Monday, August 22, 2011

INFO - Digital SLR & Analogue Lens: Part I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum nak pergi lebih lanjut, just nak bagitau, tajuk kali ni berkait rapat dgn artikel berikut:
  1. M42 Screw Mount 
  2. AF vs MF 

PENDAHULUAN

Artikel kali ni nak story pasal barang berteknologi baru, iaitu kamera digital zaman skrg, digunakan bersama barang lama, iaitu lens pada zaman tok kaduk.

Seperti yg dah diceritakan dlm artikel M42, penggunaan manual lens merupakan 1 alternatif utk kita mendapatkan gambar yg cantik dgn budget yg rendah. Ini kerana kebanyakan lens lama mmg murah jika dibandingkan dgn lens AF yg baru.


BAGAIMANA MENGENAL LENS ANALOG?

Jarang sekali lens lama sebegini dijual di kedai-kedai, kecuali jika kedai itu mmg menjual barang lama (contoh - YL, Pudu), atau jika lens lama itu masih dlm production (contoh - Nikkor 50mm F1.2 AIS).

Tapi jika ingin dilihat dgn mata kasar, majority lens lama mempunyai karakter seperti berikut:
  • mempunyai aperture ring
  • diperbuat drpd besi, bukan plastik
  • besar, berat dan kukuh
  • kesan wear & tear (calar, habuk dan sbgnya)
  • rabbit ear (Nikon) 
  • hanya MANUAL focusing, tak kiralah pasang kat body Nikon bermotor ke, motorbot ke, ia mmg takde electronic contact atau motor, so mmg hanya boleh focus secara manual

Dan jika dilihat drpd segi penghasilan gambar pula, bokeh dan sharpness nya mmg gempak dan lain macam. Tapi penglihatan sebegini memerlukan pengalaman lah, baru nmpk jelas nyata perbezaannya.
*rujuk sudut meracun di bawah



COMPATIBILITY ISSUE

Tak semua body digital SLR boleh menggunakan lens lama.

Ada yg boleh direct mount seperti Nikon & Pentax.
Canon jika ianya mount EF, takde masalah. Tapi kalau mount FD problem sikit sbb zaman skrg Canon menggunakan mount EF/EF-S (digital APS-C).
Sony dengar cerita ada yg boleh, ada yg tak boleh dgn lens Minolta MD/MA.

Since aku pernah guna Nikon dan Pentax, aku akan elaborate serba sedikit tentang penggunaan lens manual pd kedua-dua jenama ni.
Utk pengguna Canon, Sony dan Oly, minta maaf, bukan bersikap racism, cuma mmg aku tak tahu dan tak ambil tahu psl korang sbb aku tak pakai jenama yg korang pakai. So sila merajinkan diri meng-google atau tanya pd yg lebih arif ye.


MANUAL LENS NIKON

Codename: Nikkor Non-AI, AI, AI-s, pre-AI, Nippon Kogaku, E Series etc etc

Compatibility Issue: 
Semua lens ciptaan Nikon boleh dipakai pada body digital SLR Nikon kerana Nikon masih kekal menggunakan F bayonet mount.
Cuma, lens non-AI perlu di-modify sedikit supaya ia boleh dipakai pd DSLR, menjadikan ianya pre-AI.

Extra Reading: Nikon Lens Technology by Ken Rockwell

Penggunaan:
Walaupun boleh dipasang tanpa sebarang masalah, exposure tak dpt dibaca jika lens ini digunakan pada body berikut:
  • D40/x, D60, D3000/3100, D5000/5100
  • D50, D70/s, D80, D90
Exposure metering hanya boleh dibaca dgn tepat pd body Nikon yg berikut:
  • D200, D300/s, D2 series
  • D7000
  • D700, D3 series, D4

Maksudnya, let say anda pengguna D3000 dan menggunakan lens manual, kamera akan menunjukkan aperture "F--" kerana maklumat aperture pd lens tidak dpt dibaca pd body.
So bila aperture tak dpt dibaca, kamera tak dpt mengambil bacaan exposure, means utk mengambil gambar, anda perlu agak-agak sendiri lah, berapa shutter speed dan ISO yg perlu digunakan. Still boleh ambil gambar, cuma tak boleh baca metering je.

