Friday, December 23, 2011

GALERI - Gadget Aku Yang Noob

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Takde apa nak bebel pun, cuma, biasanya kan org yg baru kenal aku dan tengok gambar-gambar yg aku snap, mesti ingat aku pakai gadget yg gempak, mcm Full Frame la, lens dua titik lapan la apa la.

Disini dgn humble nya, aku akan bongkarkan beg kamera aku dan tunjukkan gadget aku pd korang semua. Bukan nak berlagak, juz nak kongsi, bahawa gambar yg aku capture selama ni bukanlah guna lens mahal beribu-ribu tu, tapi guna barang murah je...


------ Digital SLR ------

Dgn bangganya aku nak perkenalkan pd korang, DSLR aku yg sgt entry level tp sgt best: Pentax K-x bersama lens kesayangan aku: kitlens 18-55!




------ Film SLR ------


Body: Ricoh KR5-II, Pentax K mount SLR

Lens:
  • SMC Pentax-M 50mm F2 - manual lens yg murah tapi sgt kuang haja best
  • Sears 28mm F2.8 macro - aku beli dari mudah. RM210 jek including delivery
Lightmeter Soligor yg dah habis bateri. Nantilah aku tukar bateri tu. Hehe



------ Flash ------


Dari kiri: Metz MZ-4i dgn hotshoe Nikon, direct flash Cullman C20 utk SLR/toycam



------ Extension Tube ------


Antara brg wajib bg aku dlm macro photography.
Dari kiri: Ext tube utk m42 mount, ext tube utk Pentax K mount



------ Adapter ------
 

Dari kiri: M42-K mount adapter, reverse ring 52mm K mount (utk macro)



------ Filter ------

Set filter jenama Kenko
Set filter jenama Cokin

Pelbagai filter termasuk CPL, ND dan ND Grad, khas utk landscape photography.



------ Battery ------

 
Sejak aku join photography dari tahun 2009, inilah bateri yg aku pakai - Sanyo Eneloop Rechargeable Battery, ada 12 bijik semuanya. Pentax K-x aku tu plak takde bateri spesel, sbb dia pakai AA jugak.


------ Filem ------


Dah pakai Film SLR, mesti la pakai filem kan? Setakat ni, ni stok film yg ada pd aku. Ada yg aku beli dan ada yg org kasi. Tak semua ak sumbat dlm beg sebab tak muat -.-'


------ Bag ------

Ok aku ada 3 beg dan disebabkan aku malas nak snap kesemua gambar, aku letak gambar beg yg paling besar jek: Buffalo 1699. Lagi 2 beg tu ialah Lowepro Passport Sling dan beg kamera biasa yg kedai kasi tu.


Bole sumbat segala benda yg ada kat atas ni termasuk laptop Dell 14" aku tuh.
Cuma slack takde raincoat la. Eh apedehal :D

Beg ni aku bwk kalau nak travel, sbb aku malas nak bwk beg yg berasingan utk laptop dan kamera.
Lowepro Passport Sling tu kalau nk jalan-jalan. Just nice utk letak body+kitlens dgn extra stuffs
mcm botol air ke.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok dah tu jek yg nak di-show off kan pd korang. So basically takde pun lens gempak mcm 70-200 ke 85mm ke hape ke. 3 lens tu jek yg aku ada dan aku pakai secara menyeluruh utk segala jenis gambar yg aku nak. Since aku sedar yg aku ni tak la kaya mana, aku beli berdasarkan kemampuan dan aku utilize cukup-cukup. Lens paling kerap aku pakai ialah 18-55 dan 50mm. Sebelum ni ada 85mm dan 135mm tp mostly aku  simpan dlm drybox je sbb aku lg byk pakai kitlens dan 50mm.

So toksah la nak bazir duit beli lens mahal-mahal ni, tmbh plak kalau korang mmg tak perlu lens tu.
Buat je mcm aku - kitlens dan 50mm kalau korang juz photographer yg setakat shoot wedding dan suka-suka, ok? :)

PS - eh tapi kalau korang nak beli sgt lens mahal tu sukati korang la kan. Duit korang. Ehe...


