Wednesday, November 16, 2011

Mirror Lockup


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Harini aku nak share 1 info yg seriously ramai pengguna SLR/DSLR tak tau, iaitu Mirror Lockup, atau singkatannya MLU (Mirror Lock Up).

Jgn kata function MLU, even mirror pun sure ramai tak tau mende kan?
Takpe, kat sini aku akan try explain seringkas dan sepadat mungkin. But still, nak info lebih, google la sendiri ye, jgn malas, cikgu tak suka.


APAKAH ITU MIRROR?

Dlm BM - cermin.
Dlm bahasa photography, juga membawa maksud cermin. Bila korang letak je mata kat viewfinder nak tangkap gambar, penglihatan korang adalah menerusi mirror sebenarnya.

Nak lebih faham, cabut lens tu drpd body, dan tgk dlm body kamera tu ada cermin mcm ni:




APA FUNGSI MIRROR?

"The SLR viewfinder shows the subject by using an image bounced off mirrors. With an SLR viewfinder, when you take the picture, the mirror moves out of the way to expose the sensor.
SLR viewfinders use a mirror to bounce light upward, where it then reflects off a series of surfaces until the final image appears through an optical window"


Dlm bahasa yg mudah, mirror ni berfungsi dlm memantulkan cahaya yg masuk dari luar menerusi lens terus ke viewfinder dan mata kita. Utk pemahaman yg lebih jelas, tgk gambar ni:

Sumber: http://www.dummies.com/how-to/content/deciding-on-a-digital-slr-camera-viewfinder0.html


Kronologinya, setiap kali kita mengambil gambar dgn menekan butang shutter, ini yg berlaku di dlm kamera:
  1. Mirror akan naik ke atas (flip up)
  2. Aperture akan menutup blade nya mengikut setting f yg telah kita tetapkan
  3. Shutter curtain/blind akan membuka mengikut speed yg telah kita tetapkan
  4. Filem/sensor digital akan terdedah kpd cahaya
  5. Shutter blind/curtain menutup
  6. Aperture blade terbuka
  7. Mirror turun semula (flip down)

Perasan tak apabila kita mengambil gambar, kamera akan mengeluarkan bunyi dan sedikit menendang.
Itulah dia kronologi no (1) dan (7), iaitu mirror flip up & down, atau dlm keadaan yg sedikit menendang itu, lebih popular digelar sbg "Mirror Slap"



MIRROR & SHARPNESS

Seperti yg kita tahu, vibration adalah pembunuh bg sharpness. Dgn sedikit vibration boleh menyebabkan gambar tidak sharp.

Dlm kes SLR/DSLR, doesn't matter APS-C ke Full Frame ke Medium Format ke, setiap kali kita mengambil gambar, mirror slap akan berlaku, dan mirror slap ini sebenarnya adalah berbentuk vibration.

Memanglah lepas kita snap, kita tgk gambar tu menerusi LCD atau komputer/laptop, kita nmpk sharp.

Dan kalau tak sharp pun, its normal bg kita utk re-check balik setting shutter speed, VR/IS dah active ke belum, tripod kukuh atau tidak dan sebagainya. Tapi jarang, in fact, takde sape yg berpendapat ketidak-sharp-an gambar itu mungkin juga berpunca drpd mirror slap yg berlaku dlm body camera.

So kalau kita boleh mengelakkan gegaran yg disebabkan oleh mirror slap ni, for sure gambar kita akan lebih sharp drpd yg sepatutnya.

Disinilah wujudnya function MLU yg memainkan peranan penting dlm memberi ke-sharpness-an yg kukuh pada gambar kita.


APAKAH ITU MLU?

MLU adalah 1 feature yg diwujudkan dlm SLR/DSLR yg membenarkan jurugambar mengurangkan risiko gegaran (vibration) semasa gambar diambil.

Ianya adalah feature di dalam body camera, bukan seperti VR/IS yg terdapat pada lensa.


BAGAIMANA MLU BERFUNGSI?

Mirror slap menyebabkan vibration, lalu menyebabkan gambar tak sharp.
So kalau kita boleh mengelakkan fenomena ini, gambar kita akan jadi lebih sharp.

With mirror lock-up the mirror (2) flips up towards (5) well before the shutter (3) opens.
As a result light no longer reaches the eyepiece (8).
  
"Mirror lock-up involves flipping the mirror up well before the shutter opens, allowing the vibrations to die down before exposing the film"

MLU membuatkan mirror flip up terlebih dahulu dlm suatu jangka masa, kemudian baru shutter curtain/blind dibuka dan cahaya masuk ke dlm filem/sensor digital.

