Wednesday, March 28, 2012

Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a short article for today, mengenai penggunaan lens pada body entry level DSLR Nikon, secara ringkas.
Kalau nak tau lebih, boleh baca artikel ni: Nikon Lens Technology by Ken Rockwell

Setiap yg pakai body entry level DSLR jenama Nikon WAJIB tahu, bahawa bukan semua lens Nikkor itu 100% compatible dgn body camera anda.

Entry level DSLR Nikon yg dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • D40/D40x
  • D60
  • D3000/3100/3200/3300
  • D5000/5100/5200/3300

Kesemua model yg dinyatakan diatas TIADA built in motor, which means autofocus (AF) hanya akan berfungsi apabila anda mengunakan lens yg mempunyai term "AF-S" atau "AF-I", contohnya mcm kitlens korang sendiri iaitu Nikkor AF-S 18-55mm F3.5-5.6G.

Nampak term "AF-S" tu? AF-S bermaksud AF-Silent Wave Motor, dimana membawa maksud di dalam lens ini terdapat motor, sebab itu boleh di-autofocus apabila digunakan pd body yg tak bermotor seperti di atas.

So jika anda menggunakan lens Nikkor AF 50mm F1.8D misalnya pada body yg dinyatakan di atas, anda takkan dapat autofocus, sbb tiada term AF-S, simple as that.

Secara fizikalnya, cara utk melihat sama ada body DSLR Nikon itu ada built-in motor atau tidak, adalah dgn melihat kpd lens mount pada body tersebut (sumber foto: lowyat.net):

Utk body entry level DSLR seperti yg dinyatakan di atas:

Rata, licin - TIADA built-in motor

Utk body DSLR selain drpd yg dinyatakan di atas:

Ada mcm skru terkeluar - ADA built-in motor

Kalau takut nak bukak lens, tengok secara fizikal senang je - DSLR Nikon yg tiada top LCD display, means dia takde built-in motor.

Sumber: D3100 | D90

Utk lens plak, boleh tgk gambar di bawah. Bezanya ialah AF-S vs AF (atau AF-D):


Ramai pengguna DSLR Nikon entry level salah faham tentang D dan G lens, dgn menganggap mereka perlu membeli G lens supaya lens tu boleh autofocus. Sebenarnya anggapan itu salah sama sekali.

Utk lens tu boleh autofocus, lens itu perlu AF-S atau AF-I, bukan G.

AF-S itu bermaksud ada built in motor pada lens, manakala G pula bermaksud lens itu tiada aperture ring. Simbol G takde kena mengena langsung dgn built in motor.

Sumber: Nikon: Lens Glosarry

Sumber: Ken Rockwell

Sumber: Ken Rockwell

Kebetulan je kebanyakan lens yg AF-S juga ada G, contoh mcm kitlens korang sendiri iaitu Nikkor AF-S 18-55mm F3.5-5.6G.

Ada je lens yg AF-S tp takde G, contoh mcm Nikkor AF-S 17-35mm F2.8D dan Nikkor AF-S 80-200mm F2.8D. Kedua-dua lens ni takde G tapi dia AF-S. Dia boleh autofocus dgn semua model DSLR.

Dan ada jugak lens yg G tapi bukan AF-S, contoh mcm Nikkor AF 70-300mm F4-5.6G dan Nikkor AF 28-80mm F3.3-5.6G . Lens ni takkan boleh autofocus pada body entry level walaupun dia version G, sbb takde AF-S atau AF-I.

So jgn salah faham. G bukan bermaksud ada motor pada lens, tp G bermaksud tiada aperture ring pada lens tersebut.

DSLR + Manual Lens (AI, AI-s, E Series)

Sumber: 1 | 2 | 3 | 4

Sekadar maklumat tambahan:

Bagi lens Nikkor yg lama-lama, manual zaman filem (AI, AI-s,), ia boleh dipakai pd body entry level, tp anda tak boleh autofocus dan tak boleh meter exposure, termasuklah model yg ada motor seperti D70/s, D80 dan D90, but still boleh amik gambar, no worries. Cuma exposures kena pandai-pandai agak sendiri la, dan aperture kena tukar kat lens pada aperture ring yg ada. Exposure hanya boleh di-meter pada body semi pro dan pro seperti D200, D7000, D300/s dan seterusnya.

Utk brand Nikon, lens itu ialah lens manual jika terdapat cangkuk di bawah marking f/5.6 (atau dipanggil juga rabbit ear), kecuali E Series lens yg mmg takde cangkuk tersebut.

Kalau korang nak tau beza AI AI-s apa semua tu, baca explanation di SINI.

So mungkin ada yg tertanya, kenapa tak bole AF plak? Kan body D80 D90 tu semua ada built in motor?

Simple analogy: phone anda takde wifi, tapi anda berada di kwsn wifi. Atau sebaliknya, phone anda ada wifi, tapi anda berada di tmpt yg tiada wifi. Bolehkah anda connect internet guna wifi? For sure tak boleh kan?

Maka sama la dgn lens manual tu, since lens itu sendiri tiada keupayaan utk di-autofocus-kan, maka pasanglah kat body bermotor ke, motorbot ke, motokar ke, ia tetap takkan boleh AF. 

Psl manual lens + nikon DSLR, ada aku bebel kat sini: 

Utk ringkasan bg body entry level, sila rujuk jadual di bwh (sumber: Nikon D40 Performance oleh Ken Rockwell)


Selain D, G, AF-S, ada juga term-term lain seperti AF-I, AF, AI, AI-s. Utk mengetahui apa mksd term tersebut, sila rujuk link berikut:
  1. NIKKOR Lens Glossary
  2. Nikon Lens Technology

Ok tu je. Semoga artikel yg pendek ni dpt memberi manfaat sbg panduan utk anda memilih/membeli/menggunakan lens jenama Nikkor pada body entry level DSLR Nikon.

Utk 3rd party brand mcm Sigma, Tamron, Tokina, boleh rujuk link berikut: WIKI

Sekian,
Ejad Fotopoyo

6 comments:

  1. Thanks for review, it was excellent and very informative.
    thank you :)

    ReplyDelete
  2. Saya masih tertanya tanya, Mengapa lens nikon lebih mahal dari canon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm konteks artikel ni, yup 50mm nikon lg mahal.
      tp kalau tgk pada sudut yg lg luas, sama je dedua tu mahal x kira lens ape pun

      Delete
  3. Terima kasih kerana sudi menjawab, ada lagi satu soalan lagi -- adakah selain lens manual lama2 boleh autofocus Kat body Yang ada motor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan bg soalan anda sudah wujud dlm artikel ni. mohon baca balik

      Delete
  4. bagus jad.kadng org tnya aku sush juga nak jawab.pasni suruh depa follow hang..hehe

    ReplyDelete