Ejad Fotopoyo

MEMBEBEL - Kalau Dah Namanya "Pemalas"...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Entry pendek je hari ni.


Al-kisah seorang photog yg baru beli kamera dan nak belajar dgn aku.
Ejad: "Dah baca user manual?"
Photog: "Belum. Tak pandai BI la bang"
Ejad: "Baca la review kat internet. Byk je info"
Photog: "Ofis saya blok la bang"
Ejad: "Join kelas asas fotografi"
Photog: "Takde duit la bang"
Ejad: "Byk je kelas free skrg ni. Next week ada kelas free kat situ"
Photog: "Jauh la bang. Saya duduk kat sinun"
Ejad: "Kalau tak silap bulan dpn kot ada kelas free kat tmpt kau. Join la"
Photog: "Ala free eh. Model ada tak? Biasa kelas free ni kan takde model.. hmmm..."
Ejad: ".... -.-' "

Nak 1000 daya. Tapi kalau dah mmg namanya pemalas...

Ejad Fotopoyo

Thursday, December 22, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday

Pentax K-x & reversed SMC P-M 50mm F2
f/5.6 | 1/200s | ISO200

Thursday, December 15, 2011

Kursus Asas Fotografi Bersama The PhotoAlliance II

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang ada DSLR? Berminat nak belajar psl photography dgn lebih mendalam?




Dgn kerjasama Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan & PhotoAlliance, sebuah kursus Asas Photography akan diadakan seperti beikut:

Tarikh: Sabtu 24 Dec 2011 - Ahad 25 Dec 2011
Tempat: Kompleks Sukan Kampung Pandan
Bayaran: RM0.00 (yes, PERCUMA, seriously!!)
Tenaga Pengajar: Ejad Fotopoyo (aku lagik??) dan rakan-rakan

Makan/minum dan sijil disediakan. Korang dtg belajar jek weh!

Utk maklumat lanjut, sila klik link berikut:
http://www.facebook.com/events/329861610357456/

Bagi sesiapa yg seriously berminat, boleh berikan nama kpd brader Mike Dukemane dgn mengikut arahan yg diberikan dlm link di atas.

Only 40 seats available. First come first served. So rebut peluang ini dgn segera sebelum terlambat!

Ejad Fotopoyo

Tuesday, December 13, 2011

Kursus Advance Photography Bersama PhotoAlliance I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang ada DSLR? Berminat nak belajar psl photography dgn lebih mendalam?




Dgn kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor & PhotoAlliance, sebuah kursus Advance Photography akan diadakan seperti beikut:

Tarikh: Sabtu 17 Dec 2011 - Ahad 18 Dec 2011
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor
Bayaran: RM0.00 (yes, PERCUMA, seriously!!)
Tenaga Pengajar: Ejad Fotopoyo (aku lerr) dan rakan-rakan

Makan/minum, sijil serta penginapan disediakan. Korang dtg belajar jek weh!

Utk maklumat lanjut, sila klik link berikut:
http://www.facebook.com/events/289224031120516/

Bagi sesiapa yg seriously berminat, boleh berikan nama kpd brader Mike Dukemane.

Only 40 seats available. First come first served. So rebut peluang ini dgn segera sebelum terlambat!

Ejad Fotopoyo

Sunday, December 11, 2011

MEMBEBEL - Jeles Letew Takde DSLR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Korang semua penah nmpk gambar ni kan? Aku penah post gambar ni kat entri ni last month:
Truth Hurts.

Smlm aku tersinggah kat entri yg lebih kurang sama kat blog Obe, dia post gambar ni jugak last February dan skrg ni dah cecah 231 comments (bapak banyak siyal). Link - Serius Fakta - Fakta yg amat sesuai

Since aku tgh bosan, aku pun go thru la entri tu dan baca beberapa comments kat situ.
Dan aku ternampak la beberapa komen dari beberapa insan yg ckp pakai otak yg terletak di kepala lutut seperti berikut:







Masing-masing bajet bagus, komen tak pakai otak. Cakap main ikut sedap mulut + taip ikut sedap jari jek.

