Thursday, July 28, 2011

Art of Seeing: Sunset & Sunrise


"The question is not what you look at but what you see."
Henry David Thoreau


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Inspired by this article: How to Shoot Sunset & Sunrise, aku gagahkan diri menaip artikel ini, ikhlas buat anda semua.

Sunset dan sunrise - antara 2 peristiwa semulajadi yg tak pernah membuat kita jemu melihatnya.
Dan sbg kenangan, kita biasa mengabadikan peristiwa tu ke dlm lensa kamera kita.

So bila kita tgk sunset/sunrise, kita pun keluarkan kamera, point pd langit dan snap.

Dan kita pun akan dpt gambar yg sebegini misalnya:

Lokasi: Tanjung Agas, Muar

atau kadang-kadang, even matahari dah hilang dari pandangan, kita snap gambar langit yg kacak mcm ni:

Lokasi: Monumen, Putrajaya (sebelah Masjid Besi)


Kita sbg org yg mengambil gambar berpuas hati dgn hasil gambar mcm ni, kerana kecantikan peristiwa ni sendiri dah buat kita terpukau. Subhanallah.

Namum, perasan tak, semua orang, diulangi, SEMUA org boleh ambil gambar mcm ni.

Mksd aku: just simply snapshot mcm ni, kita bwk budak kecik pergi tepi pantai, bg dia kamera suruh dia shoot gambar sunset, dia akan dpt gambar yg mcm ni jugak.
Senget ke tak lawa tu blkg cerita lah, tp gambar yg dia tgkp akan sama je mcm kat atas - ada langit, awan, matahari, tanah/pasir sikit, siap!

Bukanlah nak kata gambar mcm kat atas tu salah ke apa ke, walaupun bg org biasa, gambar tu cantik, tapi ia terlalu biasa dan common. Semua org boleh snap gambar mcm tu.

Apa perasaan kita bila kita tunjuk gambar yg kita ambil guna DSLR pd kwn, dia ckp "Sama je mcm gambar handset aku", mesti sentaphatimaknak kan?

Sampai je kat lokasi (pantai misalnya), jgn just simply mengadap matahari/langit dan snap. Mcm tu "semua org" boleh buat.

Kita tanak jadi jd dlm golongan "semua org", kita ada kamera kita sendiri, kita unik, lain org lain style. So utk jadi photographer yg lebih hebat, kita mestilah hasilkan gambar yg berlainan dgn "semua org".

Jgn simply terikat dgn teori dan rule, especially yg boleh menghalang kita menjadi lebih kreatif.

So what should we do? Tengok keliling, 360 darjah, apa elemen yg boleh kita masukkan dlm frame, supaya gambar sunset/sunrise kita tak mcm gambar "semua org".

Bila kita nmpk 1 subjek menarik utk kita ambil gambar, try tanya soalan ni pd diri sendiri sebelum kita snap:
  • Kalau aku shoot dari sini, agak-agak cantik ke?
  • Tapi, kalau dari sini pun mcm cun.
  • Low/high angle mcm menarik
  • Nak bokeh ke tanak eh?
  • Eh, kalau aku shoot dari blkg sana pun kacak kot
  • Ada photographer kat sana nak shoot jugak. Agak-agak kalau aku pun kat sana, mcm mana hasil gambar aku?

Dgn adanya soalan-soalan sebegini, kita akan mula mencari angle, composition, element atau apa-apa yg boleh dilibatkan dlm frame gambar kita, supaya ia tak jadi gambar yg "semua org" snap.

Dlm genre sunset dan sunrise, gambar anda akan tampak lebih macho dan kreatif jika anda mengambilnya sebegini:


SILHOUETTE

Utk mereka yg tak penah donga psl selulit, bole baca artikel Silhouette.

Kat pantai tu for sure ramai org kan, ada pokok kelapa, kanak-kanak main layang-layang. Sumbat je diorg dlm frame.

Hasilnya?

Lokasi: Tanjung Agas, Muar

Lokasi: Port Dickson

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam


Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Sumber: Jasmina Majit
Lokasi: UNIMAS Sarawak


Lokasi: Monumen Putrajay (sebelah Masjid Besi)


MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR

Tgk matahari direct ni bikin mata pedih. So sometimes masa kita berlindung drpd sinaran yg terik tu, boleh je snap gambar mcm ni:

Lokasi: Tasik Shah Alam

Lokasi: Tasik Shah Alam

Lokasi: Tasik Shah Alam


Lokasi: Monumen, Putrajaya (sebelah Masjid Besi)



Lokasi: Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam



BULAT ITU COMEL


Susah nak dpt, tp kdg-kdg matahari tu akan muncul bulat penuh.
Jumpa je moment ni, SNAP! (tapi jaga mata anda)

*utk hasil yg lebih baik, gunakan ND Filter

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi


ASAL BOLEH

Asal boleh, belasah je. Sumbat je apa-apa elemen yg ada masuk sekali dlm frame.
Janji nmpk cun dan lain drpd yg lain.

