Thursday, May 26, 2011

Sunset & Sunrise dgn Compact Camera & Handset

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Agak normal utk kita teruja + kagum + speechless + drooling melihat gambar landscape, especially yg melibatkan sunset atau sunrise yg diambil oleh kwn-kwn kita yg menggunakan DSLR.

Justeru, kita pun terus tanam satu falsafah dlm kepala otak:
"Kalau nak ambil gambar sunset/sunrise, kena guna DSLR, baru cantik. Guna kamera biasa tak cantik"

Mindset itu betul dan salah.

BETUL: Mmg lg cantik sbb sensor DSLR yg lebih besar dpt menyimpan lebih byk detail, tambahan pula RAW file drpd DSLR boleh diedit supaya menjadi gambar yg lebih mengancam.

SALAH: Cantik tu subjektif. Plus, mereka yg just menggunakan DSLR tanpa mengetahui asas ilmu Exposure Triangle belum tentu akan dpt mengambil gambar dgn cantik.

Kekurangan pd kamera kompak dan handset ialah kita tak dpt nak kawal setting sepenuhnya kerana majority setting adalah auto.

Namun, kebaikannya ialah gambar kita lebih cepat siap tanpa memerlukan post-editing later on.

So, katakan anda cuma ada kamera kompak biasa atau handset, dan anda nak gunakannya utk ambil gambar sunset atau sunrise. Disini aku akan share serba sedikit tips yg boleh dicuba dan diamalkan.

Kamera Kompak: Tips 1-5
Handset: Tips 3-5
Pengguna DSLR juga boleh menggunakan tips ini, andaikata anda tak tau menggunakan mode MANUAL
  1. Gunakan mode Sunset atau Landscape yg ada pd dial/menu kamera anda. Ia akan memekatkan warna yg berkaitan nature, seperti biru dan oren

  2. Jika tiada mode ini, gunakan sahaja mode AUTO

  3. Gunakan setting White Balance (WB) utk menentukan warna hasil akhir gambar anda. Auto WB (AWB) - biru & oren
    Daylight - ungu & oren
    Shade atau Cloudy - betul-betul oren

  4. Exposure Compensation: Gelapkan gambar dgn menetapkan EV atau butang +/- ke arah negatif, contoh -0.3, -0.7. Gelap lebih bagus utk memastikan detail/figure langit/matahari tampak lebih jelas

  5. Snap! Siap :)

Lps dah ada gambar, kalau nak main dgn sedikit editing, guna Photoscape, kemudian adjust BACKLIGHT.

After that, terpulanglah pd anda jika ingin terus meng-edit.

Sampel foto sunrise drpd handset Sony Ericsson K750i:


Yg ni gambar drpd smartphone: Sony Ericsson W8:




Sampel foto SUNSET drpd Panasonic Lumix TZ11:





Gambar sunset yg aku snap pakai compact Olympus VG 120 yg berharga RM299:





Kemudian ni drpd Samsung EX2F, mahal punya compact la tapi:




Lps ambil gambar, anda tanya diri sendiri, anda suka tak gambar tu?

Kalau suka, cukup, tu yg penting. Peduliklah org-org lain nak ckp kalau guna DSLR lg cantik ke, ape ke.

Personally, aku sendiri puas hati dgn gambar sunset/sunrise yg aku amik guna compact cam ni.

So, gunakan dulu apa yg ada. Mana tau yg ada pun dah boleh produce gambar yg marvelous, takyah la nak pecah duit tabung nak beli DSLR, kan?

"The best gadget is the one that you always have with you"

... sbb itulah kebanyakan gambar moment yg best diambil dgn kamera handset, kerana itulah satu-satunya kamera yg takkan kita tertinggal kat rumah atau bilik bila keluar.

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. gune handset sudahh,x mampu lagi nak beli DSLR...haha.

    ReplyDelete
  2. aku guna compact buat mse skg ni...gambar mmg puas hati laa...thank ejad krn ilmu anda byk mmbantu..

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau shoot kurang cahaya jd mantap dia punya noise. Ada apa2 tips utk reduce noise? :)

    ReplyDelete
  4. hanya guna xperia x10 mini .. ^^,

    ReplyDelete