Isu ni aku dah bangkitkan dlm artikel MEMBEBEL - Kita Dulu Pun Macam Tu Jugak
So aku ingat nak highlight kan balik point-point yg aku dah ketengahkan dlm artikel aku tu:


1. Photoshoot dgn DSLR mahal-mahal pun edit pakai Photoshop, apecer?

Wey, kau tau tak dlm DSLR dan High End Compact Camera ada format RAW selain JPEG? RAW nak di convert jadik JPEG tu wajib di edit la. Kau ingat golongan professional tak edit langsung ke?

So kau rasa kau boleh dpt gambar yg mantap without editing? Take my camera, pergi handle 1 wedding/engagement job dan hasilkan album TANPA edit gambar-gambar tu. Ada bran?

Pastu sukati diorang ah, gambar diorang. Bukan diorang curik gambar kau utk di-edit pun.
Plus apa guna ada software editing kalau tak pakai?


2. Pakai AUTO mode je, watpe?

Again, sukati la, dah kamera diorang ada mode AUTO, pakai je la.Plus kalau dah diorang baru jek beli kamera tu, belum reti nak pakai Manual mode, biaq p la diorang nak pakai landcape mode ke, gambar org lari ke apa ke. 
Korang sakit jari ke tiap kali diorang pakai mode AUTO?


3. Nak beza photographer dgn noob senang je - noob pakai kitlens

So you are judging them based on gears and equipments? Oh anda sungguh meleis. Kang kalau diorg bwk keluar lens 70-200 F2.8 kau nak cakap apa plak?


4. Tanya apa itu aperture shutter semua tak tau. Reti show off je. Pfffttt.

Kau ingat semua org yg beli DSLR tu wajib belajar habis segala isi kandungan isi perut jantung otak kamera diorang tu? Maybe diorang beli just nak capture better photos, utk family, travel, just for fun etc etc.

Bole tak nnt sumtimes kalau kita jumpa, aku sendiri nak tanya kau apa itu ISO, aperture dan shutter speed. Agak-agak boleh jwb? Kalau tak tau, then just STFU & GTH, oke?

Kalau diorang mmg nak belajar tu bagus la, tapi kalau tanak pun lantak diorang la. Bukan menyusahkan kau pun.


5. Suka sangat show off tayang camera tu sana sini

Mana kau tau diorang showing off? Ada cop mohor "Show off" tertampal kat dahi diorang ke? If yes, then aku pun nk ckp ada cop mohor "Jeles letew takde DSLR" kat dahi korang.

Again, kamera diorang, bukan kamera kau. Sukati diorang la. Beli kamera mahal-mahal pastu nnt simpan kat rumah je, watpe? Nanti kena bahan jugak. Oh so meleis. Kau mesti butthurt sbb tak mampu beli DSLR kan?


6. Budak sekolah pakai Mark IV

Mungkin dia tu dari Kelab/Persatuan Fotografi sekolah, so mungkin DSLR tu sekolah punya, atau parents dia punya. The point is - bukan kau, diulangi BUKAN KAU yg belikan. Bukan pakai duit kau pun. Bukan pinjam dari kau pun. Gasak la dia nak pakai DSLR model apa pun.

Pakai entry level DSLR kena label sbg noob.. pakai pro DSLR kena label sbg show off. You guys are really butthurt sbb takde DSLR aren't ya?

Overall, aku tak paham kenapa dgn sikap ke-menyampah-an yg melanda pd mereka yg bwk DSLR sana sini ni pastu pakai AUTO mode ni. Setiap org belajar dari bwh. Kalau diorg simpan je kamera tu kat rumah, camne diorang nak belajar?

