Friday, December 28, 2012

Lens Hood

getalens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca-pembaca yg kacak sekalian.

Haritu kat page Blog Ejad Fotopoyo duk diskas pasal lens hood. So aku ingat nak mengabadikan diskusi tu dlm bentuk artikel supaya semua org boleh baca tanpa perlu mencari dimana post tersebut kat page tu.

Lens hood ialah sebuah aksesori yg dipasangkan di hadapan lens, seperti berikut:

Sumber: wikipedia

Selain bentuk petal (kelopak bunga), ada byk lg bentuk-bentuk lain, mcm round (bulat), rectangular dan mcm-mcm lagi (rujuk gambar paling atas).

Walaupun berbeza bentuk, kegunaan bg semua lens hood adalah sama, iaitu:
  • menghalang flare
  • melindungi elemen hadapan lens
  • utk info lanjut sila baca Penjagaan Lensa

Disebabkan bentuk round dan petal adalah paling popular, maka aku hanya akan bincangkan perbezaan dua design ni secara ringkas.

Perbezaan petal dan round secara umumnya adalah seperti berikut:


Petal Hood

Sumber: ebay

Biasanya utk wide/ultra wide dan zoom lens, contohnya:
  • WA: kitlens 18-105, 18-200, 17-50
  • UWA: 11-16, 12-24, 10-20, 10-24
  • 70-200

Design petal (kelopak bunga) adalah dibuat khas utk lens yg dimana elemen hadapan tidak berputar (non rotating front element). Kebanyakan lens yg mahal ada feature ni.

Kalau kurang pasti, ce fokus je lens korang tu, tgk elemen paling depan kat lens berputar atau tak. Contohnya kitlens 18-55 berputar (kecuali brand Pentax), tapi 50mm tak berputar.

Kalau masih kurang paham, ce carik video kat youtube kalau ada.

Sbb tu petal hood kurang sesuai digunakan bersama kitlens 18-55, kerana apabila kita focus, elemen hadapan berputar, menyebabkan hood tersebut juga berputar, sekaligus memberikan risiko vignetting kerana ada bahagian kelopak yg termasuk dlm frame


Round Hood

Sumber: ourshutterjourney

Biasanya utk prime and telephoto lens, contoh:
  • 20mm, 35mm, 50mm, 85mm, 135mm
  • 200mm F2, 300mm F4

Specifically utk lens yg dimana elemen hadapan berputar (rotating front element), contohnya kitlens 18-55 anda sendiri, supaya hood tu tak kacau frame semasa focusing.


Hood vs Hood-less

Tak semua lens memerlukan hood.

Lens yg memerlukan hood biasanya ialah wide lens dan apa-apa lens yg mempunyai aperture besar, kerana kanta hadapan pada lens begini sgt menonjol dan terdedah, merisikokan diri utk terima cahaya dari pelbagai arah, sekaligus mewujudkan flrae. Sbb tu hood diperlukan. Nak tau lebih lanjut psl lens boleh baca artikel Jenis-jenis Lensa.

Tapi kalau kanta hadapan tu jauh ke dalam, mcm lens 50mm F1.8 misalnya, tak pakai hood pun takpe.

So adakah pakai hood ni wajib?

Kadang2 pakai hood ni buat lens nmpk coolblog.
Ada yg tak suka pakai hood sbb dia suka dgn flare yg dihasilkan.

Contoh mcm gambar ni, aku saja tak pakai hood sbb mmg nak dpt flare:

D90 | Tokina 12-24mm F4

So nak pakai ke tanak?
Terpulang pada citarasa anda.

Tapi kalau nak pakai, seeloknya belilah lens hood yg mmg dedicated & di-design utk lens anda.

Sekian info ringkas utk harini.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

*artikel ini telah dikemaskini 17/08/2015 jam 11:26am

No comments:

Post a Comment