Thursday, January 30, 2014

MEMBEBEL - "PM!" Bukan Budaya Kita


Di setiap post yg menjual barang, pasti akan ada komen berikut:
"bro, PM"
"PM bro!"
"PM"

Atau kadang2 lain sikit: "Inbox bro!"

Komen yg tetap akan ada walaupun segala maklumat mengenai produk serta cara menghubungi penjual telah dinyatakan.

Komen yg tetap akan ada walaupun harga barang sudah terang lg jelas dipaparkan, sama ada ianya Firm atau Negotiable.

Andaikata maklumat tak cukup pun, apa makna komen "PM"?

Seolah-olah mcm aku nak beli barang di sebuah kedai, aku pergi kpd tokey tu, dan aku cakap kat dia, "Bang, SMS"

tak mustahil tokey tu akan tanya aku,
"SMS apa?"

Exactly.

Nak PM apa?

Kalau maklumat yg anda cari tiada pd post tersebut, contohnya lokasi utk COD, komenlah
"Bang, PM saya tmpt utk COD"

Kalau anda perlukan bank details, komenlah
"PM no akaun bank, kejap lagi saya bank in"

Kalau anda rasa nak tawar menawar, komenlah
"Bang, boleh nego lagi ke? PM sy best price"

Kalau maklumat semua dah ada pd post tersebut, nak suruh seller PM apa?
PM balik segala info yg dia dah taip kat situ?

Dah tak reti nak baca sendiri ke sampai nak kena seller kopipes balik semua info tu dan mesej korang?

Dan jika anda betul-betul berminat dgn produk yg dijual, apa kata anda jimatkan masa dgn terus meng-PM penjual tersebut, atau kalau seller ada tinggalkan no hp, call atau sms terus nombor tersebut.

Logiknya ialah anda nak makan pizza hut, anda call pizza hut delivery, bkn masuk FB pizza hut pastu post "talipon!" di wall page tersebut.

Dan beberapa situasi lain berkenaan PM:

FB: Blog Ejad Fotopoyo

"PM!" bukan budaya kita...

Ejad Fotopoyo

Tuesday, January 28, 2014

Pentax 645 | SMC Pentax-A 75mm F2.8 | Fuji Acros 100













Pentax 645
SMC Pentax-A 75mm F2.8
Fuji Acros 100

Kodak HC110 1:63 14C 20 min
Self-scanned Canoscan 8800F
Post-processed with Adobe LR5

Sunday, January 19, 2014

Nikon Lens: AF 50mm 1.8D vs AF-S 50mm F1.8G

Sumber: robdphotos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Artikel ni khas utk pengguna DSLR Entry Level Nikon, atau kpd mereka yg nak jumpship kpd Nikon.
Bila nak beli lens 50mm, ini antara soalan-soalan yg selalu ditanya oleh mereka yg terlibat:
"Nak beli 50mm 1.8D ke 1.8G?"
"50mm mana yg boleh autofocus dgn DSLR saya?"
"Apa beza 50mm 1.8 yg D dgn G?"
"Kenapa 50mm 1.8G lebih mahal drpd 1.8D?"

So aku akan jawab secara ringkas dan padat.

1. Berapa harga utk kedua-dua model?

2. Apa beza di antara kedua-dua model ni?
  • AF-S G, ada motor pada lens, bole autofocus dgn semua DSLR Nikon. 
  • AF-D, takde built in motor, maka tak bole autofocus dgn DSLR entry level. Rujuk artikel ni.

3. Apesal version AF-S G lebih mahal padahal aperture F1.8 jugak?
  • Simply to say, sbb dia ada built in motor (AF-S)

4. Beza dari segi aksesori, performance & optical?
  • Optically, version AF-S G ni lebih sharp kerana ia menggunakan coating baru. Tapi kalau korang jenis pakai aperture f/2.8 - f/8, sama je tak nmpk beza. cuma version AF-S ni lebih sharp drpd version AF-D pada aperture f/1.8, atau dalam bahasa mudah, version AF-S G ni lebih sharp wide open.
  • Focusing pada AF-S G lebih senyap sbb ada built in motor
  • AF-S G ada round hoodAF-D tak diberi dlm pakej. Kalau nak pakai hood kena beli asing
  • AF-S G tidak sesuai digunakan pada body SLR mechanical film sbb ia tiada aperture ring

5. Kalau pakai yg version AF-S G ni pada body bermotor mcm D90, takpe ke? Sebab D90 kan dah ada motor pada body. Dia tak clash ke?
  • Kalau clash, secara logiknya korang takkan bole pakai kitlens 18-105 korang tu sbb tu pun lens AF-S G jugak. toksah risau, pakai je, takkan muncul isu motor clash ke hape ke.

