Thursday, May 26, 2011

Sunset & Sunrise dgn Compact Camera & Handset

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Agak normal utk kita teruja + kagum + speechless + drooling melihat gambar landscape, especially yg melibatkan sunset atau sunrise yg diambil oleh kwn-kwn kita yg menggunakan DSLR.

Justeru, kita pun terus tanam satu falsafah dlm kepala otak:
"Kalau nak ambil gambar sunset/sunrise, kena guna DSLR, baru cantik. Guna kamera biasa tak cantik"

Mindset itu betul dan salah.

BETUL: Mmg lg cantik sbb sensor DSLR yg lebih besar dpt menyimpan lebih byk detail, tambahan pula RAW file drpd DSLR boleh diedit supaya menjadi gambar yg lebih mengancam.

SALAH: Cantik tu subjektif. Plus, mereka yg just menggunakan DSLR tanpa mengetahui asas ilmu Exposure Triangle belum tentu akan dpt mengambil gambar dgn cantik.

Kekurangan pd kamera kompak dan handset ialah kita tak dpt nak kawal setting sepenuhnya kerana majority setting adalah auto.

Namun, kebaikannya ialah gambar kita lebih cepat siap tanpa memerlukan post-editing later on.

So, katakan anda cuma ada kamera kompak biasa atau handset, dan anda nak gunakannya utk ambil gambar sunset atau sunrise. Disini aku akan share serba sedikit tips yg boleh dicuba dan diamalkan.

Kamera Kompak: Tips 1-5
Handset: Tips 3-5
Pengguna DSLR juga boleh menggunakan tips ini, andaikata anda tak tau menggunakan mode MANUAL
  1. Gunakan mode Sunset atau Landscape yg ada pd dial/menu kamera anda. Ia akan memekatkan warna yg berkaitan nature, seperti biru dan oren

  2. Jika tiada mode ini, gunakan sahaja mode AUTO

  3. Gunakan setting White Balance (WB) utk menentukan warna hasil akhir gambar anda. Auto WB (AWB) - biru & oren
    Daylight - ungu & oren
    Shade atau Cloudy - betul-betul oren

  4. Exposure Compensation: Gelapkan gambar dgn menetapkan EV atau butang +/- ke arah negatif, contoh -0.3, -0.7. Gelap lebih bagus utk memastikan detail/figure langit/matahari tampak lebih jelas

  5. Snap! Siap :)

Lps dah ada gambar, kalau nak main dgn sedikit editing, guna Photoscape, kemudian adjust BACKLIGHT.

After that, terpulanglah pd anda jika ingin terus meng-edit.

Sampel foto sunrise drpd handset Sony Ericsson K750i:


Yg ni gambar drpd smartphone: Sony Ericsson W8:




Sampel foto SUNSET drpd Panasonic Lumix TZ11:





Gambar sunset yg aku snap pakai compact Olympus VG 120 yg berharga RM299:





Kemudian ni drpd Samsung EX2F, mahal punya compact la tapi:




Lps ambil gambar, anda tanya diri sendiri, anda suka tak gambar tu?

Kalau suka, cukup, tu yg penting. Peduliklah org-org lain nak ckp kalau guna DSLR lg cantik ke, ape ke.

Personally, aku sendiri puas hati dgn gambar sunset/sunrise yg aku amik guna compact cam ni.

So, gunakan dulu apa yg ada. Mana tau yg ada pun dah boleh produce gambar yg marvelous, takyah la nak pecah duit tabung nak beli DSLR, kan?

"The best gadget is the one that you always have with you"

... sbb itulah kebanyakan gambar moment yg best diambil dgn kamera handset, kerana itulah satu-satunya kamera yg takkan kita tertinggal kat rumah atau bilik bila keluar.

Ejad Fotopoyo

Tuesday, May 24, 2011

INFO - Mode: Auto VS Manual



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Berbeza dgn kamera SLR zaman dahulu yg kebanyakannya totally mechanical & manual, kamera DSLR zaman ini sudahpun mempunyai mode AUTO serta beberapa mode lain seperti Sport, Portrait, Macro dan sebagainya.

Terdapat segelintir photographer, khasnya yg tau menggunakan mode Manual memandang rendah pd mereka yg menggunakan mode Auto, kononnya kanak-kanak je guna Auto ni.

