Wednesday, September 5, 2012

BULB Mode

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog fotopoyo sekalian.

Di malam yg kesejukan ini, aku tetibe je dpt ilham utk buat artikel mengenai benda yg ramai org tak tau dan ramai tak minat nak amik tau pun, iaitu mengenai BULB mode.


Apakah itu BULB mode?

Bulb merupakan sejenis kelajuan bagi shutter, di mana ia merujuk kpd kelajuan bebas yg dikawal oleh jurufoto itu sendiri. Maka dlm ertikata lain, Bulb ini juga adalah shutter speed.

Biasanya ditunjukkan dgn simbol B atau BULB pada kamera.

BULB pada kamera filem SLR
BULB pada kamera DSLR
Sumber: dpnotes
Sumber: valeriehayken

Dengan menggunakan BULB, jurufoto bebas mengawal kelajuan pengatup (shutter speed) selama mana yg mereka mahu.

Dgn BULB, selagi butang shutter ditekan, selagi itulah shutter terbuka, sehinggalah butang shutter itu dilepas, barulah shutter tertutup.

Pada kamera SLR filem misalnya, tiada kelajuan spesifik di bawah 1 saat, maka jika jurufoto memerlukan penggunaan shutter speed yg lebih lama drpd 1 saat, mereka perlu menggunakan BULB.

Pada zaman skrg iaitu digital, biasanya kelajuan terendah yg ada pada kamera DSLR ialah 30 saat, maka jurufoto biasanya akan menggunakan BULB apabila mereka memerlukan kelajuan pengatup yg lebih lama drpd 30 saat.

=========================================================================

Auta: BULB ialah shutter speed yg lebih rendah drpd 30 saat.

Kurang tepat. BULB ialah shutter speed yg tiada had masa spesifik seperti yg dah diterangkan di atas. Kebetulan je yg setting BULB ni berada selepas 30 saat, sebab tu ramai assume yg BULB ni setting shutter speed yg lebih lama drpd 30 saat.

Namum begitu, biasanya mmg BULB ni digunakan apabila jurufoto memerlukan setting shutter speed yg lebih lama drpd 30 saat.

=========================================================================

Situasi Yang Memerlukan Penggunaan BULB

Senang cerita, apabila keadaan cahaya terlalu gelap yg memaksa bukaan shutter yg lama.
Katakan la korang nak amik gambar waktu malam, landscape misalnya. Disebabkan malam yg tiada cahaya yg cukup, lampu pun tak byk mana, pakai shutter speed 30 saat pun masih underexpose, maka disinilah mode Bulb sesuai digunakan.

Kat sini aku akan huraikan serba sedikit situasi yg membolehkan korang guna Bulb:


Star Trail

Sumber: photoextremist

Normally jurufoto memerlukan shutter speed yg lebih drpd 30 saat utk shoot gambar star trail, maka Bulb adalah mode yg sgt sesuai digunakan.

Kalau berminat nak belajar psl Star Trail, sila gugel "Star Trails Tutorial".


Lightning | Kilat

Sumber: picturecorrect

Takde sape yg boleh press shutter sesaat sebelum kilat tu muncul, maka dgn Bulb, korang press lah shutter tu selama mana korang nak, time tu kilat muncul ke tak ke, lantak depa la kan, lepas tu korang lepas butang shutter tu.
Lps tu, dgn Bulb, katakan la sepanjang korang tekan shutter tu, byk kilat yg muncul, maka imej yg terhasil pun biasanya sgt kacak sbb byk kilat yg bersimpang siur melintang membujur dlm gambar korang tu.


Night Landscape

Nikon F90 | Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 | Fuji Superia 200
Samsung EX2F
Seperti yg dah aku explain kat atas. Disebabkan malam yg tiada cahaya yg cukup, lampu pun tak byk mana, pakai shutter speed 30 saat pun masih underexpose, maka disinilah mode Bulb sesuai digunakan. Nak tau lebih bole baca ni Landscape Photography pada waktu malam


Light Trail

Pentax K20D | 18-55mm F3.5-5.6

Pentax ME | 35-70mm F4 | LOMO CN100

Perjalanan cahaya, drpd kereta misalnya. Dgn Bulb, korang boleh control nak rakam gambar light trail selama mana yg korang nak.


Light Painting

Gambar oleh Ami Kamerami

Time korang tgh lukis cahaya tu, korang sendiri tak bole predict berapa lama korang akan habis melukis kan? So korang pakai la Bulb, tekan shutter, lukis cahaya, dah habis, lepas shutter, siap! More info here Light Painting & Light Graffiti


Fireworks | Bunga Api

Sumber: Adi Mang
Pentax K-r | 18-55mm F3.5-5.6

Sama jugak mcm light paiting: korang sendiri tak bole predict berapa lama bunga api tu akan habis meletup kan? So korang pakai la Bulb, tekan shutter, habis je bunga api, lepas shutter, siap!


Long Exposure with ND Filter

Nikon D90 | Tokina 12-24mm F4 | B+W Big Stopper

Nikon D90 | Tokina 12-24mm F4 | B+W Big Stopper

Mungkin ramai yg berpendapat Bulb ni hanya sesuai pada waktu malam. Kurang tepat ekceli. Dgn penggunaan ND filter yg boleh menapis cahaya sekaligus menggelapkan gambar, Bulb juga bole digunakan pada waktu siang.

Katakan la time tu korang nak shoot sebuah gambar, shutter speed time tu 1/2 saat. Pastu korang pakai ND8 (3 stops), maka shutter speed yg baru akan jadi 4 saat. Kalau korang tgh pakai film SLR, 4 saat tu takde, maka korang kena pakai Bulb.

Dengan ND filter dan mode Bulb, korang boleh amik gambar slow shutter waterstream, cloud's movement dan mcm-mcm lagi pada waktu siang.

Utk tau lebih lanjut, sila baca artikel Lens Filter dan Divisyen Stop Dalam Exposure Reading.


Cane Nak Pakai BULB?
  1. Gunakan mode Bulb pada kamera anda. Kalau tak tau sila baca manual atau gugel. Aku tak rajin nak carikkan utk korang.
  2. Pacakkan kamera korang atas tripod.
  3. Gunakan ISO serendah yg mungkin (utk Star Trail mungkin kena pakai ISO tinggi skit)
  4. Pakai aperture dalam f/8-f/16, bergantung kpd berapa lama anda nak tekan shutter tu. Generally, makin lama anda nak tekan, maka kecik aperture yg anda perlu pakai (aperture kecik = no f besar)
  5. Gunakan shutter release cable, tak kisah la wired ke wireless. Ini utk mengelakkan risiko gegaran.
  6. Focus & frame/compose elok-elok.
  7. Snap dgn menekan butang pada shutter release cable
  8. Lepaskan butang pada shutter release cable sesudah snap 

Bila pakai mode Bulb ni, metering pada kamera dah takleh pakai, sbb kamera bukan tau berapa lama korang nak biarkan shutter tu terbuka.

So, back to basic: kalau gambar gelap - besarkan aperture atau naikkan ISO, dan begitulah sebaliknya.

Ok dah, sekian artikel yg ringkas ni.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

2 comments: