Monday, November 26, 2012

GALERI - Sepetang & Semalam di Jelatek





Gambar-gambar di atas di-snap menggunakan Nikon D90, Tokina 12-24mm F4 dan kitlens 18-105mm.

Thursday, November 15, 2012

Jenis-jenis Blur Dalam Photography

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai pembaca yg setia sekalian...

Ramai pembaca dah mula tertanya-tanya, takde artikel baru kewww?
Kebetulan aku mmg busy bangat drpd awal November haritu. 1-3 di KK, 3-5 di Kuching, kemudian 8-13 di Labuan plak. Mana ada masa nak membebel.

Anyway di ptg yg mendung dan panas membahang ni, aku tiba-tiba rasa nak share 1 info yg aku main reka sendiri, iaitu psl blur dlm photography.

In case korang belum tgk gambar-gambar yg aku snap di Labuan dan Kuching, boleh usha album berikut:
  1. Kuching
  2. Labuan

------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat pelbagai jenis blur dalam photography. Aku akan share beberapa yg aku tau:

Out of Focus


Juga dikenali dgn OOF sbg ringkasan.
Bermaksud gambar yg kita ambil tu tidak difokus seeloknya, especially pada subjek.

Sumber: http://teunispats.net/canon-test.htm

Ringkasnya, subjek yg kita fokus tu blur, tapi foreground/background atau elemen yg lain drpd subjek yg kelihatan sharp, maka gambar itu dikatakan OOF.

Biasanya berlaku apabila kita tersilap fokus. Utk maklumat lanjut, bole baca artikel Memilih Titik Fokus.

Kadang-kadang berlaku apabila aperture yg digunakan terlalu besar (f/1.0-f/2) dan kita fokus terlalu dekat kpd subjek (rujuk artikel MFD). Maka utk mengelakkan fenomena sebegini berlaku, consider utk menggunakan aperture yg kecil atau fokus seelok-eloknya sebelum menekan butang shutter.

------------------------------------------------------------------------------------------

Bokeh

Seperti yg dah diterangkan dlm artikel Bokeh, ia merujuk kpd kualiti out-of-focus (bahagian yg tidak difokus dlm gambar), atau "blurry part" (bahagian dlm gambar yg kabur), yg dihasilkan oleh lensa kamera.

Terhasil sbg kesan drpd depth of field yg sempit, yg melibatkan penggunaan aperture besar, focal length yg tinggi dan jarak yg dekat dgn subjek.

Nikon D3 & AF Nikkor 50mm F1.8D

So technically, bokeh ni adalah satu cabang drpd out of focus di atas. Bezanya OOF tu berlaku pada foreground/background, bukan pada subjek.


Selain bokeh original drpd lens, kita juga bole merekacipta bentuk bokeh sendiri (contoh foto diatas). Rujuk artikel DIY Bokeh utk bacaan lanjut.

------------------------------------------------------------------------------------------

Panning


Dlm bahasa melayu yg sudah dipermudahkan, panning ni merujuk kpd proses pengambilan gambar secara horizontal (melintang) atau vertical (menegak) atau rotation (pusingan) movement yg mana subjek akan kelihatan sharp, tapi background menunjukkan blur seperti motion blur (blur yg menunjukkan pergerakan, bukan blur gambar tak jadik, atau bokeh).

Teknik panning boleh dibaca disini: Panning

------------------------------------------------------------------------------------------

Motion Blur | Long Exposure

Byk jenis gambar yg motion blur ni. Panning kat atas ni salah satu.


Ringkasnya ialah gambar yg diambil itu kelihatan blur dgn bersebab, dan sebabnya ialah nak menunjukkan berlaku pergerakan pada subjek tersebut. Punca bagi efek motion blur ni ialah penggunaan shutter speed yg agak perlahan.

Blur pada jari-jemari menunjukkan bahawa ia sedang memetik gitar | ss: 1/25

Blur pada tayar dan jalanraya menunjukkan kereta sedang bergerak | ss: 1/100

Blur pada awan menunjukkan pergerakan awan yg ditiup angin/bumi berputar | ss: 30"

Blur pada air menunjukkan berlaku pergerakan air (ombak) | ss: 15"

------------------------------------------------------------------------------------------

Zooming Effect

Dgn menggunakan shutter speed yg rendah, fungsi zoom pada lens digunakan utk mendapatkan efek berikut:



------------------------------------------------------------------------------------------

Light Trail

Guna shutter speed yg perlahan, 1 saat misalnya, halakan pada tmpt yg berlampu. Lps tekan butang shutter tu, kasi pusing/goyang itu kamera, nnt akan dapat gambar yg mcm ni:


Kalau digabungkan plak dgn efek flash, akan dpt gambar mcm ni:

Penggemar macro: Saiful Hadi

------------------------------------------------------------------------------------------

Blur Post Processing

Blur yg ditambah semasa proses editing. Kalau kat photoshop, biasanya Gaussian Blur. Kat Photoscape dan Picasa paling senang nak main efek ni. Even dlm Instagram dan beberapa apps kat smartphone pun ada feature ni.

Gambar yg diblurkan menggunakan Photoscape

Biasanya efek begini digunakan utk menimbulkan lagi subjek dgn mem-blur-kan elemen-elemen lain yg tak penting.

Dari kiri: Normal, Bokeh dan Gaussian Blur
Sumber: wikipedia

------------------------------------------------------------------------------------------

Blur Goyang/Gegar

Last sekali, gambar blur yg gegar, gambar tak jadi, sbb penggunaan shutter speed yg terlalu perlahan yg kita tak dpt handle dgn tangan (handheld). 


Sendiri mau faham la, kalau dah blur mcm ni, takdenya nak seni itu subjektif, mmg kantoi je la, even photoshop pun takleh nak watpe.

------------------------------------------------------------------------------------------

Ok tu je jenis-jenis blur yg dpt aku fikirkan utk artikel ni.
Ingat, tak semua blur tu tak jadi. Ada yg menjadikan efek blur itu sbg seni, cara penyampaian yg berbeza, bergantung kpd bagaimana blur itu dipersembahkan.

Utk meracuni diri anda dgn gambar-gambar blur yg ohsem, google je "motion blur photography" dan usha result yg muncul.

Ejad Fotopoyo