Thursday, September 29, 2011

MEMBEBEL - Camne Nak Jawab Nih?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Heyya guys!!! Miss me?:D
Sorry la lama tak update blog. Dah masuk belajar balik ni, been busy. Lecturer pulak suka kasi assignment tahap membunuh sampai dah berkhemah seminggu kat library pun still takleh nak siapkan.

Anyway, malam ni aku free, so aku ingat nak membebel sikit.

Korang, yg rasa diri tu photographer la kan, yg biasa buat job amik gambar org kahwin, shoot event, tak kisah la pape pun, yg guna SLR/DSLR khasnya, pasti pernah kena soal dgn org-org yg korang jumpa, yg soalan pulak jenis mmg susah giler nak jawab.

Susah nk jwb bukan bermaksud soalan tu susah, tp mmg serious tak tau nak jwb mcm mana.

Ngeh, pening dgn ayat aku eh? Takpe, teruskan membaca sampai ke akhir artikel ;)

  1. "Mana flash? Kamera aku yg murah ni pun ada flash wey!"
    Soalan yg selalu kena pada pengguna DSLR professional, mcm 5DMII, D3 etc etc. Kamera tu kan takde built-in flash.


  2. "Beli lens mahal-mahal, takkan takleh zoom kot?"
    Kena bila kita tgh pakai prime lens. Lagi teruk kena kalau pakai Telephoto Prime lens yg besar bagak tapi kena kutuk sebab takleh zoom.


  3. "Mana Live View?"
    Most DSLR yg model lama ni takde Live View, tapi normal digital camera P&S pulak sememangnya ada Live View


  4. "Pentax? Hape tuh? Macam panties jek aku dengar"
    Kesian jenama Pentax...


  5. "Takleh video? HP aku boleh record video"
    ............


  6. "Ni apehal background blur ni? Tak reti amik gambar ke?"
    Kalau anda sudi nak explain psl bokeh kat org yg tanya tu, silakan. My advice is: don't bother.


  7. "Beli mahal-mahal, tapi takde Face/Smile Detector, buat apa?"
    ..............


  8. "Apesal beli kamera mahal-mahal, padahal guna compact pun boleh amik gambar apa?"
    "Kau boleh je beli kancil buat ulang-alik pergi kerja, tapi kenapa beli Civic?"


  9. "Harga RM2000 tapi 10 megapixel jek? Powershot aku RM399 jek tapi 14 megapixel"
    Kalau korang sanggup nak melayan soalan ni, jawab "Sensor size my friend.. sensor size..."


  10. "Bang, flash tu salah tu. Sepatutnya ke depan"
    Kena mcm ni bila kita guna external flash, bounce ke siling. Kalau rajin, sila la explain pada yg menegur tu pasal bounce technique dlm lighting. Kalau RAJIN la.

Ok, so far tu jek yg dapat aku korek drpd pengalaman aku dan kwn-kwn. Serious billa fikir balik situasi ni mmg gelak sendiri.

Mungkin anda berpendapat org-org yg mengajukan soalan mcm di atas ni ignorant atau bodoh. Well they are not. Bukan semua org DSLR-savvy mcm anda. Mungkin soalan tu ikhlas, dan itu je penyusunan ayat terbaik yg diorang dpt utarakan sbb diorg tak tau istilah ISO aperture bla bla bla semua tu.

So kalau anda berniat baik utk memperkenalkan dunia SLR/DSLR pd mereka yg bertanya, by all means, silakan meracun.

Tapi kalau taknak, wat dek je. Sebelum korang pegang DSLR pun, sure korang pernah tanya soalan mcm ni pada photographer kan?

Apa pun, majulah photography utk negara ^^

Ejad Fotopoyo

7 comments:

  1. hahahha...pasal flash pernah aku dengar depan aku...boss aku tanya photographer " apesal flash tala sling...bukan siling ambil gambar ? "..tersedak aku nak ketawa tapi terpaksa kaber....hahahah

    ReplyDelete
  2. Bahaha, aku selalu kena tanya soalan ni terutama sekali pasal flash bounce tu...

    ReplyDelete
  3. memang selalu perli ngan member2 yg x tahu langsung psl dunia photography ni,,,katanya "watper beli camera mahal dan besar kalu cuma amik gambar je?"buat derk aje,,kalu explain bukan diaorang tahu pon dan yg sakit ati betui bila ada kata "kalu nak gambar cantik amik dlm internet berlambak" perghh geram betui la..

    ReplyDelete
  4. hahahaa....ye...betul tu...penah gak org tanye mcm diatas...tpi cakap je leklok...dorang faham le tu lame2....hihihi...

    ReplyDelete
  5. Hahaha,,,aku pernah kene soalan 2 ngan 5...
    Aku senyap jek sebab aku tak taw nak jawab aper..
    aku memang tak boleh jawab ataupun explain.dalam hati,tergelak gak

    ReplyDelete
  6. dulu masa aku shoot dlm dewan, ceiling mmg tinggi gile, flash xdpt bounce..aku pun directla speedlite ke objek lebih kurang 45darjah camtu.. Dtg sorang member tegur aku.. " ko xpandai guna speedlite ke? Tembak atas la bukan direct camni" dgn selamba aku bg kamera kt dia n suh dia shoot dgn speedlite keatas.. N hasilnye gambar gelap je.. Muka dia dah pelik sambil berkata " eh biasanya tembak keatas cantik, ni dh kenapa gelap? Hahaha aku senyum dan berlalu pergi..

    ReplyDelete
  7. hahaha...pernah kena tegur dengan kawan, beli kamera mahal-mahal kenapa guna manual? kan dah ada function auto.... huhuhu....

    ReplyDelete