Korang sendiri pun, beli iPAD/Blackberry/iPhone mahal-mahal, takkan nk simpan dlm rumah je kan?

Lenkali ckp tu biar bijak sikit. Ni cakap main ikut sedap oren je.

Last but not least - korang yg komen kat atas tu, jeles lettewww takde DSLR.

Ejad Fotopoyo

Wednesday, December 7, 2011

Ada Apa Dengan Megapixel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Topik hari ni ringkas je, aku nak sentuh pasal megapixel: suatu faktor kelarisan kamera digital di masa kini.


Mindset kebanyakan consumer kali ni simple je - makin tinggi megapixel, makin lawa gambar.
Aku dulu pun masa start nak beli kamera digital, aku akan compare kamera brand/model mana yg lebih tinggi megapixel, yg tu aku akan beli sbb bg aku dia mesti akan buat gambar jadi lg lawa.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mindset ini?

Topik ini jugak termasuk dalam Mitos | Auta Dalam Photography dan Camne Nak Jawab Nih? yg aku dah karang beberapa bulan lalu. Just go thru those articles dan carik psl megapixel.

Ketinggian megapixel merupakan satu hype. Plus semasa mula wujudnya kamera digital, kalau tak silap ikut pengalaman aku la kan, masa aku form 3-4, time tu kamera digital mula muncul di pasaran dgn 1.3MP, paling tinggi 2MP kot.

Tahun demi tahun, kamera digital mula dipasarkan dgn lebih meluas, dgn keupayaan MP yg semakin lama semakin tinggi, mengalahkan kamera filem Point & Shoot di waktu itu, dan pada sekitar tahun 2004 iaitu waktu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Melaka, Canon Powershot 3.2MP berharga dlm lingkungan RM800, dan kamera member aku, Canon iXUS 7MP berharga dlm RM1700.

Even dari situ pun kita boleh nmpk, 7MP camera lebih mahal drpd 3.2MP, so sah-sah la 7MP tu lg hebat kan?

Dgn mindset sebegini, aku kumpul duit. Lepas habis matriks, aku sambung degree kat UiTM Shah Alam, dan kebetulan kamera powershot 3.2MP aku tu dah mula kuat makan bateri.

Berbekalkan RM700, aku beli kamera baru: Canon Powershot A570 kalau tak silap, 7MP. Time tu aku rasa mcm happy sebab drpd 3.2MP kpd 7MP adalah 1 perubahan besar.

Then bila aku try snap... honestly dari mata kasar, TAKDE BEZA langsung, except saiz resolution dan saiz gambar yg lebih besar. Time tu aku dah mcm frust, kamera rosak ke. That time aku dah mula rasa mcm "Iye ke megapixel main peranan ni?"

Lps tu aku berhijrah pulak ke DSLR: Pentax K100D yg hanya mempunyai 6MP. Damn, quality is wayyyyyyyy better than 7MP aku - lebih sharp, color/contrast yg sedap mata memandang.

Start dari situ, aku mula buat research. And yeah, the cold hard truth is - benda yg selama ni digembar-gemburkan oleh staf di kedai kamera serta camera manufacturer itu sendiri, iaitu makin tinggi MP, gambar makin lawa - adalah MITOS semata-mata.

Kenapa dikatakan mitos?


1. Sensor size my friend, sensor size...

Carik handphone yg ada kamera dlm 8MP ke atas, compare dgn kamera digital P&S yg lebih rendah MP drpd phone tu, capture gambar yg sama dan lihat hasilnya.

Now pakai kamera digital tu, lawan dgn DSLR yg lebih rendah MP nya, capture gambar yg sama dan compare sendiri hasilnya.

Katakan la handphone tu 8MP, digital cam P&S tu 6MP, dan DSLR tu 4MP.
Korang akan nmpk dari segi kualiti,
DSLR > Digital Camera P&S > handphone

Kenapa? Kerana saiz sensor pada DSLR adalah lebih besar drpd P&S, dan P&S pulak saiz sensornya lebih besar drpd handphone.

