Sunday, July 31, 2011

GALERI - HDR Fotopoyo

Gears: Pentax K20D & 18-55mm, Manfrotto tripod, wireless remote shutter
Filters: Cokin ND & CPL
Teknik: Bracketing 5 exposures with 1.3EV steps, DNG RAW file
Post Processing: Photomatix & Adobe Lightroom

Kritikan pada diri sendiri:
  • Masih belajar Tone Mapping yg pelik - tak paham kenapa Preview dan End Result tak sama langsung hasilnya =.='
  • So byk edit naturally guna Adobe LR, lebih senang, dpt color yg natural
  • Post processing yg sgt memakan masa. Plus 1 file DNG bersaiz 22MB, so bracketing 5 exposures means 1 gambar dah sampai 100MB, makan space
  • Sharpness Issue: dah tarik sharpness 100%, tgk kat PC sharp, masuk fesbuk jadik soft
  • Ramai komen gambar aku bukan HDR sbb awan tak cukup mendung dan warna tak cukup pekat. Diorg ni tau ke tak HDR tu apa? Ngeh~

Kesimpulan:
Naik motor dgn membawa segala sampah masyarakat yg dah di list kan kat atas tu, aku simpulkan yg HDR ni menyusahkan.
So buat masa ni, takde rasa minat nak teruskan dlm genre HDR ni, plus aku mmg tak pandai sgt edit HDR pelik-pelik ni.
Might as well jadi landscape photographer yg penuh dgn filters, tanak bazir masa sgt kat post processing.

In case sesiapa pembaca kat sini tak tau istilah HDR dan Bracketing, boleh rujuk artikel ni:
Mari Belajar Bracketing & HDR

PS - gambar takla lawa mana pun. kritiklah sesedap oren, apedehal~




Thursday, July 28, 2011

Art of Seeing: Sunset & Sunrise


"The question is not what you look at but what you see."
Henry David Thoreau


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Inspired by this article: How to Shoot Sunset & Sunrise, aku gagahkan diri menaip artikel ini, ikhlas buat anda semua.

Sunset dan sunrise - antara 2 peristiwa semulajadi yg tak pernah membuat kita jemu melihatnya.
Dan sbg kenangan, kita biasa mengabadikan peristiwa tu ke dlm lensa kamera kita.

So bila kita tgk sunset/sunrise, kita pun keluarkan kamera, point pd langit dan snap.

Dan kita pun akan dpt gambar yg sebegini misalnya:

Lokasi: Tanjung Agas, Muar

atau kadang-kadang, even matahari dah hilang dari pandangan, kita snap gambar langit yg kacak mcm ni:

Lokasi: Monumen, Putrajaya (sebelah Masjid Besi)


Kita sbg org yg mengambil gambar berpuas hati dgn hasil gambar mcm ni, kerana kecantikan peristiwa ni sendiri dah buat kita terpukau. Subhanallah.

Namum, perasan tak, semua orang, diulangi, SEMUA org boleh ambil gambar mcm ni.

Mksd aku: just simply snapshot mcm ni, kita bwk budak kecik pergi tepi pantai, bg dia kamera suruh dia shoot gambar sunset, dia akan dpt gambar yg mcm ni jugak.
Senget ke tak lawa tu blkg cerita lah, tp gambar yg dia tgkp akan sama je mcm kat atas - ada langit, awan, matahari, tanah/pasir sikit, siap!

Bukanlah nak kata gambar mcm kat atas tu salah ke apa ke, walaupun bg org biasa, gambar tu cantik, tapi ia terlalu biasa dan common. Semua org boleh snap gambar mcm tu.

Apa perasaan kita bila kita tunjuk gambar yg kita ambil guna DSLR pd kwn, dia ckp "Sama je mcm gambar handset aku", mesti sentaphatimaknak kan?

Sampai je kat lokasi (pantai misalnya), jgn just simply mengadap matahari/langit dan snap. Mcm tu "semua org" boleh buat.

Kita tanak jadi jd dlm golongan "semua org", kita ada kamera kita sendiri, kita unik, lain org lain style. So utk jadi photographer yg lebih hebat, kita mestilah hasilkan gambar yg berlainan dgn "semua org".

Jgn simply terikat dgn teori dan rule, especially yg boleh menghalang kita menjadi lebih kreatif.

So what should we do? Tengok keliling, 360 darjah, apa elemen yg boleh kita masukkan dlm frame, supaya gambar sunset/sunrise kita tak mcm gambar "semua org".

Bila kita nmpk 1 subjek menarik utk kita ambil gambar, try tanya soalan ni pd diri sendiri sebelum kita snap:
  • Kalau aku shoot dari sini, agak-agak cantik ke?
  • Tapi, kalau dari sini pun mcm cun.
  • Low/high angle mcm menarik
  • Nak bokeh ke tanak eh?
  • Eh, kalau aku shoot dari blkg sana pun kacak kot
  • Ada photographer kat sana nak shoot jugak. Agak-agak kalau aku pun kat sana, mcm mana hasil gambar aku?

