Sunday, May 20, 2012

ADVANCED - Panning

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ok, aku baru perasan yg sifu Adi Mang dah share tips utk panning kat fesbuk beliau.
So dgn kebenaran, aku sebat tips tersebut dan share kat blog ni.

Ops sebelum tu, apakah itu panning?

Di-printscreen dari ebook Digital Photography Techniques - Spring 2010 (Malestrom)

Dlm bahasa melayu yg sudah dipermudahkan, panning photography merujuk kpd proses pengambilan gambar secara horizontal (melintang) atau vertical (menegak) atau rotation (pusingan) movement yg mana subjek akan kelihatan sharp, tapi background menunjukkan blur seperti motion blur (blur yg menunjukkan pergerakan, bukan blur gambar tak jadik, atau bokeh).

Formula panning oleh Adi Mang seperti yg dicedok dari SINI adalah seperti berikut:

Simple formula for panning
  1. set ISO mengikut keadaan cuaca/cahaya. Rujuk artikel ISO utk maklumat lanjut
  2. set AF to continuous focusing
  3. set camera mode to Shutter Priority (S, Tv)
  4. set Shutter Speed mengikut formula berikut:
    Aperture tak perlu dipilih kerana kita pakai mode S/Tv yg mana nilai aperture ditentukan oleh kamera secara automatik

                               Shutter Speed = 1/speed of subject x 2

    contoh:
    - agak2 ler kelajuan subject
    - kalo kereta bergerak dlm 100kmph, meaning 100kmph x 2 = 200
    - set kan shutter pada 1/200s
    - lock focus (to subject) and follow the subject
    - Snap...!!!!!!!

Katakan la hasil gambar korang tu sharp sgt, meaning subjek sharp, background pun sharp, itu bermakna shutter speed terlalu laju. So korang kena slow kan sikit shutter speed.

Sebaliknya, katakan la hasil gambar korang tu blur sgt, meaning subjek blur, background pun blur, itu bermakna shutter speed terlalu slow. So korang kena lajukan sikit shutter speed.

Kalau nak prektis, boleh ikut tips PANNING TANGAN.

Berpandukan formula di atas, ni antara gambar-gambar panning beliau:





Ni gambar panning drpd aku plak:




Formula panning itu general, bukan just utk motoGP atau kereta lumba/drift sahaja.
Kalau korang creative, even org tgh berjalan pun korang boleh kasi panning.

Maka dgn formula yg dikongsi di atas, aku doakan, selamat berjaya dlm mem-panning.
Jgn sampai pening sudah.

Yg pening,
Ejad Fotopoyo

7 comments: