Monday, August 8, 2011

GUIDE - Membeli Lensa utk Kamera Anda


Ramai antara kita yg memiliki filem/digital SLR bertanya; apakah lens yg sesuai utk mereka, berapa harga, brand apa bagus etc etc.

Kadang-kadang ada yg bertanya begini:
"Bang, saya guna Nikon D3100. Skrg ni lens yg ada cuma kitlens 18-55mm. Saya nak beli lens baru. Apa yg sesuai utk body D3100 ni ye?"

Soalan ni pelik dan salah. Bukan sesuai utk D3100, tapi sesuai utk tuan punya kamera.

Inspired by this article: Lens Buyer Guide, aku taip artikel ni, khas utk golongan yg diperkatakan di atas.

Sebelum pergi lebih lanjut, aku suggest korang baca dulu artikel Jenis-jenis Lensa.

Still, artikel ni tak lengkap, dan mmg takkan aku bg selengkapnya.
Nak tau lebih, please, do your own research jugak. Pakcik Google sentiasa menanti anda memenuhi ruang taipan SEARCH ENGINE beliau :)

Orait, let us begin!



PENDAHULUAN

Membeli lens adalah lebih susah drpd membeli DSLR. Seriously.

Say utk focal length 50mm sahaja, kita dah ada F1.8, F1.4, F1.2, F1.0. Yg version lama pulak ada F2, F2.2, F1.9, bersepah nombor aperture yg ada.
Tu tak kira lagi brand yg ada - original, 3rd party, auto, manual.
Tambah lagi dgn feature lain mcm IS/VR.
Bla bla bla.........

So artikel ini sedikit sebanyak akan dpt membantu anda memilih dan membeli lens terbaik utk anda.


GENRE, KEPERLUAN & KEHENDAK

Step paling pertama sekali sebelum beli lens - tanya diri kita sendiri, apakah genre photography yg kita minati. Contoh soalan yg boleh diutarakan:
  • Aku byk shoot indoor ke outdoor?
  • Nak try macro ke tak?
  • Buat job wedding pun ok jugak kan?
  • Aku byk ambil gambar apa eh, landscape ke architecture?
  • Lens tu best tapi aku perlu ke lens besar & mahal mcm tu?

Byk lagi soalan boleh ditanya. Setiap genre, lainlah tools nya.
Kalau dah aku ni Sports Photographer misalnya, perlu ke nak beli UWA lens mcm 11-16mm atau 12-24mm?

Maka sebenarnya drpd genre yg kita ceburi tu, baru kita tahu apakah jenis lens yg sesuai dgn kita, seperti focal length apa yg sesuai, dan aperture besar itu 1 keperluan atau aperture kecik sudah memadai.

So make sure lens yg kita nak beli tu bertepatan dgn kehendak dan keperluan kita.
Utk tahu lebih, boleh la tanya otai-otai, lens apa diorg pakai to get the job done.

Ini perkara paling asas yg perlu kita ketahui, kerana focal length dan aperture adalah penentu utama bagi harga sesebuah lens.


BUDGET

Sumber: wakdi

Keperluan, keperluan jugak. Fulus ada? Takde fulus, takkan dpt jugak beli lens tu nanti.
Keperluan dan budget (Budgets & Requirement) adalah 2 faktor paling kritikal dlm proses membeli sesuatu barang.

So let say anda ni wedding photographer.
  • Keperluan: Prime lens 50mm utk portrait dan shallow DOF
  • Kehendak: Nak yg F1.4!
  • Budget: RM400

Ikut market price utk 50mm, budget RM400 tu hanyalah utk F1.8. Yg F1.4 harganya mencecah ribuan ringgit.
So walaupun kehendak mengatakan nak F1.4, tapi budget membataskan segalanya.
Beli je lah 50mm F1.8 sbb keperluan sebenar ialah 50mm, bukan 50mm F1.4. Still cantik menawan bokehnya.



ORIGINAL & 3RD PARTY


Again, brand war yg tak sudah-sudah. Bila ditanya professional yg juga fanboy, takde dia nak bagi kita beli 3rd party brand mcm Sigma Tokina semua tu. Dia suruh beli yg original Nikkor Canon jek. Alasan mcm biasalah - lebih best, lebih sharp. Tapi ada 1 lagi yg lebih - lebih MAHAL.

So senang cerita mcm ni lah. Say korang ada budget RM8000 utk beli lens 70-200mm F2.8.

Kalau Nikon, 70-200mm F2.8 VRII boleh dpt kot.
Kalau 3rd party mcm Sigma 70-200mm F2.8, haritu tanya member, tak sampai RM4000 pun.

Nmpk tak beza harga tu berapa jauh? Kalau beli Sigma, byk balance yg boleh simpan atau pakai utk beli gadget lain.

Dari segi result, of course Sigma tak se-sharp Nikkor (utk kebanyakan model), that's why lebih murah.

Tapi, sebelum kita judge membabi buta, apakata google dulu review utk kedua-dua lens ni, usha habis sampel gambar yg pernah org ambil, atau kalau member ada, pinjam dan test.