Persoalannya, salah ke guna Auto?
Gambar confirm cantik ke bila guna Manual?
Auto utk noob? Anda dulu beli kamera terus pandai guna Manual ke?



AUTO


Kelebihan:
  1. Cepat dan mudah digunakan
  2. Sgt sesuai digunakan utk mengambil gambar candid atau moment dgn pantas
  3. Biasanya confirm gambar akan jadi punyalah!
Kekurangan:
  1. Mode Auto yg digunakan memberi ruang kpd kamera utk memilih setting yg dirasakan terbaik olehnya (nya: kamera)
  2. So, gambar yg diambil biasanya takkan dpt memenuhi kehendak kita 100%
  3. Well of course, kamera bukan boleh baca apa yg kita nak, betul tak?


MANUAL

Kelebihan:
  1. Memberi kebebasan kpd kita (full control) utk mengambil gambar sebagaimana yg kita mahu berpandukan setting Aperture, Shutter Speed dan ISO
  2. Biasanya kita akan dpt gambar yg kita mahukan kerana kita yg setting semua tu
Kekurangan:
  1. Lambat & mengambil masa

========================================================================

But in the end, kedua-dua mode ini menghasilkan benda yg sama - GAMBAR.
So, kenapa nak pandang rendah pd mereka yg guna Auto?

Kalau aku tunjuk 2 gambar yg sama, 1 ambil guna Auto, 1 guna Manual.
Bolehkah anda membezakan kedua gambar tersebut yg mana guna Auto, yg mana guna Manual?

Imagine anda guna Manual, kwn guna Auto, tp sebab anda lmbt sgt setting, anda terlepas moment, kwn pulak dpt ambil gambar. Ha siapa yg malu sekarang?

So Auto ke Manual ke, gunalah mana-mana pun, tak salah, tak berdosa, tak makrukh pun.

Yg jadi isunya ialah biasanya org yg menggunakan mode Auto ni:
  • Bila kamera dpt ambil gambar yg dia mahukan, dia cakap gambar tu dia yg ambil (dgn angkuhnya)
  • Bila kamera tak dpt ambil gambar yg dia mahukan (contoh: dia nak bokeh, tp kamera ambil semua sharp), dia ckp kamera problem, lens tak bagus, bla bla bla.

So, pesanan drpd aku ni simple je: Korang gunalah apa pun, kamera korang.

Janji, yg guna Auto tu, jgn buat perangai seperti yg diceritakan diatas tu.

Dan kalau boleh, dah beli kamera mahal-mahal tu, biarlah kita yg control mereka (mode Manual), bkn mereka yg control kita (mode Auto).

Andai anda jenis yg ingin belajar mcm mana nak guna Manual tapi tak tau nak mula mcm mana, sila ke tab Jom Belajar di atas baca segala topik asas yg ada kat situ.

That's all. All the best dlm mempelajari mode Manual!

Ejad Fotopoyo

Sunday, May 22, 2011

Autofocus VS Manualfocus


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

AF (Autofocus) vs MF (Manual Focus) - satu lagi debat yg takkan habis, cuma tak sepopular Nikon vs Canon je.

Sekarang semua kamera dan lens datang dlm bentuk AF. Memudahkan kita utk fokus & mengambil gambar dgn lebih cepat.

MF pula sering dikatakan sbg kaedah yg kuno, lambat, menyebabkan subjek tak sharp, dan sbg nya.

Namum terdapat masa-masa tertentu yg MF lebih berguna drpd AF, iaitu apabila:
  1. Low Light | Too Dark
    • sometimes AF tak dpt berfungsi dgn baik apabila keadaan terlalu gelap, kerana apa yg kamera 'nmpk' cuma warna hitam (gelap) yg plain

  2. Too bright
    • sama juga seperti situasi low light, jika keadaan terlalu terang (putih), AF tak dpt berfungsi dgn baik

  3. Plain subject
    • apabila subjek yg kita fokus itu plain: tiada shape atau curve, contohnya seperti dinding rata yg putih, kamera tak dpt jumpa apa yg kita nak fokus

  4. Macro/close-up
    • objek yg terlalu kecil agak payah utk di-AF

So dlm 4 keadaan seperti di atas, MF lebih berguna drpd AF.

