Foto oleh akulens |
Hari ni (Sabtu 24 Mei 2014) aku dijemput utk berkongsi ilmu mengenai travel photography selama sejam di MaTiC, KL.
Selain aku, yg memberi ceramah juga adalah:
- En. Azlie Halim - Editor Majalah Santai Travel
- Dr. Sharkawi Che Din - sifu landscape, pensyarah di Fakulti Art & Design, UiTM Shah Alam
- Mr. David Hogen - hardcore-Instagrammer
"Travel Photojournalism" oleh Dr Sharkawi |
Sempat jugak la bergambar sebelum balik |
Banyak ilmu yg aku dapat drpd perkongsian penceramah-penceramah lain tadi. Antaranya seperti bagaimana menulis artikel mengenai pelancongan dgn lebih menarik, bagaimana mengambil gambar pelancongan dgn lebih WOW factor, bagaimana menggunakan Instagram sbg seorang photographer, etc etc.
So kat sini, aku nak kongsikan sikit mengenai apa yg aku dah pelajari, dan jugak apa yg aku sampaikan dlm slot aku tadi.
TRAVEL PHOTOGRAPHY
Gunung Kinabalu, Sabah |
Basically, travel photography merujuk kpd gambar atau imej yg dihasilkan semasa kita travel (melancong), dimana gambar kita tu mempersembahkan sesuatu tempat khasnya, atau culture (budaya) di sesuatu tempat, atau bangsa/agama, atau makanan, dan mcm-mcm lagi.
Pasar di Sarawak |
Dlm ertikata lain, travel photography juga merangkumi genre-genre lain seperti:
- landscape - permandangan di suatu tempat, contoh Gunung Jerai di Kedah
- portrait - ekspresi manusia atau haiwan di suatu tempat, contoh rakyat yg tertindas di Syria
- food - makanan yg femes di suatu tempat, contoh Laksa Sarawak di Sarawak
- macro - close-up photo bagi sesuatu yg significant pada tempat tersebut, contoh kulit siput di tepi pantai
- street, journalism - ragam, atau pekerjaan penduduk setempat pada waktu tertentu, contoh pasar tani setiap malam jumaat di Puchong
- dan mcm-mcm lagi
Waterfront, Kuching, Sarawak |
Sebagai seorang jurufoto, even jika kita bukan jurufoto professional sekalipun, for sure bila kita melancong, kita akan ambil gambar sbg kenangan, dan kita mesti nak gambar yg kacak. Mana ada orang yg nak gambar huduh, ye tak?
Maka disini, kita perlu memilih kamera terbaik utk kita bawa ke sana. Dlm pemilihan tersebut, antara kriteria yg boleh kita pertimbangkan ialah:
- Kos & Harga - Kamera yg menghasilkan gambar berkualiti tinggi biasanya mahal, contoh - DSLR, paling murah pun sekitar RM1500 dgn basic kitlens 18-55mm.
- Saiz & Berat - Kamera compact P&S jauh lebih ringan dan kecil berbanding DSLR
- Tujuan Utama - Tanya diri sendiri, adakah anda ambil gambar sekadar suka-suka utk kenangan peribadi, atau anda inginkan gambar kenangan yg lawa dan berkualiti tinggi?
Ketiga-tiga aspek di atas perlu dipertimbangkan dgn teliti sebelum anda pergi melancong. Kamera compact P&S mmg murah, kecil dan mudah dibawa, namun kualiti gambar yg dihasilkan tidak setanding DSLR.
Tapi, kena fikir jugak, DSLR tu masalahnya besar, dgn lens lagi.
Jadi, sebelum membeli atau membawa kamera pergi melancong, consider 3 kriteria yg dibincangkan di atas.
Kamera - Compact P&S
P&S bermaksud Point & Shoot, which also means anda tak perlu pening dgn kamera camni. Just on, point to the subject, focus, pastu snap. Semudah A-B-C dan Alif-Ba-Ta.
Antara kelebihan kamera compact P&S:
- Ringan, kecil, mudah disimpan di dlm poket
- Tak pening kepala dgn setting bagai
- Murah
Fujifilm WP |
Jika anda hendak melancong ke tempat-tempat yg membolehkan anda membuat aktiviti lasak, contohnya jungle trekking, rock climbing, hiking, snorkeling, etc etc, anda perlukan sejenis kamera compact yg lain drpd biasa, iaitu kamera compact yg:
- Tahan Lasak - bermaksud kamera tak rosak walaupun jatuh dlm ketinggian 2-3 meter.
- Kalis Air - supaya senang nak bawak masuk swimming pool atau laut
- Kalis Cuaca - atau istilah omputihnya "weather proof", penting bila pergi tempat yg terlalu sejuk, kerana cuaca yg sgt sejuk menyebabkan bateri cepat habis, serta tempat yg terlalu berhabuk, contoh padang pasir
- WIFI & GPS - bagi mereka yg kaki selfie dan suka upload gambar tanpa mengira masa dan tempat
GoPro Hero 3+ |
Contoh jenama dan model yg boleh dipertimbangkan:
- Nikon Coolpix AW
- Fujifilm Finepix XP
- Panasonic Lumix TS
- Sony Cybershot TX
- Olympus Stylus Tough
- Pentax Optio
- GoPro
Kamera - Digital SLR
Katakan korang mmg jenis yg nak gambar yg berkualiti tinggi, dlm format RAW, dgn lens tertentu, maka DSLR akan menjadi pilihan utama.