Dgn adanya soalan-soalan sebegini, kita akan mula mencari angle, composition, element atau apa-apa yg boleh dilibatkan dlm frame gambar kita, supaya ia tak jadi gambar yg "semua org" snap.

Dlm genre sunset dan sunrise, gambar anda akan tampak lebih macho dan kreatif jika anda mengambilnya sebegini:


SILHOUETTE

Utk mereka yg tak penah donga psl selulit, bole baca artikel Silhouette.

Kat pantai tu for sure ramai org kan, ada pokok kelapa, kanak-kanak main layang-layang. Sumbat je diorg dlm frame.

Hasilnya?

Lokasi: Tanjung Agas, Muar

Lokasi: Port Dickson

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam


Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Sumber: Jasmina Majit
Lokasi: UNIMAS Sarawak


Lokasi: Monumen Putrajay (sebelah Masjid Besi)


MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR

Tgk matahari direct ni bikin mata pedih. So sometimes masa kita berlindung drpd sinaran yg terik tu, boleh je snap gambar mcm ni:

Lokasi: Tasik Shah Alam

Lokasi: Tasik Shah Alam

Lokasi: Tasik Shah Alam


Lokasi: Monumen, Putrajaya (sebelah Masjid Besi)



Lokasi: Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam



BULAT ITU COMEL


Susah nak dpt, tp kdg-kdg matahari tu akan muncul bulat penuh.
Jumpa je moment ni, SNAP! (tapi jaga mata anda)

*utk hasil yg lebih baik, gunakan ND Filter

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi


ASAL BOLEH

Asal boleh, belasah je. Sumbat je apa-apa elemen yg ada masuk sekali dlm frame.
Janji nmpk cun dan lain drpd yg lain.

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Tasik Shah Alam


STORY-MORRY

Silhoutte + moment / story = kacak beb!

Sumber: Wan Nurul Azreena (bakal adik ipar)
Lokasi: Port Dickson

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Sipitang Esplanade, Sabah

Sumber: Raihanah Abdullah
Lokasi: Krabi Island



REFLECTION

Time air tgh tenang tu, shoot! Lepas tu edit kasi soft skit, masyuk~

Lokasi: Bagan Lalang, Sepang

Sumber: Ahmad Izham Janggut

Lokasi: Tasik Shah Alam



RAY OF LIGHT

Satu lg moment yg sgt kacak selain drpd matahari muncul membulat.

Ray of light ni terjadi bila matahari malu-malu tapir dgn kita, sembunyi blkg atau celahan awan, bajet kita tak nmpk la konon.

Jumpa moment ni, kalau takut terlepas, takyah manual-manual dah, guna AUTO atau P, snap! Kalau tu pun lmbt, guna je enset.

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Sumber: Zahirmd Rock
Lokasi: Sipitang Esplanade, Sabah

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi

Lokasi: Kolej Pendeta Zaba, UKM Bangi


SUNSTARS

Dgn penggunaan aperture yg kecil dan framing yg meletakkan kedudukan matahari di celahan sumthing, maka anda akan menghasilkan gambar sunstar. Utk bacaan lanjut boleh baca artikel Aperture & Sunstars.






===============================================================

Ok, byk lg style lain sebenarnya, bergantung kpd faktor tmpt, elemen bla bla bla.

Tapi faktor paling penting - KREATIVITI.

Tak guna pergi tmpt terindah dunia tp shoot gambar yg common semua org buat.

Lg 1, kreativiti ni takleh atau susah nak diajar. Ia totally bergantung kpd cara kita melihat.

Tu sbb omputih ckp "Think out of the box".

Jgn pandang benda tu straight forward sgt, tapi cuba jugak pandang mcm mana org lain pandang. Nak lagi bagus, cuba pandang mcm mana org lain belum pandang.

Jgn pulak datang dgn alasan "Lens aku tak power", "Aku budak baru" dan sbg nya.

Jgn biarkan tools melimitkan kerja kita. Majority gambar sunset yg aku ambil ni semua dgn kitlens, tak perlu pun guna lens hebat mcm Tokina 11-16mm ke, 12-24mm ke.

Guna gadget power tak bermakna kreatif.
Sometimes org yg shoot guna handset tu gambar diorang lebih WOW drpd DSLR.
WOW bukan sbb lawa ke tak lawa, tapi dari segi penceritaannya.

So sama-samalah kita meningkatkan kreativiti dgn memperbanyakkan latihan dan memikir luar dari kotak.
At first ye lah, kita ikut teori dan rules. Once kita dah tau dan master semua tu, kita keluar dari kepompong, insya Allah akan lebih kreatif drpd sebelumnya.

