Wednesday, January 12, 2011

DSLR Brand War

Sumber: oneslidephotography

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pengunjung sekalian~

Topik hari ini adalah berkenaan BRAND WAR - peperangan jenama.

Berikutan harga kamera DSLR yg semakin murah masakini, soalan-soalan sebegini seringkali timbul;

Q: Korang, aku nak beli DSLR la. Mana yg bagus ea?"

Ini antara skema-skema jwpn yg diberikan:
Budak Canon: beli Canon lah, superb!
Budak Nikon: baik ko beli Nikon dow. power!
Budak Sony: brand lain tu takla best sgt, Sony lg best.
Budak Olympus: pakailah Olympus. Member aku guna, gambar dia lawa beb!
... dan lain-lain brand seperti Pentax, Samsung etc etc.

Dan peperangan biasanya sgt hangat di antara Canon & Nikon, kerana kedua jenama ini merupakan antara jenama gergasi kamera di Malaysia.

Situasi sebegini semestinya pernah berlaku pd korang semua kan? Especially bila nak beli ataupun meng-upgrade kamera.

Perang ni sampai kiamat mmg takkan sudah. Mcm masa aku degree dulu, antara soalan-soalan feymes yg timbul:
"Mana bagus, AMD ke Intel?"
"Nak beli komputer ke laptop?"
"EX5 ke Lagenda?"

Jadi, kita berbalik pada topik, brand apa yg bagus?
Nikon? Canon? Pentax? Sony? Samsung? Olympus?

Jwpnnya - takde jwpn sbb takde skema. Pendek kata semua bagus. Takde sape nak jual barang yg tak bagus.

Yg buat dia jadi tak bagus tu ialah penggunanya.

Walaubagaimanapun, dlm artikel kali ini, aku akan kupaskan teknik utk membeli DSLR, yg mana teknik ini juga boleh dipakai utk membeli benda-benda lain yg mempunyai pesaing/pilihan.


Apabila kita ingin membeli DSLR, atau basically apa-apa barang pun, there are 2 critical factors:
  1. Budget
  2. Requirement

BUDGET
- Kita nak beli barang, for sure kena la ada duit kan? Takde duit, nak beli camne?

REQUIREMENT
- Or another case, katakanlah kita berduit, tp perlu ke kita spend too much utk benda yg kita tak perlu? Unless kalau korang kaya bangat tu, takpelah ;)

Aku bg example mudah utk kereta:
Q: Kancil & Accord- mana lg bagus? Aku nk bwk jalan-jalan kampung je.
A: For sure lah Accord lg power!

Tapi kan, fikir-fikir balik...
Dari segi budget - Accord tu mahal sgt compared to Kancil.
Dari segi requirement - Nak jln kampung je pun, perlu ke beli Accord?
Jadi? Belilah Kancil!

So nmpk tak, mcm mana budget & requirement memudahkan (dan merasionalkan) lg kriteria pemilihan kita?

Let say anda ada budget RM3000 dan anda tersepit utk memilih antara Canon & Nikon.

Dlm pasaran, DSLR dijual dgn harga serendah RM1599 sehinggalah RM25,000.
So kalau tiada budget diberitahu, agak sakit la nak list down segala model dan jenama yg ada.

Tp dgn adanya budget RM3000 tu, at least anda boleh me-limit-kan lg pemilihan anda.

So lepas narrow down, katakanlah model yg dlm budget RM3000 tu ialah Canon 550D dan Nikon D90.

Tgk pulak pada requirement, google mengenai specification kedua-kedua model ini, dan lihatlah mana yg paling memenuhi keperluan anda.

Contoh, bg yg lebih suka dgn function video, belilah Canon 550D.
Dan bg yg sukakan Nikon atas faktor lain pulak, belilah Nikon.

Katakanlah lepas google, anda masih tak dpt buat pilihan sbb tak faham maksud feature tu semua, mcm Live View la, 51 focus points la, ape menatang la.

Senang je. Pegi kedai kamera, suruh tokey tu bawak keluar kesemua model yg memenuhi budget anda, try-test-cuba satu-persatu.

Sebab apa aku suruh try?
Lain org, lain selera. Nikon mungkin menang dari segi features, tp tiba-tiba lepas test drive, tgk-tgk anda lg suka dgn menu Canon yg user-friendly, body camera yg lebih ringan, etc etc. Who knows, kan?

Dan 1 nasihat ringkas - jika boleh, belilah jenama yg ramai kwn-kwn pakai, supaya senang utk kita belajar dgn mereka. Bukan suruh jadi pak turut. Lepas dah power tu, belilah brand apa pun, apedehal~

Aku bagi 1 lg contoh, katakanlah anda ada budget RM2000 utk beli kemera, yg mana anda akan gunakan utk jungle tracking, hiking dan segala bagai aktiviti lasak.
Apa kamera yg sesuai utk anda?

Utk budget RM2000 sudah mampu utk membeli DSLR yg beginner level, tetapi masalahnya, sesuaikah DSLR utk situasi-situasi lasak sebegitu? DSLR dah la berat, besar, leceh nak bwk.
Jadi dlm kes ini, kamera super compact lebih sesuai, yg mana saiznya kecil seperti kamera digital biasa, lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Ala, janji ada gambar, kan? ;)

Camera jenama apa pun, semuanya bagus, dan semuanya ialah kamera - ambil gambar, keluar gambar jugak. Bukan guna Canon keluar Estima ke, Nikon keluar Waja ke.