Reputation:
Lens Nikon yg ber-codename AI-s merupakan line tertinggi - dari segi kualiti, sharpness, contrast, color etc etc, ia dikatakan lebih hebat drpd codename yg lain.


MANUAL LENS PENTAX

Codename: Takumar, Super Takumar, SMC Super Takumar, SMC Pentax-M, SMC Pentax-A

Extra Reading: Pentax Lens Terminology

Compatibility Issue:
Pada awalnya popular dgn M42 screw mount, Pentax beralih kpd K bayonet mount hinggalah ke hari ini. Segala lens lama yg mempunyai mount K masih boleh dipakai pada body digital, manakala yg M42 pula dgn bantuan adapter.

Penggunaan:
Memerlukan penggunaan butang hijau utk membuatkan lens stopped down dan kamera akan mengira bacaan shutter speed utk exposure metering. Baca artikel robertsdonovan.
Maklumat aperture hanya boleh dibaca jika ianya lens Pentax-A.

Reputation:
Kalau dah namanya Takumar - confirm cun.
Pd zaman filem M42, Takumar merupakan codename yg sgt popular dari segi penghasilan gambar yg cun dengan harga yg sgt affordable. Antara produk Takumar yg masih hangat - Super Takumar 50mm F1.4 dan 28mm F2.8



HARGA

Biasanya sgt murah, seriously, depends jugak la pada condition.
Jika anda rajin mencari, terdapat lens Nikkor 50mm F1.4 manual yg mana sama harga dgn Nikkor AF 50mm F1.8D.

  
AF vs MF?

Tanya diri kita balik, adakah kita jenis yg memerlukan lens yg pantas utk kesenangan bekerja?
Jika ya, belilah 50mm F1.8 yg baru (AF), lebih pantas fokusingnya.
Jika kita main kamera sekadar suka-suka atau hobi, apa salahnya kita beli yg manual, iaitu 50mm F1.4? Price lebih kurang sama, plus kita dpt wider aperture serta belajar teknik manual focusing.


INVENTORI EJAD FOTOPOYO

Zaman Nikon D200:
  • Nikkor 28mm F3.5 pre-AI
  • Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s
  • Nikkor 200mm F4 AI

Zaman Pentax K100D dan K20D:
  • SMC Pentax-M 50mm F1.7
  • SMC Pentax-M 50mm F2
  • SMC Pentax-M 50mm F1.4
  • SMC Pentax-M 35mm F2.8

Inventori sekarang?
  • Nikon D200 yg masih belum dijual
  • Nikon EM Black
  • Nikkor 50mm F1.8 E AI-s Series Pancake 
  • Super Takumar 50mm F1.4 m42
  • Mir 20mm F3.5 m42
  • Jupiter9 85mm F2 m42
  • Filem 35mm yg disemakkan dalam fridge ^_^
SMC Pentax-M 50mm F1.4
Fujinon 55mm F2.2
SMC Pentax-M 50mm F2
Nikkor 200mm F4 AI

Dari kiri: Nikkor 105mm F1.8 AI-s, 85mm F1.4 AI, 200mm F4
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s

Memacro dgn lens Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s
Beraksi dgn Nikkor 200mm F4 AI


RACUN PART I - NIKON

Nikon D200 & Nikkor 35mm F2.8 AI-s
Nikon D200 & Nikkor 200mm F4 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikon D200 & Nikkor 200mm F4 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI

Nikon D200 & Nikkor 85mm F2 AI

Part II menyusul - akan menceritakan dgn lebih detail tentang bagaimana nak menggunakan lens manual pada body digital anda, serta racun part II - Pentax.

Sekian dulu artikel part I ini.

Yang kebosanan,
Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. encik ejad,mcm mana nak fokus dalam gelap?pakain auto fokus tak boleh tp kalau nak pakai manual takut gambar out of focus plak....mata ni bukan sharp mana jgak tengok dalam gelap...hehehehe

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    suluh subjek, focus, then padam lampu suluh tu, jgn usik focusing dah

    ReplyDelete