Dan sebab itu jugak utk golongan pengguna DSLR sekalian, D3 yg hanya mempunyai 12MP tu gambarnya lebih kacak drpd segala kamera entry level baru yg mempunyai 14MP, kerana saiz sensor pada D3 itu jauh lebih besar drpd kamera DSLR entry level.

Kenapa saiz sensor makin besar, gambar makin kacak?
Kerana semakin besar saiz sensor, semakin byk details yg dpt ditangkap, semakin tinggi dynamic range, maka semakin kacak gambar tu.

Sbb tu kamera Full Frame (35mm film SLR, Nikon D700/D3, Canon 5D/1Ds) menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd kamera small format lain, dan kamera Medium Format (120mm, 6x7) menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd Full Frame, dan Large Format (saiz sensor yg lebih besar drpd FX dan MF) tapau habis kualiti gambar dari segala kamera yg mempunyai saiz sensor yg lebih kecil drpdnya.


2. Cantik Itu Subjektif

Kalau dah gambar tu cantik, takde sape la nak bother tanya pakai kamera apa berapa megapixel apa semua. Perlu ke nak cakap "Pakai Olympus? Patutla cantik." Habis kalau aku saje-saje tipu cakap pakai Pentax, nnt korang nak cakap apa plak?


3. Your Camera Does Not Matter

So based on artikel Your Camera Does Not Matter, kalau dah tangan dan mata tu berseni, campak la apa jenis kamera pun, tak mustahil akan dpt gambar kacak.

Ada ke tulis syarat nak dpt gambar cantik tu mesti guna kamera sekian-sekian MP? Ada ke tulis syarat mesti guna DSLR?

Takde kan? Becoz Your Camera Does Not Matter :)


4. Digital VS Filem

Sejak wujudnya kamera digital, ramai menganggap digital sudah menggantikan filem, maka dgn adanya teknologi digital, filem tidak lg diperlukan. Kononnya teknologi so-called megapixel yg wujud pada kamera digital tu confirm akan menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd filem.

Ok, 1st of all - Your Camera Does Not Matter

2nd, katakan korang beli kamera digital 10MP. After 6 months, wujudnya kamera 14MP plak, kamera korang dah dikategorikan antik.

Filem on the other hand - takkan lapuk dek zaman. Semakin maju teknologi, filem akan follow sekali.

Contohnya begini - kamera digital 6MP korang akan stuck pada 6MP.
Filem plak, katakan tahun 2009 tu scanner terhebat yg dicipta ialah 6MP. Then tahun 2011 plak scanner yg dicipta boleh scan filem sampai 20MP.
So? Filem ikut peredaran zaman. Kalau 1 hari nnt wujud scanner yg boleh scan up to 100MP, filem yg kononnya lapuk tu boleh di-scan jadik 100MP. Digital yg 6MP tadi? Babai~

Sebab itu hardcore landscape photographer masih lagi menggunakan kamera MF dan LF yg filem. Kerana dlm dunia filem, megapixel bukanlah suatu kekangan sepertimana yg berlaku pd filem.


5) Setting

Pada kamera korang, perasan tak ada 2 jenis setting yg korang boleh control utk hasil gambar korang, iaitu Size dan Quality. Size biasanya refer pada megapixel, manakala Quality ialah... kualiti gambar lah.

Biasanya saiz ada Large, Medium, Small, manakala Quality plak High, Normal, Low, depends pada jenama kamera.

Utk mendapatkan hasil tercantik, no matter high big/small ur size is, make sure Quality tu sentiasa HIGH, atau apa-apa term lain utk kualiti tertinggi.

No point pakai size paling tinggi (MP paling besar), tapi Quality Low, gambar korang akan jadik besar dari segi saiz dan resolution, tapi tak cantik mana pun sbb Quality tu korang set pada Low.


6) Printing Size


Selain itu, ia bergantung jugak pd kegunaan kita. Kalau setakat nak print 3R/4R tapi beli yg sampai 14MP, bazir jek.