Selain itu, MF juga diperlukan (wajib) apabila:
  1. Apabila kita menggunakan non-motor body dgn non-motor lens
    • Kes yg sinonim dgn pengguna Nikon
    • Body entry level seperti D3000/3100, D40, D60, D5000/5100 tidak mempunyai built-in motor, jadi kita perlu fokus secara manual apabila menggunakan lens yg tiada motor (AF-D, AF-I, AI, non-AI, AI-s)
    • Utk maklumat lanjut boleh baca artikel Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses

  2. Apabila menggunakan lens yg sememangnya tiada mekanisme AF.

Masalah kini cuma satu - sebab dah terlalu biasa dgn AF, majority photographer takut utk menggunakan MF dgn alasan-alasan berikut:
  1. Kalau guna MF, gambar tak sharp/OOF
    • itu bukan salah kamera/lens/MF, itu salah diri sendiri yg tak fokus elok-elok

  2. MF lambat
    • guna je la AF kalau nak cepat.
    • tapi kalau anda berdepan dgn situasi seperti di atas, AF tak boleh pakai jugak, so MF je lah jalan penyelesaiannya

  3. Tak pandai la guna MF
    • belajarlah, slow-slow, pelan-pelan kayuh

  4. Tak best la MF
    • ye ke tak best? Belum cuba belum tau ^^

So try-try la guna MF, belajar, sbb kadang-kadang kita tak akan dpt lari drpd menggunakan MF, especially apabila berdepan dgn situasi seperti di atas :)

Ikhlas,
Ejad Fotopoyo

Thursday, May 19, 2011

Dah beli kamera, nak buat apa?

WARNING: Part ni semuanya part membebel.
Nak skip, go straight to the point kat bwh.


Dulu korang guna kamera biasa-biasa je, jenis yg boleh disimpan dlm poket.

Then recently korang tgk ramai anak-anak muda serta tua yg usung kamera besar sana-sini, digantung di leher dgn machonya.

Hati korang tertanya, best ke kamera besar tu?

"Tadi nampak mcm ada perkataan D90 kat kamera tu.. try google"

So korang pun balik dan google, tak psl-psl basah keyboard tu dgn air liur korang atas sbb keterujaan melihat foto yg dihasilkan oleh kamera besar tu.

Oooo, ni DSLR namanya...

Then terasa mcm tgk kat internet je tak cukup, nak try pegang plak.
So korang pun pergi la kedai kamera, mintak tokey tu keluarkan segala jenis DSLR yg ada.

Tokey tu pun campak keluar la segala Nikon, Sony, Canon dan apa-apa je la yg ada.

Korang pun belek sana, belek sini, ditambah lg dgn tokey tu meracun - dia amek gambar, pastu tunjuk kat korang hasilnya melalui LCD kamera tu. Dgn video Full HD nya lagi. Heh, tambah terliur la korang.

Hish, tak bole jadi nih! Sekejap ar tokey.
Carik Bank Islam, usha akaun, wah ada RM2000 lagi, cukup nih! Makan kang pinjam la duit Amran, apedehal.

Lps cucuk, korang pun belilah DSLR tu.
Terus balik rumah. Tak sabar nak pakai menatang yg hebat nih!

Dah sampai rumah, dah simpan/buang kotak semua, korang pun gantung la kamera, pastu g Taman KLCC.
Dgn konfidennya korang amek gambar, lepas tu balik, upload kat fesbuk.

Fuh, kembang bontot ni bila kwn-kwn semua puji & LIKE gambar korang tu.
Kalau yg lelaki lagilah, terasa hebat betul lepas dah kena puji ni. Terus cari model utk diphotoshoot.

Then ada pulak kwn-kwn yg LIKE tu ckp:
"Tak amek wedding ke? Gambar kau dah superb ni."

Lps tu korang pun buatlah blog, promote biz photography kahwin. Ye lah, gambar dah hebat kan, semua puji.

Syukur, ada client berminat sbb harga yg korang tawarkan agak murah.

Di hari persandingan, berbekalkan kamera + kitlens + built-in flash, mode Landscape, dgn kepala otak yg zero habis psl exposure, korang pun shoot bagai pro, siap baring sana-sini. Time akad nikah tu je dah 500 keping gambar pelbagai angle kekonon sbb taknak terlepas moment.

Habis je majlis, balik transfer gambar masuk PC, terus tergamam.