6. Lens AF-S 50mm F1.8G versus AF-S 35mm F1.8G DX?

  • Price tag lebih kurang, optical pun lebih kurang
  • Yg berbeza secara kasar cuma focal length & angle of view, kerana angle bg lens 50mm lebih sempit drpd 35mm. 
  • So yg terbaik ialah manamana lens yg menepati sudut (angle/framing) yg korang kehendaki.

7. Berbaloi ke lens AF-S 50mm F1.8G ni?
  • Lens 50mm, tak kisah lah aperture 1.8 ke 1.4 ke mmg berbaloi dan bole dikatakan lens yg wajib dimiliki, especially bagi yg suka shoot portrait
  • Sgt berbaloi jika anda pengguna DSLR entry level kerana ia ada built in motor
  • Personally bagi aku, membazir jika anda adalah pengguna DSLR nikon yg ada built in motor (mcm D90, D7000, D300), sbb kalau yg ada motor, beli version AF-D sudey, 2 kali ganda lebih murah. Tapi duit korang kan, terpulanglah~

Personal Recommendation:
  1. Aku pakai DSLR yg ada motor, maka aku takkan membazir duit beli yg AF-S 50mm F1.8G kerana AF 50mm F1.8D dah cukup sangat utk kegunaan aku dgn harga yg lebih murah.
  2. Namun, kalau katakan aku pinjam atau memiliki DSLR Entry Level, contoh mcm D3200 atau D5200, aku seriously akan beli AF-S 50mm F1.8G sbb autofocus tu sangat berguna.

Review/comparison yg aku bincangkan di atas ni just simple-simple je, nak kasi korang paham dan boleh buat pemilihan dgn mudah. Utk pemahaman yg lebih lanjut, baca artikel di bawah:
  1. Rob's Photography Blog - Nikon AF-S 50mm F1.8G vs. AF 50mm F1.8D
  2. Nikkor AF-S 50mm f/1.8G Review by bythom
  3. cambridgeincolour - Nikon 50mm f1.8 D AF Lens vs Nikon 50mm f1.8 G AF-S Lens

Sebagai penutup, aku nak share beberapa gambar yg aku dah shoot dgn kedua-dua lens. Semua gambar sudah di-edit dgn extra tone dari Adobe Lightroom.

D700 | AF 50mm F1.8D

D700 | AF 50mm F1.8D
D90 | AF 50mm F1.8D
D700 | AF 50mm F1.8D
D3100 | AF-S 50mm F1.8G

D3100 | AF-S 50mm F1.8G

Maka dgn itu, sekian artikel ringkas ni.

Ejad Fotopoyo

Sunday, January 12, 2014

Meng-landscape dgn Kamera Samseng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a short article for tonite. Jap g nak sambung siapkan paper yg due 15hb. 1 paper tu dah submit td, tgh tunggu reply dari pihak diorang.


Anyway, mungkin ada diantara korang yg tau, aku baru beli kamera Samsung EX2F, kamera compact Point & Shoot yg beshew-beshew takleh tuka lens pun tapi best sbb ada wifi, tiltable screen dan 1.4 aperture yg membolehkan aku snap gambar malam kat Putrajaya dgn selamber tanpa tripod.

Seperti yg korang tau jugak, aku ni peminat landscape. Dan bagi landscape photography, filter ni mcm 1 kewajipan la utk hasil terhensem, seperti CPL, ND dan GND.

Memandangkan ni kamera compact, logically takleh pasang filter la kan.
Tapi sebenarnya ada 1 ring taw kat keliling lens aku tu, boleh bukak dan pasang balik, mcm filter.