Jutaan terima kasih bg penyumbang gambar di atas. Gambar-gambar anda diletakkan juga watermark EJAD atas sebab tanak kasi orang plagiat. Semoga anda dirahmati :)
  • Zahirmd Rock
  • Jasmina Majit
  • Wan Nurul Azreena
  • Raihanah Abdullah
  • Ahmad Izham Janggut
  • Ise Punye

Btw, extra reading utk mereka yg suka shoot sunset/sunrise/landscape:

Semoga nota ini memberi manfaat buat kita semua.

Salam

Ejad Fotopoyo

Wednesday, July 27, 2011

The Best Lens Ever :)


Katalah apa korang nak kata. It's the best lens ever.

Photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn lens mahal akan dipuji kerana gadjetnya,
tapi photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn kitlens akan dipuji kerana skillnya.

Saya sayang kitlens saya. Anda bagaimana?

INFO - Pinhole Camera

Sumber: http://www.discoverthis.com/pinhole-camera.html

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Aku terbangun tidur pukul 4 pg ni, nak kencing. Lps tu boleh pulak mata ni segar bugar. Ngek!

Try-try tidur mmg tak boleh. Perut dah mintak Breakfast Set McD.
Aish, better do some writing lah ini mcm.



PINHOLE CAMERA

Setiap kamera, baik handset, SLR/DSLR etc etc memerlukan body dan lens bersama-sama utk mengambil gambar, kerana asas ilmu cahaya itu ada 3 - shutter speed, ISO dan aperture, di mana shutter speed terletak pd body, ISO pd filem/sensor, dan aperture pd lens.

Tanpa lens, tiada aperture, so proses pengambilan exposure akan jadi tak lengkap, maka tiadalah gambar.

Tetapi bg Pinhole Camera, ia merupakan sejenis kamera simple TANPA lens, tetapi ada aperture.

Contoh gambar dan link. Cool beb! Pakai brg recycle jek.

Sumber: http://collect3d.com/news/cap-pinhole-camera/


Takde lens kan?

Tapi perasan tak ada lubang kecil kat situ?
Itulah PINHOLE.

Rujuk semula nota aperture: MARI BELAJAR APERTURE

Aperture blade di dlm lens akan membuka/menutup mengikut setting nilai aperture F.
Jika nilai f itu kecil, contoh f/1.8, means bukaan blade itu besar.
Jika nilai f itu besar, contoh f/22, means bukaan blade itu kecil.

Keyword penting disini - bukaan.

Walaupun tiada lens, kita masih boleh mencipta aperture dgn mencipta bukaan.
Lubang pin itu bertindak sbg aperture sebenarnya.

Kenapa terlalu kecil lubang tu?

Up to certain point, dikatakan semakin kecil lubang, imej akan jadi semakin sharp.

Teori ini sama shj dgn penggunaan aperture - semakin kecil aperture, semakin sharp imej.
That's why imej pd f/8 lebih sharp drpd f/4 misalnya.

Still, teori ini ada limit. Pd aperture terkecil dlm sesebuah lens (biasanya f/16, f/22 atau f/32), akan berlakunya diffraction serta vignetting, kerana saiz bukaan yg terlalu kecil.

So gambar pd aperture f/22 misalnya mmg tak sharp. Dia bukanlah blur, cuma tak se-sharp mcm kita guna aperture f/8. Lepas tu dgn vignette lg. Kalau ikutkan, dah la tak sharp, vignette lagi, tak lawa lah!

Subjective pd mata yg melihat.

Ramai yg suka dgn hasil pinhole camera kerana karakter yg tak sharp dan vignette tu.
Yelah, semua org boleh ambil gambar sharp, biarlah aku ambil yg tak sharp.
Vignette pulak nak kena edit, malas. Nak yg dah siap terus.

Sbb tu kamera pinhole, walaupun dgn imej yg tak sharp serta vignette terlampau, masih laku terjual di pasaran, sebab hasilnya merupakan 1 kesenian bg sesetengah org.

Utk sampel foto, google image "pinhole" dan mcm-mcm gambar yg anda akan jumpa!


MANA MAU BELI INI PINHOLE?

Aik, lps google image, terus kena racun? Hahahahaha.

Ok, ada beberapa pilihan.


1) Pinhole Film Camera

LOMO ada jual beberapa model kamera pinhole. Boleh rujuk sini:
http://asia.shop.lomography.com/cameras/pinhole-cameras



Utk beli pulak, jika anda ke KLCC, ada 1 kedai, tp aku tak ingat la pulak kat mana.

Kalau nak beli online, boleh usha group ni kat facebook, diorg ni kaki filem. LIKE dan deal lah dgn admin sana:
  1. Filmholic
  2. ROFLCAM


2) PINHOLE pd DSLR

Tanak main filem? Ada DSLR? Boleh saja!

