Tuesday, July 19, 2011

Lens Filter


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua poyographer sekalian.

Sometimes kita tertanya-tanya kenapa golongan professional dpt mengambil gambar yg kacak, walaupun kita sendiri sedang mengambil gambar yg sama di sebelahnya.

Impak di sini bermaksud warna, feel, contoh langit nmpk lebih biru atau 'warm' drpd biasa, portrait nmpk sgt smooth dan soft. Pendek kata beza gambar kita dgn mereka bagai langit dan bumi lah.

Selain skill dan penguasaan terhadap kamera, rahsia mereka ialah FILTER.

Sejak zaman filem lagi, lens filter sudah digunakan secara meluas utk mendapatkan hasil gambar yg berlainan, di mana filter ini dipasangkan di hadapan lens.

Filter akan mempengaruhi cahaya yg masuk ke dlm sensor/filem, seterusnya memberikan efek tertentu pd hasil akhir gambar kita.

Pd zaman filem, post processing merupakan satu kerja yg leceh dan memakan masa, sbb itu penggunaan filter agak meluas dlm mendapatkan hasil gambar yg diingini tanpa perlu editing.

Pd zaman digital SLR, kebanyakan DSLR sudahpun menggunakan Digital Filter yg sudah siap terbina di dlm kamera, di mana pemprosesan gambar akan meniru hasil filter yg digunakan.

Ok, enuff said. Jom kita usha apa jenis filter yg berada di pasaran.

---------------------------------------------------------------------------------------------

UV FILTER

Sumber: plazacameras

Filter paling feymes. Beli je DSLR, biasanya kedai akan bagi sekali dlm pakej.

Fungsi:
  • Menapis lapisan UV
  • Melindungi elemen hadapan lens

Penggunaan UV Filter pd DSLR adalah dikatakan a bit useless, kerana sensor digital di dlm kamera itu sendiri sudahpun ada filter utk menapis lapisan UV. More info boleh baca ni DOES YOUR DSLR CAMERA LENS REALLY NEED A UV FILTER?

Walaubagaimanapun, ia masih berkesan dlm melindungi elemen hadapan lens kita.


---------------------------------------------------------------------------------------------

POLARISING FILTER

Sumber: shashinki

Juga dikenali dgn nama CPL Filter. Boleh dipusing utk mendapatkan efek yg dikehendaki.
Merupakan filter 'wajib' utk landscape photographer.

Fungsi:
  • Menapis pantulan (reflection)
  • Menaikkan lagi contrast & warna biru dan oren/kuning

Usha gambar di bwh, warna biru langit menjadi semakin pekat.
Utk tau lebih detail psl CPL, boleh baca Polarizing filter in digital photography dan Wiki: Polarizing filter


Efek CPL - Membirukan lagi langit
Sumber: blog nikonians

---------------------------------------------------------------------------------------------

ND FILTER

B+W ND Big Stopper

Variable ND Filter
Sumber: miyamondo

ND merujuk kpd Neutral Density.

Merupakan filter yg agak gelap warnanya, mcm cermin mata hitam atau cermin tinted.
Digunakan biasanya dlm long exposure photography, iaitu keadaan yg memerlukan bacaan shutter speed yg lama. Baca artikel BULB Mode utk maklumat lanjut.

Ia terdapat dlm pelbagai jenis, bergantung kpd tahap kegelapan yg kita mahukan.

Nama model ialah seperti ND2, ND4, ND8, bergantung kpd manufacturer, di mana nombor yg dinyatakan itu ialah tahap kegelapan filter sebut.
Contohnya ND8 gelap 3 stops, meaning kalau tanpa filter shutter speed kita ialah 1/250, lepas pakai filter ND8 akan jadi 1/250 --> 1/125 --> 1/60 --> 1/30. Boleh baca di SINI.