So aku sesaje la gugel around, usha kat ebay, tgk-tgk memang ada jual adapter yg bole sumbat kat kamera samseng aku ni.


So aku beli la drpd ebay, yg bersaiz 52mm sbb tu saiz standard. Mahal gak la RM40++ padahal besi kosong mcm extension tube je pun.

Lepas dah dapat tu, aku bukak ring yg mmg sedia ada kat kamera aku tu kemudian pasang lens adapter tu, and voila~ kamera aku dah boleh pakai filter. Yeay!


Maka, apa lagi, bawak keluar la segala mak ayah datuk nenek filter yg ada, dan aku boleh pakai kat samseng ni.


Gambar kat atas ni nak tunjuk kasi clear camne aku attach filter. Lepas pasang lens adapter tu, aku pasang step up ring sbb filter aku tu saiz 77mm tp adapter tu saiz 52mm, so aku pakai step up ring 52-77mm.

EX2F with B+W Big Stopper ND 10stops filter

EX2F with Cokin filter holder & Cokin GND filter

EX2F with Cokin filter holder & Cokin GND Cool filter

Maka tersimpanlah DSLR aku dlm drybox sbb lagi mudah nak meng-landscape pakai benda alah ni. Hehe.
Hasil so far mmg memuaskan. Berikut adalah gambar-gambar yg aku shoot dgn kamera ni dengan B+W Big Stopper. Mostly gambar-gambar kat bawah ni diambil dgn shutter speed 16 saat. Utk usha full album, klik SINI.




Selain tu, aku bawak merata je kamera ni sekarang. Latest - Kota Kinabalu Sabah.

Ok dah tu je nak bebel. Nanti ada masa aku buat full review kamera samsengtaikkucing ni.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

Sunset | Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya | 11 Jan 2014

Tahukah anda, aku sangat stress? 2 jurnal paper nak kena siapkan, due 12hb dan 14hb?
Pastu ada 1 paper tu kena buat dalam format LaTex, yg aku belum belajar lagi? Dan aku dapat arahan utk siapkan paper tu pagi Jumaat (10hb Jan) haritu?

Stress.
Stress.
Stress.

Disebabkan sgt stress, maka aku pun pegi shoot sunset.

Tu je nak cakap. Enjoy the pictars. Kbai.











Monday, January 6, 2014

Travel | Kota Kinabalu, Sabah | 3-5 Jan 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca sekalian.

4 Jan 2014 haritu, aku 1 family bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah. Naik Air Asia la op kos. Nak naik MAS tak mampu. Tapi masa ni mmg tiket murah la. RM700++ untuk 5 orang punya tiket pergi balik. Kira murah la kot, kan?

Best plak baca iklan ni dlm flight, especially part minum air panas dari piring tu

Bertolak dari LCCT pukul 4 lebih camtu. Perjalanan amek masa dekat 2 jam setengah. Kitorang sampai dalam pukul 6 lebih.


First Day - Hari Ketibaan

Sampai je sana, lapa giler la kan. Kitorang dinner kat restoren pondok pantai kat Tg Aru. Aku teruja giler tgk asam jeruk banyak, murah plak tu. 

Kacang rebus dia sedap!

Sementara tunggu order sampai, ratah kopok lekor & kacang rebus dulu.

Tak beli pun. Amek gambar je


Pastu kitorang singgah Pasar Kampung Air, tgk apa yg boleh dibeli. Tapi masa ni dah pancit, takde mood sgt nak shopping. Rasa nak carik tilam jek.

Najib ada kedai tu. Kemain. Kedai Kak Mah taktau katne, tak jumpa.



Tak beli apa-apa pun kat pasar ni. Aku just singgah kedai abg jib, beli air mineral, toiletries skit, beberapa sachet air 3in1. Tu je. Tapi kaum wanita lain kemain la shopping pusing sana sini. Pastu kitorang pun balik la homestay. Mcm kat hujung dunia gak la homestay kitorang tu.