Perasan tak kat body camera korang tu, ada body cap? Yg mana kalau tak pasang lens, kita pasang body cap tu utk lindungi dalaman body drpd kemasukan habuk.

Terdapat body cap sebegitu terjual di pasaran, yg dah di-pinhole-kan. Try search keyword "pinhole" kat website mudah.my, kalau tak silap dlm RM50-RM60.


Fungsi dia sama mcm body cap - cabut lens, pasang body cap yg dah di-pinhole-kan tu, dah siap! But make sure korang beli ikut jenama kamera. Jgnlah pakai Nikon tapi beli body cap Canon, sampai kiamat la takleh pasang.


3) TAKDE DUIT LA...

Modal RM50-RM60 je bang kalau beli body cap tu.
Tapi kalau betul la takde duit dan berminat sgt nak try, sini aku sediakan alternatif:

Tau sugar paper? Kertas hitam yg kita selalu beli time skola dulu nak cover papan kenyataan la, nak buat hiasan la, nak balut hadiah la.


Beli sugar paper, hitam taw! Jgn gatal pergi beli yg pink pulak.
Potong cantik sikit supaya dia cover lubang kat body camera, tebuk lubang kecil/besar ikut sukati anda, tampal pd body, siap!

Make sure tampal tu elok-elok, kita taknak bg cahaya masuk dari celah-celahan. Kasi soletep keliling paper tu ke body pun ok.

Modal? Entah, confirm la tak sampai RM5 pun. Bukan mahal mana sugar paper.

Guna jenis yg tebal sikit lagi bagus, sebab keras, mcm kotak ke, janji hitam.

Leceh DIY ni?
Nak jimat lagi? G pinjam drpd kawan.
Segan? Ah lantak kau lah.

So bg yg berminat, bolehlah cuba.
Aku sarankan korang guna alternatif sugar paper tu, sbb takut la kalau-kalau shoot, tak suka hasil pinhole dan korang tanak main dah, takla keluar byk modal sgt kan?

1 lg alternatif jimat habis, buat sebijik pinhole camera guna kotak ubat gigi
PhotoMalaysia: another DIY pinhole camera

Dan 1 lagi, modify body cap yg dah sedia ada:
http://www.pixiq.com/article/diy-pinhole-for-dslr


Anyway, ada beberapa pesanan sikit utk yg nak try:
  • Exposure setting - ini mcm biasa, cuma kat setting aperture tu takde nombor pape lah, sbb takde lens, so tak perlu usik.
    Utk kes Nikon, akan tunjuk F--. Utk brand lain tak pasti. Rujuk user manual.
    Dan ada sesetengah kamera yg tak membenarkan butang shutter ditekan kalau takde lens dipasang. So better check dulu.

  • Disebabkan bukaan pinhole tu kecik, maka shutter speed yg rendah serta ISO yg tinggi itu kritikal utk dpt exposure yg cantik. ISO800-1600 tu kdg-kdg normal dlm situasi ni, so try outdoor dulu. Kalau ok, baru shoot indoor, guna ISO tinggi sikit.

  • Hasil mmg tak sharp, jgn nak komplen pape dah. Dah bgtau drpd awal artikel ni. If you are a pixel peeper, pinhole bukanlah utk anda.
    Jika dikaji dgn lebih dlm, pinhole pd kamera filem atau Full Frame DSLR lebih sharp drpd body APS-C. Ini disebabkan oleh saiz sensor yg lebih besar pd full frame dpt menangkap lebih byk detail berbanding APS-C.

  • Jarak kita dgn subjek kena jaga supaya jgn terlalu dekat.

  • Jika DIY, try bereksperimen dgn pelbagai saiz lubang utk dpt result yg berlainan.

  • Finally, DIY atas risiko sendiri. Aku tak bertanggungjawab kalau la tiba-tiba kamera korang rosak ke terjatuh ke calar ke apa kan. Hehe.

So bg yg ada masa lapang tu, try lah.

Selamat ber PINHOLE!

Ejad Fotopoyo


Sumber Rujukan:

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Pinhole_camera
  2. http://www.pixiq.com/article/diy-pinhole-for-dslr
  3. http://www.lomography.com/

Monday, July 25, 2011

Transformers 3: Dark of The Moon



Salam.

Terasa mcm nak kritik filem plak dlm artikel kali ni.

Semalam aku baru tengok cerita Transformers 3: Dark of The Moon kat Jusco Bukit Raja.

Cerita ni dah dekat sebulan kat wayang, tapi still ramai giler tgk. Kira mmg gempak giler la kononnya.

Ni antara kritikan + komen + pujian yg dpt aku bg utk cerita ni:


1) Plot awal bersepah


Introduction psl US dan Russia yg berlumba-lumba nak ke bulan tu complicated, byk sgt politik.
Tambah dgn lps tu komplot assassination pd krew NASA yg terlibat, rahsiakan itu ini.
Kesian kat kanak-kanak yg tengok, tak faham apa.