Setakat ni, even kamera yg mempunyai 6MP tu dah boleh dikatakan cukup utk segala jenis saiz print yg reasonable utk album/banner/bunting, unless kalau korang nak print besar billboard kat highway tu lain cerita la.


7) Skill + Knowledge

Utk mendapatkan sebuah gambar yg kacak, mata dan tangan tu perlu berseni, selain mempunyai pengetahuan dlm ilmu fotografi. So megapixel bukanlah faktor kecantikan sesebuah gambar.

And just for the record, aku still happy dgn kamera Sony Ericsson K750i aku yg hanya mempunyai kamera 2MP:

Sony Ericsson K750i
f/2.8 | 1/2500s | ISO100


 =========================================================================================================

So apa mesej yg aku nak sampaikan sebenarnya ni? Korang jgn la simply tertipu dgn mitos"Makin tinggi MP, gambar makin lawa" tu. Majority kedai nak jual kamera mmg guna trick tu, dan kwn-kwn pun meracun mcm tu. Kamera Pentax Kx aku yg 12MP tu pun, aku byk pakai 6MP je. Watpe nak pakai sampai 12MP, semak hard disc je.

Dan mesej terakhir, biar serendah mana pun MP kamera anda, atau takde MP langsung (filem):
"Be proud of what you have, because the best gadget is the one that you always have with you"

     (^____^)
Ejad Fotopoyo

 =========================================================================================================

Sumber Rujukan:
  1. http://noorizamsabran.com/2009/megapixel-kamera-yang-tinggi-tidak-menjamin-gambar-yang-cantik/ 
  2. http://www.kenrockwell.com/tech/mpmyth.htm
  3. http://www.geek.com/digital-camera-buyers-guide/megapixels/
  4. http://www.otakku.com/2008/04/16/megapixels-myths/
  5. http://www.design215.com/toolbox/megapixels.php

Wordless Wednesday

Beef sandwich dari Pusanika yg lazat tak terperi


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, December 6, 2011

Tabiat Muslimin Bila Solat Jumaat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tolak tepi cite pasal fotografi sat, kali ni aku nak story sikit tabiat atau perangai org-org Islam, khasnya meleis bila solat Jumaat atau Aidilfitri/Aidiladha.



1) Double Triple Quadruple Park

Aku faham korang terlambat, sampai je masjid takde parking, so korang terpaksa double park dan sekaligus terpakse mem-block-ing kenderaan lain. It's ok... until, lepas imam dah habis doa, orang dah blah dari masjid, kwsn parking dah lengang, yet korang tak keluar-keluar lagi. Apahal??

Kalau dah tau blok kereta org lain tu, keluar la awal. Kalau tanak blah awal pun, standby kat kereta korang tu, then bila dah jumpa parking space yg kosong, parking la situ elok-elok. Tak guna kalau korang duk beribadat sungguh-sungguh dlm masjid tu mengharapkan keredhaan Allah, tapi kat tmpt parking tu org menyumpah-nyumpah sbb kereta kau blok kereta diorang. Ada paham brader?


2) Bermuka Buku Semasa Khutbah

Khatib tgh berkhutbah kat mimbar bg peringatan, boleh pulak korang layan fesbuk/twitter kat henfon/IPAD korang eh, siap gelak-gelak lagi. Sungguh BIADAP tahu! Tak boleh ke lupakan duniawi tu sekejap? Bukan lama pun, 30 minit - sejam jek. Kalau tanak layan khutbah tu pun, duduk tidur diam-diam sudah.


3) Bersembang-sembang Semasa Khutbah

Ini pun sama gak biadap mcm golongan kat atas.


4) Sampai lambat tapi nak jugak saf depan

Kalau dah sampai lambat tu, takyah la nak tolak bergasak nak saf depan. Kasi la peluang kat org yg memang dah dalam dewan masjid tu. Ini tak, time Iqamah je, dia dah kelam kabut masuk dewan masjid, habis semua org ditolaknya, nak dapat pahala saf depan punya pasal. Nak saf depan? Datang awal oke?


