Wednesday, June 8, 2011

Sunny-16 & Flash

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini gambar sunset yg biasa kita ambil:


Tapi kadang-kadang kita nak jugak includekan gambar subjek, misalnya orang, so kita pun ambil bacaan exposure subjek dan snap, jadilah gambar yg mcm ni:


Apa jadi dgn gambar di atas? Memang kita dpt clear shot pd subjek, tapi sunset hilang sudah.
Ini berlaku sebab perbezaan exposure yg ketara di antara kulit kita dgn background.

Secerah mana pun kita, tak boleh lawan kecerahan cahaya matahari.

So apabila kamera baca exposure kulit kita, kamera akan beri bacaan yg membuatkan gambar kita cerah, sekaligus mencerahkan segala-galanya dlm frame, termasuk background yg sememangnya dah cerah akan jadi melampau cerah.

So kita pun ambillah bacaan exposure background dan snap lagi sekali, jadi gambar silhouette la pulak:


Background dah kacak dah, tapi subjek jadi gelap pulak. Sebabnya sama shj seperti di atas - perbezaan exposure yg ketara di antara kulit kita dgn background.

So mcm mana nak buat gambar yg kita dpt kedua-duanya sekata - background cantik, subjek pun nmpk jelas?

Senang je:
  1. Gunakan mode M (Manual)
  2. Ambil bacaan exposure background. Gunakan Sunny-16 Rule sbg guide. Kalay f/16 akan menyebabkan shutter speed anda terlalu rendah, pakailah aperture berapa-berapa pun, sekitar f/4 - f/11, as long as korang dapat exposure yg proper utk background tu.
  3. Apa pun, make sure bacaan shutter speed korang tu tidak melebihi Sync Speed, iaitu sekitar 1/200 - 1/250.
  4. Gunakan reflector atau flash (built-in atau external, doesn't matter, tapi seeloknya external flash kerana power-nya lebih kuat)
  5. Gunakan manual power, setkan pd power 1/4 dahulu. Nak pakai diffuser ke apa ke tu sukati korang.
  6. TANPA mengubah bacaan exposure yg kita dah set masa fokus kat background tadi, skrg fokuskan pulak kpd subjek. Teknik ini dinamakan recompose.
  7. Halakan flash direct kpd subjek. Jgn bounce, nak bounce celah mananya, atas tu takde siling.
  8. Ambil gambar.
  9. Jika gambar subjek gelap/terang, adjust balik power flash supaya lebih kuat atau sebaliknya
  10. Jika background terlalu terang/gelap, back to basic - adjust balik shutter speed/ISO/aperture sampai dpt exposure yg proper pd mata anda

Hasilnya?



Senang je kan?

Technically, apa yg berlaku disini ialah:
  • Bacaan exposure digunakan utk mendapatkan gambar background
  • Lighting/flash/reflector pula utk menerangkan subjek

Contoh gambar-gambar lain:




Selamat mencuba!

Yang poyo,
Ejad Fotopoyo

20 comments:

  1. Salam .
    Boleh Tahu Apa Maksud Sunny 16 Rules ?
    Kurang Paham Yang Nie .

    ReplyDelete
  2. Habibul Ambia:
    baca nih http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-9-sunny-16.html

    ReplyDelete
  3. Thanks .
    Saya Dah Faham .
    Berguna Ilmu Sunny 16 .
    Ehehe .
    Boleh Tak Saya Nak Mintak Briefing Sikit Pasal WB Shift/BKT .
    Tak Pernah Tahu Pon Function Benda Nie .

    ReplyDelete
  4. thanks for the tips...byk membantu:)

    ReplyDelete
  5. tima kasih...tmbh ilmu utk ari ni...

    stuju ngn habibul ambia...sy pon kurang jelas psl wb shift ni

    ReplyDelete
  6. yg step 4 tuh xpaham la.. sorry,baru beberape bulan pkai dslr.

    ReplyDelete
  7. Saiful Danny:
    biasa kita guna TTL atau Auto bila guna flash. ha skrg guna Manual. tak phm jugak, baca user manual

    ReplyDelete
  8. akm...nak ambil bacaan exposure dan fokus pada sbjek tanpa ubah bacaan t mcm mana ek???? pastu manual power t apa?lg satu...entry tanya ejad takx dah ke....

    ReplyDelete
  9. funny, soalan yg anda tanya ni dah mmg terjwb kat artikel ni. kalau x phm, g masuk kelas basic, atau tnya pd mereka yg lbh arif dan belajar drpd mereka face-2-face

    ReplyDelete
  10. sory2...mungkin salah saya tanya tak cukup jelas kot...maksud saya cara kita nak ambik bacaan t,nak guna metering yang mana, pastu nak kekalkan bacaan t tanpa berubah bila kita fokus pada subjek semula...ke soalan saya ni salah lg ek?????hehehe

    ReplyDelete
  11. again, dah dijwb kat atas tu.. amek bacaan metering background, guna kaedah sunny-16, then focuskan pd subjek. bacaan metering exposure td tu biar, jgn usik dah.

    ReplyDelete
  12. terbaik bro..bgs tuk org2 cm aku neh..eheheh

    ReplyDelete
  13. terime kasih bebanyak..tadi bace artikel ni pastu ikut kwn gi outdoor photoshoot kt pntai batu4 pd..kwn xdpt wat.pstu trigt artikel ni,terus wat..alhamdulilah dapat..

    ReplyDelete
  14. ejad... lepas ambil bacaan exposure background, kita perlu AE lock tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada AE Lock pada mode Manual. tu hanya utk Av/A atau Tv/S

      Delete
  15. Assalamualaikum, saya ingin utarakan soalan. Macam mana dengan digital blending? Bukankah ia lebih berkesan? Terima kasih😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. digital blending terpaksa melalui proses yg lebih krg sama dgn HDR - tripod, multiple exposures, blending, editing.

      dan tak semua org rajin dan reti. so eventho ia lebih berkesan, ia bukan utk semua golongan

      Delete