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Tasik Shah Alam


STORY-MORRY

Silhoutte + moment / story = kacak beb!

Sumber: Wan Nurul Azreena (bakal adik ipar)
Lokasi: Port Dickson

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Sipitang Esplanade, Sabah

Sumber: Raihanah Abdullah
Lokasi: Krabi Island



REFLECTION

Time air tgh tenang tu, shoot! Lepas tu edit kasi soft skit, masyuk~

Lokasi: Bagan Lalang, Sepang

Sumber: Ahmad Izham Janggut

Lokasi: Tasik Shah Alam



RAY OF LIGHT

Satu lg moment yg sgt kacak selain drpd matahari muncul membulat.

Ray of light ni terjadi bila matahari malu-malu tapir dgn kita, sembunyi blkg atau celahan awan, bajet kita tak nmpk la konon.

Jumpa moment ni, kalau takut terlepas, takyah manual-manual dah, guna AUTO atau P, snap! Kalau tu pun lmbt, guna je enset.

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Sipitang Esplanade, Sabah

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi


SUNSTARS

Dgn penggunaan aperture yg kecil dan framing yg meletakkan kedudukan matahari di celahan sumthing, maka anda akan menghasilkan gambar sunstar. Utk bacaan lanjut boleh baca artikel Aperture & Sunstars.






===============================================================

Ok, byk lg style lain sebenarnya, bergantung kpd faktor tmpt, elemen bla bla bla.

Tapi faktor paling penting - KREATIVITI.

Tak guna pergi tmpt terindah dunia tp shoot gambar yg common semua org buat.

Lg 1, kreativiti ni takleh atau susah nak diajar. Ia totally bergantung kpd cara kita melihat.

Tu sbb omputih ckp "Think out of the box".

Jgn pandang benda tu straight forward sgt, tapi cuba jugak pandang mcm mana org lain pandang. Nak lagi bagus, cuba pandang mcm mana org lain belum pandang.

Jgn pulak datang dgn alasan "Lens aku tak power", "Aku budak baru" dan sbg nya.

Jgn biarkan tools melimitkan kerja kita. Majority gambar sunset yg aku ambil ni semua dgn kitlens, tak perlu pun guna lens hebat mcm Tokina 11-16mm ke, 12-24mm ke.

Guna gadget power tak bermakna kreatif.
Sometimes org yg shoot guna handset tu gambar diorang lebih WOW drpd DSLR.
WOW bukan sbb lawa ke tak lawa, tapi dari segi penceritaannya.

So sama-samalah kita meningkatkan kreativiti dgn memperbanyakkan latihan dan memikir luar dari kotak.
At first ye lah, kita ikut teori dan rules. Once kita dah tau dan master semua tu, kita keluar dari kepompong, insya Allah akan lebih kreatif drpd sebelumnya.

Jutaan terima kasih bg penyumbang gambar di atas. Gambar-gambar anda diletakkan juga watermark EJAD atas sebab tanak kasi orang plagiat. Semoga anda dirahmati :)
  • Zahirmd Rock
  • Jasmina Majit
  • Wan Nurul Azreena
  • Raihanah Abdullah
  • Ahmad Izham Janggut
  • Ise Punye

Btw, extra reading utk mereka yg suka shoot sunset/sunrise/landscape:

Semoga nota ini memberi manfaat buat kita semua.

Salam

Ejad Fotopoyo

9 comments:

  1. thanks ejad gune pic aku yg xlawa tu ahahahha

    ReplyDelete
  2. Betul tu ejad. Gambar silhoutte mmg cantik. Saya pun suka amik gambar silhoutte. Baru ada naratif kan?

    Nanti saya nak tunjukkan ejad gambar silhoutte saya. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. Saya amat tertarik dengan style 'ray of light'. Boleh tak Ejad jawab soalan ni. Shutter kena laju ke slow untuk dapatkan ray?

    ReplyDelete
  4. @Amir Haziq

    shutter speed tak main peranan pape utk ray of light. sbb ray tu adalah moment. ada ray, adalah gambar. takde ray, guna shutter speed slow ke fast ke, still takkan muncul ray tu. tp skill utk ambil gambar ray biasanya ialah kita perlu underexposekan sikit gambar tu, terpulanglah setting pd shutter speed ke aperture ke iso ke, janji underexpose

    ReplyDelete
  5. orang putih kata, 'think out of the box', tp lecturer saya cakap, 'think faraway from the box' hehehe... love silhouette pic. thumbs up

    ReplyDelete
  6. 100% setuju dgn pendapat ejad,bila aku tak bawak dslr,aku still can shoot pakai hp sony ericson yg harga 300 aku je.
    Tapi Kepada yg baru terjun dlm fotograpi cuba tanya diri sendiri kenapa aku nak pakai DSLR?sebab gambar cantik? pakai h,set tablet pun gambar cantik.so renung renung kan..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Memang sangat berguna!

    ReplyDelete