Suatu jangka masa itu memberikan kita masa utk vibration yg disebabkan oleh "mirror flip up" tadi hilang.
So bila vibration dah hilang, barulah shutter curtain terbuka, gambar diambil dan ianya lebih sharp kerana diambil sesudah hilangnya vibration.


BAGAIMANA MENGGUNAKAN MLU?

Unfortunately, bukan setiap SLR/DSLR ada MLU.
Biasanya MLU hanya terdapat pd kamera yg semipro atau high end dan tidak terdapat pada body yg low end atau entry level.

Utk Canon, Nikon dan Sony, sila rujuk gambar di bwh:

MLU for Nikon

MLU for Canon

MLU for Sony

Berlainan dgn brand Pentax atau mungkin jenama lain yg tiada MLU, tetapi apabila Self Timer 2s diaktifkan, selepas shutter button ditekan, mirror akan flip up terlebih dahulu, dan selepas 2 saat baru shutter curtain dibuka.
In other words, itulah MLU.

Apapun jenama/model kamera yg korang pakai, sila rujuk user manual utk mengetahui kamera korang ada feature MLU atau tidak, dan bagaimana utk menggunakannya kalau ada.

Toksah nak semak comment kat sini tanya "Kamera saya 1000D ada Mirror Lockup tak?" atau "Saya guna D7000, mcm mana nak aktifkan MLU ye?", serius aku takkan layan.


BILA NAK GUNA MLU NI?

Biasanya digunakan oleh landscape dan macro photographer, yg mana kebanyakan mereka meletakkan kamera di atas tripod. Walaupun ada, namun jarang sekali MLU ini digunakan ketika handheld.

Secara umumnya:
  1. Letak kamera atas tripod
  2. Focus pada subjek
  3. Set metering (Spot/Center-weighted atau Evaluative/Matrix)
  4. Set ISO, shutter speed dan aperture
  5. Make sure subjek dah difokus seeloknya. Ini kerana apabila MLU diaktifkan, kita tidak lagi boleh melihat menerusi viewfinder
  6. Aktifkan MLU dan self timer
  7. Snap


SAMPEL GAMBAR

Personally aku pernah pakai MLU ni masa aku buat macro dan landscape shot bila kamera aku atas tripod, dan imej yg terhasil mmg sharp, cuma aku terlupa nak ambil gambar WITHOUT MLU so tak dpt nak compare ke-sharpness-an with/without MLU tu.

So aku letak contoh yg aku jumpa dari google je. Nanti dah ada aku letak gambar aku kat sini.

Boleh usha website ni utk tgk perbezaan with/without MLU: stockholmviews

Kalau nak tgk lebih, sila google sendiri.


MIRROR LOCKUP VS MIRROR UP

Hampir semua kamera DSLR ada Mirror Up, tetapi tak semua ada Mirror Lockup.

Apakah yg membezakan kedua-dua ni?

Mirror Up ialah general term bagi sebuah fungsi pada DSLR yg digunakan bagi meng-up-kan mirror dgn tujuan membersihkan sensor (biasanya sensor dibersihkan dgn blower).

Berlainan dgn Mirror Lockup yg digunakan bagi tujuan mengambil gambar.

So even tho nama diorang lebih kurang sama, fungsi diorang berbeza. Mirror Up yg utk bersihkan sensor tu sama sekali tidak boleh digunakan semasa mengambil gambar seperti fungsi Mirror Lockup.

Semoga artikel ringkas ni dpt memberi manfaat.

Ejad Fotopoyo

Sumber Rujukan | Bacaan Lanjut:
  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Mirror_lock-up 
  2. http://www.luminous-landscape.com/tutorials/understanding-series/mirror-lock.shtml 
  3. http://photo.net/learn/nature/mlu 
  4. http://www.stockholmviews.com/mup/mirror-up.html 
  5. http://www.cameralabs.com/reviews/Sony_Alpha_DSLR_A900/lens.shtml 
  6. http://markshangout.com/blog/2011/4/27/spyderlenscal-camera-focusing-target.html 
  7. http://monarchbfly.com/2007/08/16/dust_bunnies/ 

3 comments:

  1. ade gak baca psl MLU ni dlm digital mag ngan manual book, tp x amek port pon.... kekekekekeke

    ReplyDelete
  2. info yg dh lama aku tggu..aku suka bab teknikal pasal body & lens kamera selain dri teknik utk ambil gmbar

    ReplyDelete
  3. Setelah baca artikel ini saya jadi lebih tahu apa yang ada pada kamera DSLR saya, Terima kasih , salam hangat.

    ReplyDelete