Nak main filter ND ni mmg kena faham pasal Exposure Stops. So kalau nak tau, boleh baca artikel Divisyen Stop Dalam Exposure Reading

Fungsi:
  • Mengurangkan kadar cahaya yg masuk ke dlm sensor/filem 
  • Dgn pengurangan kemasukan cahaya, shutter speed yg perlahan dpt digunakan
  • Ini akan memberikan efek slow shutter speed seperti air bertukar menjadi buih atau nmpk tenang/smooth jek
Penggunaan ND Filter membolehkan kita menggunakan shutter speed yg rendah/perlahan di waktu siang

---------------------------------------------------------------------------------------------

ND GRAD FILTER

Cokin GND Filter

Common problem pd gambar landscape - jika kita ambil bacaan metering langit, bwh akan jadi gelap. Manakala jika kita ambil bacaan metering land/sea, langit akan jadi overexpose.

Filter ini merupakan solution bg masalah ni.

Sama dgn ND Filter, cuma bezanya ialah kegelapannya bukan pd seluruh filter, tetapi hanya sebahagian, biasanya setengah drpd filter.

Meaning - pd filter tu, setengah gelap, kemudian beransur-ansur terang sampai jadi normal mcm UV Filter.

Juga dikenali sbg GND (Graduated ND), dan merupakan filter 'wajib' utk landscape photographer.

Fungsi:
  • Bahagian gelap digunakan utk langit, manakala yg terang utk bahagian land/sea
  • Gelap akan menyebabkan langit underexposed, di mana underexposed ini akan memberikan hasil figure awan yg lebih jelas
  • Hasil akhir foto kita akan jadi lebih balanced, di mana gambar kita akan terang keseluruhan atas dan bwh

Sumber: thephotoargus
Sumber: flickrhivemind


---------------------------------------------------------------------------------------------

WARMING FILTER

Sumber: Tiffen Warming Filter


Seperti namanya - ia memberikan efek kuning atau oren.

Fungsi:
  • Memberikan impak pd gambar sunset/sunrise
  • Sesuai utk portrait yg skintone subjek pucat atau terlalu putih
  • Memberikan mood autumn


---------------------------------------------------------------------------------------------

COOLING FILTER

Sumber: sharifphotographic
Sumber: blog.nikonians
Nikon F90 & Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 with Cool GND Filter

Lawan bg Warming Filter dgn memberikan efek biru.

Fungsi:
  • Memberikan impak pd langit dgn menaikkan lagi contrast biru


---------------------------------------------------------------------------------------------

STAR FILTER


Seperti namanya, ia memberikan efek star pd lampu dlm gambar.

Fungsi:
  • Menjadikan figure lampu berbentuk bintang
  • Sgt ideal utk gambar malam khasnya yg melibatkan byk lampu


---------------------------------------------------------------------------------------------

INFRARED FILTER

Sumber: infraredatelier

Fungsi:
  • Memberikan efek seperti film negative
  • Efek yg berlainan boleh dibuat melalui setting kamera serta post processing
  • Sesuai utk landscape


---------------------------------------------------------------------------------------------

LIGHT DIFFUSER FILTER

Sumber: exposureguide

Juga dikenali dgn nama Soft Focus Filter.
Sgt sesuai utk portraiture serta gambar bunga.

Fungsi:
  • Memberikan efek yg dreamy dan soft
  • Menghaluskan lagi skintone
  • Mengurangkan contrast dan sharpness


---------------------------------------------------------------------------------------------

MACRO FILTER



Sumber: masteryournikon

Nama lain - Close up filter.

Bertujuan memendekkan lagi jarak fokus minumun (MFD - Minimum Focus Distance) pd lens utk mendapatkan image magnification yg lebih besar.

Utk tahu lebih detail, boleh baca di sini: Macro Photography & Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition


---------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya byk lagi filter yg terdapat di pasaran. Seriously takkan tamat artikel ni kalau nak story semua yg ada.

Kalau korang mmg serious nak jadi landscape photographer, selain UWA lens, spend duit utk beli filter.
Aku baru je lepas jumpa 1 website landscape photography ni dan aku meleleh tgk gambar-gambar dia. Semua pakai filter beb! Usha nih Gambar Landscape yg Ohsem.

Ni koleksi filter yg aku ada so far:



Utk hasil terbaik, belilah jenama yg original, seperti Kenko, Hoya, B+W dan sbg nya.

Sekian penerangan mengenai filter ni.

Adios dan selamat maju jaya!

Yang kacak,
Ejad Fotopoyo