Tuesday, December 18, 2012

Flash: Built-in Flash

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masa kelas kat FTSM, UKM haritu ada 1 brader ni (sorry bro lupa nama anda) tak habis-habis meminta aku utk membuat artikel psl flash. Buat yg basic pun takpe.

Tahniah, permintaan anda ditunaikan. Tapi yg basic je la.

Psl flash ni, mmg takkan habis. Sbb dia dah mcm 1 dunia lain drpd photography. Sbb dia artificial light. Sumber cahaya yg lain drpd pengiraan exposure kita.

Maka utk mengelakkan kepeningan dan kemigrain pembaca-pembaca sekalian, aku hanya akan share benda basic je dulu sbg permulaan, iaitu psl built in flash.

Basically apa yg aku nak share ni dah sedia ada dlm user manual. Dan aku akan gunakan user manual Pentax K-r sbg rujukan sbb Nikon D2X aku takde built in flash. Istilah mungkin sedikit berbeza, tapi bendanya sama je. So mohon rujuk user manual anda juga semasa membaca artikel ini utk mengelakkan kekeliruan.


Apa Itu Built-in Flash?

Senang cerita = flash yg sudah sedia ada pada kamera anda (built-in - terbina dalam)

Sumber: imaging-resource

Nama lain - pop up flash.

Juga terdapat pada sesetengah handphone serta hampir kesemua compact/mirrorless camera.
Kamera pro biasanya takde built-in flash, simply sbb mereka yg menggunakan kamera pro ni biasanya akan guna lens yg besar, yg mana menyebabkan built-in flash jadi useless sbb kalau pakai nnt ada shadow sbb lens yg besar tu block cahaya flash tersebut.


Flash Mode

Auto Discharge
  • Apabila bila kita pakai mode selain MSAP/MTvAvP, kamera akan mengira jumlah cahaya persekitaran dan akan menggunakan flash apabila keadaan cahaya dirasakan terlalu gelap (atau shutter speed agak perlahan). 
  • Contoh: pakai mode AUTO kat tmpt gelap, secara automatik pop-up flash tu akan keluar secara mengejut dari body kamera.


Manual Discharge

Sumber: nikonusa
  • Apabila kita pakai mode MSAP/MTvAvP khasnya, pop-up flash tu akan keluar hanya apabila kita menekan butang flash.


Red-eye Reduction


  • Penggunaan flash secara direct akan menyebabkan anak/biji mata subjek menjadi merah kerana berlakunya pantulan cahaya (mohon baca info atas ni atau google sendiri utk maklumat lanjut), maka Red-eye Reduction akan mengurangkan efek ini.


Slow Speed Sync


Sumber: scottkelby
  • Digunakan bersama bacaan shutter speed yg perlahan, bergantung kpd keadaan cahaya. 
  • Biasanya mode ini digunakan apabila mengambil gambar portrait dgn sunset/sunrise sbg background, di mana shutter speed yg perlahan utk keadaan cahaya background, dan flash utk menerangkan subjek. 

Trailing | Second | Rear Curtain

Sumber: web.canon.jp
  • Flash ditembak ketika shutter curtain hampir tertutup. Contoh kalau pakai shutter speed 1", tekan je shutter, flash tak keluar, tapi flash akan ditembak bila dah nak dekat 1 saat.
  • Sgt sesuai utk penggunaan shutter speed yg perlahan. Mode ini tiada beza dgn 1st curtain jika shutter speed yg digunakan itu normal/laju.
  • Biasanya digunakan pada waktu malam utk mendapatkan efek light trail beserta gambar kenderaan yg menyebabkan light trail tersebut.


Kegunaan Flash

Sama je mcm kenapa anda guna torchlight di waktu gelap, iaitu utk menerangi kegelapan.

So jika keadaan cahaya terlalu gelap, kena pulak yg anda memang jenis tak suka pakai ISO tinggi sbb tak suka dgn noise/grain, maka gunalah flash.

BTW tak semestinya malam/gelap. Flash jugak digunakan pada waktu siang utk mengurangkan kesan bayang (shadow) pada subjek. Teknik ni biasanya dinamakan fill flash, fill in flash, atau daylight shooting.


Aku ada bincangkan psl teknik ni dlm artikel Sunny-16 & Flash.

Selain itu, dgn menggunakan mode 2nd Curtain atau Slow-sync, anda boleh juga mendapatkan gambar seperti begini:


Caranya mudah aje - pakai la shutter speed yg perlahan, dlm 1" misalnya, fokus pada subjek, snap, pastu pusing-pusingkan kamera tu, dan make sure posisi kamera tu berada pada asalnya masa 1" tu dah habis. Tapi make sure time tu agak gelap dan ada lampu-lampu sbg background. Try la ^^

Lagi satu yg korang perlu tau, bila pakai built-in flash ni, make sure korang berada dalam jarak 5-15 kaki dgn subjek. Ingat, built-in flash ni tak sehebat dan sepower external speedlight, so kalau subjek duduk terlalu jauh, ditakuti cahaya drpd flash tu tak sampai.

Ok dah, tu jek yg aku nak kongsi malam ni.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

1 comment:

  1. wah...info yg harus dibaca!!! terima kasih...mmg xsuka guna flash tapi kdg2 mesti jugak kan...

    ReplyDelete