Gelap + blur + terlalu pekat dan sbg nya.
Ah sudah, mcm mana ni!

Pastu korang pun tanya la kwn-kwn, kenapa terjadinya perkara sebegini?
Kwn korang pulak kebetulan pakai brand lain, dan gambar dia lg lawa.

Dia pun ckp "Oh, brand ni mmg la tak bagus, kualiti takde. Patut kau beli sama brand mcm aku, baru gambar cantik"

Terpedaya dgn kata-kata member, korang pun jual balik kamera tu, beli brand yg sama mcm member tadi.

Then the same thing happens, again. Berulang-ulang sampai la korang dah muflis, takde duit langsung nak makan, apetah lagi nak tukar brand. Korang pun tadi awalnya salahkan brand, terus salahkan member sbb tipu. Semua la salah, korang tak salah pape.

So, salah siapa ni?

===================================================================

FB

Common mistake among newbies in photography - baru je beli DSLR, baru sekali dua dpt tgkp gambar cantik, terasa diri dah hebat. Lepas kwn-kwn LIKE gambar kat pesbuk, terus bukak blogspot/wordpress buat biz photography utk tunang/kahwin bagai.

Then bila gambar tu tak cantik atau client tak suka, kamera yg dipersalahkan, walhal diri tu yg takde knowledge.

So lepas je beli kamera, nak buat apa?




1) Sesi taaruf dgn membaca User Manual
  • berkenal-kenalan la dulu dgn kamera tu, button ni utk apa, mcm mana nak tukar aperture, nak setting gambar JPEG mcm mana dgn membaca USER MANUAL.
  • Manufacturer kasi menatang tu bukan utk dibuat alas kaki, tp utk kita baca psl bini baru kita
  • Membaca amalan mulia. 

2) Get yourself familiar with the buttons
  • dah tau fungsi button tu semua, biasakan diri. Try ingat/hafal kegunaan masing-masing

3) Make sure the batteries are fully charged sebelum mula pakai

4) Tak perlu keluar rumah, kat dlm rumah pun boleh
  • try shoot gambar apa-apa pun, just nak get urself familiar dgn kamera tu.
  • Shootlah gambar paip ke, kucing jiran ke, mesin basuh ke

5) Gambar tak cantik?
  • Rileks, refer balik pd user manual.
  • Naikkan sharpness/saturation/contrast mengikut citarasa korang. Then shoot lagi.

6) Jgn saving shutter atau battery, keep on shooting!

7) Follow kwn-kwn outing
  • kalau boleh carik yg sama brand/model supaya senang korang nak belajar.

8) Bwk user manual masa outing
  • Jgn malu jgn segan. Biar org lain nak kata apa, kamera korang, bukan kamera diorang

9) Masuk kelas asas photography

10) Jgn sibuk nak tanya segala jenis button ni utk apa, tu utk apa masa kelas. Tu tanggungjwb korang utk baca manual lps beli dulu. Nak tanya sikit-sikit tu takpelah, jgn la tanya semua.

11) Dah tau psl basics tu, again, keep on shooting, sentiasa try and error.

12) Follow the rules
  • Rule of Thirds, straight horizontal/vertical line, room of view bla bla bla

13) Rasa dah master rules semua ni? Ok, now break the rules!
  • Keluar dari kepompong, shoot gambar dgn free nya tanpa rules utk meningkatkan lagi tahap kreativiti korang

14) Sentiasa minta pandangan & kritikan drpd member lain utk meningkatkan lagi skill korang

15) Dah master shutter speed, iso dan aperture? Good! Korang boleh pergi jauh :)


So, keywords yg sgt penting berdasarkan point di atas:

So utk korang belajar, boleh usha page Jom Belajar I dan Jom Belajar II. Banyak info dan tips yg aku dah share kat page ni.

Sekadar perkongsian drpd newbie,


Ejad Fotopoyo

Wednesday, May 18, 2011

GALERI - Permandangan Sekitar Shah Alam


















TIPS | Nightscape Photography

Masjid Besi Putrajaya
Nikon D200 | Nikkor 35mm F2.8 AIS
f/8 | 15s | ISO-100



1. ISO

Serendah nilai ISO yg mungkin. Kalau ada ISO50, gunalah.
Grain/noise ni akan kelihatan sgt jelas pd gambar yg gelap, so utk gambar mlm, penggunaan ISO yg tinggi akan menjejaskan gambar.

