Monday, January 17, 2011

Tips Menjaga Kamera | LENS

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sebelum ini aku dah bebel pasal cara menjaga body camera di sini: Tips Menjaga Kamera | BODY

Kali ini aku nak kongsi mengenai cara utk menjaga lens pulak.


LENS CAPS


Front cap - kiri
  • Pasang front cap (penutup hadapan) bila tak guna
  • Ini dapat mengurangkan risiko lens menjadi kotor atau berhabuk, dan kes paling teruk - calar pada front element.
  • Bila lens dah calar, mata pun sedih memandang, nak jual balik pun susah.

Rear cap - kanan
  • Tutup belakang lens anda kerana kepentingannya sama sahaja dgn front cap


UV/Clear Filter


Front element pada lens boleh dilindungi dgn memasang filter, seperti clear protection filter atau UV filter.

Ini dpt memastikan segala mcm bentuk kemalangan atau pelanggaran yg berlaku akan terkena pada filter, bkn hadapan lens.

Kalau berlaku kemalangan yg menyebabkan filter rosak (retak, pecah, bengkok), lebih murah utk menukar filter berbanding menukar lens.

Biasanya masa beli kamera DSLR, kedai akan bagi filter ni sbg sebahagian drpd free gift.

Filter juga bertindak utk menghalang habuk drpd terkena pd elemen hadapan lens.

Utk tujuan protection, aku hanya bebel pasal UV dan Clear Filter. Kalau nak tau pasal filter2 lain, boleh baca sini: Lens Filter


LENS HOOD


Kegunaan utama hood yg berbentuk seperti kelopak bunga itu adalah utk menghalang kemasukan cahaya secara direct drpd matahari atau lampu.

Ia sgt berguna especially apabila anda sedang mengambil gambar di bwh sinaran matahari atau lampu yg terik, di mana sinaran luaran camni boleh menyebabkan flare, penurunan contrast serta penurunan kualiti gambar.


Ini contoh flare yg menyakitkan mata:


Tapi kekadang ada certain gambar yg cantik bila ada flare, contohnya:


Selain itu, sepertimana front cap dan filter, lens hood juga bertindak mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pd elemen hadapan lens kita.

Utk info lanjut pasal hood, boleh baca artikel Lens Hood.


HANDLE WITH CARE


Unlike body camera yg sentiasa tergantung di leher, lens merupakan gajet yg paling senang jatuh, especially masa kita tgh dlm proses menukar lens.

So sila berhati2. Kalau nak selamat, masa tukar lens tu, duduk ke cangkung ke, at least kalau jatuh pun impact dia tak kuat sangat. Atau tukar lens dlm beg, so takde la isu jatuh ke lantai/tanah.

Sekian.

Ejad Fotopoyo

*artikel ini telah dikemaskini pada 17/08/2015 jam 11:16am

15 comments:

  1. emm pasal filter tu kan..senang ke nak bukak tutup..taktau la plak

    ReplyDelete
  2. yangyuyu:
    filter tu pasang mcm skru je, rotate clockwise/counter-clockwise utk pasang/bukak :)

    ReplyDelete
  3. saya pun br tau filter tu ada efek pd gambar.. thanks ezad. :-))

    ReplyDelete
  4. Bro,

    Follow u already, hope that u can follow me back at

    http://photobysroma.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ooo...baru tau pasal filter tu..ade efek eh kalu kne cahaye...

    ReplyDelete
  6. berapa harga filter n hood ye?

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    bergantung kpd brand dan jenis. sila tanya kedai

    ReplyDelete
  8. tumpang tny..bole x lap lens gune cleaning kit utk laptop tu?

    ReplyDelete
  9. x de pe2 kesan keatas kemera jika lens x tangal dr body and terus simpan dlm bag..

    ReplyDelete
  10. sya dinasihatkan oleh penjual cam. supaya pasang UV filter untuk elak sensor rosak.. betul ke.. atau tipah tetipu.. or not realy applicable

    ReplyDelete
  11. Awesome lah. Byk tips berguna. Thanks

    ReplyDelete
  12. Ejad, ko mmg poyo ahh.. Bestt gle info ko bg ni.. Trima kasih bro... Hang terrbaik...

    ReplyDelete