Dan yg penting, bila kita compare brand tu, compare lah yg sama standard, sama kelas. Jgn main sukati compare je.
Contoh, tak adil utk kita compare Nikon D3 yg berharga belasan ribu dgn Canon 1000D yg hanya RM2000. Confirm-confirm la D3 tu lebih hebat dari segi feature.

Pendek kata, do your homework. Rajinkan diri belek buku/magazine psl kamera dan photography, rajin-rajin tanya kawan, walaupun ada kemungkinan pendapat drpd mereka berat sebelah, sekurang-kurangnya anda ada idea utk memilih yg mana.

Lg satu, psl bagus tak bagus ni, camera + lens + flash + etc etc tu semua hanyalah tools sahaja.
In the end, skill mereka yg menekan butang shutter itu yg menentukan end product tu mcm mana.

Bagi kamera semahal RM10,000 kat org yg baru nak belajar photography, belum tentu lagi gambar dia superb.
Tapi kalau bg kamera biasa kat pro, gambar tetap cun sbb skill tu dah ada.

Korang boleh usha Gallery aku, aku dah pakai pelbagai model dan jenama kamera, dan so far aku tak nampak perbezaan ketara antara model-model tersebut dari segi hasil gambar.

So, kesimpulannya:
  1. Budget
  2. List down semua brand yg memenuhi budget
  3. Narrow down dgn keperluan kita
  4. Pegi kedai, try-test-cuba sebijik-sebijik
  5. Suka? Beli!
  6. Belajar dan upgrade skill, bukan terus publish kat blog psl pakej wedding bla bla bla...

Faham murid-murid semua?
Jadi toksahlah nak gaduh psl brand ni. Mari kita hidup aman damai.

PS - artikel ini ditaip pada Januari 2011, maka segala model DSLR yg dibincangkan dalam artikel ni dah expired atau obsolete. Tapi tips utk membeli kekal sama - budget dan requirement.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

16 comments:

  1. yup2.. same with me.. agree too.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. 101@ agreed! Olahan awak sumenye tepat. Mintak share ye kt FB.

    ReplyDelete
  3. Farah: silakan. takde mslh. info begini mmg utk dikongsi bersama :)

    ReplyDelete
  4. tgh berangan dslr gak ni. sabo jelaa....^_^

    ReplyDelete
  5. bain: aiks, ingtkan dh ade dslr.. haha.. beli 2nd hand je, carik kat mudah, yg dlm RM1000 skali dgn kitlens.. and make sure COD, jumpe face-2-face, jgn deal guna pos, takot kne tipu.. lps bli, blaja la slow2 :)

    ReplyDelete
  6. nak taya...sy pakai d3000..tapi kalu da budget skit ari..ingat nak 2kar d80...ok x?

    ReplyDelete
  7. jika ada duit, apa salahnya upgrade pd D80.
    soalannya disini, berbaloikah anda upgrade? tahukah anda perbezaan D3000 dgn D80? Adakah anda memerlukan upgrade ini?
    bg saya jika masih belum khatam dgn penggunaan D3000, khatamkan dulu. Nasihat ini saya berikan kerana upgrade melibatkan duit yg byk, jadi think wisely :)

    ReplyDelete
  8. Jd cam aku, pening sampai sudah,bkn pening pasal brand tp pening nak upgrade konon nak upgrade lens, jln2 kedai kamera, sekali kedai tu offer 50D dlm RM1800++. Langsung jam, nak upgrade lens ke nak upgrade body (skang ni pakai 400D)...hahahahaha.

    ReplyDelete
  9. ada duit, nak upgrade, silakan, takde masalah.
    cuma, photography ni merupakan hobi yg mahal. setiap upgrade kdg-kdg melibatkan ribuan ringgit.
    jadi sblum upgrade tu, fikirkan dulu significant nya, berbaloikah utk upgrade, adakah job requirement anda memerlukan anda menukar kamera etc etc.
    kalau nak upgrade setakat nak kejar teknologi, tak usahlah :)

    ReplyDelete
  10. best topik neh,cm aku yg x berapa nk ada duit beli kamera,aku amek canon 1000d je,1 sbb aku minat HDR,canon ade braceting,nikon d3000-d3100 pon kira same level gak an,tp sbb xde braceting aku x beli d3000,lg pon d3100 mahal sket dr 1000d,ikut bajet amek 1000d je..heheehh...

    ReplyDelete
  11. setuju article nih... walaupun aju ader nikon DSLR D300s,.. gambar aku ambik mcm hampeh....

    ReplyDelete
  12. ader satu lg yg tertinggal nak beli kamera tngk kawan banyak pakai brand aper coz ..... lens 2 mahal.... klu banyak kawan pakai brand yg samer leh tuka..pakai hehehehe

    ReplyDelete
  13. I would like to say that this blog really convinced me to do it! Thanks, very good post. spy cam

    ReplyDelete