x larat, apetah lg nak tulis artikel. artikel ni pun ditulis masa kat sepital. hehe. Alhamdulillah skrg dah beransur pulih :)

    ReplyDelete
  5. bro sakit apa? saya pun baru lepas baik dari sakit n demam teruk, dkt sebulan duduk hospital n bertukar2 hospital, doktor cek tak jumpa sakit apa, lepas masuk sepital pakar, baru lah jumpa puncanya, alhamdulillah lepas buat operation, keadaan dah beransur pulih...

    ReplyDelete
  6. igtkan aku sorang je addict profile ni..rupenyer rmai ag..tahniah bro..ilmu dari anda sentiasa dinanti..

    ReplyDelete