5) Pagoda + Kain Pelikat

Hari Jumaat kan, pergi kerja segak bergaya dgn baju melayu lengkap dgn sampin songkok capal pe semua. Tapi time solat je, dibukaknya baju tu, tinggal pagoda dan kain pelikat je. Songkok pun entah ke mana. Tapi lepas solat pandai pulak pakai balik semua tu nak tunjuk segak depan ofismate. Kan lg cantik molek kalau stay berpakaian begitu time solat.
Panas? Eh, panas dari jam 8-12, 2-5 boleh plak?


6) Saf rapat ke tepi

Seriously sape ajar rapatkan saf ke tepi ni? Habis kalau surau/masjid tu takde dinding, kau nak rapat ke tepi sampai mana?


7) Tak jaga saf

satu lg isu psl saf, bila ada space kat sebelah kiri/kanan, bukan nak kasi org masuk, dikangkangnya kaki tu luas-luas sampai bertemu dgn kaki ma'mum sebelah kiri kanan. wahai kaum muslimin sekalian, dlm merapatkan saf, yg sebetulnya ialah bahu bertemu bahu, bukan kaki bertemu kaki.


8) Nak mikrofon ke bang?

Baca bacaan dlm solat punya la kuat mcm imam, sampai ganggu ma'mum lain.


9) Buat saf sendiri

Dah la lambat, sukati dia jek bentang sejadah kat 1 port tu, pastu solat tanpa rasa bersalah. Padahal saf tu tak bersambung langsung dgn saf-saf lain yg sedia ada.


10) Kindly silent your phone

Mohon tanamkan sifat meng-silent atau menge-off telefon bimbit tatkala memasuki surau/masjid. Aku tensen betul masa tgh solat tetiba keluar lagu Lady Gaga. Kuat plak tu. Pastu sang owner telefon tak reti nak tekan button kasi silent plak tu. Khusyuk sgt kot solat sampai tak perasan handphone sendiri memekak.


So korang, jgn la jadik mcm golongan yg dibebelkan dlm artikel ni ye ;)

Ejad Fotopoyo

Friday, December 2, 2011

Adobe Lightroom | Portraiture

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan rajin & bermurah hatinya, hari ni aku nak share cara yg simple utk edit portrait.

Editing ini menggunakan perisian Adobe Lightroom 3.5. Kalau korang ada version lain tapi nak follow boleh jek, bendanya sama, tak byk perubahan sgt. Tapi kalau korang sibuk tanya camne nak guna Photoshop ke Photoscape ke Picasa ke, g google sendirik. Ini utk Lightroom je.

Since ni bukan tutorial lengkap, tapi just tutorial simple, aku harap mereka yg nak ikut tips ni sanggup belajar Import/Export dan segala basic feature dlm Adobe Lightroom tu sendiri. In fact kat youtube banyak je cara. So jgn expect aku utk cerita everything ok? 

Ok, say kita ada 1 gambar portrait yg lebih kurang mcm ni:


Gambar di atas ni straight dari kamera Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2. Di ambil dgn aperture f/2.8, format JPEG.

Nampak mcm dull sikit kan? So jom kita edit kasi cantek skit guna Lightroom.

So first of all, import gambar ni masuk LR dan pergi kpd Develop section.


Ok, proses editing bakal bermula. Utk editing portrait, kita akan byk bermain dgn Adjustment Brush, so sila klik icon brush yg terdapat di tab sebelah kanan:


Bila klik icon tu, byk option yg akan keluar. For starters, kita akan guna Soften Skin utk melembutkan tekstur muka subjek. So klik pada Effect dan pilih Soften Skin.


Saiz pada brush boleh dikawal dgn scroll pada mouse. Just scroll mouse tu ke depan/belakang utk mendapatkan saiz brush yg korang ingini.

