Wednesday, July 11, 2012

Mode Av, Tv dan Exposure Compensation


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Haritu aku ada bincangkan mengenai mode M (Manual) dlm artikel Bagaimana Menggunakan Mode M.

Utk artikel kali ni, aku akan share secara ringkas tentang mode Av dan Tv plak.

_________________________________________________________________________________

Aperture Priority

Diwakili sbg Av atau A.

Av bermaksud Aperture Value.

Berbeza dgn mode M yg mana kita perlu kawal ISO, Shutter Speed dan Aperture, dlm mode Av/A ini kita hanya perlu kawal ISO dan Aperture, manakala Shutter Speed akan ditentukan sendiri oleh kamera.

Dalam ertikata lain, dia mcm Semi Auto skit la, bukan fully manual.

Sgt sesuai digunakan oleh mereka yg memerlukan kawalan depth of field, iaitu mereka yg perlu tukar aperture cepat-cepat tanpa perlu membazirkan masa utk memilih Shutter Speed.

Biasanya digunakan oleh wedding, portraiture photographer.


Cara:
  1. Gunakan mode Av atau A
  2. Pilih ISO
  3. Pilih Aperture mengikut keluasan Depth of Field atau tahap bokeh/sharpness yg diingini
  4. Fokus pada subjek
  5. Kamera akan pilih Shutter Speed secara automatik
  6. Snap

_________________________________________________________________________________

 Shutter Priority