So lps google tu, katakan kita puas hati dgn ke-sharpness-an Sigma walaupun tak se-sharp Nikkor, so belilah Sigma. Dah jimat duit, boleh simpan atau beli lens lain.

Tapi kalau anda mmg aim pd quality, sharpness tahap menusuk kalbu menikam jiwa, lps tu nak sama-sama body dan lens tu cap Nikon, dan anda MAMPU, juz go for it. Duit anda kan, siapalah kami utk menghalang :)


SHAKE REDUCTION: PERLU KE?

VR, IS menatang semua tu takde kat semua lens. Ada yg ada, ada yg takde. Ada yg berlainan version, mcm VR, VRII dan sebagainya, higher version means better mechanism.

Usually lens yg ada feature begini adalah lebih mahal drpd yg takde. So budget (again) perlu diambil kira.

So tanya balik diri kita - kritikalkah bg kita utk ada lens VR/IS ni?
Adakah kita jenis yg mindset-nya - bila takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar?

VR/IS ni adalah sgt penting dlm telephoto lens, iaitu yg panjang focal length nya, mcm 70-300mm, 55-250mm, 70-200mm dan sbgnya. Kerana makin jauh focal length, makin besar imej dlm viewfinder, so segala pergerakan kita walaupun kecil akan digandakan.
Plus lens sebegitu biasanya besar dan berat, so VR/IS mmg sgt membantu.

Tapi lens yg wide mcm kitlens, 11-16mm, 10-20mm, 12-24mm seriously tak perlu mekanisme ni.
Bukan nak mengutuk, tapi kalaulah dkt focal length 11mm dlm lighting condition yg ok pun gambar blur, better anda check balik tahap ke-menggigil-an tangan anda.

So tanyalah diri kita, perlu ke tak? Yakin tak kita boleh shoot tanpa blur kalau takde VR/IS?
Kalau tak yakin dan ada budget, belilah. Kalau yakin, beli yg takde VR/IS pun dah cukup.

Setakat ni Sony (Steady Shot) dan Pentax (Shake Reduction) takde masalah, sbb mekanisme ni ada pada body, so ianya compatible dgn hampir kesemua lens yg dipasang padanya.

Jika lens anda tiada VR/IS dan anda sgt memerlukannya, either anda upgrade, or guna monopod/tripod.
Atau, boleh amalkan teknik 1/Focal Length.


BIG & CONSTANT APERTURE


Be it original or 3rd party brand, zoom lens yg mempunyai aperture besar atau constant mmg mahal. Utk info lanjut baca artikel Zoom Lens: Fixed & Variable Aperture.

Contoh:
  1. Prime: 50mm F1.2 lebih mahal drpd F1.4.
  2. Zoom: Tamron 17-50mm F2.8 lebih mahal drpd kitlens 18-55mm F3.5-5.6.
Aperture besar mmg sgt berguna especially dlm keadaan gelap (low light), dan jika kita jenis tak suka guna ISO tinggi.
Plus dgn penggunaan aperture besar, shutter speed yg lebih laju dpt digunakan utk moment/candid. Bokeh dan sharpness toksah habaq la, of coz lagi hebak!

Tapi mcm mana pun, kita kena back to requirement dan tanya balik diri kita - perlu ke aperture besar-besar ni? Atau 50mm F1.8 dah cukup?


KESELESAAN

Sumber: thaivisa

Kita suka sgt dgn hasil drpd lens 70-200mm F2.8, tapi kita jarang sgt pakai sbb berat, leceh, besar dan sebagainya.

So sebelum beli tu, pergi kedai, try-test-cuba dulu. Hold it, feel it, try to snap photos with it.
Tanya diri kita - sedap tak pegang? Selesa tak nak zoom and focus? Berat ke ringan?

Jgn tengok hasil semata-mata. Keselesaan tu jugak penting utk kita buat kerja.
Kalau tak selesa, hebat mana pun lens tu, tak ke mana jugak.


ZOOM KE PRIME LENS?

Ulangkaji sikit - zoom lens: lens yg boleh zoom, contoh 18-55mm. Prime lens: lens yg takleh zoom, contoh 50mm.

Takde jawapan yg tetap dan tepat utk soalan ni.
Tanya diri anda, nak hasil yg macam mana?

Nak sharp? Bokeh kuang haja? Prime lens of course.
Nak mudah? Malas nak kebelakang kedepan? Zoom lens lah.


