Di malam yg mendung ni, aku nak share 1 info kpd anda-anda semua.
Siang tadi aku pegi Digicolor, shopping sikit, beli beberapa step up ring.
Kemudian aku terfikir, mcm tak ramai je yg tau amende step up ring ni.
Maka tercetuslah niat nak membebel psl step up/down ring dalam artikel ni.
Imagine this situation:
Korang ada banyak lens.
Korang jenis yg pasang filter pada semua lens.
Contoh ada 4 lens, maka kesemua 4 lens tu ada UV Filter, so dah 4 filter la kat situ.
So, jika korang adalah photographer yg begini, maka usually korang akan beli filter yg sama tapi berlainan saiz utk lens-lens tersebut, kerana setiap lens mempunyai tread size yg berbeza.
For sure korang penah mengeluh sbb harga filter bukan murah. Kalau ada 4 lens, nak kena beli 4 filter, pastu korang jenis pakai filter yg branded, byk gak duit nak kena keluar tu.
Maka, alternatif yg wujud bagi mengurangkan perbelanjaan korang ialah dgn menggunakan step up/down ring.
Apa itu step up/down ring? Bacalah artikel ni sampai abis...
Apa Itu Step Up & Down Ring?
Secara ringkasnya, Step Up & Down Ring merupakan sebuah gajet yg menyerupai sebuah filter tapi tanpa kaca di tengahnya, seperti extension tube.
Step Up & Down Ring membolehkan kita menggunakan filter yg tak sama saiz dgn tread size lens kita.
Step Up VS Step Down
Step Up Ring:
- Membolehkan filter yg bersaiz besar dipakai pada lens yg ber-tread saiz kecil
- Contoh: filter saiz 77mm, tread size pada lens 52mm, guna Step Up Ring 52-77
Step Down Ring:
- Membolehkan filter yg bersaiz kecil dipakai pada lens yg ber-tread saiz besar
- Contoh: filter saiz 52mm, tread size pada lens 77mm, guna Step Down Ring 77-52
Ni antara koleksi step up & down rings yg aku ada:
Bagaimana Membezakan Step Up dan Step Down?
Simple. Refer gambar di atas, pada setiap ring, ada 2 saiz yg ditunjukkan, iaitu yg awal dan yg akhir.
Saiz awal merujuk kpd tread size lens kita. Utk tau cane nak baca tread size, refer artikel Lens Filter.
Saiz akhir plak merujuk kpd diameter filter.
- Step Up: angka awal lebih kecik drpd akhir, contoh 52-77
- Step Down: angka awal lebih besar drpd akhir, contoh 52-46
Bila Masa Nak Pakai Step Up/Down Rings Ni?
Ia sgt berguna apabila anda hendak menggunakan filter yg tak sama saiz dgn tread size lens anda.
Sumber: myphotoaccessory |
Aku bagi contoh mudah, aku ada filter B+W ND Big Stopper.
Filter ni mempunyai diameter bersaiz 77mm, sbb masa tu aku beli utk digunakan pada Tokina 12-24mm F4.
Tapi sekarang ni lens Tokina 12-24mm F4 aku tu dah takde, dah jual.
So kalau aku nak shoot landscape, lens yg paling wide aku ada ialah kitlens 18-55 aku tu.
Tapi tread size kitlens aku tu 52mm, cane nak pakai filter 77mm?
So kalau aku nak shoot landscape, lens yg paling wide aku ada ialah kitlens 18-55 aku tu.
Tapi tread size kitlens aku tu 52mm, cane nak pakai filter 77mm?
Maka disini lah Step Up Ring memainkan peranan dlm menjimatkan lagi duit poket aku.
Tread size lens aku: 52mm.
Filter plak saiz 77mm.
So aku memerlukan step up ring bersaiz 52-77:
So aku pasang je step up ring ni kat kitlens aku, screw in mcm pasang filter.
Pastu aku pasang la filter big stopper yg bersaiz 77mm tadi.
Siap!
Hasilnya ialah beberapa gambar long exposure di Putrajaya dan Tasik Shah Alam.
Btw, incase korang blur tak tau berapa tread size utk lens korang, boleh baca artikel ni: Lens Filter: Screw-in & Slot-in.
So dgn pemakaian step up ring, aku dah berjaya menjimatkan duit poket aku drpd membeli filter yg sama bersaiz 52mm.
Big Stopper ni contoh je. Katakan korang ada filter lain, CPL misalnya, pun bole je pakai, janji namanya filter la.
Contoh lain, aku ada UV Filter yg bersaiz 52mm, tapi 50mm F1.7 aku tu 49mm.
Drpd membazir duit beli filter yg berdiameter 49mm, maka aku beli la step up ring 49-52mm, setel masalah.
Seperti step up, step down ring pula dipakai bila saiz filter lebih kecil drpd tread size lens.
Namun penggunaan step down sangat jarang dan tidak digalakkan, sbb vignette/dark corner akan muncul bila kita pakai filter yg lebih kecik drpd diameter lens kita.
Apa Saiz Yang Ada & Berapa Harganya?
Sumber: aliexpress |
Sumber: dhgate |
Dalam RM10-RM20 utk sekeping ring, depends pada saiz dan tgk sape yg menjual.
Ada pelbagai saiz, tak larat nak tulis satu-satu. Korang pegi je Digicolor tu pastu tgk la sendiri berapa banyak saiz yg ada. Jgn sampai pening suda.
Kesan Penggunaan Step Up & Step Down Rings
Step Up Rings:
- Menjimatkan kos.
- Usually photographer hanya akan beli 1-2 je filter bersaiz 77mm. Kemudian beli step up ring supaya filter yg sama boleh digunakan pada lens-lens lain.
- Contoh mcm aku, ada lens yg ber-tread size 49mm, 52mm, 58mm dan 67mm, so aku beli je step up 49-77, 52-77, 58-77 dan 67-77.
- Ia lebih menjimatkan berbanding kalau aku beli filter utk setiap lens yg ada.
Step Down Rings:
- Juga menjimatkan kos, namun sgt tidak digalakkan kerana vignette/dark corner akan muncul bila kita pakai filter yg lebih kecik drpd diameter lens kita.
Penggunaan step up/down rings TIDAK akan mengurangkan sharpness, kerana ia merupakan ring tanpa glass/kanta di tengahnya, sama seperti extension tube.
Yg menjadikan gambar kurang sharp ialah jenis filter yg digunakan. Boleh baca artikel How Sharp is Sharp utk info lanjut.
Ada je lagi kesan-kesan lain, tapi aku ringkaskan. Kalau nak tau, mohon gugel dan baca sendiri.
Setakat itulah penerangan ringkas mengenai Step Up dan Step Down Rings.
Semoga bermanfaat :)
Ejad Fotopoyo
x tahu lak ada bend alah ni... heheh.. memang boleh jimat ni. heheh
ReplyDeletepernah nampak di kedai tapi tak tahu fungsinya, terima kasih
ReplyDeletesgt suka dgn artikel brg2 gadget spt ini.. nanti share gadget lain pula ya ejad
ReplyDelete