Friday, June 7, 2013

Golden Hour & Blue Hour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca yg budiman.

Hari ni aku nak membebel psl Golden Hour dan Blue Hour; sebuah topik yg bakal menarik minat landscape photographer khasnya, kerana ia merujuk kpd keindahan langit diwaktu sunrise dan sunset.


Golden Hour

Golden Hour di waktu sunset
Lokasi: Tasik Shah Alam

Golden Hour, atau dikenali juga sbg Magic Hour dlm cinematography, merujuk kpd keadaan langit yg berwarna keemasan (golden) pada waktu sejam sebelum dan sesudah matahari terbit dan terbenam (rujukan: WIKI)

Golden Hour di waktu sunrise
Lokasi: Bukit Merah

Ringkasnya, ia berlaku sekitar selepas waktu Subuh (sebelum terbit matahari) sehingga di akhir waktu syuruk (selepas terbit matahari), sebelum cahaya matahari mula terik.

Utk sunset, ia berlaku sekitar jam 6.30 ptg sehingga 8 malam.

Utk tempat-tempat lain mcm Sabah dan Sarawak, of coz masanya berbeza. Yang penting, ia berlaku sekitar sejam sebelum dan sesudah sunrise/sunset.


Pada waktu ini, cahaya matahari tidak seterik di waktu pagi/tengahari/petang kerana matahari berada di ufuk, dan kesan cahaya matahari itu lebih kpd berwarna keemasan, bukan putih atau sedikit kuning/biru seperti yg berlaku pada waktu pagi/tengahari/petang.

Golden Hour di waktu sunset
Lokasi: Tanjung Emas, Muar

Disebabkan cahaya matahari pada waktu ini kurang harsh serta mempunyai warna keemasan, kesan warna kuning ini memberikan efek warm pada gambar. Sebab itu waktu ini menjadi kegemaran jurufoto landscape khasnya.

Jika ingin mengambil gambar portrait diwaktu golden hour ini, kita tidak memerlukan kuasa fill flash sekuat di waktu pagi/tengahari/petang. Sumtimes, 1 external flash dgn power 1/4 sudah memadai utk menerangi subjek.


Utk tips mengambil gambar di atas, boleh baca artikel Sunny-16 & Flash.


Blue Hour


Blue hour merujuk kepada waktu di mana langit berwarna biru yg pekat sikit drpd biru langit yg biasa.
Blue hour ni macam sejenis layer berwarna biru yg berada 'bersebelahan' golden hour.

Biasanya berlaku sebelum dan sesudah golden hour, sumtimes dia menyibuk di waktu golden hour dgn menonjolkan kebiruannya.

Warna purple di waktu blue hour
Lokasi: Masjid Terapung, Puchong Perdana
Blue hour + Golden hour + warna ungu
Lokasi: Putrajaya

Kadang-kadang warna purple akan menyibuk sekali dalam peristiwa golden dan blue hour ni.


TIPS UNTUK SHOOT GAMBAR GOLDEN HOUR & BLUE HOUR


Simple je. Korang mesti standby di lokasi at least sejam awal sebelum sunrise/sunset dan lps sunset/sunrise, jgn blah terus, lepak sat, sbb time tu kadang-kadang fenomena golden dan blue hour masih ada.

Pendek kata, utk sunrise, korang habis shoot bila korang rasa matahari dah start terik.
Utk sunset plak, korang blah bila langit dah nampak lebih kpd blue black atau kehitaman. Semayang maghrib woi.

Dan of coz golden hour dan blue hour tu mesti wujud on the first place. Kalau katakan tak wujud sbb cuaca hujan misalnya, takyah beriya nak setting bagai sbb mmg takkan dapat, unless korang main editing la kan.

Utk setting kamera plak:
  • Boleh folo setting Sunny-16 Rule utk Golden Hour
  • Utk Blue Hour, takde setting khusus so far, shoot je pakai mode dan setting apa pun.
  • Pakai White Balance: Shade utk kaler oren yg menyerlah utk Golden Hour, dan Tungsten/Fluorescent utk kaler biru utk Blue Hour. Ikut selera masing-masing.
  • Prepare tripod sebab cahaya sgt kurang pada waktu Blue Hour khasnya
  • Nak pakai filter pun boleh utk tambah efek, boleh pakai Warming/Cooling Filter contohnya. Atau filter mcm ND GND semua tu utk efek long exposure, ikut kehendak dan kreativit masing-masing.
  • Jika pakai tripod, make sure ISO sekitar 200-400 sahaja. Buat apa nak pakai tinggi-tinggi, kita pakai tripod dan kita bkn nak shoot Milky Way.
  • Shoot RAW kalau korang rajin nak edit later. Kalau malas nak edit, shoot JPEG ikut setting Picture Profile/JPEG Profile yg korang suka. Suggestion aku: pilih profile Landscape atau Vivid supaya warna golden atau blue tu lebih pekat.
  • Nak pakai lens apa pun sukati korang jugak, as long as framing drpd lens tu memenuhi kehendak framing korang. Majority gambar dlm artikel ni pun aku shoot pakai kitlens 18-55mm je.
  • Flash? Takyah, kecuali korang ada subjek, contoh portrait yg nak ditonjolkan. Baca artikel Sunny-16 & Flash. Boleh pakai setting Slow Sync utk dapat efek yg kacak, but make sure with tripod sbb slow sync means slow shutter speed.
  • Gambar selulit pun menarik di waktu golden/blue hour ni. Baca artikel Silhouette.

Ok dah tu je. Tak susah pun, janji korang mmg available utk shoot gambar di waktu golden dan blue hour ni. Pakai kamera enset pun buleh, apedehal.

Sekian dulu artikel ringkas ni. Sebagai penutup, sila cuci mata dgn beberapa gambar yg ada di akhir akrtikel ni. Jangan marah kalau gambar tak lawa, kerna saya jugak budak yg baru belajar.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo




















3 comments:

  1. mohon share kat fb abg ejad .

    ReplyDelete
  2. sugguh lazat semua gambar-gambar abg ejad ni..

    ReplyDelete
  3. salam sifuu ejad.. sbb blog ni sy n isteri berminat main fotografi.. kiteorg mmg praktikkan ape yg sifuu ejad ajar.. skrg kami buat freelance wedding photog.. n alhamdulillah dah ade job.. kami guna kitlens jer..

    ReplyDelete