Plus, masa zaman Neil Armstrong tu, dia campur-campur scene dgn sgt terabur, kejap kaler vintage, kejap kaler baru. Confuse yg mana flashback dgn yg mana current.


2) Ayat Eps yg sempoi

"Why Decepticons always get a good shit??"

Betul jugak, drpd Transformers 1 sampai la 3 ni, semua model Decepticons stok model perang - kereta kebal, jet pejuang. Autobots semua kereta lumba jek.


3) Heroin kaku

Seksi je lebih, berlakon kayu habis. Megan Fox gak kacak!


4) Panjang sangat

Lenguh duduk dlm panggung tunggu cerita habis.
Budak-budak pun dah boring, memekak melalak sana sini.


5) Megatron sgt cool!

Lps dia transform jadi robot drpd lori kat padang pasir, dia terus sarung hood kat kepala. Nmpk mcm Prince of Persia pun ada!


6) Spaceship?

Selama ni robot semua terbang bebas ikut sukati ayahanda je pergi planet mana-mana, tiba-tiba dlm episod ni kena naik spaceship plak. Apakah?


7) Scene Sam kekal dlm Bumblebee

Ini sgt cool! Tercampak keluar masa transform jadi robot, tau-tau dah ada kat seat balik.


8) Treler Optimus Prime

Mmg aku tunggu barang tu drpd episod 1. Aku tau ada mcm-mcm dlm tu. Sempoilah.


9) Simmon ex-Sector 7

Kalau takde mangkuk ni, mmg tak hidup la cerita ni. Giler lawak, especially part yg dia pergi jumpa Russian VIPs kat kelab tu. Hahahaha.

Tapi pelik, dia ada kena campak dgn Decepticons drpd dlm kereta ke jalan raya masa tgh high speed pursuit, tp patah kaki je.


10) Action scenes

Sgt banyak, fight sana sini. Puas hati! Tapi kesian kat Graphic Editor nak edit kasi detail habis struktur robot dan bangunan yg dah pecah hancur tu. Hehe.


11) Twin dah takde :(

Ingat lagi episod 2, ada robot twin: Mudflap dan Skids. Diorang mmg lawak habis.
Tapi dah takde dlm 3 ni, digantikan dgn watak baru 2 robot kecik tu, but still lawak la.


12) Scene sedih
  • Ironhide mati
  • Farewell scene masa Autobots kena halau keluar bumi
  • Bumblebee nyaris mati masa jadi tawanan


13) Decepticons rupa Predator

Masa fight scene kat tgh simpang, 2 Autobots lawan 2 Decepticons, yg Decepticons tu design Predator, macho wey!


14) We are Republican

Statement sempoi utk mereka yg bangga dgn Obama :D


15) Autowash

Masa jadi robot kotor calar sana sini, tukar jek jadi kereta berkilat habis!

Sama jugak dgn heroin tuh, lari sana sini baju tak kotor langsung. Lari dgn high heel lagi.


16) Flight Suit yg ohsem!

Pakai suit tu boleh siap main kejar-kejar dgn jet Decepticons, siap cilok bangunan tu.


17) Kebodohan Sam

Just personal opinion, pompuan tu dah buat dia jadi boy toy, Sam boleh go thru semua bahaya sbb nak selamatkan dia.

Compared dgn Megan Fox, dia dah lalui 2 episod perang dgn Sam, at least mmg baloi la jugak nak korbankan diri selamatkan dia.


18) Optimus Prime tersangkut

Sah ni plan nak panjangkan cerita. Asal boleh je tiba-tiba sangkut kat kabel masa terbang.


=================================================================

Er, ada lagi sebenarnya, tp tak ingat. Kang dah ingat aku taip sini.

Overall, aku takde rasa nak pergi tgk kat wayang lg.

Juara bertahan masih Transformers 1. Aku siap download format Full HD 1080p lagi. Dah tgk 80juta kali kot.

Orait, nak lunch dulu. Chalo bete! (hari ni lunch KFC :D)

Ejad Fotopoyo

Friday, July 22, 2011

MEMBEBEL - Budak LOMO diperlekehkan?



Perasan tak, skrg ni dah mcm 1 dunia main kamera, especially DSLR.

Pergi shopping complex mana-mana, McD ke KFC ke, akan sentiasa ada group yg menggantung kamera besar bagak tu kat leher atau bahu. Paling tak pun biar dlm beg.

Selain tu, tak kurang jugak group lain - LOMOgrapher.

Mereka ni guna kamera filem LOMO instead of DSLR bila outing, serta SLR, Rangefinder, kamera diorg mmg filem lah, bukan digital.

Kamera LOMO ni purpose dia memang simple, iaitu "Don't think, just shoot".

Means takde setting manual aperture segala bagai semua tuh. Just simply point & shoot camera.