Sebelum start, seeloknya korang pergi kat bawah gambar tu kan, ada option Show Selected Mask Overlay. Tick option ni, supaya nanti area yg korang brush tu akan berwarna merah, menandakan yg area merah tu ialah tempat yg sudah di-brush.


Seterusnya kita beruslah area wajah subjek yg kita nak kasi soft tu. Area yg di-brush itu akan berwarna merah, jgn panik, merah tu cuma indicator, bukannya kita dah brush kaler merah kat muka subjek.


Kalau ikut cara aku, aku takkan brush area mata, kening dan mulut, sebab kalau situ pun soft, nnt nampak pelik. Plus mata sharp lah yg kita nak.

So andaikata la kan korang ter-brush kat tempat yg tidak dikehendaki efek brush tu, hold butang ALT, brush tadi akan bertukar jadi simbol (-) instead of (+). So sambil menge-hold button ALT tu, keep brushing kat tmpt yg korang tanak tu, nnt indicator merah tu akan hilang.

Ok, dah habis brush? Tekan button DONE yg terdapat pada bwh gambar, voila~ muka subjek sudahpun jadik mcm softlan.

Selanjutnya kita nak putihkan gigi dan mata pulak. So again, klik icon brush dan pilih Teeth Whitening.


Katakan la korang guna LR version lama yg takde feature Teeth Whitening ni, just simply tiru indicator Exposure dan Saturation mcm dlm gambar kat atas ni.

Pastu kita brush area gigi dan putih mata dan lepas tu tekan DONE.


Okeh, muka dah soft, gigi dah putih. Apa lagi yg kita boleh improve?

Oh yeah, subjek pakai contact lens. Kali ni kita akan guna plak brush Iris Enhance utk kasi kaler contact lens tu lebih menyerlah. Again, kalau LR lama yg takde version ni, tiru je setting ikut gambar bwh ni:


So kita pun brush la area contact lens tu dan klik DONE lps habis.

 

Orait, setel dah penggunaan brush so far. 

Jom kita check kalau-kalau ada parut pada subjek yg kita boleh remove. Aha, ada, kat pipi sebelah kanan.

So utk buang parut tu, pergi kat area berdekatan Adjustment Brush tadi, dan klik Spot Removal:


Sama seperti brush, saiz boleh dikawal dgn menggunakan scroll pd mouse.
Pergi pada tempat yg ada parut tadi, adjust saiz ikut besar mana parut tu, pastu klik je, nanti akan muncul bulatan lagi satu yg beranak panah kpd bulatan asal, kira skrg ada dua bulatan la.


Klik pada bulatan yg baru dan letakkan dia pada tempat yg lebih kurang sama kaler dan texture dgn bulatan pertama. The idea is kita sebenarnya akan 'copy' segala apa yg ada dlm bulatan kedua tu, dan di- paste kan ke dlm bulatan pertama. So segala apa yg ada dlm bulatan 2 tu akan wujud pada bulatan 1. Tak paham? Takpe, try je letakkan bulatan kedua tu kat area mata ke mulut ke, nnt korang akan faham :)

Ok, hilang sudah parut. Kali ni kita main Brightness dan Vibrance plak.


Tinggikan Brightness sesedap rasa supaya bila gambar terang, cacat cela pada muka akan terlindung.
Vibrance plak efek dia mcm Saturation, cuma Vibrance ni lebih kpd pengawalan warna pada skintone.

Ok, siap sudah! :D

Jom kita compare hasil sebelum dan selepas:


Lps dah edit tu, boleh la export ikut cara ni: Exporting Photos.

Senang je kan? Kalau korang rasa mcm tanak stop, teruskan je edit sampai korang rasa puas hati. Editing ni subjektif. Bagi aku gambar ni mcm okey, tapi mungkin bg korang ada lg yg patut di-touch up. Semua ikut selera masing-masing.

Sekian tutorial pendek dari aku yg pemalas :D

Ejad Fotopoyo