Tapi kalau korang takde tripod, then terpaksa la guna ISO tinggi. Gambar mmg noise, but you have no choice right? Better gambar noise drpd gambar blur.


2. Aperture

Back to basic - nak ambil gambar apa?
Since artikel ni mengenai landscape, depth of field yg luas diperlukan.

So pakai aperture sekitar f/8 - f/14. Plus dgn penggunaan aperture kecik, sunstars akan muncul drpd lampu.


3. Shutter Speed & Metering


Biasanya shutter speed akan jadi sangat perlahan utk gambar malam, sebab kita pakai ISO rendah, pastu aperture pun kecik, maka shutter speed akan jadi sekitar 1s hinggalah 30s.


4. Tripod

Wajib ada tripod! Mustahil lah nak handheld selama 30s kan?

Kalau takde tripod, pandai-pandai la letak kamera atas kereta ke, tembok/dinding ke, as long as kamera tu boleh stay static tanpa sebarang vibration.

Tapi kalau tempat nak pacak kamera pun takde, takleh watpe la, maka anda kena gunakan ISO yg tinggi dan aperture besar utk handheld shot.


5. Mirror Lockup / Cable Release / Remote Shutter

Even with tripod, anda still tak dpt lari drpd kemungkinan utk berlakunya gegaran pd gambar.
So jika kamera anda ada function Mirror Lockup, fahamkan dan gunakan.
Ada cable release atau remote shutter? Gunakan.

Jika tiada, gunakan self timer at least 2 saat, kemudian tekan shutter, dan lepas tu jgn sentuh dah kamera tu sampai la dia habis ambil gambar. 2 saat itu memberikan kita masa utk hilangnya gegaran yg berlaku semasa kita tekan punat shutter.


6. Filter

Cabut dan simpan filter dlm beg, especially jika filter tu takde memberikan efek apa-apa pd gambar, contohnya UV Filter.

Kenapa? Pemakaian filter menyebabkan penambahan glass di hadapan lens, seterusnya mengganggu perjalanan cahaya yg masuk ke dlm sensor kamera, seterusnya menyebabkan glare/flare pd gambar.

So takyah guna filter. Unless jika anda mahu bermain dgn efek (contoh - Star Filter), silakan.


7. RAW ke JPEG?

Sukati koranglah nak pilih JPEG atau RAW, bergantung kpd kerajinan dan ketelitian masing-masing. Kalau malas nak edit, pilih JPEG. Kalau rajin nak edit, pilih RAW.


8. Lens?

Landscape kan? So gunakan lens/focal length sewide yg mungkin. Kitlens 18-55 sudah memadai.

Kalau nak guna lens lain mcm 50mm pun boleh, tapi kena duduk belakang sikit la utk dpt angle yg wide.
Atau, kalau rasa lens tu tak berapa nak wide, ambil beberapa gambar dan kemudian stitch sbg panorama

But still depends la. Mungkin korang nak shoot landscape yg agak jauh, so korang kena pakai lens yg tak berapa nak wide. So senang cerita, pakai je lens dan focal length yg mengikut kehendak framing korang.


9. Flash

Takyah, simpan jek dlm beg. Unless ada subjek yg nak ditonjolkan, then boleh la pakai flash


10. Long Exposure Noise Reduction dan High ISO Noise Reduction

Offkan aje dedua tu. Yg Long Exposure NR tu sesuai kalau shutter speed korang berminit2 je.
High ISO NR plak useless sebab korang guna ISO rendah.


11. Focusing

Sometimes AF takkan dpt berfungsi dgn baik jika gambar terlalu gelap.
So focuslah secara manual, fokuskan pd subjek hingga kelihatan sharp.
Tak reti? Belajarlah. Usually utk landscape, focus infinity je.


12. VR & IS

Kasi off. Function ni useless sbb anda dah ada VR/IS terbaik - TRIPOD.


SUDUT RACUN















Sekian tips kali ini.

Yg terhangat di pasaran,
Ejad Fotopoyo

Monday, May 9, 2011

How Sharp is Sharp?

Sekadar gambar hiasan

Original article - luminous-landscape
* thanks to my cousin, Iskandar Yahya for the link

Artikel ni basically cuma terjemahan dgn sedikit penambahan drpd artikel di atas, dlm bahasa yg lebih mudah utk difahami.