LOMO ni mmg utk kita enjoy and have fun dlm mengambil gambar tanpa susah-susah fikir psl composition, exposure etc etc. Well to be exact ada la sesetengah model yg boleh di-tune setting nya, tapi artikel ni ckp psl kamera LOMO secara general.

So apa kes sebenarnya nih?

LOMO - Auto Point & Shoot camera
DSLR - Manual setting utk ambil gambar

So terdapat golongan DSLR yg bajet bagus ni, diorg cakap:
"LOMO just point n shoot, senang sgt nak ambil gambar, tak challenging mcm guna DSLR"

Eh mangkuk, sukati dia lah nak pakai kamera apa, duit dia. Kau tu siapa nak kondem org?

And just because kau guna DSLR yg memerlukan manual setting yg kononnya lebih mencabar utk ambil gambar, kau rasa diri kau hebat?

Photographer ialah golongan yg mengambil gambar.
Takde sapa menetapkan orang tu guna DSLR baru boleh digelar photographer.

So as long as kita ada kamera, be it handphone, compact, film, SLR/DSLR dan kita enjoy ambil gambar, cukuplah. Buat apa nak membeza-bezakan darjat kalau dah punya hobi yg sama?

Aku nak bg sampel 1 situasi - LOMO vs DSLR.

Say depan mata tgh ada 1 moment best.

LOMO is a point n shoot camera, so just point dan shootlah gambar.

Budak DSLR lak yg konon hebat sgt dgn manual setting tu, duk buang masa usik setting shutter speed, aperture, ISO utk metering, tau-tau moment dah berlalu.

Sapa hebat skrg? Of coz la yg dpt gambar, iaitu budak LOMO.

So takyah la nak kerek-kerek. Yg penting ialah end result, iaitu gambar.
Bangga sgt ada manual setting tapi tak dpt ambil gambar, baik takyah.

So kita ni punya minat yg sama - photography - seni mengambil gambar.
No need la nak berpuak-puak sgt, sampai budak digital gaduh dgn filem.

Just keluar outing ramai-ramai, enjoy, snap je gambar sana sini, have fun!

Majulah photography utk negara!

Ejad Fotopoyo

Ray of Light


Gambar ini diambil pd jam 8.35 pagi, 21 Julai 2011
Lokasi: Seksyen 26 menuju ke USJ
Kamera handphone SE W8 dgn HDR Toning

Published with Blogger-droid v1.7.3

Decision Making


"Once you make a decision, the universe conspires to make it happen."
- Ralph Waldo Emerson

Published with Blogger-droid v1.7.3

M42 Screw Mount Lens


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Tgh ada mood nak buat artikel, tapi takde idea, and then terasa mcm nak share psl lens yg rare tapi superb.

Jika anda pengguna SLR / DSLR, setiap interchangeable lens yg diberi tu ada mount nya masing-masing, bergantung kpd jenama kamera serta lens tersebut.

Mount bertindak sbg interface di antara body dan lens.

Ada yg jenis screw-threaded, ada bayonet, dgn nama unik masing-masing.

Antara lens mount yg terdapat di pasaran kini:
  • Nikon F
  • Canon EF & EF-S
  • Canon FD & FL
  • Leica M
  • Olympus OM
  • Sony A
  • Pentax K
  • dan mcm-mcm lagilah

So jika kita nak beli lens, pastikan kita tau mount utk camera kita.

Contoh guna Nikon, so kena beli lens Nikon yg F mount lah.
Kalau beli lain, takut tak boleh pasang lens tu kat body nanti sbb interface tak sama.

Tapi dlm membeli lens, duit diperlukan. Kita sgt geram dgn lens mahal mcm 85mm F1.8, tapi atas sebab kewangan, lens tu cuma jadi impian semata. Kalau dpt pakai pun sbb pinjam dari member je.

Disinilah adanya 1 alternatif yg akan aku share utk mereka yg berkewangan rendah tapi nak lens berkualiti tinggi.

Dlm pelbagai mount yg wujud, salah satunya ialah mount M42.

Mount ini dicipta pd tahun 1949 utk SLR filem pd waktu itu, di mana juga dipanggil sbg screw mount kerana cara pemasangan lens itu pd body ialah seperti kita pusingkan skru (arah jam / lawan arah jam).

Sejarah M42 boleh dibaca di wikipedia. Sila google jika nak tau lebih info.

Ok, so kenapa dgn mount M42 ni?

Ia sgt kacak, seriously!

Lens lama, tp binaan pd waktu itu fully metal, glass yg berkualiti, kukuh, berat dan sturdy, dan hasil bokeh + sharpness nya yg agak kurang ajar.

Kekurangan cuma 1 - manual bagai, dari segi focusing, aperture changing, sbb ia lens lama yg tanpa autofocus dan sebarang electrical component, so dari speed, kurang sikitlah.



