Friday, January 7, 2011

Composition | Rule of Thirds

Assalamualaikum buat pembaca sekalian.

Biasanya apabila mengambil gambar, kita akan meletakkan subjek di tengah-tengah frame, kan?

Tetapi melalui Rule of Third, atau singkatannya RO3, kita akan dapati sesetengah gambar akan kelihatan lebih menarik jika diletakkan pada kedudukan yg mengikut teknik RO3.


APA ITU RO3?

Ia adalah salah satu teknik komposisi, iaitu teknik kita merakamkan foto kita dlm framing.


TEKNIK YG BAGAIMANA?

Bayangkan frame foto anda yg berbentuk segiempat itu dilukiskan garisan dan dibahagikan kpd 3x3 bahagian, yg mana akhirnya akan menghasilkan 9 kotak kecil yg sama saiznya:

Sumber: desktop-documentaries 

Terdapat sesetengah kamera digital dan DSLR yg menunjukkan imej begini dlm viewfinder. Boleh rujuk user manual atau google "how to enable grid display in "

Kemudian, berpandukan garisan yg ada itu, RO3 merujuk kpd teknik di mana kita meletakkan subjek di atas mana-mana garisan tersebut, berpandukan titik pertemuan sbg panduan. Ideanya ialah, kita meletakkan subjek atau point of interest pada titik pertemuan tersebut.

Sumber: emptyeasel 


KENAPA NAK PAKAI TEKNIK RO3?

Imagine this - kita pergi melawat Masjid Kristal. Ummm aku takde contoh gambar kat Masjid Kristal so aku just illustrate pada korang guna lukisan eh.

Biasanya kita akan amek gambar yg kita ni duk tengah-tengah kan? Mcm ni la lebih kurang:


Ok nampak tak sekarang ni bila korang posisikan subjek di tengah, dia dah mengganggu masjid tu?

So apa yg patut kita bikin ialah, dgn teknik RO3, kita kasi gerak sikit itu subjek ke kanan atau ke kiri, kemudian ruang yg balance tu kita isi dgn masjid, mcm ni:


So senang cerita, teknik RO3 membenarkan kita utk menonjolkan lagi elemen yg ada pada background utk dikaitkan dgn subjek.


WAJIB KE PAKAI TEKNIK RO3 NI?

Nope. 

Tidak wajib, tidak sunat, tidak juga makruh. 

Ia adalah salah 1 drpd beratus teknik komposisi yg wujud dalam dunia seni, so anda boleh apply, atau tidak perlu apply pada gambar anda. Terpulang. Kerana bukan semua gambar itu akan jadi cantik dgn RO3. Ada subjek yg lebih cantik jika ditengah, atau di atas, atau di mana-mana yg sesuai dgn penceritaan gambar tersebut.

Tapi bagi korang yg masih belajar dan 1st time dengar psl teknik ni, apa kata lepas ni setiap kali amek gambar, instead of meletakkan subjek di tengah-tengah frame, korang ikut teknik RO3 ni dan letakkan subjek di kiri atau kanan frame, dan perhatikan sendiri hasil gambar tu, adakah ia lebih kacak drpd yg di tengah-tengah, atau sebaliknya?

Sebagai penutup, aku share sikit beberapa gambar yg diambil dgn teknik RO3:











Maka dgn itu, sekian dulu artikel mengenai Rule of Thrids ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

23 comments:

  1. aku suka topik neh,sbelum neh aku men tangkap je gamba2 neh,br tau ape tu RO3..heheh

    ReplyDelete
  2. saya lebih suka mentelaah mengenai fotografi melalui buku & majalah bukan kerana tidak percaya pada kursus yang mahal tapi kerana bila sesi soaljawab biasanya tiada jawapan yang menepati. sedikit kecewa walaupun ini cuma salahsatu hobi saya. secara praktikal saya lakukan sendiri berdasarkan apa yang dibaca dan idea dari perkongsian pendapat kekawan sealiran.

    bila terjumpa blog ejad ni saya terkejut kerana ada juga insan yang sanggup berkongsi pengetahuan untuk mereka yang berminat dalam bidang ini. SYABAS

    ReplyDelete
  3. azhar:
    kemungkinan fasilitator tu tak tau mcm mane nk jwb kot.. hehe..
    thanks sbb sudi singgah. byk lg tips yg saya kongsi di dlm blog ni. sudi-sudi lah baca ye :)

    ReplyDelete
  4. trimas ejad. saya suruh anak saya baca blog u ni sebab minat sama ngan saya. easy to understand.

    ReplyDelete
  5. ejad..grid view ni ade ke x settingnye untuk D3100..puas sy cr..tp x jmpe2 jgak smpi skang..mohon bantuan dan informasi..

    ReplyDelete
  6. Khairul:
    biasanya mesti ada. buka manual (panduan penggunaan) dan cari

    ReplyDelete
  7. ooo itu ro3 sbnrnye...mmg sblum ni sy ade gak shot gmbar spt contoh diatas..tp xtaulah plak ia dinamakan ro3..tp,gmbar sbgini smmgnye cantek n ade sesuatu yg nk d sampaikan..

    ReplyDelete
  8. nk tanye sikit la.. bila menggunakan RO3 ni.. subjek tu mesti berada kat garisan yang bertembung kan? ok katakanlah amik gambar orang.. Ape yang harus berada kat garisan yang bertembung 2? mata die ke? idung die ke? maap klo banyak bertanye

    ReplyDelete
  9. if close up portrait, amalkan utk meletakkan mata pd position RO3.. kalo wide shot, as long as subjek berada pd kedudukan RO3, tu kira ok lah

    ReplyDelete
  10. mksudnya kita letakkan subjek atas titik yg dinyatakan tadi la???titik tuh sbg titik tgh utk subjek?mcm tuh ke bro..maaf saya baru balajr...

    ReplyDelete
  11. iye.. tgk je sampel gmba tu.. xpun google jek Rule of Third, tgk gmba2 yg ade

    ReplyDelete
  12. wah...tmpat yg bgus utk bljar...bru tau mksud RO3 hr ni...

    ReplyDelete
  13. aku suka gila blog ni...thanks to tuan blog.. ^^

    ReplyDelete
  14. terbaekkkkkkkk ejad

    ReplyDelete
  15. thanks for sharing. lagi paham bace RO3 kt blog nie..

    ReplyDelete
  16. bro ejad.. nk tny.. utk composition.. selaen Ro3 ape lagi ek..

    ReplyDelete
  17. salam ejad? gmbaq² kat ats ni, pkai lens apa? tngok dia punya bokeh, brkrim btol :)

    (AKUpembeligameVITA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. haaa mcm2 lens ade. tp yg bokeh kuajaq sungguh tu lens Samyang 35mm F1.4 hehe

      Delete
  18. syukran tuan... mmg bermanfaat betul....

    ReplyDelete
  19. salam tuan ejad saya banyak belajar photography dri blog ni dri zaman saya sekolah 2010 sampai kini..saya nak tanya tuan tentang teknik break the rule dekat tuan boleh tuan share skit tips dia??

    ReplyDelete