Saturday, February 12, 2011

Shake Reduction & Teknik "1 / Focal Length"

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.




Jika anda pengguna kamera digital, DSLR khasnya, sure anda pernah dgr istilah VR dlm gambar tu kan?

Selain VR, antara istilah lain ialah:
  • VR - Vibration Reduction (Nikon)
  • IS - Image Stabilizer (Canon & Olympus)
  • SS - Steady Shot (Sony)
  • SR - Shake Reduction (Pentax)
  • OS - Optical Stabilizer (Sigma)
  • VC - Vibration Compensation (Tamron)

... dan mcm-mcm lagi istilah yg dikeluarkan oleh camera/lens manufacturer.


Pelbagai nama diberikan, tp maksudnya secara umum hanya satu, iaitu suatu sistem/mekanisme yg berfungsi utk meminimumkan gegeran yg terhasil disebabkan oleh shutter speed yg rendah.

Contohnya anda sedang mengambil gambar di kwsn yg gelap, di mana penggunaan shutter speed yg terlalu rendah bakal menyebabkan gambar anda blur jika diambil dgn tangan.

Di sinilah peranan IS/VR membantu bg meminimumkan gegaran tersebut.

Utk Nikon dan Canon, VR dan IS itu dipasang pada lens, maka ada lens yg mempunyai sistem VR/IS, ada yg tidak.

Sony dan Pentax pula memasang mekanisma tersebut pd body, jadi boleh dikatakan ia compatible utk semua lens.

Lens khasnya, pd zaman ini, kebanyakannya dicipta dgn mekanisma tersebut, tidak terkecuali juga bg 3rd party brand, spt Tamron (VC - Vibration Compensation), Sigma (OS - Optical Stabilizer) dan sebagainya, yg mana juga membawa maksud yg sama.

Diulangi - meminimumkan, bukan menghilangkan.
Tak bermakna gambar anda akan sentiasa sharp jika mekanisma tersebut digunakan.

Mekanisma ini selalunya dipasang pd telephoto lens, iaitu lens yg mempunyai focal length yg tinggi.

Kenapa?
Semakin tinggi focal length, semakin jauh kita boleh zoom, maka setiap pergerakan kita juga digandakan.
Plus, lens telephoto ni usually saiznya besar, panjang dan berat, yg mana mmg berat bila kita pegang.

Contohnya, dgn kamera apa pun, cuba anda zoom maksimum, kemudian goyangkan kamera.
Perhatikan, gegaran yg sedikit tapi kelihatan besar dlm gambar.

Sbb itu mekanisma ini lebih byk berguna pd telephoto lens.

Tanpa mekanisma ini, adakah gambar kita akan most likely gegar dan tidak sharp?
Atau, dgn adanya mekanisma ini, adakah confirm gambar kita akan menjadi, tanpa sebarang blur kesan drpd gegaran?

Jawapannya - TIDAK!

Kerana;

Walau secanggih mana pun mekanisma tersebut, jika tangan anda mmg jenis kuat menggigil atau persekitaran tidak stabil (contoh - dlm kenderaan, gempa bumi), atau anda mempunyai penyakit yg menyebabkan tangan anda mengigigl, maka gambar tetap akan blur.

Pastu, kalau la gambar akan blur tanpa penggunaan VR/IS/SS/SR semua tu, abis cane orang zaman dolu-dolu amik gambar boleh sharp mcm sharpener je?

Maka, let say lens anda tiada VR IS semua tu tapi anda nak make sure gambar anda sentiasa sharp, ikut tips di bawah ni...


Teknik "1 / Focal Length"


Secara teorinya, shutter speed yg ideal bg kita utk penggunaan handheld mestilah lebih tinggi drpd focal length yg sedang kita gunakan pada waktu itu.

Contohnya, anda sedang menggunakan lens 50mm.
Maka utk memastikan gambar anda tidak blur, shutter speed anda mestilah sentiasa melebihi 1/50 atau 1/60.

Ini kiraan secara umum. Namun apabila mengambil kira Saiz Sensor dan Crop Factor, kita memerlukan pengubahsuaian pada formula asal tadi, iaitu:



Ringkasnya, drpd artikel Saiz Sensor dan Crop Factor, nilai crop factor ialah seperti berikut:
  1. Four Thirds/Micro Four Thirds : 2.0
  2. APS-C : 1.5
  3. APS-C Canon : 1.6
  4. APS-H (Canon 1D) : 1.3
  5. Full frame: 1.0

Maka katakanlah anda menggunakan body DSLR APS-C seperti Canon 600D dgn lens 50mm F1.8. Disebabkan saiz sensor APS-C lebih kecil drpd fullframe, maka crop factor sebanyak 1.6 perlu diambil kira.

So min shutter speed anda akan jadi 1/80 selepas mengambil kira faktor crop factor.

Dalam ertikata lain, apabila anda mengambil gambar secara handheld, make sure shutter speed anda melebihi focal length x crop factor, kalau tak maka gambar anda akan ada risiko gegar.

Tapi tu kalau handheld la. Kalau korang pakai tripod/monopod, atau ada IS/VR, calculation dia dah lain.

Apa pun, make sure diri korang tu stabil  masa tgh amik gambar, baru confirm dpt gmba yg sharp.

Anyway, pesanan terakhir - jika lens atau kamera anda ada VR IS semua tu, make sure anda OFF kan fungsi tersebut jika kamera anda berada diatas tripod.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

10 comments:

  1. ilmu baru utk saya...tq

    ReplyDelete
  2. caya la lu broo..ada cite terbaru...
    satu lagi ada modelling x...gua nak shoott laa..

    ReplyDelete
  3. cam mane nak baca shutter speed kat nikon d90? tak nmpak pun 1/55 ke 1/60 ke.. saya cuma tau ble ade lambang nie (") je itu adalah low shutter.. tp bab2 pecahan ni tak nampak plak kat screen tu.. tolong ajar skiy

    ReplyDelete
  4. silalah buka manual, bab shutter speed, carik disitu

    ReplyDelete
  5. thanks to you bro.....saya sgt menghargainya....

    ReplyDelete
  6. salam. tuan ejad, terima kasih atas post2 yang berguna.saya newbie dan xpunya masa banyak sgt nak explore jadi dok baca blog ni je la.. mm ada article pasal nak pilih tripod tak? harapnya kalau blom boleh la share.terima kasih banyak atas perkongsian...

    ReplyDelete
  7. utk statement terakhir, ada kesan ke pd foto kalau kita off kan VR ? terima kasih

    ReplyDelete
  8. Komen yg bagus wlp aku kurang paham sikit.

    ReplyDelete
  9. Salam bro. Psanan terakhir tu, kalo x off kn IS tu time pkai tripod, dia ade effect ape2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      VR akan fight dgn tripod. in most cases, bila atas tripod, gambar jadi blur bila on VR. sbb tu dlm manual pun ada bgtau, off VR bila guna tripod.

      senang cerita, hanya guna VR bila kita handheld, atau kalau tripod kita sendiri pun tak berapa nak stable

      Delete