Friday, April 5, 2013

All Rounder Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca Blog Ejad Fotopoyo sekalian.

Korang rindu aku tak? Hee.
Dah lama giler tak dapat chance nak membebel sejak dah bekerja ni. Busy bangat la konon.

Harini tetiba aku dapat idea nak mengarang sebuah artikel berkenaan lens. Artikel ni simple je la ekceli, namun diharapkan dapat memberi manfaat kpd anda-anda semua. So sementara aku tgh free ni, aku nak membebel sat :)

Canon & Nikon: 18-200mm F3.5-5.6
Sumber: ShaShinKi

Penah dgr istilah All Rounder Lens?

Secara ringkasnya, all rounder lens memberi maksud sebuah lens, biasanya zoom lens, yg mempunyai focal length yg memenuhi keperluan kita tanpa perlu menukar lens lain.

Selain all rounder lens, ia juga ada nama lain seperti multi purpose lens.

Utk mereka yg tak tak amende zoom lens tu, bole baca artikel Jenis-jenis Lensa.

Sbg contoh, kita ada 2 jurufoto iaitu Najib dan Anwar.

Najib ada lens 18-55mm dan 55-200mm.
Anwar ada lens 18-200mm.

Kedua-dua jurufoto ini mempunyai lens yg sama panjang focal length-nya, tapi Najib ada 2 lens, Anwar hanya ada 1.

Anwar dan Najib merupakan kawan karib. Mereka sentiasa bersama baik ketika suka mahupun duka.

Pada suatu hari mereka berdua pergi outing, shoot street.

Najib tgh pakai lens 18-55mm, Anwar plak mmg 1 lens je la yg dia pakai iaitu 18-200mm.

Tiba-tiba nun jauh disana kelihatan Rais sedang belajar Ilmu Hisab di Starbucks utk mengira jumlah rakyat yg hadir pada perhimpunan CLEAN 3.0 semalam.

Melihatkan perkara ini sbg suatu moment yg menarik, lantas Najib dan Anwar terus mengangkat kamera, meletakkan mata di viewfinder dan mem-fokus-kan kpd Rais utk diabadikan gambarnya.

Anwar tgk, kedudukan Rais sangat jauh, maka drpd focal length 18mm, dia zoom terus kpd 200mm, dapatlah imej Rais yg kelihatan agak besar dlm frame gambar.

Bagi Najib pula, disebabkan kitlens 18-55mm beliau tidak cukup jauh utk snap gambar Rais, maka beliau cepat-cepat menukar kpd lens 55-200mm. Malangnya tindakan beliau menukar lens itu memakan masa, dan tgk-tgk Rais sudahpun menutup buku kerana Rais tak minat pada pelajaran Ilmu Hisab.

Dalam kes ini, Anwar dikatakan bertuah kerana memiliki All Rounder Lens, kerana lens 18-200mm itu mempunyai focal length se-wide 18mm dan se-jauh 200mm. Hanya dgn 1 lens, Anwar bole mengambil gambar dgn mudah tanpa perlu membazir masa menukar lens.

So agak-agak dah bole paham dah apa itu all rounder lens?

Ni antara all rounder lens yg ada. Aku letakkan link dari ShaShinKi supaya korang boleh usha sekali price dia:

Cropped Sensor | APS-C | DX:
  1. 15-85mm
  2. 16-85mm
  3. 18-105mm
  4. 18-135mm
  5. 18-200mm
  6. 18-250mm
  7. 18-270mm
  8. 18-300mm

Full Frame | FX:
  1. 24-120mm
  2. 28-100mm
  3. 28-135mm
  4. 28-200mm
  5. 28-300mm
  6. 35-105mm

Dan mcm-mcm lagi. Pendek kata lens tu focal length dia cukup wide dan cukup jauh utk korang pakai tanpa perlu tukar-tukar lens.

All rounder lens sangat best kerana menjimatkan masa dan space. Imagine korang nak pergi travel. Takkan la nak bawak semua lens yg ada kan? Tp dgn all rounder lens seperti 18-200mm, maka kerja korang lebih mudah, hanya bawak 1 lens dan tak perlu bazir masa utk tukar-tukar lens in case subject korang tu terlalu dekat/jauh.


KEKURANGAN ALL-ROUNDER LENS

Namun disebalik kemudahan itu, all rounder lens mahal harganya.

Jadi sebelum tukar kpd all rounder lens, tgk dulu berapa banyak yg anda sanggup spend.

Yg original brand for sure lg mahal drpd 3rd party.
Kalau nak hasil terbaik, belilah yg original.
Tapi kalau tak mampu, beli 3rd party sudah.
Kalau tu pun tak mampu, pakai je la lens yg sedia ada. Sila sedar diri dan kemampuan masing-masing.

Selain itu, disebalik kemudahan dan ke-mobility-an yg korang dpt dgn all-rounder lens tu, korang jgn harap la hasil dia sama lawa mcm prime atau shorter zoom lens lain. All-rounder lens ni binaan dia lebih kompleks sbb terlalu jauh dia punya gap focal length tu. Even the normal zoom lens pun kalah dgn prime lens dari segi kualiti. So logically all-rounder lens yg makin jauh jarak zoom ni hasil dia kurengggg la compared to normal zoom dan prime lens.

So korang kena consider jugak, yg mana jadi priority utama - nak mudah? Atau nak hasil gambar kacak?
Go for all-rounder lens kalau korang tak kisah sangat gambar tu kacak atau tak, janji dpt gambar.
Go for normal zoom atau prime lens jika anda inginkan hasil yg terbaik.
As simple as that.

Pasal lens jenama mana lagi bagus tu plak, mohon gugel lah review sendiri. Terberak aku kalau semua benda aku nak sumbat masuk dlm artikel ni.

Maka dgn itu berakhirlah artikel ringkas utk hari ni. Simple je, nak kasi korang berkenalan dgn all rounder lens je.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. Betul. Aku stuju. Ni lah satu-satunya class lens yg lebih berguna dan boleh replace kitlens.

    Aku pakai Tamron 18-200. Gi mana2 bawak satu lens je. Ringan plak tu. Senang idup kau kau.x mahal pun, dlm RM850 gtu je kot. Tamron punya 18-200 ada dua, satu ada PD (piezo drive), satu xde. PD ni buat autofocus jadi superfast dan supersilent. Tapi harga dia beza seribu.

    Satu kelemahan lens jenis ni adalah dia dia "jack of all trades, master of none" contohnya, dia boleh wat ambik gambar scenery yg lawa, tapi gambar dari wide angle lens lagi lawa. Dia boleh zoom jauh, tapi telescopic lens lagi jauh. Cm tu laa dgn potrait, macro etc.

    Tapi bagi orang biasa yg cuma ada satu DSLR body,dan bajet pun limited, (mcm aku) lens ni a must-have laa..

    ReplyDelete
  2. yeay...ari ni dapat lens 2..hahahahaa...

    ReplyDelete