Tuesday, December 4, 2012

Silhouette


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel ringkas je hari ni, iaitu berkenaan Silhouette.

Apakah itu silhouette?

Ringkasnya, silhouette ialah bayangan hitam yg menggambarkan outline sesuatu subjek, seperti orang, bangunan, pokok dan sebagainya yg berlatarbelakangkan cahaya yg terang.

Kalau susah bebeno nak paham translation meleis ni, korang google je "silhouette" dan bacalah segala maksud yg keluar kat gugel tu.

Pastu kalau korang rasa payah nak eja, tulih/taip selulit sudah. Janji ada bunyik yg lebih kurang sama. Ekekeke.


Silhouette merupakan sebuah teknik yg agak digemari ramai dikalangan jurufoto kerana pelbagai emosi, misteri serta mood dpt ditonjolkan di dalam gambar silhouette yg serba simple ni.

Cara Utk Mengambil Gambar Silhouette:
  • Pastikan perbezaan exposure di antara subjek dan background adalah sgt ketara. Silhouette kurang menjadi jika latar belakang ialah langit yg mendung atau sunset yg sudah terlalu gelap.
  • Gunakan mode Manual.
  • Halakan kamera ke arah langit dan ambil bacaan exposure. Gunakan kaedah Sunny-16 sbg guide. Kalau tanak pakai f/16, pakai je aperture sekitar f/8-f/14.
  • Re-compose/re-frame semula, dgn memasukkan subjek di dalam frame
  • Jgn ubah bacaan exposure
  • Fokus pada subjek. Jika tak dpt AF, gunakan MF
  • Ambil gambar

Atau, cara yg lebih mudah:
  • pakai mode Manual  frame siap-siap, pakai aperture dlm f/8-f/11, pastu set shutter speed sampai indicator pada exposure metering (alaa yg nampak mcm pembaris tu) berada pada kawasan negatif 1 atau 2, atau
  • pakai mode Av/A atau Tv/S, frame siap-siap, gunakan button +/- utk set Exposure Compensation supaya dia ke arah -1.0 atau -2.0
  • tak paham? baca artikel Mode Av, Tv dan Exposure Compensation



Jika anda pengguna kamera kompak atau handset, just gunakan mode AUTO atau SCN: Sunset/Landscape, off kan flash, fokus dan snap.
Atau boleh ikut tips ni: Sunset & Sunrise dgn Compact Camera & Handset


Contoh-contoh gambar silhouette yg ada dlm album aku:















Sekian artikel ringkas utk hari ni.

Semoga bermanfaat.

Babai~

Ejad Fotopoyo

1 comment:

  1. Info yang sangat berguna untuk beginner mcm ambo..terima kasih ejad..ambo sentiasa sokong anda..

    ReplyDelete