Di petang yg mendung ni, aku nak share artikel ringkas mengenai landscape photography. Sure ramai je pembaca blog ni yg minat dgn landscape kan?
Dlm keadaan paling asas, paling basic, paling simple, apa-apa sahaja jenama dan model DSLR serta kitlens 18-55mm sudah cukup memadai utk mengambil gambar landscape. FYI, aku amik gambar Masjid Terapung kat Puchong tu pakai Nikon D50 & kitlens 18-55mm je.
Kalau tak reti pakai mode Manual pun, just simply pakai mode Landscape, JPEG Profile Landscape atau Vivid, pastu shoot je gambar landscape tanpa rasa bersalah.
Dlm kebanyakan keadaan pun, kita tak semestinya memerlukan DSLR dan lens yg mahal utk mengambil gambar landscape.
Namun begitu, selain DSLR dan lens, ada beberapa aksesori tambahan yg jika digunakan - akan memantapkan lagi gambar landscape kita.
Maka dlm artikel ni, aku akan explain secara ringkas apakah aksesori-aksesori tambahan tersebut.
Tripod
Sumber: shawnthompsonphotography |
Yes, ini antara aksesori yg paling leceh utk dibawa bersama. Nak plak kalau tripod kita tu berat + besar tak hingat dunia, mmg rajin la kita nak usung kan?
Cara menggunakan tripod dengan 'betul' |
Foto oleh Suhairie, antara peserta Bengkel Foto Tg Karang Feb 2013 |
Namun begitu, tripod merupakan aksesori yg sgt penting bagi landscape photographer, especially di waktu gelap (low light). Walaupun korang pakai model DSLR yg boleh support ISO setinggi 2 juta, tapi nak ke pakai ISO tinggi camtu? Abis bersepah la noise kat gambar nanti, ye dak? Kalau gambar landscape malam, abis penuh noise kat langit yg hitam tu.
Tripod digunakan utk mengambil gambar ni sbb SS: 20" adalah SS yg sgt mustahil utk di-handheld |
Dgn adanya tripod, kita tak perlu risau pasal gambar blur disebabkan shutter speed yg terlalu rendah.
And no no no and no, using flash won't help at all apabila anda mengambil gambar landscape di waktu malam. Jarak tembakan flash sangat pendek, mustahil bagi anda utk menerangkan subjek yg sangat besar dlm gambar landscape (contoh: bangunan).
Kalau takde tripod, pandai-pandai la pacak kamera tu atas batu ke bahu member ke, janji gambar tak blur.
Utk tip memilih dan membeli tripod, boleh baca artikel Memilih & Membeli Tripod
ND Grad Filter
Sgt penting dalam mengambil gambar yg separuh terang dan separuh gelap. Usually landscape lah, terang di bahagian langit dan gelap di bahagian bawah.
Kalau shoot mcm biasa, antara 2 hasil yg akan korang dpt:
- Exposure langit kacak, tapi bahagian bawah abis underexpose
- Exposure bahagian bawah hensem, tapi langit abis overexpose
Maka disinilah ND Grad Filter memainkan peranan dalam menyeimbangkan perbezaan exposure yg berlaku.
Boleh baca artikel Lens Filter utk maklumat lanjut.
CPL Filter
Sumber: focusnusantara |
Filter yg sgt efektif dlm mengurangkan kesan reflection serta menambah contrast oren/biru pada langit. Perhatikan detail pada dasar kolam lebih jelas dgn pengunaan filter CPL.
Boleh baca artikel Lens Filter utk maklumat lanjut.
ND Filter
Variable ND Filter Sumber: miyamondo |
Berbeza dgn ND Grad, ND Filter ni gelap keseluruhan. Kegunaan utama biasanya ialah utk mendapatkan bacaan shutter speed yg rendah pada keadaan cahaya yg cerah.
Again, boleh baca artikel Lens Filter utk maklumat lanjut.
Contoh gambar dgn penggunaan ND Filter:
Nikon D90 | Tokina 12-24mm F4 | B+W Big Stopper | 30" di waktu tengahari buta |
Behind the scene:
Apabila menggunakan filter Big Stopper, shutter speed 1/30 menjadi 30", mustahil utk kita handheld, maka tripod diperlukan |
Remote Shutter Release
Membolehkan anda menekan butang shutter tanpa menyentuh kamera, sekaligus mengelak daripada berlalu gegaran yg menyebabkan gambar jadik blur.
Remote shutter release utk kamera filem/analog |
Wireless remote shutter release utk kamera DSLR/moden |
Benda ni sgt berguna bila kita pakai BULB mode, sbb BULB memerlukan kita utk terus menekan butang shutter, dan tanpa remote, gambar kita for sure blur sbb jari kita confirm la menggigil masa tekannnn je butang shutter tu kan.
Ada mcm-mcm brand, drpd yg original kpd 3rd party sampailah kpd China brand - wired atau wireless, doesn't matter. Belilah mana-mana yg kena dgn bajet anda, janji compatible dgn model dan jenama kamera anda. Jangan g beli remote shutter release brand Canon utk pakai kat kamera Olympus, tu mmg carik penyakit la.
Sbg alternatif kpd mereka yg tidak mempunyai remote shutter release, korang boleh gunakan self timer dan make sure shutter speed tu bukan BULB. Dgn menggunakan self timer, korang memberi masa utk menghilangkan gegaran yg berlaku semasa menekan butang shutter.
Ok dah tu je. Artikel ni spesifik pada tools/accessories je. Of coz kita juga perlu mahirkan diri dgn exposure technique, mcm Sunny-16 Rule, MLU, termasuklah ilmu post processing dan sbgnya utk gambar yg lebih mantap, tapi tu korang buat bacaan sendiri la ye. Bacalah artikel-artikel bwh tajuk landscape kat page Jom Belajar III.
Semoga bermanfaat :)
Selamat Berpuasa.
Ejad Fotopoyo