Lens M42 + DSLR/EVIL Camera

Walaupun dibuat pd zaman filem yg jauh ketinggalan, lens M42 ini boleh digunapakai pd body DSLR kita atau pada body EVIL Camera kita, as long as kita gunakan adapter.


So contoh jika kita pengguna Nikon dan berminat utk menggunakan lens M42, kenalah beli adapter M42 to F mount, di mana adapter itu akan 'menukar' lens itu drpd M42 kpd F mount, then boleh pasang lens tu mcm biasa pd body Nikon.

Kalau Canon, kenalah beli adapter Canon pulak. Setiap jenama mount lain-lain.

Harga adapter sekitar RM30-RM80. Boleh dicari di Ebay, atau kadang-kadang org yg jual lens M42 ni akan bundle-kan dgn adapter sekali.

Sumber: oly43club
Sumber: aliexpress

Dlm membeli adapter tu, kena consider jugak mengenai 1 isu - adakah adapter tersebut membenarkan kita utk focus infinity atau tidak.

Focus infinity bermaksud focus subjek yg berada di jarak yg jauh, kebiasaannya 3 meter ke atas. Kita kena paham, walaupun M42 serta Canon Nikon Sony apa semua tu ada produce SLR/DSLR, manufacturing process dan specification tak sama.

Sebab tu bila kita sumbat lens M42 pada DSLR kita (bagi sesetengah brand), antara isu yg timbul ialah tak boleh focus infinity, menyebabkan kita tak dpt shoot landscape misalnya. Benda ni sebab isu flange focus distance yg berlainan, dan aku takkan cerita lelebih sbb pening. Korang boleh search kat ebay "M42 adapter", nanti kat description akan nampak pasal infinity focusing ni.

M42-Nikon Adapter
Kiri: tiada corrective glass | Kanan: Ada corrective glass

Contoh mcm kes jenama Nikon, ada 2 jenis adapter - yg ada corrective glass dan yg tiada. Corrective glass disini berperanan membetulkan semua flange focus distance supaya focusing dpt dicapai hingga infinity.

So seeloknya bila beli adapter, make sure ia membenarkan infinity focusing, so that korang boleh shoot gambar-gambar yg memerlukan infinity focusing mcm landscape.

Mahal tak?

Harga lens ni mmg sempoi. Contoh based on pemerhatian:
  • WIDE: 28mm & 35mm - RM200-RM300
  • PORTRAIT: 50mm - RM200-RM300
  • PORTRAIT: 85mm - RM500-RM600
  • TELEPHOTO: 135mm, 200mm & 300mm - RM200 -RM400
  • UWA, MACRO & FISHEYE: Mahal sikit sebab rare dan susah nak jumpa
  • Boleh usha Solocam utk price reference/estimation

Takde pun yg sampai seribu kan? Well actually ada yg mahal tapi tgk jugak pada brand dan condition.

Koleksi lens M42 setakat ni yg pernah aku pakai:
  • Jupiter 37A 135mm F3.5
  • Super Takumar 135mm F3.5
  • Super Takumar 50mm F1.4
  • Jupiter9 85mm F2 MC
  • Mir 20mm F3.5
  • Fujinon 55mm F1.8
  • Zenitar Fisheye 16mm F2.8
  • Fujinon EBC 100mm F2.8
  • Helios 58mm F2
  • Carl Zeiss Jena 135mm F3.5
  • Fujinon 55mm F2.2

List kat atas ni semua prime lens.

Aku tak galakkan korang beli yg zoom lens, sbb manual focus pd zoom lens ni leceh sikit. Sebab kita nak zoom, lepas tu setiap focal length ada aperture sendiri lagi, then nak focus pulak, byk kerja. Unless kalau korang dpt zoom lens with fixed aperture tu ok lah.

So senang cerita, beli prime lens.

Dlm list tu, 85mm F2 paling mahal pernah aku pakai - RM600, 2 kali ganda lebih murah drpd harga 85mm F1.8 yg autofocus.

Kalau search keyword "m42" di website mudah, tgk lens yg dijual, semua setakat RM300-RM500 je price nya. Murah giler kan?

Tapi sbb ia lens lama, of course kesan wear & tear tu wujud, mungkin dah ada fungus, calar dan sbg nya.

Untung ianya lens manual yg tiada electrical contact - boleh diservis dgn mudah.

So kalau nak beli tu, make sure jumpa seller face to face dan periksa condition lens tu betul-betul sebelum beli.

Mungkin anda akan membanding-bandingkan hasil gambar, ketahuilah setiap lens M42 ni sebenarnya dibina dgn keunikan sendiri.

Keunikan karakter lens M42:
  1. Jumlah aperture blade
    Terdapat sesetengah lens yg dicipta sehingga 20 aperture blades, yg mana jika dibandingkan dgn lens zmn skrg, 9 blades tu dah kira maksimum
    Contoh: Jupiter9 85mm F2 dibina dgn 15 aperture blades
    Makin byk aperture blade, bokeh akan jadi lebih bulat atau unik, bergantung kpd struktur binaan dlm lens tersebut.