============================================================

Biasa tak dgr dialong-dialog sebegini?

"Lens ni dgn lens ni, mana lebih sharp?"


"Kau rasa lens ni mcm mana, sharp tak?"


"Ada tak zoom lens yg sama sharp dgn prime lens?"

Wujud photographer yg mana juga dikenali sbg ahli kaji gambar, atau pixel peep, di mana mereka ni lebih suka test sesebuah kamera/lens dan membuat perbandingan pd gambar yg terhasil.

Kajian yg bagaimana? Instead of mengkaji composition, lighting, subject etc etc, mereka print dan check detail gambar utk kaji kualiti - terutamanya SHARPNESS.

Then mereka akan mula merungut, lens ni tak cukup sharp.
Mereka beli kamera dan lens termahal semata-mata utk memenuhi keperluan sharpness mereka.

Then merungut lagi, kerana mereka rasa ada lagi lens yg lebih sharp drpd apa yg mereka ada.

Mindset mereka cuma 1 - bila lens itu sharp, maka cantiklah gambar.
Sharpness itu adalah segala-galanya bg mereka.

Diam tak diam, sebenarnya kita pun sama shj.

Kita beli 50mm F1.8 sbb sharp, then jual, beli 50mm F1.4 sbb lebih sharp, kemudian F1.4 mcm tak cukup sharp, beli pulak 50mm F1.2, dan seterusnya.

Kita beli, jual dan beli semula kamera/lens kerana 1 tujuan - utk mendapat gambar yg sharp.

Maka wujudlah pula dialog-dialog sebegini:

"Aku tgk gambar Canon lagi sharp la. Better aku jual Nikon aku ni, jumpship ke Canon" (atau sebaliknya)

"Tak best la kitlens aku ni. Aku tgk gambar member aku guna 70-200 sharp giler kot"


"Ish, dah jumpship pun mcm tak sharp. Aku nak guna Leica lah, takpun Carl Zeiss, confirm sharp"

That's enough!

Instead of mengembara mengejar ke-SHARPNESS-an yg takkan berakhir ni, baik kita belajar mcm mana nak mendapatkan imej yg sharp gila kentang, just by using our current equipments.


1) Primes lens adalah sentiasa lebih sharp drpd zoom lens (usually)

Sumber: teenagephotographer

Sape tak tau amende prime lens tu, boleh baca artikel Jenis-jenis Lensa.

The title says it all. Nak sharp? Guna prime lens. Jgn guna zoom lens langsung.

Kenapa prime lens lebih sharp?

Zoom lens mempunyai lebih byk elemen drpd prime lens, menyebabkan binaannya lebih kompleks, sekaligus meninggikan risiko CA, penurunan contrast dan flare.

Prime lens on the other hand, biasanya mempunyai aperture yg lebih besar, binaan yg lebih simple, ringan, murah (tak semua) dan focusing yg lebih pantas.

Andai anda tak percaya, gunakan zoom lens paling mahal yg anda ada (contoh: 24-70 F2.8, 70-200 F2.8), lawan dgn lens 50mm F1.8, shoot gambar yg sama, dan lihat sendiri perbezaannya.


2) Lens drpd original manufacturer lebih sharp drpd lens drpd jenama 3rd party (usually)

Which is why kebanyakan lens original adalah jauh lebih mahal drpd lens 3rd party.

Harga lens Sigma 70-200 F2.8 adalah separuh drpd harga Nikkor 70-200 F2.8.
Nikkor 17-55mm F2.8 jauh lebih mahal drpd Tamron 17-50mm F2.8.
Sigma 24-70mm F2.8 sgt murah berbanding Nikkor/Canon 24-70mm F2.8.

So if you are seriously aiming for sharpness, jgn beli 3rd party lens. Beli yg original.


3) You get what you pay for

Try shoot gambar guna 18-55mm, pastu 50mm F1.8, then 50mm F1.4 dan last sekali 50mm F1.2.

Notice any differences? Of course you do. 50mm F1.2 menghasilkan gambar yg lebih ohsem drpd 50mm F1.8 dan kitlens 18-55.

Now compare the prices. Agak-agak boleh faham ke kenapa 50mm F1.2 tu mahal gler, dan 18-55/50mm F1.8 tu tak sampai RM400 pun?