Homestay Sri Intan - LINK

Second Day - Hari Berjimba

Esoknya (5hb), kitorang pun mula la jejalan. Pukul 7 kitorang keluar rumah, breakfast dulu kat Restoren Seri Keningau.

Aku diet, tu pasal makan sikit je :P

Lepas perut dah penuh, kitorang pun bergerak. First destination - Jambatan Gantung Tamparuli. Naik jambatan eksaited kemain, mcm kanak-kanak je.






Lepas tu kitorang sampai kat Pekan Nabalu, Kota Belud. Cantik giler view kat sini. Sejuk tapi terik. Suka giler tgk awan kepul-kepul mcm cotton candy.








Pastu kitorang jejalan la kat Pekan Belud tu, beli baju skit, keychain fridge magnet apa semua.

Gambar lompat tu wajib ^^




Aku ada la beli baju sikit, keychain sikit, beg sikit, fridge magnet sikit. semua sikit la tapi lepas total jadi bukit.

Pastu kitorang g Kinabalu Park. Lagi sejuk. Masa ni langit dah makin mendung, tu pasal makin sejuk.




Tupai mok makan muruku yg kitorang bagi

Power giler nama jalan





Next destination - kitorang pegi tempat yg ala-ala SPA Ikan. Sungai ni penuh dgn ikan kelah. 


The thing is, bayar tiket, kita diberi 1 paket makanan, pastu genggam la dlm 5 biji camtu, rendamkan tangan dlm air. Nanti ikan akan sedut dari lubang yg wujud dicelahan jari jemari tu sbb dia bau (bau kot?) makanan dlm tu.


Ikan tgh nyonyot tangan aku

Tetibe sesat keli sekor
Ikan beratur utk amek makanan ekeke


Kaki dah lenguh, maka kitorang pegi rendam kaki secara berjemaah kat Poring Hot Spring. Pakai balik tiket Kinabalu Park tadi.

Kaki berbelang sbb naik motor pakai selipar

Setel semua ni, kitorang pegi Kundasang (kalau tak silap la) utk usha sunset. Unfortunately, masa tu cuaca makin mendung, so takdak sunset. Instead, tempat tu penuh kabus. Tapi alang-alang dah sampai situ, amek je la gambar kan.




Ok that's it for the first day. Lepas tu kitorang pegi dinner kat tepi laut, alaaaa apa ntah nama restoren tu tapi ramai la, parking tepi jalan penuh gler kot.


Third a.k.a Last Day

Hari terakhir, dimulakan dgn sarapan kat 1 kedai ni, ada nasik dagang, pulut cicah durian, macam-macam ah. Oh btw aku tak amek gambar makanan sangat sbb time makan, aku lagi prefer utk makan, instead of amek gambar :P


Last day ni tak pegi mana-mana sangat pun. Kitorang just pegi kat pasar apa ntah yg tepi laut tu, yg kat seberang ada Pulau Gaya tu. Yg makcik-makcik semua pegi pasar, yg muda-mudi jejalan tepi pantai di bawah cuaca yg giler gaban panas.







Pastu kitorang pegi pasar, last chance utk beli souvenir. Aku tak beli pape pun tapi duk busy main kucing dan tgk anak anjing.







Awww sedih je tgk anjing ni






Ok habis dah jejalan for the day. Pastu kitorang pegi rumah kazen mak aku kat utk lunch before heading home. And this time, aku amek gambar makanan sbb dia masak lauk yg gler best.


Takde la banyak sangat aku makan, 3 pinggan je.
Lepas makan, lepak borak jap, pekena teh tarik & jagung rebus, pastu kitorang pun balik.

Maka dgn itu berakhirlah artikel yg membebel pasal pelancongan ke Kota Kinabalu Sabah ni. 

Sayangnya, disebabkan masa tak cukup, kitorang tak sempat nak singgah tempat yg banyak lembu mcm kat New Zealand tu. Kat mana tmpt tu, Kundasang eh?

Insya Allah kalau ada rezeki, akan ku jejakkan lagi kaki ke sini dan pegi tempat-tempat yg belum disinggah, dgn org rumah pulak hihi.

Wassalam & thanks for reading.

Ejad Fotopoyo