  2. Kecil dan ringan
    Walaupun besi, tapi sebab ianya kecil, agak ringan utk digunakan

  3. Murah!

  4. Compatibility
    Oleh kerana hasilnya yg sgt mantap, byk China company yg mula mencipta dan menjual adapter supaya lens M42 ni boleh digunakan pd kamera
    So boleh dikatakan apa jua jenama kamera anda pakai, ada adapternya utk guna lens M42 ni pd kamera anda, tak perlu risau. Cuma kena rajin cari lah.

    *Utk pengguna Pentax, Pentax dulu merupakan jenama yg sgt popular pd zaman M42, dgn codename ASAHI Pentax, Takumar dan Super Takumar.
    Apabila bertukar kpd K mount, Pentax ada menyediakan adapter yg original supaya lens M42 lama mereka masih boleh dipakai tanpa masalah pd body yg ber-mount baru.

  5. Preset Aperture
    Teknologi yg jarang di-apply pd lens zaman skrg, yg membolehkan kita 'mengunci' aperture terkecil dan terbesar pd lens. Google it for more info.

  6. Tread Size
    Majority lens M42 yg prime dan ber-focal length normal (28mm, 35mm, 50mm) menggunakan filter bersaiz 49mm, which is small dan for sure murah filternya.

  7. Low-cost Maintenance
    Agak-agak boleh fikir tak kenapa lens tahun 1949 ni masih lagi bertahan kukuh sampai skrg?
    Compared dgn lens zaman skrg, baru guna kitlens 1855 tu setahun, dah jammed dgn motor rosak, fungus dan sbgnya?
    Zaman dulu semua dibina dgn matlamat KUALITI.
    Plus, disebabkan lens M42 ni takde motor, takde VR, hanya besi dan glass semata-mata, ianya lebih mudah utk diservis atau dicuci drpd fungus.

  8. Sharpness
    Majority lens M42 ni hasilnya mmg sharp habis, even guna wide open aperture.
    Contoh mcm kalau kita guna lens 50mm F1.8 yg skrg ni, ia soft pd f/1.8.
    Tapi kebanyakan lens M42 tiada isu ni. Ia sharp pd f/1.8, even sharper kalau pergi f/2.8 dan seterusnya, bergantung kpd lens jugaklah.


Kesemua lens M42 ini adalah MANUAL FOCUS sahaja, kerna ia dicipta sebelum teknologi autofocus. So dia mmg takkan bole autofocus dgn mana-mana kamera, baik Nikon mahupun Canon atau Pentax atau Sony dan sebagainya. Lantak p la body DSLR korang tu ada motor ke motorbot ke, autofocus mmg takkan ada.

Manual focus is not an issue. Jgn terlalu depends pd autofocus sampai manual focus tu jadi musuh kita pulak.

Lagipun sometimes manual focus diperlukan dlm keadaan tertentu, so penggunaan lens yg bukan autofocus ni boleh mengajar kita bersabar dan mata bekerja dgn lebih tekun drpd biasa.

Ni antara barang M42 yg sempat aku miliki:

Praktica MTL-5B & Fujinon 55mm F1.8
The Bokeh Master - Jupiter9 85mm F2 MC15 aperture blades
Carl Zeiss Jena DDR 135mm F3.5

Helios 44A 58mm F2

ASAHI Super Takumar 135mm F3.5
Jupiter 37A 135mm F3.5

Ok tanak bebel dah. Masa utk meracun! :D


Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/180s | ISO250
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/640s | ISO250
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/1250s | ISO250
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/80s | ISO400
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/1250s | ISO450
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/180s | ISO400
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5 f/3.5 | 1/350s | ISO200
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2 f/2.8 | 1/1500s | ISO160
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/500s | ISO250
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8 + Extension Tube
Praktica MTL5B + reversed Fujinon 55mm F1.8 handheld
Pentax K-r | Helios 58mm F2
Pentax K-r | CZ Jena DDR 135mm F3.5 + extension tube

Pentax K-r | CZ Jena DDR 135mm F3.5 + extension tube
Pentax K-50 | Helios 58mm F2

Pentax K-50 | Helios 58mm F2


Personally, aku sgt berpuas hati dgn hasil lens M42 nih. Murah tapi best giler.

So kalau korang berminat nak try-test-cuba lens M42 ni, usha je mudah ke forum ke, bersepah org jual. Search je "m42" kat mudah dan ftz.

Psl lens tu best ke tak, google je sendiri review tu. Tapi majority lens M42 ni mmg best bangat.

Ok dah, nak breakfast. Korang sambung la sesi meracun diri dgn google ye :)

Ejad Fotopoyo