Sunday, May 22, 2011

Autofocus VS Manualfocus


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

AF (Autofocus) vs MF (Manual Focus) - satu lagi debat yg takkan habis, cuma tak sepopular Nikon vs Canon je.

Sekarang semua kamera dan lens datang dlm bentuk AF. Memudahkan kita utk fokus & mengambil gambar dgn lebih cepat.

MF pula sering dikatakan sbg kaedah yg kuno, lambat, menyebabkan subjek tak sharp, dan sbg nya.

Namum terdapat masa-masa tertentu yg MF lebih berguna drpd AF, iaitu apabila:
  1. Low Light | Too Dark
    • sometimes AF tak dpt berfungsi dgn baik apabila keadaan terlalu gelap, kerana apa yg kamera 'nmpk' cuma warna hitam (gelap) yg plain

  2. Too bright
    • sama juga seperti situasi low light, jika keadaan terlalu terang (putih), AF tak dpt berfungsi dgn baik

  3. Plain subject
    • apabila subjek yg kita fokus itu plain: tiada shape atau curve, contohnya seperti dinding rata yg putih, kamera tak dpt jumpa apa yg kita nak fokus

  4. Macro/close-up
    • objek yg terlalu kecil agak payah utk di-AF

So dlm 4 keadaan seperti di atas, MF lebih berguna drpd AF.

Selain itu, MF juga diperlukan (wajib) apabila:
  1. Apabila kita menggunakan non-motor body dgn non-motor lens
    • Kes yg sinonim dgn pengguna Nikon
    • Body entry level seperti D3000/3100, D40, D60, D5000/5100 tidak mempunyai built-in motor, jadi kita perlu fokus secara manual apabila menggunakan lens yg tiada motor (AF-D, AF-I, AI, non-AI, AI-s)
    • Utk maklumat lanjut boleh baca artikel Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses

  2. Apabila menggunakan lens yg sememangnya tiada mekanisme AF.

Masalah kini cuma satu - sebab dah terlalu biasa dgn AF, majority photographer takut utk menggunakan MF dgn alasan-alasan berikut:
  1. Kalau guna MF, gambar tak sharp/OOF
    • itu bukan salah kamera/lens/MF, itu salah diri sendiri yg tak fokus elok-elok

  2. MF lambat
    • guna je la AF kalau nak cepat.
    • tapi kalau anda berdepan dgn situasi seperti di atas, AF tak boleh pakai jugak, so MF je lah jalan penyelesaiannya

  3. Tak pandai la guna MF
    • belajarlah, slow-slow, pelan-pelan kayuh

  4. Tak best la MF
    • ye ke tak best? Belum cuba belum tau ^^

So try-try la guna MF, belajar, sbb kadang-kadang kita tak akan dpt lari drpd menggunakan MF, especially apabila berdepan dgn situasi seperti di atas :)

Ikhlas,
Ejad Fotopoyo

3 comments:

  1. memang ade umphh klu pki MF...tp klu yg ade mslah mata(rabun),agak susah utk fokus..btul tak?

    ReplyDelete
  2. pkai mf ni sbnrnye syok. kte dpt tau thp mte kte menilai ke-sharp-an sesautu bnde. n nikmat ble kte dpt buat gamba jd shard gne mte je.
    just my due posen. haham sye beginner lg. kalo salah jgn mara~

    ReplyDelete
  3. Dulu biasa pakai MF, pastu mata semakin rabun terpaksa guna AF :(

    ReplyDelete