So technically, you get what you pay for.

Good thing doesn't come cheap, cheap thing doesn't come good.
But how good is good and how cheap is cheap? Anda shj yg boleh jwb soalan itu.

So andai anda mampu beli BMW, by all means, go for it!
Tapi jika tidak, beli sahaja Honda EX5 and live happily with what you can afford.
Tujuannya sama - utk sampai ke destinasi.
Sama saja dgn kamera/lens - utk ambil gambar.


4) Sharp Lens + Noob Photog + Wrong Techniques = RUBBISH

This is an important part, like truly important.

So ikut point 1 - 3, anda dah beli prime lens drpd original manufacturer yg mahal, tanpa teknik yg betul, tak ke mana nya sharp korang tu.

Berikut adalah teknik yg boleh diguna-pakai utk mendapatkan sharpness yg optimum:

  1. Gunakan tripod yg solid, berat dan kukuh. Bermakna bukanlah tripod murah yg anda dpt free yg boleh melayang jika ditiup oleh angin kuat

  2. Gunakan Mirror Lock-up dan cable/wireless release utk mengelakkan berlaku vibration. Vibration ni takde kerja lain, kecuali membunuh sharpness.

  3. Gunakan segala bagai IS, VR, SS yg ada. Jika tiada, fahamkan teknik 1 Over Focal Length

  4. Gunakan aperture optimum. Optimum means bukanlah wide open aperture, tetapi di-stop down kan sedikit dlm 2 stops drpd maksimum aperture (rujuk artikel Divisyen Stops). Kalau korang kurang paham psl maksud stops, boleh baca psl teori "darab 2" di SINI.
    Contoh - lens 50mm F1.8 sharp pd f/4, kitlens sharp pada f/8~f/11.
    Majoriti prime lens sharp pada f/4-f/5.6, manakala zoom lens sharp pada f/8-f/11.
    Avoid stopping down to f/16, f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction.

  5. Penggunaan ISO yg serendah mungkin atau sederhana, dlm ISO100 - 400. ISO yg sederhana akan mewujudkan grain yg tidak terlalu ketara sbg penyumbang kpd ketajaman gambar.

  6. Off-kan Noise Reduction pd body kamera. NR akan menyebabkan gambar menjadi soft dan hilang detail

  7. Post-processing/editing skill juga perlu diambil perhatian. Function sharpness pd body kamera dan software itu bukanlah utk hiasan semata-mata. Plus, gambar RAW perlu disharpkan semasa post-processing

  8. Elakkan penggunaan filter kecuali jika perlu. Contoh perlu tu bila kita gunakan CPL atau ND utk kurangkan kemasukan cahaya. Tapi kalau setakat shoot suka-suka, toksah pakai filter tu. Penambahan kanta hanya akan menurunkan kualiti gambar.

Utk tips yg lebih banyak, boleh usha 17 Tips for Taking Tack Sharp Photos


KESIMPULAN

"Most Lenses are Better Than Most Photographers"

Yes, mmg ada perbezaan diantara setiap jenama/model yg ada. There are valid reasons kenapa lens Leica, Contax, Carl Zeiss adalah lebih mahal drpd Tamron, Tokina, Sigma etc etc.

Anda boleh kecoh 1 dunia dgn mengatakan lens Nikkor/Canon 24-70mm F2.8 tu hebat, lens lain semua tak best sbb tak sharp la apa la.

Namun, sedarkah anda, semua lens, baik mahal mahupun murah, AF ataupun MF, semuanya bagus.
Yg buat gambar tak sharp ialah? Yes, diri sendiri :)

Jika teknik yg digunakan itu betul (ikut tips di atas), kitlens boleh menghasilkan gambar yg lebih sharp drpd lens mahal yg lain.

Dan sharpness bukanlah segala-galanya.

Ada sebabnya kenapa aperture f/1.8 pd lens 50mm F1.8 lens menghasilkan foto yg soft & glow, sebab efek itu sgt sesuai utk portrait.

So, instead of mengejar sharpness tak sudah-sudah, gunakan sahaja apa yg ada - kitlens, 50mm dan fahami teknik yg betul utk mendapatkan imej paling sharp. How sharp? Hanya anda tahu jwpnnya.

Ejad Fotopoyo