Wednesday, April 27, 2011

TIPS - Gambar yg Melibatkan Langit/Awan/Matahari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini saya nak kongsi tentang bagaimana utk ambil gambar yg melibatkan keadaan langit yg biru, awan berkepul-kepul dan/atau melibatkan matahari.

  1. Shoot RAW to preserve details in Highlight & Shadow
    - khas bagi mereka yg sememangnya akan edit gambar ni later

  2. Kalau malas, shoot JPEG with slightly boosted saturation/vibrant, Contrast yg sederhana
    - khas bagi mereka yg bakal meng-edit secara minimal, atau tak edit langsung

  3. Exposure metering slightly underexpose
    - sedikit UE supaya kita dpt detail texture awan yg berkepul-kepul

  4. Matrix metering
    - metering yg sememangnya khas utk landscape. rujuk panduan penggunaan (manual user)

  5. Aperture starts with f/16 (Sunny-16 Rule)
    - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-9-sunny-16.html

  6. ISO between 100-400, the lower the better

  7. White Balance yg sesuai
    - AWB jika malas, biasanya akan jadi biru + oren
    - Daylight utk ungu + oren
    - Shade & Cloudy utk totally kuning/oren

  8. Horizontal yg straight

  9. Tripod digalakkan

  10. CPL filter kalau ada utk memekatkan warna biru/oren

  11. ND Grad Filter jika ada, utk menggelapkan bahagian langit dan mencerahkan bahagian bwh frame

  12. Kalau takde kedua-dua filter tu, takyah guna filter langsung, simpan je UV Filter tu

Mengenai point no 7, katakanlah anda sedang mengambil gambar sunset/sunrise.
Berikut adalah pilihan suhu (temperature) White Balance yg boleh anda pilih, ikut sedap mata memandang:


Auto White Balance (AWB) drpd kamera, 4600K

Auto WB Adjustment melalui Adobe LR, 4450K

Daylight, 5500K

Cloudy, 6500K

Shade, 7500K



Tips ini memang digunakan sepenuhnya oleh saya semasa mengambil gambar landscape khasnya.

Contoh gambar lain dari album Fotopoyo:

Pentax K20D | 1855
f/16 | 1/100s | ISO-100 (Sunny-16)


Pentax K20D | 1855
Cokin CPL + ND Filter
f/11 | 1/125s | ISO-100 | -0.7EV


Ini sekadar idea, bukan wajib utk anda ikuti tips ni. Sekurang-kurangnya anda dah tau serba sedikit cara/tips utk ambil gambar sunst/sunrise dan sbg nya.

So, selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 26, 2011

Composition | Color Contrast

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ni aku nak share 1 lg teknik komposisi, berkenaan color (warna plak).

Biasanya, utk menjadikan subjek dlm sesebuah gambar itu lebih menonjol, kita akan gunakan aperture besar dan focal length yg tinggi bagi membokehkan background/foreground. Contoh:


Tapi, selain itu, antara syarat utama nak kasi subjek nampak timbul, ia mestilah mempunyai warna yg kontra dgn background.

Kontra disini bermaksud berlawan, di mana subjek dan background mempunyai warna yg berlawanan, atau berlainan.

Kalau subjek dan background sama kaler, tiada contrast, ia takkan dapat ditonjolkan dgn lebih kacak.

Contoh, gambar yg kurang menonjol sbb background sama kaler dgn subjek:

Subjek dan background sama hijau, menyebabkan ia kurang menyerlah

Gambar kat atas ni komposisi dah ikut Rule of Thirds, tapi kantoi tang kaler. Bila warna subjek sama dgn background, maka ia gagal utk ditonjolkan sepenuhnya.

Maka, walaupun lens kita mampu menghasilkan bokeh yg kacak, better jugak utk kita tonjolkan lagi subjek dgn mempunyai kaler yg kontra dgn background, seperti gambar-gambar di bawah:










Kalau gambar yg korang nak amek tu still life yg kecik, mcm bunga ke, serangga ke, korang boleh gunakan reflector yg ada tu utk dijadikan sebagai background, tak kisah la nak pakai kaler putih  ke hitam ke gold ke, janji contra dgn background. Boleh google "How to use reflector as a background".

So, akhir kata, sebelum menekan butang shutter tu, ce pertimbangkan background di belakang subjek dan make sure mereka tidak berkongsi kaler yg sama.

Semoga bermanfaat.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

Wednesday, April 20, 2011

The Moony-11 Rule



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selain Sunny-16 Rule yg diaplikasikan utk mengambil gambar berkaitan langit dan matahari, terdapat satu teknik lain yg khas utk mengambil gambar bulan.

Sure, anda boleh saja setkan kamera atas tripod, pasang lens panjang, set bacaan exposure sampai bacaan metering menunjukkan 0, kemudian ambil gambar bulan tersebut.

In the end, adakah gambar yg anda ambil itu gambar bulan? Ataupun ianya sekadar bulat putih kosong?

Semasa mengambil gambar bulan, kita tak boleh percaya sepenuhnya pd metering exposure kamera kita.

Salah 1 sebabnya ialah jarak bulan dgn kita yg terlalu jauh, yg mana kamera tak dpt mengambil bacaan cahaya dgn tepat.