Antara kelebihan DSLR berbanding compact P&S:
- Gambar yg lebih berkualiti tinggi
- Bateri tahan lebih lama kerana menggunakan optical viewfinder berbanding compact P&S yg sentiasa menggunakan Live View (LCD)
- Video yg dirakam juga lebih berkualiti
- Lens boleh ditukar mengikut keperluan
Susah utk mencari DSLR yg 100% kalis air seperti senarai kamera compact P&S di atas, tapi Pentax ada mengeluarkan kamera DSLR serta lens yg not-so-waterproof but weather proof, seperti Pentax K30:
Pentax K30 |
Atau, jika anda takde plan pun nak kasi mandi sama itu DSLR, boleh consider beberapa model di bawah:
- Canon 70D - WIFI, flip screen
- Nikon D5300 - WIFI, flip screen
- Olympus OM-D - WIFI, flip screen
WIFI yg wujud pada kamera itu bukan utk direct upload ke social media, tapi utk anda transfer ke smartphone atau tablet, lepas tu baru la upload ke internet guna smartphone/tablet tersebut.
Berkenaan model-model kamera yg aku cadangkan ni, aku hanya boleh bagi keyword je. Sebab model kamera berubah dari masa ke semasa. Jadi dgn rough idea ni, korang google la sendiri kamera apa yg sesuai pada masa korang nak beli tu nanti. Contoh keyword: "Best travel camera". Harga boleh usha kat Shashinki atau Lelong.
And now, lepas dah ada DSLR, kita perlulah mencari lens yg bersesuaian utk dibawa melancong bersama.
Ringkasnya, kitlens 18-55mm dah cukup jika anda takde bajet sangat.
Kalau ada bajet lebih sikit, sebat telephoto lens mcm 55-250mm atau 70-300mm utk skodeng.
Kalau ada bajet lebih lagi, angkat prime lens 50mm F1.8 ikat tepi satu.
Tiga-tiga lens ni dah cover almost every range yg korang perlukan.
Kalau tak suka nak bawak byk sgt lens, boleh consider All-Rounder Lens mcm 18-200mm yg lebih mahal, berat, besar, tapi lebih fleksibel.
Kalau rasa lens yg aku cadangkan tu tak cukup bagus utk anda, boleh baca 2 artikel ni - Jenis-jenis Lensa & Membeli Lensa utk Kamera Anda, kemudian pilihla sendiri lens mana yg kacak utk memenuhi keperluan anda.
Lain-lain aksesori yg tak wajib tapi boleh dibawa demi kesejahteraan jurufoto:
- Lens filter - seperti CPL, GND dan ND bagi membantu mengkacakkan lagi gambar
- Tripod atau monopod - utk long exposure, selfie solo, selfie berjemaah
- Remote shutter - juga utk long exposure, selfie solo, selfie berjemaah
- 3 point di atas ni sudah diterangkan dgn lebih lanjut dlm artikel 5 Aksesori Wajib Untuk Landscape Photographer
TIPS PENTING SEMASA TRAVEL
Sunrise di WP Labuan |
1. Bangun Awal - Lepas subuh tu jangan tido balik. Terus siap-siap pegi port sunrise utk kejar Golden Hour
2. Research - Buat kajian mengenai tempat yg anda nak pergi. Kaji mengenai cuaca, musim, tempat menarik, bahasa tempatan, dan lain-lain. Jangan sampai pegi melancong 1 tempat tu nak amek gambar atas bot, tengok-tengok tempat tu tgh musim tengkujuh, tak ke sia-sia tu.
3. Learn Your Camera - Bagi anda yg baru beli DSLR, atau dah lama beli tapi tak reti pakai mode Manual, jgn buang masa belajar mode Manual tu ketika anda sedang melancong. Masa melancong tu utk ambil gambar, maka pakai je mode apa pun, janji dpt gambar.
Palm Beach Resort, WP Labuan |
4. Strategik - Cari tempat tinggal yg mempunyai view yg menarik, atau berdekatan dgn kemudahan pengangkutan awam.
5. Say "Hello" - Pelajari bahasa tempatan supaya mudah utk berkomunikasi dgn penduduk tempatan.
6. Travel Light - yeeee tau la anda ada 3 fullframe DSLR, 4 APS-C DSLR, 18 lens, 3 flash, tapi toksah laaa bawak semua. Bawak takat mana yg nak guna je la.
7. Peka dgn persekitaran. Jgn terlalu asyik ambil gambar sampai tertinggal barang atau diragut.
8. Bawa bateri dan kad memori lebih. No point bawak segala mak nenek punya lens tapi takleh shoot sbb takde bateri atau memori kad full. Make sure bateri sentiasa full-charged dan kad memori ada space yg cukup.
9. Bawa ubat bagi yg mempunyai masalah kesihatan, atau ubat sbg langkah berjaga-jaga incase anda demam.
10. Bawa juga sunscreen atau sunblock jika anda rasa anda mcm vampire dlm cerita Twilight.
11. Sentiasa transfer gambar/video ke dlm laptop apabila berkesempatan. Jangan biarkan kad tu terisi sampai penuh.
Panorama Shot - Pantai Cahaya Bulan, Kelantan |
12. Shoot panorama jika anda rasa lens anda tak cukup wide. Artikel akan menyusul kemudian bila aku dah cukup bahan.
13. Gunakan beg kamera yg kalis air, atau standby plastic bag bagi melindungi kamera incase hujan (atau anda kena attack dgn waterjet)
Sekian perkongsian dari aku utk kali ni.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam.
Ejad Fotopoyo
10:20pm 24 Mei 2014