CARA MENG-GOOGLE

Ha, siap cara nak google aku kasi sekali. Kalau korang still malas, tak tau la nak habaq pa dah.
  1. Google - baca psl specifications, aperture blade, elements, weight etc etc (berguna jika anda tau cane nak baca semua info ni)
  2. Google Image & Flickr - taip je model kamera dan lens yg nak dibeli tu, tgk sampel foto yg org lain dah snap


Lens Recommendation
  1. Lens yg sentiasa perlu ada - Kitlens (18-55mm/18-105mm/18-135mm)
  2. Prime lens termurah dan terkacak - 50mm F1.8
  3. Single Walkaround/All Rounder lens - 18-105mm, 18-135mm, 18-200mm, 18-300mm
  4. Cheap telephoto lens - 55-200mm, 55-250mm, 55-300mm, 70-300mm (close-up)
  5. Best prime/wide + sharp lens - 24mm, 28mm, 35mm
  6. Lens kegemaran wedding photographer - Tokina 11-16mm F2.8, Tokina 12-24mm F4, Tamron 17-50mm F2.8, Nikkor AF-S 18-70mm F3.5-4.5G
  7. King of portrait lens - 50mm, 85mm, 135mm
  8. Cheap macro: 50mm + ext tube atau macro filter
  9. Cheapskate abis punya lens tapi hasil kacak - Samyang, Rokinon dan yg sewaktu dgnnya

Setup Recommendation
*Rujuk nombor di atas sbg rujukan

Newbie, Amateur & Beginner:
  • 1
  • 1 + 2
  • 1 + 2 + 4
Wedding/Engagement/Event:
  • Sama mcm Newbie, Amateur & Beginner
  • 6
  • 7 utk outdoor session
Sports/Wildlife:
  • 3 atau 4
Nature & Landscape:
  • 1
  • 3
  • 1 + 4
  • 5 (khas utk kamera full frame)
  • 6
Macro/Close-up
  • 1
  • 4
  • 8
Portrait
  • 2
  • 4
  • 7
  • 9

Sekadar recommendation. Itu kira alternatif murah. Lens termahal dlm list tu pun mungkin 11-16mm atau 85mm/135mm.

Nasihat - walau apa pun lens yg korang beli later on, kitlens jgn jual. Sentiasa simpan kitlens. Dan 1 lg lens - 50mm. Kira kedua-dua lens ni mmg penyelamat dan mmg best, sbb kita mmg akan pakai 2 lens ni lebih drpd yg lain.

So ok, I guess that's just about it.
Semoga artikel ni sedikit sbnyk dpt membantu anda memilih dan membeli lens dgn lebih cemerlang.

Salam Ramadhan.

Ejad Fotopoyo

10 comments:

  1. artikel yg menarik, aku sendiri selalu tertanya2 lens apa yg patut aku beli selepas kit-lens (bkn nak kate kitlens tu x bagus) in-case kitlens rosak (dah jadi pada aku) x kan aku nak beli kitlens lg kan? mesti nak upgrade sikit, so kalo ikut research+nafsu mmg bleh tergadai sawah serelong, so key point die, mmg mcm dlm artikel ko ni Ijad, (kemampuan duit). Banyak tanya rakan2 yg membina (bkn yg menjahanamkan) tanya org2 lama, dan yg paling penting jgn ikut nafsu. Kalo ikutkan nafsu aku, mmg aku tergila2kan lens putih tu (70-200mm) tp bile pikir balik, utk ape lens tu? perlu sgt ke dgn job aku? xde lens tu bleh terbantut ke hasil kerja aku? Jd pd kawan2 yg masih dok pening nak mencarik lens, ini artikel yg buleh kite jadikan panduan.......

    ReplyDelete
  2. nak review pasal lens:
    http://www.pixel-peeper.com/

    ReplyDelete
  3. hebak ejad the poyoland..... ari tu nak beli 50mm tertangkap 55-300mm plak...

    ReplyDelete
  4. sy man..nak tanya lens SAL30M28 (30mm f2.8) elok tk untk wedding ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30mm f/2.8 cam macro lens je? boleh jugak nak buat environmental portraits. mungkin cuba tengok jugak SAL35F18. beza one stop aperture sedap tuh..

      Delete
  5. sy zul... nk ty skit lens SAL1118 (11-18mm f4.5/5.6) elok tk utk wedding???

    ReplyDelete
  6. betulkah kamera x mempengaruhi pemilihan lens?
    kalau kita guna kamera canon 110d tp nak guna lens yg lebih besar dari 18-55 boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar ke kecik ke mahal ke murah ke, selagi lens tu boleh mount kat 1100D, pakai je la

      Delete
  7. Cool la blog nih. Aku ni beginner, tp dah setahun duk menembak. D5100 + kitlens. Nak upgrade fulus takde, standard ler student u kan. Cuti sem baru boleh keje. Baru ni ttbe ada org mntk tolong jd official photog utk wedding beliau. Nak tknk, terima jela dulu offer tu, nak kutip pengalaman kan. Sebelum ni igtkan nak mntk recommendation dr lecturer aku yg kaki photog gak, Anaz Photo, last2 terjumpa artikel ni, so Kepeningan lalat aku tu dah solve. D7000 + 85mm 1.8 + 17-50 2.8 + SB600 rasanya lebih dr cukup utk beginner aku mcm ni. Bokeh 85mm mmg cun utk outdoor. Great tips bro!

    ReplyDelete
  8. terbaik .... satu panduan yang mudah difahami .... ilmu yg membantu

    ReplyDelete