So, itulah gunanya The Moony-11 Rule.
Seperti Sunny-16 yg menggunakan aperture f/16, Moony-11 rule menggunakan aperture f/11.
Then, seperti juga Sunny-16, bacaan shutter speed adalah sama (atau hampir sama) dgn ISO.

Senang cerita, tgk je gambar dan EXIF di bwh:
  • Kamera/lens: Pentax K20D & Pentax FA 100-300mm F4.7-5.8
  • Tarikh/Masa: 17 April 2011, sekitar 7PM - 2AM
  • Handheld, tiada tripod





Nmpk tak, kesemua menggunakan aperture f/11, dan bacaan shutter speed seakan-akan sama atau hampir sama dgn ISO.

Ada guide lain utk setting aperture:
  • Full moon: f/11
  • Half moon: f/8
  • Bulan sabit: f/5.6

But of course setting boleh diubah-ubah. Kadang-kadang gambar still jadi gelap sbb ada awan cover bulan. Kadang-kadang terang sgt. But at least Moony-11 Rule ni bg kita guide utk start shoot mcm mana.
Kalau terang/gelap sgt, back to basic - adjust lah shutter speed/aperture/iso.

Dari segi tools/equipments plak, senang cerita pakailah lens telephoto, iaitu yg mempunyai angka focal length yg tinggi, sebab bulan ni jauh. Contoh mcm lens 70-200 ke, 70-300 ke, 55-250 ke, 18-200 ke.

Katakan korang takde lens panjang camni, nak shoot pakai kitlens, atau 50mm, atau apa-apa lens pendek. Boleh jewwww.. Pastu korang crop la kaw-kaw. Of coz la hasil takkan dpt mcm bila shoot pakai lens telephoto, but at least ada la drpd takde langsung.

Kalau korang takde DSLR, nak shoot pakai compact, boleh tu mmg boleh tp sgt susah la nak dpt exposure yg elok, sbb kamera korang tu auto exposure, jadi hasil yg korang dpt biasanya mesti bulat putih kosong je.

Ni contoh gambar bulan aku shoot pakai lens 35-70mm, pastu crop kaw-kaw guna Adobe LR:

Supermoon | 23 Jun 2013 | 15 Syaban 1434H
Pentax K-r & SMC Pentax-A Zoom 35-70mm F4

Senang je kan?

Selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 12, 2011

Composition | Rule of Thirds for Landscape

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pengunjung sekalian.

Hari ni nak story benda yg sgt ringkas, iaitu komposisi utk foto permandangan (landscape).

Suatu foto landscape dikatakan lemah jika komposisinya 50-50 seperti begini:



Dlm landscape photography, biasanya ia melibatkan 2 kawasan yg ingin ditonjolkan, iaitu langit (atas) dan tanah (bawah).

So mengikut Rule of Third, pemilihan mesti dibuat, sama ada kita nak menangkan langit (atas) atau tanah (bawah).

Jika kita nak menangkan langit, maka langit perlulah meliputi 2/3 frame, bakinya 1/3 adalah utk tanah.



Manakala jika kita nak menangkan tanah/air/laut, maka ia perlulah meliputi 2/3 frame, bakinya 1/3 adalah utk langit.



Atau, kadang-kadang kita nak tonjolkan kedua-dua elemen, so tak salah pun ekceli utk kita split-kan 1/2 utk langit dan 1/2 utk tanah/air. Masing-masing punya citarasa kan? Teknik ni hanya guide je.

Dan dlm masa yg sama, selain mempertimbangkan 1/3 dan 2/3 bahagian utk langit dan tanah/laut, kita juga boleh mempertimbangkan teknik Rule of Thirds yg asal, iaitu meletakkan subjek utama pd kedudukan yg sedikit kiri atau kanan.

Contoh boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah:

1/3 air, 2/3 langit, Masjid Besi di kedudukan kiri RO3
1/2 air, 1/2 langit, jambatan di kedudukan kiri RO3
1/3 tanah, 2/3 langit, sampan di kedudukan kiri RO3
2/ tanah, 1/3 langit, tiada subjek khusus melainkan elemen-elemen yg ada di atas tanah

Simple jek kan? Yg mana kita nak tonjolkan lebih tu, kita biarkan dia memenuhi 2/3 frame, atau senang cerita, lebih drpd separuh (1/2) frame lah.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 5, 2011

BENGKEL - Creative Photography UKM Bangi

5 April 2011 - Aku dijemput utk jadi penceramah Bengkel Asas Fotografi &
Sesi Soal Jawab Ringkas di DECTAR, UKM Bangi.


Antara wajah-wajah peserta


Ratusan gambar hasil kerja pelajar dari pelbagai fakulti dipertaruhkan.


Paksu (fb: Paksu Manual) juga dijemput dan dilantik sbg Ketua Juri bg mengadili
gambar-gambar yg dipertandingkan.


AJK sedang mengira markah dgn gigihnya!



Tak larat nak upload semua, apa pun tahniah buat semua pemenang!


Bergambar bersama AJK.
PS - nmpk tak siapa yg paling kacak dlm gambar tu? Itu la aku ^^



Done for the day. Agak penat la bebel kat depan td psl photography. Apa pun puas hati sbb agak ramai yg menunjukkan minat dlm hobi yg best ni.

Majulah photography utk negara!

Ejad Fotopoyo

GALERI - Sunset Bangi 4 April 2011